Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label dari hati. Show all posts
Showing posts with label dari hati. Show all posts

Saturday, 31 May 2014

Buah hati Mama



Cik Kiah Mama

-No paparazi please hi..hi...-

Budak comel permata hati Mama

BFF katanya

Dia kawan gaduh mama

Tapi dialah jantung hati mama

Mama doakan anak mama jadi anak yang bijak & solehah Insyallah




Friday, 30 May 2014

Al-fatehah


Assalamualaikum..

Kami dikejutkan dengan pemergian penulis skrip dan juga president Malaysia backpackers club (MBC) Martias Hj Ali yang juga merupakan suami kepada blogger terkenal Mak Dara 

Kali terakhir kami berjumpa semasa mesyuarat persatuan MBC pada tahun 2010 atau semasa preview filem pendek beliau tapi yang pasti gak lama kami tidak bertemu.

Semoga Mak Dara tabah dan kuat dengan pemergian suami tercinta.
Didoakan arwah diletakkan bersama-sama orang-orang beriman amin...amin...

Semoga allah menempatkan sahabat saya diantara orang-orang beriman
Ini semasa kedatangan Makassar backpackers ke Kuala Lumpur

MBC Malaysia & MBC Makassar di Menara Kuala Lumpur bersama Arwah Martias


sekali lagi Al fatehah buat sahabat Martias Hj Ali




Thursday, 29 May 2014

Al-Fatihah


Al-Fatihah kepada DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
yang mangkat pada 1.30 tengahari semalam.

Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman amin..amin..







Assalamualaikum..



Assalamualaikum..
Lamanya tak jengah sini kan.
selalu singgah sekali lalu aja.
Nak tinggal komen pun tak dan.

Since pindah rumah baru last year line sangatlah siput.
Bila line dah siput Tuan tanah terus jadi mak siput malas aja nak update he..he..
Mulalah nak sentap bila line selalu slow ni.
Maka akan keluarlah ayat "napalah aku dok jauh sangat ni.."
Itu ayat masa sentap
Kalau tak sentap bersyukur sangat dengan apa yang suami dah sediakan.
Allhamdulillah.

3 bulan ni line nampak ada kemajuan.
Tapiiii...!!!
Stremix ke Unifi ker tetap tak dok lagi.
Gigihlah bergantung dengan celcom wifi ni.
Tak sehebat cik stremix & cik Unifi tapi sangat-sangat bersyukur he..he..

Lepas ni nak merajinkan dirilah hi..hi..
Eh..!! ada lagi ker yang nak singgah blog kita ni..

nah Tuan tanah belanja satu  gambar ek..

Gunung Seorak - Korea 
Pergi tahun lepas 2013 - November







Friday, 19 July 2013

Dari hati...


Tiba...tiba...

Tergelak bila Si A msg si B, 
Bagitahu jangan terlalu percayakan si C, 
sebab si C ini bahaya orangnya.

Sedangkan dahulunya pada si C nilah si A share semua rahsia si B yang diamanahkan pada si A.
 Rahsia yang dah tak rahsia lagi.
Tiba-tiba si A kata si C ni bahaya pulak.. 
Dan akhirnya semua rahsia si C ni pulak dikongsikan dengan  yang lain.
Padahal dengan si C jugaklah dulu dia berkongsi rahsia 
D, E, F, G, H, I, J, K, L , M, N, O, P, Q,
Sekarang lain pulak ceritanya..
Sapalah sebenarnya yang suka sampai menyampai ni ek..
Dan
Siapalah yang bahaya sebenarnya ya... ha..ha..

Jangan tanya orang
Tapi..
Tanya diri diri sendiri banyak mana dosa pahala kita hari ini.
Rupa memang tak boleh diubah tapi perangai kita boleh diubah.
Insyallah...













Saturday, 13 July 2013

Dari hati....



Bila kita bercerita masalah atau rahsia kita pada seseorang 
itu tandanya kita percayakan dia untuk berkongsi rasa apa yang kita rasa..
Tapi.. 
Bukan bermakna pendengar tadi boleh berkongsi rahsia atau masalah kita dengan orang lain. 
Dan..
Boleh dijadikan bahan sindiran atau umpatan.

Jom sama-sama muhasabah diri kita.
Berapa banyak rahsia atau masalah orang yang kita dah jaja atau kongsi dengan orang lain.

Renung-renungkan dan selamat menjalani ibadah puasa



Wednesday, 10 July 2013

Dari hati


Allhamdulillah..
Allah permudahkan untuk terawih malam pertama semalam.
Saya dan suami berterawih di Masjid Wilayah seperti tahun yang sudah.

Semoga ramadan kali ini Allah permudahkan untuk kami terus berterawih.
Insyallah.

Seronok tengok ramai yang ke masjid untuk terawih.
Dari yang tua hingga ke budak lelaki & wanita semua nampak teruja.
Harap-harap masjid terus penuh hingga malam terakhir 
Amin..amin...

Hari pertama dan terakhir terawih ada perasaan yang agak emosional dalam diri saya.

Hari pertama 
Terharu - Allah beri saya peluang sekali lagi bertemu Ramadan.

Hari terakhir
Sebak - Mungkin ini Ramadan terakhir saya dan saya tak berpeluang untuk Ramadan akan datang.

Mudah-mudahan Allah beri saya peluang lagi untuk Ramadan akan datang.
Amin..amin...

Selamat Berterawih semua..!!




Dari hati..


Allhamdulillah..
Akhirnya Ramadan yang dinanti datang juga..

Ya Allah..
Permudahkanlah Ramadan kami.
Permudahkanlah Ibadah kami.
Permudahkan Iman kami.
Permudahkan amalan-amalan kami.
Permudahkan duniawi dan ukhrawi kami.
Amin...amin....





Tuesday, 9 July 2013

Saturday, 6 July 2013

Kata Ustaz Kazim


"Mudahnya mengata orang lain.
Mudahnya menuduh orang lain tanpa usul periksa.
Mudahnya memandang rendah pada orang lain.
Semua yang dia tak suka semuanya buruk, lansung tak nampakkebaikan.
Kalaulah kita perhati dan muhasabah dirisendiri,
Alangkah banyaknya kekurangan diri.
Itulah manusia...
yang tertipu dengan diri sendiri.
Kagum dengan diri orang lain yang buruk.
Yang baik cuma dirinya sahaja.
kesian..."


Mudah-mudahan kita dapat kebaikkan dengan kata-kata Ustaz Kazim ni.

Pandang diri sendiri sebelum kita tuding kesalahan pada orang lain.
Tanya mulut kita..
 Kata-kata apa yang kita dah sebarkan pada orang lain yang entah betul atau tak.
Tanya jari-jari kita..
Yang galak menaip cerita keburukkan orang lain yang akhirnya menjadi fitnah.
Tanya diri kita 
Tak malukah kita yang gigih bercerita tentang indahhnya berbuat baik tapi hakikatnya kitalah juga yang mencipta dosa dengan cerita yang tak tahu kebenarannya.
Tanya akal kita.
Tak rasa bersalahkah... 
Bila kita dilihat insan yang sangat tawaduk tapi hakikatnya
cuma kita yaang tahu diri kita bagaimana.
Fikir-fikirkanlah.









Wednesday, 3 July 2013

Friday, 21 June 2013

Malas


Pernah jumpa orang malas..?
Saya pernah dan selalu jumpa.

Saya tak kisah kalau mereka ni nak pemalas.
Tapi saya kisah kalau mereka ni pengotor dan pemalas kat tempat orang.
Tak kiralah rumah sapa..
Rumah mertua ker.. Rumah makcik ker.. Rumah Nenek ker..rumah kawan ker..
Janganlah tunjuk sangat perangai malas tu.
Cawan sebijik minum pun berat tulang nak basuh.
Apalagi kalau kat sinki berlonggok pinggan.
Buat-buat tak nampak jer..
Kalau basuh pun bukan mati pun kan..??
Tak kan nak rajin rumah orang pun malu..?
Tu bukan malu tu mengada-ngada namanya.
Seriaus  ( eja pun salah) Serius saya menyampah dengan orang pemalas ni.
Dahlah pemalas.. Pengotor pulak tu..
Eeeeeiii...!!! Geramnya...

Ada pulak yang habitnya bangun tidur aja biar tilam tak berkemas.
Toto tak berlipat. Selimut melonggok.
Bantal bersepah..
Eh..!! Tak sakit mata ker..?
Tak malu dengan orang malulah dengan diri sendiri

Kitakan perempuan.. 
Apalagi kalau kita ada title Isteri.
Malulah sikit jangan pemalas sangat.
Kalau sampai kena tegur diri sendiri yang malu kan.??
Takut-takut sentap pulak kena tegur.

Saya selalu bayangkan macamanalah
keadaan rumah orang pemalas & pengotor ni.
Dapurnya..?
Sinkinya..?
Biliknya..?
Apalagi bilik airnya...
Kalau dah kat rumah orang malas & pengotor apalagi kat rumah sendiri.
Apalagi rumah sendiri..
Sapa yang nak marah kalau sinki penuh sampah las basuh pinggan.
Sapa nak tegur kalau tak kemas tempat tidur.
(Senang agaknya malam nak tidur lagi)
Sapa nak kisah kalau bilik air berlemuih.
Sapa pedulikan kalau lepas masak dapur berminyak.
Sebab dah terbiasa malas jadi serba serbi pun malaslah.

Erm..sapa-sapa yang rasa dirinya malas tu sila rajin-rajinkan diri ya.
Takut nanti orang mengata dengan kemalasan kita tu.
Kalau kita rajin diri sendiri juga yang untung.
Orang pun suka dengan kita.
kan..??

*biar berat mulut dari berat tulang *












Saturday, 15 June 2013

Rutin




Allhamdulillah rutin setiap 2 minggu.

Andai sahabat-sahabat ingin menyumbang ke
 Rumah Amal Suci Rohani boleh email ke saya balqis6370@yahoo.com 
atau call/sms ke 01123615889 - balqis
atau
Terus ke Rumah Amal Suci Rohani
Hubungi En.Khalid Mohamad  013-2394239
email: sucirohani2010@gmail.com

Sumbangan sangat dialu-alukan sempena Ramadan yang akan datang.

Terima kasih sahabat-sahabat yang tak putus-putus menyumbang.
Hanya Allah yang akan membalas jasa baik sahabat-sahabat semua. 
Amin...amin...

Sunday, 2 June 2013

Sekadar luahan buat Makcik


Dah seminggu berlalu.
Tapi serius saya teringat-ingat aja apa yang makcik tu cakap.

Saya tak kenal tapi sedara katanya.
Dia kenal mak ayah saya.
Jumpa masa majlis nikah sepupu saya baru-baru ni.

Dia duduk sebelah saya masa majlis nikah.

Makcik: Ni kan anak XXX kan...? 
Me: (senyum aja...)
Makcik: Dah ada anak...?
Me: Belum lagi.. belum ada rezeki
Makcik: Iya...? dah berapa tahun
Me: Dah sepuluh tahun cik... (senyum lagi...)
Makcik: Astagfirullah...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 (cuba tgk tanda seruan tu banyak tak..?? makcik tu istigfar kuat gila.....)
Me: Ada rezeki Insyallah... 
(Dalam hati geram sebab macam saya buat dosa disebabkan tak ada anak...)

Serius makcik tu cakap kuat & sangat terkejut kononnya..

Makcik 
Janganlah cakap macam tu.
Semua ni urusan Allah yang dah ditulis di Luh Mahfuz..
Kalau saya kata saya plan kang makcik fengsan terus agaknya.. ha..ha.. (pujuk hati..)
Lagipun makcik ada anak cucu.
Makcik tak tau ketentuan Allah akan datang macamana kan...?
kalau Allah tetapkan cucu makcik sama macam saya macamana..?
Tak kan makcik nak maki hamun anak cucu makcik tu disebabkan tak ada anak  kan..?
Jadi makcik.. 
Lain kali kalau jumpa orang macam saya janganlah mencemuh ya.
Jangan pandai-pandai suruh orang tu buat itu buat ini.
Jangan sampai memaksa ya Makcik..
Makcik pun tak tau kan mungkin orang tu dah berusaha.
Mana Makcik tau kan...?

Lagi satu Makcik.
Makcik mungkin tak tahu orang-orang macam saya tak semua tertekan.
Saya gembira dengan kehidupan saya.
Saya menikmati kehidupan saya setiap waktu dengan positif.
Banyak benda yang saya ada kelebihan..
kalau saya cakap nanti Makcik kata saya riak pulak.

Tapi Makcik saya nak juga bagi tau...

Saya bebas nak mengaji  Al Quran tiap waktu yang saya nak
tanpa gangguan.
Saya boleh Khatam Al Quran dalam masa 2 minggu 
yang saya rasa mustahil orang yang ada anak boleh buat.
Allhamdulillah Makcik saya pernah buat kurang 2 minggu saya dah khatam.
Saya yakin ini kelebihan orang-orang macam saya.
Apa lagi saya tak bekerja.
Kan Makcik tanya tak kerja..? tak ada anak.. saya buat apa kat rumah..?
Inilah antara kerja-kerja saya makcik.
Bunyi macam Riak kan.. 
Saya tak Riak tapi saya sedeh bila Makcik persoalkan ketentuan Allah

Makcik..
Saya boleh bangun malam bila-bila masa tanpa rasa penat atau fikir esok saya mengantuk
untuk abdikan sepertiga malam saya pada Allah
Saya boleh beribadat tanpa gangguan.
Saya tak kata anak tu gangguan ya Makcik... 
tapi kalau seorang fokus itu lebih kan..
Saya boleh puasa bila-bila masa bila suami saya izinkan.
Tak perlu fikir masak untuk sesiapa siang hari.

Makcik..
Mungkin ini kelebihan hidup saya yang sangat saya hargai Makcik, bila saya belum ada anak.
Saya percaya ramai ibu-ibu yang rindui zaman mereka belum ada anak.
Rindu kebebasan waktu mereka solo.
Tak percaya cuba Makcik tanya anak-anak makcik yang dah ada anak..
Saya yakin jawapannya Makcik..

Makcik..
Kata Makcik tak takut ker suami khawin lagi tak ada anak..?
Makcik...
Yang ada anak berderet pun suami khawin lain..
Untuk setakat ini tak pernah ada kehendak dari suami saya makcik..
Walaupun saya pernah tanya dan cadangkan.
Saya sendiri cadangkan dengan Mak Mertua saya Makcik.
Makcik tau apa kata Mak mertua saya...?

"Mak pun tak nak dimadu buat apa suruh orang lain bermadu... kalau bahagia macamni Allhamdulillah..."

Mak Mertua saya tak pernah pun paksa anak lelakinya khawin lagi Makcik sebab dia pun tahu dia ada ramai cucu perempuan.
Mak mertua saya tak ada pun cakap benda yang sakitkan hati saya.
Jadi...
Kenapa orang lain pulak ya yang sakit hati sebab saya belum ada anak..?

Makcik..
Walaupun saya tak ada anak saya tetap gembira.
Gembira dan Reda dengan ketentuan Allah..

Tak apa Makcik..
Walaupun saya geram dengan kata-kata makcik tapi saya dah maafkan makcik.
Saya dah telan lumat-lumat kata-kata makcik walaupun saya terngiang-ngiang lagi.
Nanti saya sumbat telinga saya dengan kapas ya Makcik bagi hilang suara makcik.
Saya tak suka nada Makcik sebut Astagfirullah tu..
Dahlah kuat.. nada Makcik macam saya buat dosa besar pulak.
Astagfirullah (sebut dalam hati dengan lemah lembut..) 
Semoga Allah mengampunkan dosa saya atas luahan saya ni.




Thursday, 30 May 2013

Again...


365 hari lagi..
Kita bersama..
Dalam tawa ada duka..
Dalam senyum ada tangis..
Kita tetap bersama..

Love puts the fun in together,
 the sad in apart, 
and the joy in a heart...

Saat Ijab & Qabul
Mudah-mudahan Allah mendengar doa setiap doa kita..
Amin...amin....

Ni gambar gedik malam tadi... saja pakai Inai he..he..









Monday, 20 May 2013

Allhamdulillah


Allhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Rezeki dari Allah buat kami.
Rezeki saya menjadi isteri seorang suami.
Terima kasih Ya Habibi..
Sentiasa memberi yang terbaik buat saya.
Memberi saya ruang untuk memilih.
Terima kasih...
Terima kasih Chenta...

Dah setahun lebih siap sepenuhnya.
Cuma kami belum pindah.
baru packing sikit-sikit.

* tiap-tiap kali balik sini saya ada masalah dengan line internet & line talifon*
(dah biasa line internet laju jadi ada demand sikit hi..hi..)

Cepatlah ramai orang.. 
Cepatlah kontraktor tak keluar masuk..
Cepatlah Unifi sampai kawasan ni..
Cepatlah jiran-jiran saya pindah
Maka....
Cepatlah juga saya pindah..

*kenapalah kawasan ni jauh..nak ke Ikea jauh.. 1 Utama jauh.. The curve jauh.. sob..sob..
macam tak berapa best  aja tempat ni compare dengan tempat sekarang.. Dulu suami berkali-kali tanya betul ke pilihan saya ni.. Saya yakin sebab suka tgk design rumah ni pertama kali...  :(  *






Friday, 17 May 2013

Muhasabah diri

Salam Jumaat
Peringatan untuk diri sendiri.


Kesal dengan segelintir manusia yang sangat hipokrit.
Katanya selalu melunakkan kita dengan kebaikkan.

Tapi...
Hakikatnya..
Rahsia kita dijaja satu teman ke satu teman yang lain.
Aib kita dipersembahkan satu persatu kepada umum.
Yang tiada diada-adakan.
Kalau sudah tahu hebatnya dosa memfitnah..
Kenapa mesti memfitnah..?
Apa perlunya hebahan pada teman-teman lain tentang sesuatu yang tak pasti..?
Seronok agaknya..

Seronokkah kita bila orang tak akan maafkan kita..?

Bila orang tak maafkan kita jangan salahkan orang.
Mereka ada hak untuk memaafkan atau tidak.

Selalunya.. tak perlu tunggu hingga hari pengadilan.
Sebab bila kita nak pergi beribadat di Tanah Suci 
 baru kita kesal apa yang pernah lakukan.
baru kita cari orang yang pernah kita umpat keji & fitnah.
Itulah resam dunia.

Bila kita minta ampun dengan Allah atas dosa-dosa kita
memadai kita berbisik-bisik waktu berdoa..
waktu mohon keampunan..
Antara kita dengan Allah sahaja yang tahu apa yang kita mohonkan...

Tetapi..
Dosa kita dengan saudara kita yang lain..
Fitnah kita pada saudara kita..
Umpat keji kita pada orang lain..
Kita perlu beritahu pada tuan punya badan.
Kalau dia tak maafkan sanggupkah kita pikul dosa kita hingga ke hari pengadilan nanti..

Subhanallah...

Biarlah orang tak tahu kebaikkan kita tapi Allah maha mengetahui.
dari..
Sibuk mencanang kebaikkan diri sendiri hakikatnya..
Allah maha mengetahui..










Friday, 7 September 2012

Raya 2012

Raya kalini tak sakan sangat, selain saya sendiri kurang sihat,
Nenek saya jatuh masa malam raya, sedeh sangat.
Sekarang pun Nenek saya belum baik sepenuhnya.
Ikut xray yang dibuat kena buat operation.
Aduhai sedehnya kalau ingat..

Tak banyak sangat gambar Raya kali ni,
Maklumlah Raya kedua pagi-pagi saya dah ke klinik buat nebuliser.
So sepanjang hari rasa lesu betul.
Biasa lepas Nebuliser baik ni sejam dua jer lepas tu lesu sangat..
Macamana nak pulun beraya he..he..
Jom tengok gambar masa raya pertama ni..

Mak sedeh sangat masa video call dengan adik

Sebab saya anak sulong jadi kami orang pertama yang minta maaf dengan mak & ayah

Chenta hati saya dengan mak

Turn keluarga adik saya

Kalau dia tau saya upload gambar ni sure dia menjerit ha..ha..

Ni 7 dari 11 beradik, 3 tak balik beraya sorang kat kampung beraya dengan Nenek

masa ni MH kata kenapa Wawa dalam gambar tinted sangat keh..keh...

saya & Chenta dengan Mak & Ayah

Ehh..mana Bagus ek..

Dengan Mimi

Nak tau kenapa saya ketawa..?
Bila part minta maaf mestilah semua sedehkan..
Tapi adik saya "Bagus" ni kalau part minta maaf dia akan sungguh-sungguh sedeh.
Bersungguh-sungguh juga minta maaf.
Sampai kadang-kadang sangat emosional.
Saya ketawa sebab dia masih nangis sampai batuk-batuk.
Tapi serius saya suka dengan kesungguhan dia

Ni gambar sehari lepas saya discharge
sambung beraya rumah makcik-makcik kat Muar

Adohai Mimi..Mimi entah gaya apalah dia posing masa ni ha..ha..

Belakang tu Jambatan dari Bukit kepong nak ke tangkak,
masa perang Jepun dulu jambatan tu di bom dengan kominis.
Ni jeti Balai polis Bukit Kepung
Ingat tak sejarah Bukit Kepung...?

Raya ke 9 masa ni mood nak beraya lagi.
Baju ni dengan baju raya pertama seakan-akan warnanya he..he..
 
Rumah Mak Ngah, dengan sepupu Sikin

 Ni jer antara gambar saya yang ada.
Memang tak beraya sangat tahun ni.
Tak apalah Allah dah bagi peluang bertahun-tahun beraya sakan cuma tahun ni
Allah tarik sikit nikmatnya.

Apapun Allhamdulillah
Selamat Hari raya untuk semua sahabat-sahabat saya










Saturday, 25 August 2012

Salam Syawal

Salam Syawal buat semua sahabat-sahabat.
Walaupun agak terlambat, saya dengan rendah dirinya 
mohon ampun maaf kalau-kalau ada salah silap.
Insyallah umur panjang jumpa kita di Syawal akan datang.

Mohon sahabat-sahabat doakan kesihatan saya.
Hari ni hari ke 5 saya di hospital.
Sangat-sangat berharap dapat keluar hari ni..
Amin....

Tuesday, 24 July 2012

Nikmat bersedekah

Daripada Abu Hurairahra, berkata.

Aku dengar Rasulullah saw bersabda
"jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir"

Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan tuhan dan sedekah sedekah terang-terangan itu penghadang neraka
(Al-hadith)

Bersedekahlah kamu keatas dirimu, dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada kemampuan, bacalah satu ayat kitab allah,
kalau tidak tahu membacanya,maka berdoalah kamu kepada mereka minta diampuni dan dirahmati Allah kepada mereka.

Janganlah kamu menghinakan berbuat kebajikan walau sedikit sekalipun,
bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah akan sedekah. 
Apabila datang peminta sedekah kepada mu jangan ditolak dengan jahat, walaupun sedikit.
Berbahasalah dengan manis muka, jangan mencaci, jangan menengking kepada peminta sedekah,
kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar daripada pahala sedekahmu itu,
separuh daripada hartamu.

Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmat rezeki kepadamu.

Barang siapa menegking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari Qiamat nanti (Al-hadith)

Kata Ulamak, Sedekah itu 10 kepujian,

5 didunia
  •  mencuci hartanya
  • mencucikan badannya
  • menolak baladan penyakit
  • mengembirakan orang miskin dan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
  • berkat hartanya dan Allah luaskan pintu rezekinya
5 diakhirat
  • Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
  • Ringan hisabnya
  • Berat timbangannya (amalan) di akhirat
  • Mudah melalui titian siratal-Mustaqim
  • Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan