Tapi tak bagi tau pulak kawasan mana yang terlibat.
Bila tengok kat twitter semua orang dok tweet pasal tak ada air ni. Kedai Kota Damansara semua kehabisan baldi-baldi besar katanya. Ni mesti beli baldi besau nak tadah air.
Aku pulak masa ni masih kat JB. Haisshh... tuhan jer yang tau hati aku masa ni..suspen gilerr..
Ya lah katanya dari pagi 22/6 - 24/6. Lama tu.
Kalau tangki tu jimat-jimat pun boleh tahan 2 hari jer rasanya.
Aku terus lah call pengurusan apartment tanya berita ni sahih ker tak.
Sahih katanya..derang suruh aku simpan stokair..walaupun kawasan ni tak tau terlibat ke tak..
Dah lah we all mandi pakai shower, mana ada simpan stok air.
Huk..huk..sepanjang jalan sebelum sampai rumah macam-macam yang we all plan kan.
MH senang jer ajak dok Hotel & baju-baju hantar dobi.
Waaa....!!!! dah 3 hari kat hotel mau hotel lagi ker.. nak terbeluwerk dah ni..
Susahkan tak ada air.. dari tak ada air better tak ada elektrik.
Nak-nak macam aku ni. Sekejap-sekejap nak basuh tangan, sekejap-sekejap nak basuh muka.
Kalau panas mau berkali-kali mandi. Sampai rumah pukul 2, 3 pagi pun aku mesti nak mandi.
Kalau tak mandi tak boleh tido. Pas tu badan melekit kena aircon.. yerk..!!!
DR dah suruh aku kurangkan mandi malam tapi tak bolehlah..
Kalau aku kuar pukul 8 malam..pastu balik dalam pukul 10 sekalipun aku mesti nak mandi.
Apa lagi kalau sehari suntuk berjalan nak terus tido... memang buntanglah mata ni tak boleh tido selagi tak mandi.. MH kata pengotor tak mandi lepas sehari suntuk berjalan ha..ha..
Sebab tu aku susah hati kalau tak ada air.
Nak cuci muka..nak istinjak..nak wudu'..haisshh...sulit..sulit..
Kalau yang berdua pun rasa sulit apa lagi yang ada anak kecik kan..
Yang tengah period lagi kesian kan..
Setakat ni aku memang berjimat, Tanki masih ada stok..
Harap-harap esok semuanya selesai.
Aku belum mop rumah lagi sejak balik malam tadi. Belum basuh baju kecik-kecik hi..hi..
Belum sental bilik air (seminggu sekali memang aku buat)
Belum basuh tudung..belum bla..bla..bla.. lagi lah semuanya berkaitan air..
Air oh air...
Syabas diharap noticed tu tepatlah lain kali ya..
Teringat masa kecik-kecik dulu tahun 80-an.
Musim kemarau. Tunggu lori air sampai dengan baldi-baldi.
Sengsaranya masa tu tak terasa sangat sebab masih budak..sekarang...?????
2 comments:
rasanya kawasan lembah keramat pun akan kena jugak tp setakat skrg masih ok lagi.. uwaaaa
memang susah klu takde air....nak bersihkan diri, solat, makan dan minum harap2 sekejap je masalah air kat sana...
Post a Comment