Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Saturday, 1 January 2011

Alhamdulillah

Sebelum tahun baru buat full medical chek up.
Kan ada entry yang pasal aku ambik darah hari tu.
Ya lah kan bila badan dah mula membiak lemak-lemak ni kenalah
fikir pasal kesihatan. Lebih baik mencegah dari merawat kan.
Alhamdulillah..setakat ni semuanya terkawal.
Cuma gula dalam darah aku rendah. Tu yang selalu lesu jer.
Aku paling takut kencing manis, tu agaknya kontrol abis pengambilan gula,
sampai kurang pulak.
Walaupun tak ada history dalam kedua-dua pihak tentang kencing manis ni.
Tapi sungguh aku takut sangat-sangat.
lagi-lagi dengan malas senamnya, makan plak banyak fast food.
Tak pun makan kat kedai jer yang tentu-tentu ajinamotonya bersudu-sudu.
(aku masak tak guna aji)
Buah pinggang, thyroid, gout, arthiritis, kencing manis, jantung, air kencing
apa lagi ek..banyak lagi..alhamdulillah semuanya baik.
Sangat-sangat bersyukur.
teringat kata-kata seorang teman yang bertanyakan pada aku samaada
aku suka ker tidak dengan fizikal aku sekarang...
Gulp...!!!! termenung jap aku dengan soalan tu.
Ada ke yang suka jadi gemuk...
Dulu masa aku cekeding beria-ia sangat nak jadi gemuk.
Minum susu tiap-tiap malam, siap nak beli susu yang nak bagi gumuk badan tu.
tapi sekarang allah bagi apa kehendak aku dulu, diet camana sekalipun susah sangat nak turun.
Tapi sekurang-kurangnya allah bagi aku kesihatan yang baik.
Belum tentu kalau kita kurus badan kita cantik kita sihat  kan..????
Cuma Dr kata aku tak ambik injection untuk hepatitis B
So the next dynya terus gi Klinik ambik jap hepatitis B.
kena buat 3x, sebulan lepas jap pertama ambik 2nd jap pastu lepas 5 bulan ambik jap ke tiga.
Lepas ni nak ambik jap yang untuk kanser serviks tu. hari tu masa tanya DR,
Kena ambik 3x.Yang ni mahal sikit. Sekali jap RM 200. tapi kalau untuk kesihatan apa salahnya kan..
Rasanya Klinik kerajaan dia bagi percuma jer.
Nanti aku cek kat kawan aku yang nurse kat klinik kesihatan tu.
Alhamdulillah sekali lagi...
Mudah-mudahan allah memberikan aku kesihatan yang baik 2011 ni
amin..amin...

No comments: