Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 26 August 2010

Biskut sarang semut

Malam semalam aku buat biskut sarang semut,  kebetulan kawan aku order ngan aku biskut ni. Nak buat tuk mak, mak mertua ngan umah nenek aku sekali. Biskut ni senang jer..tak banyak rewel.
Jom kita buat sarang semut plak...

BISKUT SARANG SEMUT
Bahan
350 gm tepung gandum + 100 gm tepung jagung
1 buku mentega (250 gm)
100 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
sedikit hiasan - manik atau apa-apa sesukahati anda


Cara :
1. Ayak kedua jenis tepung.
2. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar. Masukkan esen vanila.
4. Dah rata, masukkan tepung dan gaul rata adunan
5.masukan dalam paper cup dan bakar

Doh sebelum di parut

Parut doh yang dah diuli sebati

Yang ni dah siap parut, masukan dalam paper cup & bakar

Biskut sarang semut

No comments: