Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Monday, 27 February 2012

Happy Anniversary

35 tahun sejarah masih diingati, apatah lagi nama kampung kami sendiri unik,
DESA TEMU JODOH
Ramai yang terasa pelik dengan nama ni, tak kurang yang teruja nak tahu dimana letaknya kg ni dan mengapa nama nya seunik ini.

27 hb Feb 1977 24 pasang dari pemuda Belia (nama asal kg ni) telah memilih calon pasangan masing-masing untuk bernikah dan bersanding secara serentak.
Perkhawinan yang ditaja oleh Menteri Besar Johor pada masa itu Allahyarham Tan Sri OSman Saat memang menjadi sejarah.

Baca entry saya yang lepas SEJARAH DESA TEMU JODOH

Rasa cepat sungguh masa berlalu, sekali lagi mereka menyambut ulangtahun perkhawinan hari ini
27hb  Feb 2012
Happy Anniversary buat Ayah Mohd Sharkawi dan mak Hajah Saminah Sayuti dan 23 pasangan pengantin yang lain. Semoga mereka semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan dunia akhirat amin...amin...

Pelamin unguk 24 pengantin
Tempat ni jadi padang dah sekarang

Mak tak ingat majalah apa ni.
seingat saya satu majalah tu penuh dengan cerita perkhawinan beramai-ramai ni
Ini saja yang tinggal selepas ramai yang pinjam tak pulang

Baju merah tengah-tengah tu mak saya

2 dari belakang ayah saya, masa ni tunggu untuk di nikahkan.
Nikah di Masjid jamek Segamat, pengantin dibawa oleh YB masa tu

Mak & ayah
Bersanding time
Mak dimake up kan oleh Mak Inom, mak kepada pengarah arwah yasmin Ahmad
dan salah seorang pengapit kepada pengantin ni Anita Rafar kakak Linda Rafar.

Sebahagiaan dari mereka yang berkhawin seramai 24 pasang

Ini pelajar Universiti yang jadi anak angkat mak saya
dan sedang membuat kajian tentang sejarah DESA TEMU JODOH
tak silap mak kata ni tahun 1979
(saya atas kereta belakang mak tu)

Ayah saya kiri dengan jiran kami Cik Kasmuni


(esok lusa sambung balik cerita vietnam ya. he..he..)

1 comment:

munna said...

kenangan terindah buat parents Balqis ni..... Happy Anniversary buat mereka ye....