Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Monday, 31 January 2011

Banjir

Rasanya masih ramai yang ingat banjir besar tahun 2006 dulu kan..?? lagi-lagi warga Johor dan mereka-mereka yang terlibat. Sangat-sangat trauma kan..???
Aku antara yang terlibat sama secara tak lansung, walaupun tak terlibat secara total. tapi tempiasnya tetap aku rasa.

Tahun 2006 aku masih duduk JB dan masa ni lah JB dilanda banjir besar.
Sana sini orang bercerita pasal banjir. Teringat cerita seorang kawan MH aku, wife dia tengah preggy 9 bulan tersangkut dalam jammed, gara-gara banjir. Bayangkan dari pagi nak pergi kerja sampai pukul 8 malam tak lepas-lepas lagi dalam jammed. Kesian sangat aku dengar. nasib baik tak terberanak dalam kereta, kalau tak..erm..tak boleh bayangkan.

Lebih kesian masa ni kampung aku kat Chaah tu kena banjir teruk. Walaupun rumah mak aku tak kena banjir dan tak perlu pindah keadaan keliling kawasan rumah mak aku dah macam pulau dah.
Jalan terputus nak ke Pekan Chaah dan Yong peng. Elektrik terputus, air kadang ada kadang tidak.
Bekalan makanan dapat dengan bantuan yang diberikan. tapi bila dapat ayam atau ikan terpaksalah direbus atau digoreng untuk elakan busuk disebabkan bekalan elektrik dipotong akibat banjir.
Hari-hari aku call mak,  nak tau perkembangan terkini,sedeh sangat masa ni.
Mak pulak terpaksa charge hp dalam kereta. Kadang-kadang memang tak dapat nak hubungi mak.
masa ni perasaan tu jangan cakaplah risau, sedeh semua ada.
Kawasan rumah aku dah macam pesta, ramai orang tumpang kereta dan barang dalam halaman rumah mak. sebab halaman rumah mak aku luas.
Masa ni hujan memang tak berhenti lebih dari 2 minggu.
Walaupun aku kat JB terasa sangat susah payahnya. Mujur sebelum tu adik-adik dah di hantar ke rumah aku. kalau tak...

Masa ni hujan-hujan dan hujan hari-hari. baju-baju semua tak kering, rumah lembab jer...
Tak seronok sangat masa ni, kesian kat Mh aku, pergi balik jalan jammed, sampai rumah masa banjir ni dekat pukul 11 atau 12 malam..esok pepagi dah keluar...erm..sedehnya..
Mujur aku kerja dekat, jer. tapi memang tensionlah kalau ingat.

Semalam masa ayah call bagi tau jalan Yong Peng ke Chaah tak lepas kenderaan kecil sedeh sangat-sangat.
bukan apa...teringat banjir tahun 2006 tu.
Teringat rumah mak usu aku kat Lenga, Muar tu banjir sampai bumbung, kesian mak usu aku...
Sofa, barang-barang rumah tak sempat nak selamatkan, bayangkan loteng tinggi tempat simpan barang-barang kalau banjir pun tenggelam. Tahun 2006 Mak Usu aku ambil masa hampir setahun nak pulihkan keadaan. Sofa mak usu makan masa berbulan-bulan nak basuh dan keringkan..
Sedehnya aku masa ni.

Tadi masa aku call ayah dia kata jalan Yong Peng tu dah surut, tapi ke Labis masih belum boleh lalu.
Minta-mintalah tak ada apa-apa ya..sedeh kan tgk mangsa-mangsa banjir ni..
Kalau dengar cerita dengan melalui sendiri memang dua perkara berbeza. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. mana yang sempat selamatkan barang-barang alhamdulillah...tapi mana yang tak sempat tu perit sangat-sangat nak melalui kehidupan bermula dari kosong.

Masa kecik-kecik aku suka sangat bila hujan, kalau tak ada kilat dan petir, aku akan ambil kesempatan nak main hujan, peliknya tak pulak demam atau selsema. Aku suka pusing keliling rumah Nenek masa ni, lepas tu pergi parit cari anak-anak ikan. Erm..perangai ni sampai aku form 3 tak silap. Seronoknya usah cakaplah..
Bila aku semakin remaja, dewasa dan dah jadi isteri orang pun aku masih suka hujan.
Sebelum ni rumah mak mertua aku rumah atas, atap zink. bila hujan bunyi dentingan hujan tu macam irama yang menaikan semangat, duduk di birai tingkap tempias hujan sangat-sangat menyenangkan dan mengembirakan aku. Titis hujan dari zink sebelum jatuh di bumi sangat-sangat indah.
Tapi bila hujan berhari-hari, aku jadi sedeh. kesian dengan penoreh yang mencari rezeki dengan menoreh.
Nelayan tak dapat turun ke laut, argh...banyak yang sulit jika hujan berterusan.
Ada masa hujan akan jadi sahabat kita seperti api kerana kita memerlukannya,
dan..apabila terlalu menerima..ia akan jadi lawan yang sangat-sangat membebankan..
Apapun semua hikmah itu ada rahmatnya yang kita tak tau.

Mari kawan-kawan kita doakan supaya musibah 2006 tak berulang lagi.
Kita doakan juga supaya saudara-saudara kita yang terlibat banjir dilindungi dan di rahmati Allah..
amin..amin...

           Sungai Muar masih lagi melebihi paras bahaya.. bacaan terkini 22.95m pada jam 8 malam tadi..
(dari FB :~ Azman Ahmad)


 



No comments: