Bertempat di NSTP Jalan Riong Bangsar pada Sabtu 17hb September 2011 ni (esok)
saya bersama-sama sahabat Kembara Ukhwah ke Utara (KUKU) akan mengadakan jualan amal bagi membantu Suami Puan Ramlah yang mengidap masalah hati yang kritikal dan perlu diganti dengan segera.
RM 150,000 diperlukan bagi tujuan ini dan jumlah ini bukan lah sedikit. Kami bersama-sama pihak Harian Metro dan beberapa selebriti akan mengadakan jualan amal ini.
Kisah Puan Ramlah dan suaminya di Harian Metro Puan Ramlah
Untuk KUKU kami akan menjual novel-novel dari penulis terkenal Norhayati Berahim. Yang mana sebahagian dari hasil jualan ini akan didermakan kepada Puan Ramlah.
Novel-novel dan majalah terpakai melayu/enggeris juga ada dijual.
Baju-baju terpakai dewasa dan kanak-kanak dengan berbagai jenama
(yang masih dalam keadaan baru dan ada yang masih baru dan belum digunakan) akan dijual dengan harga yang amat berpatutan.
Bagi mereka yang keletihan dan kelesuan muka kami ada penawarnya..
Refreshing facial yang akan dibuat sendiri oleh saya dengan harga yang sangat menarik RM 20 sahaja.
Menarik kan..???
Selain itu GPS dan Al-Quran Ipad turut dijual.
Bagi mereka yang berminat mendapatkan GPS dan Al-Quran Ipad dengan harga yang amat berpatutan
dijemput datang beramai-ramai.
Antara beberapa selebriti yang terlibat ialah Along Raja lawak & Didie Alias sebagai hos,
Pelakon popular Shaheizy sam, Intan ladyna, Deja Moss, Eja, Farah Fauzana, Aznil Hj Nawawi, Azlan Typewriter, Catriona Ross, Ani Mayuni, Ana Rafali, Lyana Samsudin, Juliana Ibrahim, Aizat, Fauziah Ghaouse dan beberapa artis lagi.
Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...
Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak..
Amin..amin..amin...
KUKU pernah ke Utara sebelum ini Teratak Rahmat - Perlis & Ummu Sofia - Perak
Cerita KUKU ke Utara juga ada disiarkan di Harian Metro KUKU di Harian Metro
Mari hilangkan keletihan dan kelesuan pada wajah anda.
Murah-murah
Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...
Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak..
Amin..amin..amin...
1 comment:
patutlah dh lama x der update rupanya bz dgn kerja amal yer....tahniah2.....
Post a Comment