Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 26 February 2010

Salam Mauludirasul 12 Rabiulawal 1431

"Tercipta satu lembaran sejarah
ditanah Suci Kota Mekah
hari yang mulia penuh syahadah
bermulah lah sebuah kisah...

Malam isnin subuh yang cerah
12 Rabiulawal yang cerah
20 April tahun gajah lahirnya Zuriat yang syahadah...

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya...
Riang gembira menyambutnya
Terima Putera yang utama....

Muhammad Nama diberi
gelaran yang terpuji
nikmat ilahi sama disyukuri
terima putera yang berbakti

Keadaan yatim anak muda
Lahirnya bawa cahaya
alam gelita jadi gembira
terima junjungan mulia"


Salam Mauludirasul...
Rasanya ramai yang masih ingat nasyid ni. Setiap kali ada majlis Mulud pasti nasyid ni yang jadi pilihan.
Ya lah dulu2 kan tak banyak pilihan macam sekarang..kira nasyid ni glamer sangat...
aku pun masih ingat bait2 lagu ni walaupun dah berpuluh tahun..

Hari ni 12 Rabiulawal 1431 bersamaan 26 Febuari 2010, merupakan hari keputeraan Nabi kita
iaitu Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala. Tapak kelahiran baginda mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai maulid..

Masa aku sekolah rendah dulu setiap kali Mauludirasul akan diadakan sambutan secara islamik di sekolah..
masa ni ada nasyid, ada syarahan agama, ada bercerita kisah2 nabi..Masa ni semua berbaju kurung dan bertudung...yang lelaki berbaju melayu siap dengan sampin sekali

Sebelum aku bersekolah dan cikgu menerangkan apa itu Mauludirasul, aku dah pun diterangkan dengan mak dan ayah..lagipun masa aku kecik2 ayah suka sangat bercerita tentang kisah nabi. Bila ayah bercerita aku akan ceritakan pula pada kawan2 apa yang aku dengar dari ayah...

Kata ayah....

Nabi junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiulawal, yang pada tahun ini jatuh pada 21hb April, 2005. Berbagai acara sambutan diadakan bagi memuliakan hari keputeraan junjungan kita ini.
Sungguh pun begitu bulan Rabiulawal juga seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain.
Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar kelak

Apabila kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata:
 "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga"

Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan
Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan

Dan ini sebahagian petikan yang aku baca tentang Mauludirasul:

Sambutan ini dilakukan adalah semata untuk memperingati hari kelahiran baginda dan ia secara tidak langsung akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan ahklak baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.Kerana baginda adalah ikutan kita dan ia mempunyai akhlak yang mulia

sepertimana Firman Allah didalam Al-Quran,
"Sesungguhnya engkau mempunyai ahklak yang mulia" (al-Qalam: 4).

Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.

Dan...
Kelebihan lain yang kita dapat ialah merapatkan hubungan sesama insan, apabila menyambut Maulidur Rasul, kita pasti akan berkumpul di tempat yang di adakan majlis tersebut, semasa majlis berlangsung, kita dapat lihat setiap orang bergotong royong melakukan sesuatu pekerjaan yang ditetapkan samaada secara bersendirian atau berkumpulan, hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama islam yang lain. Apabila kita berkumpul di dalam satu majlis itu, sedikit sebanyak kita juga dapat mendisiplinkan diri dan mematuhi arahan ketua, kelebihan ini juga, membolehkan kita bersikap menghormati orang lain di samping dapat memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain. Ini juga dapat mengeratkan Ukhwah sesama Islam.

Sebenarnya banyak lagi sifat terpuji Baginda..islam dituntut untuk berbuat segala kebaikan dan meninggalkan segala larangan..apa yang pernah diceritakan ayah dan melalui pembacaan sesungguhnya aku sangat kagum dengan sifat baginda. 4 sifat yang sangat dituntut adalah..sidiq, amanah, tabligh, fatonah..

Mudah-mudahan dengan sambutan Maulud yang akan diadakan, menyedarkan kita sesungguhnya
"Nabi Muhammad itu semulia2 Idola" sifat mahmudah baginda yang wajib di contohi bahkan dituntut dalam kehidupan kita...

Amin...amin...amin....

No comments: