Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Monday 2 August 2010

Ramadan datang lagi

Alhamdulillah tak sampai 2 minggu lagi kita semua akan sambut Ramadan.
Bersyukur sangat-sangat kerana masih berpeluang menyambut Ramadan kali ni. Berpeluang menambah amalan-amalan yang Allah janjikan besar ganjarannya..
Allahuakbar...sesungguhnya Ramadan amat-amat aku nantikan..Lagi-lagi sejak berkhawin, memang aku suka
sangat kedatangan Ramadan. Paling aku suka Ramadan ni..bau yang wangi siang ramadan.
Bukan wangi macam2 macam makanan kat Bazr tu, tapi wangi siang Ramadan sampai lepas Isyak tu tak ada kat bulan-bulan lain. Macamana ya aku nak terangkan wanginya Ramadan ni...

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :


-  Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
-  Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
-  Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda,
     melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan                 
    syahwatnya, makan minumnya kerana aku.
-  Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika
   menemui tuhan di akhirat

Setiap kali tiba Ramadan, macam-macam cara orang sambut kedatangan bulan mulia ni, masing2 ada cara sendiri. macam juga aku.. bertelekung baru, ini cara aku sambut Ramadan.
Telekung tu yang akan aku gunakan untuk terawih nanti. Berhias diri secantik dan sewangi mungkin untuk ke Terawih..menghadap tuhan yang esa. Nak menghadap Allah kena cantik-cantik juga, nak beri yang terbaik.
Tahun ni tak tau lagi nak terawih kat mana..tahun lepas banyak buat kat rumah jer..

Indahnya Ramadan..bila masuk minggu ke 3 sayu jer hati..sebab tinggal seminggu jer sebelum Syawal datang.
Tiap kali usai solat selalu berdoa..semoaga dipanjangkan umur agar berpeluang bertemu lagi Ramadan akan datang. Bila dah semakin dewasa kalau ditanya antara ramadan & Syawal mana yang aku suka..
Jawapannya..Ramadan. Ramadana yang paling aku nantikan..jawapan untuk soalan kenapa aku suka Ramadan tu aku tak ada..tapi setiap kali masuk Sya'aban berdebar-debar dada ni tunggu Ramadan...

"Bersabda Nabi (s.a.w) :
 Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu.
Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah,
kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya?
jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,

Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan"

Semoga Ramadan kali ni menjadi yang terbaik untuk kita semua..lebih baik dari yang lepas.
Bulan memohon keampunan kerana Allah. Amin..amin...

Sabda Nabi (s.a.w) :
Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari

No comments: