Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 23 July 2010

Hari-hari terakhir di Bandung


ahahhaaaa....ni tgh tunggu teksi, terlelap jap..
Maklumlah 5 hari setiap hari bangun pagi terus jer berjalan malam baru balik
mana tak lepak..

Sekejap jerk rasa 6 hari ek. Dah nak balik. Hari Khamis 8hb tu aku habiskan FO kat area Cheamplas.
Setiap FO kat situ ada lambang karektor komik cam Superman, Princess, Batman. Kawasan FO kat sini agak crowded, yang tak bestnya turun jer dari Avanza terus hujan turun selebat-lebatnya..seb baik dah lari masuk Fo cepat. Kalau hujan jer ramailah anak-anak yang datang kat kereta nak payungkan kita..lepas tu bagilah berapa ikhlas. Aku awal-awal dah ready payung so kalau hujan berpayung ler berdua dalam hujan gitew. Opsss..sebelum tu pepagi aku ke Chibaduyut, Elizabet Mall & rumah Tas then baru ke Cheamplas ni..


cam ni lah FO kat jalan cheamplas ni
Ni jerk yang sempat ambik sebelum hujan dengan lebatnya

Hujung-hujung ni baru shopping yang mengirim. Tu pun budget-budget. Tak naklah kang terlebih berat kena bayor plak. Baik duit tu buat shopping muahahaaa...
Semalam dah janji ngan kawan aku  Erick (kawan Mr Hubby gak coz kenal masa Makassar backpackers datang KL Feb lepas) nak jumpa. Alang-alang dah sampai Bandung ni kan..Actually dia kerja kat jakarta, tapi now tengah buat Master kat salah satu Universiti di Bandung. Memang plan jumpa kat Cheamplas.
Kebetulan masa dia datang hujan tgh turun..erm..minum-minum, sembang-sembang..

Kg Daun

Teh panas tanpa gula.
Menghangatkan badan yang sangat-sangat kesejukan
satu teko tu untuk satu orang

Unikan cara penyediaan teh dia

Tak ingat set apa ni..tapi ada ayam bakar, rempeyek, sambal
& salad yang dalam gulung daun pisang tu nasi..
Wangi nasi dia

Yang dalam mangkuk tu sup Iga

No 12 tu pondok makan kita orang,
belakang dia tu yang ada cam terusan dari air terjun

Malam tu aku ajak Eric ikut aku ngan Mr Hubby Dinner kat "Kg Daun" cam yang di suggest kan ngan Pak Surya tu. Tapi kata Erick kalau cuaca baik lagi best ke "Sapu Lidi" makan di tepian bukit boleh tengok Bandung waktu malam, Tapi hari tu cuaca tak memberangsangkan lah..gerimis jer dari kul 5 ptg tu..

Nazid & Eric
Belatar belakangkan air terjun

Sangat-sangat kesejukan

Eric cool jer dia ni..
tgh cari calon ni..

Kg Daun, Bandung

"Kg Daun" best gilerrrr tempat dia. Semuanya penuh tradisional, sejuk sangat dengan geimis + air terjun kat kawasan tu...eeiiiii...!!!! best sangat sorrounding dia cantik sangat. Aku ajak juga pak Surya tapi dia tak nak..mungkin segan kot..apa nak segan dah 5 hari dok kehulu kehilir dengan dia, so ingat nak lah ajak dia sekali...erm..dia tak nak pulak..

Tempat makan cam Pondok beratapkan atap nipah, tu sebelahnya ada cam terusan then makan pun bersila. memula dia akan bagi menu-menu yang ada bila dah siap pilih ketuk jer beduk yang disediakan tu.
Datanglah pelayan dia yang ramah-ramah tu...ramai orang Malaysia masa aku datang malam ni.

Last day tu aku cek out awal pagi gak, flight aku ptg kul 5 so ada banyak masa lagi nak merambu.
Mr Hubby ni tak sudah-sudah pujuk aku gi Muzium alololo...bukan kali ni lah dear ek...
kali ni misinya shopping-shopping...Kalau gi memana Mr Hubby memang suka bebeno ke Muzium. Dulu masa kat Brunei pun semua Muzium kat Brunei dia masuk, kat labuan pun sama....he..he..

Sebab ak nak ke memana Muzium, teman juga Mr Hubby tgk monumen ni
Monumen pun jadilah ek..
tak silap dekat ngan Chibaduyut tempat ni

Aku tumpang beg-beg aku yang sebebak tu kat bilik Eric kat jalan Siliwangi. Dia yang offer..he..he..kalau tak plan asalnya nak lajakan cek out sampai petang or bayar jer for one day, tapi dah di offer yang bagus on je  lah. Di sebab kan hari ni khidmat pak Surya dah abis so aku ke Jalan Siliwangi nek 'Blue cab' jer.

Inilah Angkot
singkatan dari Angkotan Kota

Dalam angkot

me & chenta hatiku....
Dalam angkot..
kat KL tak pernah naik bas berdua kat sini naik angkot lagi..

Yang bangunan pink tu lah bilik-bilik yang disewakan
ada 4 tingkat semua bilik-bilik ni di jaga dengan seorang bibik
merangkap cleaner & tukang cuci baju
bersih gilerr..kawasan penempatan ni

Dari Siliwangi aku ke Pasar baru lagi, yang seronoknya kali ni naik angkot (angkotan kota) kira bas lah cuma bas kat sini macam Van, kalau yang rajin tgk sinitron taulah angkot tu cam na. Aku yang request nak naik angkot ni. teringin sangat. Sebelum ni ajak Mr Hubby dia tak nak. Sebab ada Erick beranilah naik angkot ni.
Woooohooo..manyak syiookkk lorrr..lagi2 bila berenti kat Traffic light, banyak ngamen yang akan menghiburkan penumpang-penumpang angkot tu. (ngamen ni budak-budak jalanan yang main gitar sama nyanyi, Ariel Peterpan pun asalnya Ngamen juga) lepas depa nyanyi bagilah berapa nak bagi. Dah cara tu depa cari rezeki kena ihklas kan jer. 2x ngamen datang kat angkot yang aku naik.
Suara diaorang memang sedap..lagu cipta sendiri rasanya tu... "inilah naseb anak-anak jalanan" tu jer lirik lagu yang aku masih ingat.
Kat Pasar Baru pun abiskan memana yang tak sempat beli..
ada lagi ek..aku beli jer Mr Hubby dok jeling-jeling..alah taulah mana aku nak sumbat ni nanti.
Yang meroyannya bila aku tgk kain lace dia..
memang menyentap jiwa nan raga..cantik-cantik, murah-murah kualiti memang superb..
aku sambar gak satu..atas pujukan Mr Hubby ler.. dia dok pujuk suh beli aku beli lerrr...pas tu tanya sendiri nak pakai bila..tak kan ghaya nak pakai cam pengantin muaahhahaaa...tok de koje plak..

Masa 1st time ke Pasar Baru Pak Surya turunkan betul2 depan pintu kat tingkat 7 tu,
bila naik angkot turun jauh sikit.
Jalan kaki sebelum sampai ke Pasar Baru.

pilih kain lace cam nak sanding lagi sekali he..he..

Lunch, Eric ajak gi makan kat kedai kedai makan yang sedap, Nasi bacakan. Cam nasi campurlah nasi bacakan ni. Punyalah ramai orang. Sedap..banyak pilihan..boleh request minta panaskan balik kalau nak lauk2 yang kita pilih tu. Alhamdulillah kenyang.

Nasi Bacakan

pinggan mangkuk yang digunakan semua dari zink cam zaman dulu-dulu

Jalan kaki terus ke gedung Sate. Bukan tempat jual sate ek..tapi gedung Sate adalah tempat Pusat Kegiatan Pemerintah Propinsi Jawa Barat sejak tahun 1980, Cerita lanjut tentang gedung Satey ni boleh baca kat sini  baca sini nak ceta kang esok pun tak abis entry ni. Kata Erick kalau dah bergambar di Gedung sate ni lengkap lah lawatan ke Bandung ni.

Hadapan gedung sate

With Eric again

Then balik semula ke Eric ambik beg-beg, kemas beg-beg nak ke airport. Bilik yang Eric sewa ni siap ada bibik yang akan kemas bilik, dan cuci baju. Bersih sangat kawasan penempatan kat sini. Yang kelakarnya masa Eric carikan teksi satu teksi pun tak lalu. Hujan pulak dah nak turun..tau aku naik apa gi Airport..?
muahahaa...aku naik angkot. Aku sewa sebijik angkot, dalam 15,000 rupee murah jer. Maknanya sepanjang aku naik angkot ni tak ada orang lain melainkan aku Mr Hubby & Eric. He..he..pengalaman baru sesangat.

Alhamdulillah selamat semuanya...pukul 8 sampai LCCT, belum sampai rumah Mr Hubby dah plan nak datang lagi..he..he.."syioookkk ek yang.." Insyallah ada rezeki ada masa akan ke sini lagi..
Thanks for Eric juga..sebab bawak naik angkot, bawak makan yang sedap, teman jalan-jalan,
tukang snap-snap pic aku ngan Mr Hubby aku.. nanti kamu datang KL calling-calling ya

No comments: