1st time tengok nasyid ni rasa sedeh sangat. Menangis..??? tipulah tak nangiskan..
Nina yang masa tu baru 5 tahun pun nangis tengok video ni. Dia peluk jer Ibu dia.
Mak Nina lagilah he..he..
Tapi serius sedeh masa mula-mula tengok video ni. Sampai la ni masih sedeh kalau tengok.
Nak..nak masa tu teringat mak ayah memang melelehlah air mata ni.
Teringat mak & ayah..teringat kalau-kalau kita dah sakitkan hati mereka tanpa kita sedar. Teringat pengorbanan mereka yang besarkan kita sejak kecil sampailah tanggung jawap tu diambil alih oleh suami kita.
sebesar zarah sekalipun kita kecilkan hati mak kita dosanya hanya terampun kalau mak dah ampunkan..
Apabila anak adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara
salah satunya doa dari anak yang soleh/solehah.
diingatkan juga doa anak yang fasik tidak akan sampai kepada kedua ibu bapanya.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah.
” Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ? “.
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.
Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.
Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.
Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar.
Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya.
”Apa hal ini ?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.
Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium,
kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar.
Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
“Wahai saudara ! Apa agama kamu ? “.
”Aku agama Tauhid “, jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
”Habis, mengapa kamu membela babi ? Kita tidak boleh berbuat begitu.”
Kata Nabi Musa.
”Wahai tuan hamba “, kata pemuda itu.
”Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku.
Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah.
Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari – hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
“Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan.
Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.“,
Tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
”Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti,
hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.
Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.
Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
No comments:
Post a Comment