Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Sunday 1 June 2014

Sehelai baju buat menyapu siair mata (SBBMSAM)


Asslamualaikum...

Ramadan semakin tiba, bermakna team sehelai baju buat menyapu siair mata juga semakin hampir untuk memulakan misinya.

Masih ingat kumpulan kami...?
 Dimana pada tahun lepas  kami mengumpulkan baju raya baru hasil sumbangan sahabat-sahabat semua.
Insyallah tahun ini kumpulan kami akan menjalankan misi yang sama iaitu memberi baju raya kepada yang kurang berkemampuan.

Sahabat-sahabat sekiranya ingin menyumbang sehelai baju raya "baru" kepada anak-anak yang asnaf, yatim dan ibu-ibu tunggal boleh emailkan kepada 

balqis6370@yahoo.com

kenapa "baru" 
seperti yang kita semua maklum setiap kali tiba Aidilfitri tidak kira tua atau muda mesti mahukan bajun yang baru. jadi kami juga ingin mengembirakan hati mereka dengan memberikan yang baru.

Kami tidak kisah dengan harga yang penting baju "baru" untuk mereka.
Memandangkan misi ini dijalankan pada Ramadan maka sukalah kiranya baju yang di beri nanti baju kurung untuk perempuan dan baju melayu untuk lelaki. 
Saiz, warna, pattern juga kami tidak kisah asalkan baju tersebut "baru"

Kami juga menerima apa-apa sahaja bantuan yang sahabat-sahabat ingin sumbangkan.
Butang baju, keronsang, tudung, anak tudung, telekung,
atau apa aja boleh lah hubungi email diatas.
Mudah-mudahan dengan menderma kita lebih diberkati

Antara kumpulan Sehelai baju buat menyapu siair mata tahun lepas

Ini antara aktiviti kumpulan Sehelai baju buat menyapu siair mata yang saya turut serta pada tahun lepas












Terima kasih diucapkan pada sahabat-sahabat yang sentiasa membantu dan tak pernah jemu memberi sokongan.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa sahabat-sahabat semua.
Amin...amin...


P/S: MOHON SAHABAT-SAHABAT SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG INGIN MENYUMBANG KEPADA KAMI
TERIMA KASIH





2 comments:

farhana mohamad said...

mohon share kak. :)

Balqis Nazid said...

Sila..sila...
terima kasih.. terima kasih Frahana...