Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 16 July 2010

Factory Outlet

Ya Allah banyaknya Factoray Outlet (FO) kat Bandung ni, berpinar mata memilih. Jauh beza ngan FO yang ada kat Kl ni, dari segi kualiti dan juga harga memang jauh beza. Kualiti baju Rm 6 kat sana sama cam kualiti baju kat Esprit kat KL yang lebih dari RM 50 tu. Kualiti sana kalau kita tgk memang tak nampak mana yang reject. Kalau mana-mana yang saiz S ker XS tu memang untung lah sesangat. Banyak betul baju yang cantik-cantik..geram..geram sesangat.

Lepas balik dari Tangkuban Perahu memang plan nak ker semua FO yang ada kat Bandung ni. Mr Hubby dah buat list semua FO yang ada. 
1st FO ke Jalan Riau dulu.
He..he..dia bagi pulak tu green light kat semua FO boleh beli something muahahahaaa...!!!! best...best...
tapi bab bayar memang aku surrender tak suka..sebab banyak sangat
00.00 kat duit dia tu..pening kepala aku. Adalah beberapa kali aku gi bayar menggago jap bila nak kuar kan duit..ish..lepas tu dah tak mo dah..senang jer kalau nak convert Ruppie ni ke RM.
Biasanya aku jadikan dia USD dulu contohnya cam 150,000 rupee tu akan jadi 15 USD x 3.2
(harga USD masa aku pg haritu lah) so dapatlah total dia RM 48.00 senang kan...

Antara FO yang aku pergi hari tu, Jalan Setia Budi (Rumah Mode, Zenith, Mode Plus & Donatello)
Jalan Riau (The Secret, Branded Club, The Oasis, Heritage, Stamp, The Summit, Terminal Tas and Formen)
Jalan Dago (The level, Blossom, Victoria, Glamour, Raffles City, Carla, Grande dan Episode)
Jalan Cheamplas yang ni memang tak ingat nama-nama FO dia. Tapi memang banyak sangat FO kat sini.
Pasar Baru, yang ni bukan FO tapi cam kat Pasar Payang Trengganu, cuma dia lebih tersusun dan besar, ada aircond & 7 tingkat. Besar sangat tempat tu. Kata pak Surya pernah dia bawak orang Malaysia datang Pasar Baru dari pukul 9 pagi keluar dari Pasar Baru pukul 5 petang. Huh....aku baru sampai tingkat 3 dah tak larat nak tarik kaki. Kat Pasar Baru ada yang ambik duit RM. kena pandai menawar, lagi satu kalau tengok semua sales assistant kat Bandung ni tulus-tulus, ikhlas sangat bila dia melayan kita. Chomel2 pun ya muahahaaa...

Depan Zenith, tengah tunggu Pak Surya ambik balik hotel,
Hujan lebat sangat masa ni

Rumah Mode dua kali ngulang..he..he..

Toko Tiga, kalau nak cari jeans yang berkualiti & brands memang sinilah tempatnya

Jet Set Jalan Riau

sakan ek....

Depan FO Episode

Level

Oasis

Pilih dear pilih....

Budak ni minta sedekah...
Comel-comel macam ni jadi gelandangan
sedeh sangat aku tengok..bila aku bagi dia asyik cakap
"ma kasih ya mbak...ma kasih.."
berulang-ulang kali..

Branded Club ni pun 2x pergi. Suka sesangat kat sini

OMG...tempat ni cantik sangat..
sayangnya baju2 dia banyak saiz S kalau saiz L pun cam saiz M jer kecik cutting dia

Ni Jalan Cheamplas..
Kawasan ni banyak jual baju-baju cam Batman, Superman, Ultraman..

FO kat sini ada lambang kartun cam ni

Pasar Baru...
Now baru aku faham napa semua yang nak khawin banyak ke Bandung cari barang-barang kawin
Dah lah murah-murah, barang2 cenderahatinya sangat unik-unik..
Kain-kainnya woo..!!! dengan kualiti yang terbaik dan termurah..
napalah masa aku khawin dulu tak kesini ek...
ahaksss...

Pasar Baru lagi..
kesini pun 2x..hari terakhir kat Bandung pagi tu sempat lagi kesini
kali ni dengan kawan kami "Eric" dia bawak naik angkot
muahahaaa.....best wooooo..!!!

Pasar Baru

Raffless City

Sexsimo

He..he.. 1st time tgk Mr Hubby sakan masa shopping..
so cute he...he...

Heritage

Pic kat mana aku pegi jer ek..apa yang aku beli tak yah lah tengok, tapi masa aku ke Bandung tu memang bawak baju 3 helai jer, tu pun satu baju tido malam. Memang agenda utama gi Bandung nak shopping.
So kenalah bawak seminimum yang mungkin. Masa pergi tu aku bawak 2 beg satu bagasi yang paling besar satu yang sedang. Yang sedang masukan dalam yang paling besar...beg dukung belakang bawak 2. yang dukung belakang tu aku bawak naik flight. kalau tak confirm kena extra charge. Yang 2 beg tu dah
ngam-ngam 30kg. Yang dukung belakang baik naik flight tu sumbat selagi boleh..
kat FO ni kalau shopping dapat paper bag, aku memang suka collection paper beg. Semua Fo yang aku pergi paper beg dia cantik-cantik. Tu semua aku sumbat bawak balik...muahahaaa...tak kira lerrrr...
walaupun Mr Hubby aku dok jeling-jeling. Erm..pandai-pandailah aku nak sumbat kat mana,
coz aku yang packing barang2 yang di Shopping selama seminggu kat sini he..he...
Tapi memang sangat berbaloi...baloi...cam plan nak kesini lagilah next year huk..huk...

satu Mr Hubby bawak, satu aku bawak..
satu beg kamera..
Lappy, aku sumbat dalam H/beg aku..

Gara-gara banayak berjalan juga kaki aku tersangatlah sakit. Rasa cramp bila nak jalan. Hari ke 3 masa ni.
Bila aku dah main seret je kaki Mr Hubby suh gi urut.. Esok kan plan nak ker Jakarta, kalau kaki sakit camna nak jalan ek..Pak Surya rekmen gi Spa Mariaty kat Jalan Setia Budi dekat ngan Rumah Mode. Ayoooooo...!!!! memang best dah tu murah pulak tu 60,000 ribu jer duit kita dalam RM 19.00 jer. 1jam 1/2 plak tu dari lutut ker tapak kaki. Bestnya Spa Mariaty ni.. uisss..!! rasa nak tertdolah sangat...
lepas kena urut memang best. Baru ringan jer kaki ni..

ouch....!! masa ni memang dah tak boleh menapak dah..main seret jer kaki..
masa lepak kat satu cafe ni dengan tak malunya aku melunjurkan kaki...
rasa darah kat kaki tu dah beku dah tak jalan...

Nama yang urut kaki aku ni Lilis,
umur dia 32 tahun...kulit dia mulus sangat

lepas urut dia bungkus guna tuala herba suam
cam nak pergi lagi lah esok urut kaki wakakkaaaa..

Mariaty Spa, ramai orang Malaysia yang datang sini.




No comments: