Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 1 October 2015

Buang habuk-habuk dulu



Assalamualaikum......


Harini genap setahun 4 bulan saya tak update blog ni.
Bukan tahap berabuk lagi ni.
Penuh rumput lalang habuk segala bagai ha..ha..

Kekangan masa sangat-sangat membataskan saya.
Tambah pula sekarang saya ada 2 anak.
Berganda-ganda busy saya dan itulah yang membuatkan saya semakin jauh dengan blog saya ni..

Insyallah saya nak cuba  update blog ni walaupun tak hari-hari.
Rindu nak singgah rumah kawan-kawan dan tinggalkan jejak.
Sekarang singgah juga tapi silent readerlah..

Cukuplah pembukaan ni he..he..
Eh..eh.. Ada lagi ker yg singgah blog cabuk ni..??




Tuesday, 17 June 2014

SBBMSAM - Terima kasih


Terima kasih pada sahabat-sahabat yang tak putus-putus memberi sokongan kepada kumpulan Sehelai baju buat menyapu siair mata (SBBMSAM)

Semoga jasa sahabat-sahabat semua diberkati Allah.
Amin..amin...

Antara sumbangan sahabat-sahabat
Butang baju melayu

Terima kasih sahabat-sahabat


kepada yang nak membantu mereka boleh hubungi saya di 
Blog: balqis6370@yahoo.com
FB: Anita Mohd Sharkawi
Instagram: Anita Mohd Sharkawi

Jom sahabat-sahabat kita bantu mereka.


Monday, 16 June 2014

Sehelai baju buat menyapu siairmata - SBBMSAM


Assalamualaikum

Misi SBBMSAM dah pun bermula.
Semalam 15hb Jun 2014 kami bersama team sehelai baju telah pun membeli sebahagian dari baju-baju yang akan disumbangkan kepada yang memerlukan.
Khususnya anak yatim dan asnaf

Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang sentiasa menyokong usaha kecil kami.
Semoga allah membalas jasa-jasa kalin dan memberikan kegembiraan kepada kalian.
Insyallah.

Ini antara team SBBMSAM yang bersama-sama membeli baju pada 15hb Jun 2014 

Kami tidak memberi baju terpakai atau sekali pakai.
Kami memberi yang baru.

Di salah satu kedai dimana kami membeli baju-baju kurung dan baju-baju melayu


Baju baru untuk mereka - Allhamdulillah

he..he.. sempat buat acara santai dalam kedai


Allhamdulillah Allah permudahkan jihad kecil kami.

Mudah-mudahan kami semua diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan misi-misi yang telah kami susun dan rancangkan.
Kegembiraan mereka adalah kepuasan kami.

Kami masih memerlukan sumbangan dari sahabat-sahabat semua

Jom sahabat-sahabat bantu kami dalam misi kami
follow saya di Instagram : Anita Mohd Sharkawi
FB: Anita Mohd Sharkawi
email : balqis6370@yahoo.com

Semoga Allah permudahkan urusan kami-kami semua
amin..amin...










Thursday, 12 June 2014

Cerita beliau



Kejadian beberapa hari lepas balik travell dari JB.
Mama sibuk kemas dapur & masak untuk Cik Kiah.
Macam biasa beliau akan turut serta kesibukkan mama.
Tapi mama tak perasan bila beliau masuk ke bilik ambik bedak.
Tau-tau dapur mama dah serupa mak lampir.
Maklum ler kitchen kabinet hitam.
Bila kena gomol dengan Cik Kiah yang berbedak macam mak lampir tu habis ler semua comot.
Mama nak marah tapi tak sampai hati.
Mama ambik hp nak snap gambar tau pulak dia malu.
Sudahnya kami terkakak berdua kelakar ha..ha..

Mula-mula dia tabur bedak sambil sengeh-sengeh.
Dia tak perasan mama tengah tengokkan dia.
Bila perasan ayat mula-mula yang keluar...
"ma...!!! "
dengan nada paling lembut.
Mama ambik bedak simpan.. datang balik tengok dia dah jadi tepung gomak.
Mama memang tak bersihkan.
Mama biarkan dia tidur style tepung gomak tu..
Hi..hi.. anak..anak...

Sunday, 1 June 2014

Sehelai baju buat menyapu siair mata (SBBMSAM)


Asslamualaikum...

Ramadan semakin tiba, bermakna team sehelai baju buat menyapu siair mata juga semakin hampir untuk memulakan misinya.

Masih ingat kumpulan kami...?
 Dimana pada tahun lepas  kami mengumpulkan baju raya baru hasil sumbangan sahabat-sahabat semua.
Insyallah tahun ini kumpulan kami akan menjalankan misi yang sama iaitu memberi baju raya kepada yang kurang berkemampuan.

Sahabat-sahabat sekiranya ingin menyumbang sehelai baju raya "baru" kepada anak-anak yang asnaf, yatim dan ibu-ibu tunggal boleh emailkan kepada 

balqis6370@yahoo.com

kenapa "baru" 
seperti yang kita semua maklum setiap kali tiba Aidilfitri tidak kira tua atau muda mesti mahukan bajun yang baru. jadi kami juga ingin mengembirakan hati mereka dengan memberikan yang baru.

Kami tidak kisah dengan harga yang penting baju "baru" untuk mereka.
Memandangkan misi ini dijalankan pada Ramadan maka sukalah kiranya baju yang di beri nanti baju kurung untuk perempuan dan baju melayu untuk lelaki. 
Saiz, warna, pattern juga kami tidak kisah asalkan baju tersebut "baru"

Kami juga menerima apa-apa sahaja bantuan yang sahabat-sahabat ingin sumbangkan.
Butang baju, keronsang, tudung, anak tudung, telekung,
atau apa aja boleh lah hubungi email diatas.
Mudah-mudahan dengan menderma kita lebih diberkati

Antara kumpulan Sehelai baju buat menyapu siair mata tahun lepas

Ini antara aktiviti kumpulan Sehelai baju buat menyapu siair mata yang saya turut serta pada tahun lepas












Terima kasih diucapkan pada sahabat-sahabat yang sentiasa membantu dan tak pernah jemu memberi sokongan.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa sahabat-sahabat semua.
Amin...amin...


P/S: MOHON SAHABAT-SAHABAT SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG INGIN MENYUMBANG KEPADA KAMI
TERIMA KASIH





Saturday, 31 May 2014

Gila selfie


Gila selfie...?
Hi..hi.. ya akhir-akhir ni saya pun terjebak dengan ber"selfie"

kalau loya sila scroll laju-laju


Selfie dengan monopod

Selfie lagi..

sesekali gila selfie apa salahnya yer dak..??



Buah hati Mama



Cik Kiah Mama

-No paparazi please hi..hi...-

Budak comel permata hati Mama

BFF katanya

Dia kawan gaduh mama

Tapi dialah jantung hati mama

Mama doakan anak mama jadi anak yang bijak & solehah Insyallah




Friday, 30 May 2014

Al-fatehah


Assalamualaikum..

Kami dikejutkan dengan pemergian penulis skrip dan juga president Malaysia backpackers club (MBC) Martias Hj Ali yang juga merupakan suami kepada blogger terkenal Mak Dara 

Kali terakhir kami berjumpa semasa mesyuarat persatuan MBC pada tahun 2010 atau semasa preview filem pendek beliau tapi yang pasti gak lama kami tidak bertemu.

Semoga Mak Dara tabah dan kuat dengan pemergian suami tercinta.
Didoakan arwah diletakkan bersama-sama orang-orang beriman amin...amin...

Semoga allah menempatkan sahabat saya diantara orang-orang beriman
Ini semasa kedatangan Makassar backpackers ke Kuala Lumpur

MBC Malaysia & MBC Makassar di Menara Kuala Lumpur bersama Arwah Martias


sekali lagi Al fatehah buat sahabat Martias Hj Ali




Jom bantu Roswati




Assalamualaikum...

Jom sahabat-sahabat kita bantu sahabat kita Roswati yang diserang stroke semasa melahirkan anak ke 2.
Akibat kekurangan oksigen didalam otak Roswati dan anaknya lumpuh sehingga kehari ini.
Mereka hanya bergantung kepada hidup pada susu sahaja.
Kos mereka teramat tinggi dan Roswati dan anaknya dijaga oleh ibunya seorang ibu tunggal.

Buat sahabat-sahabat jom kita bantu Roswati demi kelansungan hidup mereka

Roswati Abdul Wahab
235 blok 1
Felda jengka 18

019 - 9983526

CIMB: 1415  0064  682524 

Semoga dengan sedikit bantuan dari kita dapat membantu keluarga Roswati
Insyallah


Happy Anniversary


Hari ini bertambah setahun lagi kami bersama atas ikatan suami isteri.
Allhamdulillah kami bersyukur kepada mu Ya Allah
Kau berikan kebahgiaan dan kegembiraan kepada kami.

Semoga Allah terus memelihara keberkatandan kebahagiaan kepada kami berdua.
Amin...amin...

In this life we cannot always do great things.
But we can do small things with great love
- Mother Teresa -

Terima kasih "Suami" kerana meletakkan harga seorang "Isteri" di darjat yang tertinggi.
Without His love  I can do nothing,
With His love there is nothing I cannot do

Cinta darinya Anugerah yang tak ternilai terima kasih "kekasih selamanya..."
Sometimes the heart sees what is invisible to the eye


Happy Anniversary "Kekasih"


Fall in love sangat dengan lagu ni. 
Dari pertama kali dengar lagu ni 7 tahun lepas sampai sekarang masih meresap dan masih berdebar dengan lirik dan bait-bait lagu ni.