serentak seramai 24 pasang 34 tahun yang lepas.
27 febuari 1977 tarikh keramat buat 24 pasangan.
menurut cerita mak..
24 buah pelamin dibina ditapak padang bola di Tanah Rancangan Pemuda, 24 imam, 24 kereta yang dipandu oleh YB untuk membawa 24 bakal pengantin ke Masjid Jamek Daerah Segamat. 24 mak andam untuk,
pelajar2 sekolah berdiri dikiri dan kanan sepanjang 5 km untuk menyambut ketibaan pengantin sekembalinya dari akad nikah.
Wahhh...!!! bayangkan tak meriahnya...opsss..lupa mak kata juga banyak orang surat khabar datang, orang majalah, wartawan2 dari dalam dan luar pun banyak. Upucara perkahwinan ni juga mendapat liputan di TV, aku lupa samaada live atau rakaman. Tapi memang meriah sakanlah kata mak.
Masa ni Menteri besar johor yang sponsor Majlis ni. Allahyarham Othman Saat.
He..he..mak kata memang femeslah jap banyak kuar kat surat khabar, majalah, Tv dan radio.
lepas tu ramai budak2 dari IPTA datang buat kajian tentang Kampung ni.
Untuk pengetahuan korang masa ni mak aku di andam dengan Mak Inom (mak kepada arwah Yasmin Ahmad-director), & salah sorang pengapit dari pengantin reramai tu pelakon Anita Raffar (kaka Linda raffar) kata mak masa ni dia masih sekolah menegah lagi, tapi memang jadi tumpuan wartawanlah sebab kecantikannya. Masa ni dia & kuarganya masih duduk di Pekan Chaah. Dengar ceta mak katanya lepas majlis nilah dia dapat offer berlakon. Orangnya memang comel kata mak.
Tapi aku rasa mak cantik sangat masa ni - dari pic2 yang aku tengoklah. Ialah orang kampung macam mak mana pernah make up, tetiba kena makeup2 surelah cantikan menyerlah...
Keratan2 majalah & suratkhabar banyak dalam simpanan mak, sayangnya beberapa tahun lepas
masa budak2 IPTA buat projek anak angkat diaorang tak pulangkan pun balik pada mak. Ni yang kadang-kadang malas nak bagi kerja sama bukan x suka tapi lepas pinjam susah sangat nak pulang.
Masa aku sekolah dulu aku pernah berangan kalau khawin nak pakai baju songket mak & ayah masa derang khawin. Lip lap..lip lap warna biru2 turquoise, Sanggul lintang mak selali kami adik beradik buat main kawin2 masa kecik2 dulu. Cuma kasut mak jer yang tak tahan aku tengok. Kasut mak tempah masa ni
maklumlah kaki mak kan panjang saiz susah nak dapat masa tu. aduhai yang tak tahan 'wedges' tu kasut mak.
Adalah dalam 3.5inc huh bayangkan mak aku yang dah tinggi tu bertambah tinggi ngan 'wedge'nya.
Masa aku sekolah menengah kasut tu kena makan tikus, malas nak simpan mak bakar hu..hu..sayangnya..kalau aku ada masa tu sure aku simpan..memory tu...
Sekarang yang tinggal selepas 34 tahun cuma baju pengantin mak & ayah, sanggul lintang tu tak tau mana pergi. Nostalgianya..
Baca sini satu pameran pernah diadakan di Ruang Pameran Jabatan Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, Blok B, Tingkat 7, Wisma Persekutuan Jalan Air Molek, Johor Bahru
Selepas dari Majlis perkhawinan secara serentak 24 pasang ni nama kg ni pun bertukar dari
Tanah Rancangan Pemuda ke Desa Temu Jodoh. Nama diambil sempena sejarah perkhawinan secara serentak ni. Kg Desa Temu Jodoh buka Felda seperti yang disangkakan. Hampir seluruh rakyat Johor yang tau sejarah kampung ni. Ha..ha..aku pernah jumpa sorang kakak ni dia so excited bila tau aku dari Desa Temu Jodoh. Dia siap cakap masa tu dia kecik2 lagi then dia sekeluarga datang ke majlis yang macam pesta ni.
Aku juga pernah jumpa bekas wartawan utusan yang buat liputan majlis ni.
Dia tak sangka dulu dia buat liputan majlis mak aku khawin & masa majlis aku khawin aku jemput dia
datang. Dia cam sebak bila ingat, tak sangka katanya selepas 27 tahun dia datang balik Kampung ni.
Thanks TN HJ sudi datang..
Aku dan geng2 yang lahir tahun 77 adalah 1st generation Desa Temu Jodoh. Bangga sangat kalau orang
tau aku anak desa Temu Jodoh. Kadang-kadang bila urusan yang membabitkan I/C orang yang ambik I/C aku tu teruja bila nama kampung aku. hik..hik..kadang-kadang malu coz dia baca kuat-kuat. Ada yang siap tanya betul ker nama Kampung ni wujud..alooooo...betul lah kalau tak, tak kan I/C aku tulis nama Kampung tu kan..
Masa aku buat entry ni tak ada pic baju khawin mak & ayah, nanti aku balik Kampung aku ambik & post kat entry baru. Gambar yang ada ni tak bersangkut sangat dengan Sejarah 24 pasang ni.
Desa Temu Jodoh
Chaah, Segamat
Johor
Kalau dari Air Hitam nak ke Segamat akan jumpa papan tanda ini
Yang ini kalau dari segamat ke Air Hitam
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
He..he..inilah Mak ngan ayah 34 tahun yang lepas
Alhamdulillah sentiasa bahagia...
1 comment:
dah masuk dalam TV3 kisah ini..
http://adzriel.blogspot.com/2011/06/golf-dan-bertemu-jodoh.html
Post a Comment