Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label KUKU. Show all posts
Showing posts with label KUKU. Show all posts

Friday, 16 September 2011

Membeli sambil beramal

Bertempat di NSTP Jalan Riong Bangsar pada Sabtu 17hb September 2011 ni (esok)
saya bersama-sama sahabat Kembara Ukhwah ke Utara (KUKU) akan mengadakan jualan amal bagi membantu Suami Puan Ramlah yang mengidap  masalah hati yang kritikal dan perlu diganti dengan segera.
RM 150,000 diperlukan bagi tujuan ini dan jumlah ini bukan lah sedikit. Kami bersama-sama pihak Harian Metro dan beberapa selebriti akan mengadakan jualan amal ini.
Kisah Puan Ramlah dan suaminya di Harian Metro Puan Ramlah

Untuk KUKU kami akan menjual novel-novel dari penulis terkenal Norhayati Berahim. Yang mana sebahagian dari hasil jualan ini akan didermakan kepada Puan Ramlah.
Novel-novel dan majalah terpakai melayu/enggeris juga ada dijual. 
Baju-baju terpakai dewasa dan kanak-kanak dengan berbagai jenama
(yang masih dalam keadaan baru dan ada yang masih baru dan belum digunakan) akan dijual dengan harga yang amat berpatutan.
Bagi mereka yang keletihan dan kelesuan muka kami ada penawarnya..
Refreshing facial yang akan dibuat sendiri oleh saya dengan harga yang sangat menarik RM 20 sahaja.
Menarik kan..???
Selain itu GPS dan Al-Quran Ipad turut dijual.
Bagi mereka yang berminat mendapatkan  GPS dan Al-Quran Ipad dengan harga yang amat berpatutan
dijemput datang beramai-ramai.

Antara beberapa selebriti yang terlibat ialah Along Raja lawak & Didie Alias sebagai hos, 
Pelakon popular Shaheizy sam, Intan ladyna, Deja Moss, Eja, Farah Fauzana, Aznil Hj Nawawi, Azlan Typewriter, Catriona Ross, Ani Mayuni, Ana Rafali, Lyana Samsudin, Juliana Ibrahim, Aizat, Fauziah Ghaouse dan beberapa artis lagi.

Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...
Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak..
Amin..amin..amin...

KUKU pernah ke Utara sebelum ini Teratak Rahmat - Perlis & Ummu Sofia - Perak
Cerita KUKU ke Utara juga ada disiarkan di Harian Metro KUKU di Harian Metro

Mari hilangkan keletihan dan kelesuan pada wajah anda. 

Murah-murah


Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...
Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak..
Amin..amin..amin...










Wednesday, 24 August 2011

Kembara Ukhwah ke Utara - Teratak Rahmat Perlis

13 Ramadan 1432 lebih kurang pukul 10 pagi kami meneruskan perjalanan ke Teratak Rahmat di Mata Ayer Perlis. Berat rasa hati nak meninggalkan anak-anak di Ummu Sofia ni. Rasa nak jer bawak si Sarah tu he..he..
Insyallah ada rezeki dan umur panjang kami akan ke Ummu Sofia lagi.

Dalam pukul 1 tengahari kami sampai ke Hotel Putra Perlis, Malam ini kami tidak bermalam bersama-sama anak yatim tetapi kami menginap di Hotel Putra.
Selepas Asar baru kami bergerak ke Teratak Rahmat.

Tiba di Teratak rahmat kami di sambut oleh anak-anak dan ustaz Ramzan.
Anak-anak Disini ketika kami sampai sedang menyiapkan juadah untuk kami berbuka nanti.
Seperti biasa kami akan berbuka dengan kurma dan sedikit kuih muih. Selesai solat magrib secara berjemaah
baru kami berbuka dengan makanan yang lebih berat.
Sementara menunggu Isya' kami di bawa meninjau persekitaran di Teratak Rahmat.
Kami juga disajikan dengan pertunjukan seni silat, acara makan kaca oleh anak-anak Teratak rahmat dan menjilat besi panas dengan menggunakan lidah. Sebenarnya tiadalah ilmu kebatinan untuk makan kaca dan menjilat besi panas ni.. sebaliknya hanya menggunakan teknik dari tindakan kimia yang mana air liur sendiri akan mencairkan kaca tersebut. saya tak berani melihat bersungguh-sungguh sebab terasa nyilu di ulu hati ha..ha..

Sebahagian gambar di Teratak Rahmat

Ustaz Ramzan memberi penerangan tentang Teratak Rahmat 

Kami bersama anak-anak Teratak Rahmat

Pengerusi Teratak Rahmat Cikgu Osman

Persembahan seni silat
(saya suka)

Wakil Kembara Ukhwah Puan Kusyi Hirdan

Chenta saya bagi semangat pada anak-anak Teratak Rahmat supaya belajar
bersungguh-sungguh

kusyuknya kak Kham..

Bersama Teta anak kak Yati dan yang baby tu anak salah seorang sukarelawan di Teratak Rahmat

Pengerusi Kembara Ukhwah  memberi goodies kepada anak-anak Teratak Rahmat

Puan Norhayati memberi sumbangan kepada wakil  Teratak rahmat

Masa ni terasa seperti rombongan sekolah yang datang buat lawatan 

Dorm anak-anak lelaki

Dorm anak-anak perempuan

Kami bersama-sama anak Teratak Rahmat berjemaah magrib, isya' dan Terawih
Merdu sungguh bacaan dari anak yang mengimamkan kami pada hari itu

Antara menu berbuka 

Selepas magrib baru kami makan, makanan yang lebih berat sebelum solat terawih

Penerangan dari Ustaz Ramzan

Dapur Teratak Rahmat

Ayam panggang salah satu juadah untuk kami berbuka 

Rotan ini berbeza untuk setiap kesalahan

Hadiah dari anak-anak Teratak rahmat untuk kami
Ini Mh yang punya

Yang ini saya punya
(Luar)

Walaupun cuma menggunakan bahan terpakai saya sangat menghargainya
sebab mereka memberi dengan penuh kasih sayang
(Dalam)

Hari terakhir sebelum kami balik ke KL


Stigma pemikiran masyarakat kita bila minta bantuan untuk anak-anak yang kurang bernasib baik adalah...
"aku ada baju-baju yang dah tak pakai nak tak..?"
Perlu diingat mereka bukan saja memerlukan baju, tetapi kewangan untuk pembelajaran mereka.
Bukan tak mau baju-baju terpakai ni, tapi yang paling sedeh bila baju-baju tu memang dah tak boleh pakai dan ada yang tak sesuai untuk anak-anak ni.

Saya sangat-sangat terusik dengan kata-kata seorang teman yang sangat aktif dalam sukarelawan ni kepada Chenta hati saya

Apabila kemiskinan mengetuk pintu rumah mu,
maka keluarlah melalui jalan tingkap.
Renung-renungkan...
















Friday, 19 August 2011

Kembara Ukhwah - Ummu Sofiah

Diam tak diam dah hampir seminggu rupanya kisah geng Kembara Ukhwah ke Utara.
Rasa baru semalam kami bersama-sama anak-anak yang kurang bernasib baik tu.
Masih basah dalam kenangan melihat anak-anak di Ummu Sofia kegembiraan mendapat sumbangan dari kami.
Kalau boleh diulang lagi rasanya nak sangat saya berkampung di Ummu Sofia tu lagi.
Walaupun kami tidur secara berjemaah di dewan Ummu Sofia (lelaki di perpustakaan) tak terasa pun sulitnya, seronok pulak. Teringat dulu-dulu kalau pergi campingkan tidur tak sempurna sangat.
Walaupun masa saya dengan MH terbatas, tapi kami gembira. Banyak benda yang saya lalui membuat saya lebih menghargai apa yang saya ada. Ini bukan kali pertama saya bersama-sama mereka yang kurang bernaseb baik. Tapi kali ini keadaannya sangat berbeza. Mungkin sebab saya bermalam bersama-sama mereka jadi kesannya sangat mendalam dalam jiwa saya. Saya teringat zaman saya kecik-kecik dulu. kehidupan kami susah sangat. Apa yang saya lalui kelmarin mengingatkan saya tentang silam saya. Mudah-mudahan  apa yang saya kecapi hari ini, tidak menjadikan saya mendongak ke langit dan melupakan rumput di bawah.

Kembara Ukhwah memang dirancang dengan rapi. Cuma saya agak terkilan sebab saya tak menyertai mereka membuat kuih raya untuk 2 buah rumah anak yatim yang kami pergi.
Saya hanya membantu mereka serba sedikit  mencari dana. Saya tebarkan email ke semua sahabat-sahabat saya. Allhamdulillah respon yang saya dapat positif. Email saya mereka balas dengan mengatakan yang dah dimasukan dalam akaun pengerusi Kembara Ukhwah..
Sedikit ke banyak bukan persoalannya.. yang penting keihklasan.

Kami bertolak dari Kajang lebih kurang jam 10 pagi dengan 5 kereta. kesemua termasuk Teta dalam 13 orang. kami berhenti di ipoh untuk solat Jumaat/zuhor sebelum meneruskan perjalanan ke Trong Taiping.
lebih kurang jam 3 petang kami sampai ke Ummu Sofia.
Allhamdulillah..
Anak-anak di Ummu Sofia lebih kurang 30 orang.
Kami berbuka dan berterawih bersama-sama. Seronoknya dapat berbuka beramai-ramai.
Disebabkan tukang masak memasak dengan penuh kasih sayang, saya rasa makanan di Ummu Sofia memang 5 bintang. Lagi-lagi laksa (moreh lepas terawih) yang buat saya teringat-ingat sampai hari ini.. ha..ha...

Ini sebahagian dari kami di Ummu Sofia

Kami baru sampai disambut pengetua Ummu Sofia dan anak-anak

Sebahagian dari anak-anak Ummu Sofia

Yang paling kecil tu Sarah 5 tahun sama umur dengan Qaisara (baju purple)

Sebahagian goodies untuk anak-anak

kami berbuka disni beramai-ramai

kami berbuka dengan kuih-kuih dan kurma dahulu, solat magrib kemudian baru kami makan nasi

Anak-anak Ummu Sofia

Goodies untuk anak perempuan.
Antara isinya Kuih raya..Cokelat, telekung, baju raya dan duit raya

Untuk anak lelaki

puan Kusyi Hirdan team kembara Ukhwah

Majlis ni sangat santai MH cuma berkain pelekat, padahal dia bawa baju melayu
pak Seyit pun cuma berseluar track suit


Puan Norhayati Berahim  menyampaikan sumbangan kepada wakil Ummu Sofia

Yang ini fatin..dia paling manja dengan kami

masing-masing dengan baju raya

Anak ini baru berumur 11 tahun

Anak yang paling muda 5 tahun - Sarah.
Bijak..bila saya tanya dia menjawap dengan penuh semangat

Kami semua bersama anak-anak dan warga Ummu Sofia


Allhamdulillah..ada rezeki memang kami nak kesini lagi.. Insyallah.