Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Happy Birthday Mommy


Happy Birthday Mommy Dhia
Akak doakan yang terbaik buat Umie sekeluarga.
Dipermudahkan dunia akhirat.
Diberikan kekayaan, kesihatan dan kerahmatan.
Amin...amin...


Ni blog Mommy gojes Dunia lesung Pipit

Comelkan Dhia 



Happy family
Semoga terus bahagia sampai syurga amin..amin...


p/s: Mommy gojes ni lah yang buatkan header blog saya.

Tuesday, 9 July 2013

Kembara Zakat


Kembara Zakat Maybank Islamic dengan kerjasama  FB Islam Releif 2 013 diadakan serentak diseluruh Negara pada hari sabtu 6hb July 2013.

Seramai 8800 asnaf, fakir, OKU, ibu tunggal, warga emas dan yatim diberikan bantuan sempena Ramdan yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Kali ini saya menjadi sukarelawan bersama Islam Releif.
Lokasi kami pada hari ini di Madrasah Ad Diniah PPR Batu Muda, Jalan Ipoh.

Majlis bermula jam 9 pagi dengan Tazkirah dari ustaz yang dijemput khas.
Selesai Tazkirah, ucapan dari wakil Maybank dan wakil Islam Releif.
Selesai ucapan ringkas pemberian, bantuan terus diberikan kepada yang layak.

Lokasi saya bersama sahabat-sahabat yang mewakili Islam Releif

Kembara Zakat Ramadan

Team Islam Releif
"Ready to act"

Dr Azma & kak Zarina bersama sebahagian dari bantuan 

Antara 190 senarai penerima bantuan 
Mereka yang layak diberikan resit atas nama penerima dan alamat kediaman mereka.
Semasa mendaftar mereka perlu membawa resit sebagai bukti yang mereka adalah yang layak menerima bantuan. Selepas memastikan nama meraka tersenarai dan ada dalam senarai, kertas kuning akan diberikan kepada penerima bantuan. kertas kuning perlu ditunjukkan kepada penjaga bantuan.
Ini bagi meastikan meraka tidak mengambil hak orang lain yang layak dan tidak mahu ada kejadian mengambil 2x bantuan.

Sebelum pendaftaran, saja ambik mood he..he..

Antara mereka yang terawal mendaftar

Kaunter pendaftran dibahagikan kepada 2 bahagian. saya menjaga blok A & B, Siti sahabat saya menjaga C&D




Antara Wakil pihak maybank Tn Hj Kenny

Wakil dari Islam Releif  DR Azma memberi sepatah dua kata

Sebelum penyerahan bantuan sedikit Tazkirah dari ustadz yang dijemput

Imam Masjid Madrasah Ad-Diniah PPR Batu Muda

Penerima sumbangan mendengar tazkirah dari Ustaz

Wakil dari golongan O.K.U

Antara penerima sumbangan
Chenta bersama wakil Maybank dan penerima sumbangan

tetiba konfius sapalah yang dijelingnya tu ha..ha..

Gambar ni saya ambil dari FB Rumah Safiyyah

2 beradik yang sangat menyentuh hati saya
Ayahnya dah tinggalkan mereka, Ibu pula baru meninggal dunia 2 bulan lepas akibat stroke.
Kakak 8 tahun Adik 5 tahun
Sayu kan mata mereka.
Bantuan aka diteruskan untuk 2 beradik ni Insyallah

Semoga Allah memelihara kesejahteraan 2 beradik ni amin..amin...

Wakil dari Maybank

Sukarelawan Islam releif bersama-sama wakil Maybank & Ahli jawatankuasa madrasah Ad-Diniah PPR Batu Muda

Allhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya.
semoga Allah memberkati kerja-kerja amal kami.

Tak dapat menyumbang wang ringgit kita boleh sedekahkan tenaga yang kita ada.
Insyallah


Tetiba terjumpa gambar ni..
Konfius juga kenapa yang panjat perempuan ..?
Yang lelaki tukang pegang aja kih...kih...

















Friday, 24 May 2013

Seoul Garden


Makan dengan kak Suzie masa suami kerja kat JB baru-baru ni.
JB ada dua tempat KSL & City Square.
Saya pilih City Square dekat dengan hotel tempat saya menginap he..he..
Kak Suzi bawak anak-anak dia so meriah sikit waktu makan.

Kami pergi weekday 

Ini harga untuk Lunch:

Dewasa RM 27.99 ++
Kanak-kanak RM 13.99 ++ 
(Masa ni anak No 2 Kak  Suzi tak kena charge, umur 4 tahun)
Pelajar ada 20% diskaun (bawak kad pelajar kalau sekolah lagi bawah I/C atau Mykids)
Warga emas RM 21.99 ++

Peace..!!
Budak kecik ni masuk free

Gigih kak Suzie nak upload dalam pesbuk ekekekeee.....

Nyum...nyum... ni lepas tukar tunku.
Gasak makan sampai fengsan 

segan-segan dengan scandal baru ahahhaa...!!
Ni anak kak Suzie yang sulung baru 12 tahun hi..hi..

Kambing yang dimarinated dengan coffee pilihan saya.
Memang sedap.
Tak ambil gambar food sangat, segan pulak nak ambik gambar kali ni 

Kak Suzie dengan anak bujangnya

Lepas makan pusing-pusing City Square sekejap.
Seterusnya ke Stulang Laut lamanya saya tak datang sini..

Seoul garden (klik sini) untuk selanjutnya






Friday, 4 May 2012

Resepi 6 sahabat

Buku resepi 6 sahabat dah pun dijual di booth NB Kara 
sempena Pesta Buku Antarabangsa kuala Lumpur (PBAKL) yang sedang berlansung.

Selepas PBAKL buku Resepi 6 sahabat boleh didapati di semua kedai-kedai buku.
Kalau sahabat-sahabat nak mencuba resepi saya dan sahabat-sahabat saya yang lain
jangan lupa dapatkan buku Resepi 6 Sahabat ya.
Ada resepi dari turki yang sangat sedap.
Ada sambal tahun kerang yang mantap.
Ada resepi aiskrim yang lazat.
He..he..saja buat sahabat-sahabat terliur ..

Resepi 6 sahabat dari kami
Tini Anuar, Kusyi Hirdan, Mak Andak Eda, Khamisah Nazri,
Salina Ibrahim, Norhayati Berahim 

Gerenti jadi
RM 15.90


Friday, 13 April 2012

Tungguuuuu...!!!!

Tunggu....!!!
Dalam beberapa minggu lagi akan berada di pasaran Insyallah.

Satu lagi terbitan NB Kara.
Selain menulis Novel-novel yang menyentuh hati,
kali ini penulis  tersohor Norhayati Berahim menerbitkan buku masakan
yang dinamakan "RESEPI 6 SAHABAT"
Gerenti sedap, gerenti jadi he..he..
Ada banyak resepi yang akan dikongsikan dengan pembaca.

Jangan lupa sahabat-sahabat saya dapatkan dipasaran pada 
Pesta Buku Antarabangsa nanti,
sebab saya salah seorang yang terlibat dalam projek ni,
Nak rasa resepi saya, Jom support saya dan kawan-kawan.

Jangan lupa ya sahabat-sahabat dapatkan dipasaran nanti

Gerenti jadi
Insyallah 

Kami 6 sahabat
Cari mana saya hi..hi..




Monday, 20 February 2012

Vietnam Bent Thanh Market


Holiday kali ni MH tak ikut, MH ke Sabah (Mabul Island) untuk diving. Saya ke Vietnam dengan teman-teman dari 4hb Feb - 7hb Feb 2012.
Date kami berselisih satu haru jer, MH ke Sabah 3hb Feb-6hb Feb 2012.

Flight kami dari KL ke Vietnam pukul 9.30 waktu Malaysia.
1jam 40 minit penerbangan kami ke Vietnam.
(Labuan lagi lama he..he..)
Waktu Vietnam lambat sejam dari Malaysia.
Ketibaan kami disambut dengan Pakcik Yusof, dia yang akan bawa kami sepanjang kami di Vietnam.

Hari pertama acara bebas
Shoppinglah apalagi, memandangkan kami duduk di kawasan International road
Ben Thanh Market sasaran kami petang tu.  Turun jer hotel depan tu dah Ben Thanh, memang dekat.

Banyak pilihan kat sini, (halal food je tak ada he..he..)
Ben Thanh ni lebeh kurang macam Pasar Payang atau Pasar Siti Khadijah tu.
Rata-rata peniaga-peniaga dalam ni semua boleh bercakap melayu.
Sampai satu tahap saya terpinga-pinga ni Vietnam ke KL ha..ha..
Selain peniaga-peniaga boleh bercakap melayu, hampir 80% pengunjung haritu semuanya dari malaysia.
Tu yang konpius jap. KL ke Vietnam ni...?

LCCT Sebelum berlepas

Ho Chi Minh Airport

Ramai gila orang kat Airport HCM ni, macam nak sambut orang balik haji jer

Abang Zul dengan ejen yang akan bawa kita orang selama 4 hari

Bas yang membawa kami sepanjang di Vietnam

Awal-awal saya dah tukar Dong & USD dan saya dah bahagikan untuk 3 hari, tak nak terbabas he..he..
sudahnya balik bawak lagi dong & USD tu
(Vietnam menggunakan USD dan mata wang mereka Dong, kalau guna Dong memang jimat banyak, ada sesetengah kedai yang ambik RM juga)

salah satu monument kat Vietnam

Depan Ben Thanh market

Tini
Dalam Ben Thanh Market

Sebelum ke China Town pun dah rambang tengok kain-kain kat Ben Thanh market ni

Ni kat Pasar malam dia yang dibuka setiap hari jam 6 petang waktu Vietnam
Banyak sungguh pilihan 

Geng posing dagu ha..ha..

Masa ni Spa, saya buat pedicure, ada yang buat refleksologi.
Murah sangat he..he..

Kakiku ha..ha..

Lepas SPA semua posing

Pasar malam

Vietnam kaya dengan sumber alam

Banyak sungguh buah-buahan disini, ada yang saya tak kenal buah apa

nampak air kelapa, tapi teman saya kata, jangan beli..
sebab luar jer air kepala isinya bukan air kelapa.
Air kelapa tiruanlah ni

saya bersama teman Tini dan kak Salina dihadapan Ben Thanh Market



Esok hari kedua kami akan ke Mekong Delta