Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Monday, 7 June 2010

Kereta kabel Langkawi - Gunung Mat Chinchang


Lepas Lunch kat Pantai Chenang & sewa kereta plan seterusnya ke Gunung Mat Chinchang yang terletak di Barat Laut Pulau Langkawi. Nak naik kereta kabel ke Puncak Mat Chinchang, nak tengok panorama  puncak gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 tahun ini yang sangat menarik .
Gayat...sebab aku memang gayat sejak umur dah semakin tua ni..walaupun dulu tak kisah pun tinggi mana..
sekarang semakin tua semakin gayat hu..hu..

Langkawi Cable car

Aras pertama

Dari apa yang aku tau kawasan ni dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysia Book of Record. Untuk ke puncak pulak kena naik kereta kabel Langkawi sejauh 2.2 km dan terpanjang dan tertinggi di dunia. Kalah kereta kabel kat Switzerland tu.
yang tingginya 713 dari aras laut. Gunung Mat Chinchang ni 30 minit kalau dari Pekan Kuah. Tiket untuk ke puncak cuma RM 15 dengan my kad. Dari jauh lagi dah dapat tgk kereta kabel kelihatan terapung-apung tinggi di udara. Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Lepas tu perjalanan disambung lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang..aduh memang gayat sesangat...

Steady lagi masa ni...

Bukan takut, tapi gayat...seriusss gayat sangat...

Puncak Mat Chinchang

View dari cable car



Di pelantar tinjau aku dah surrender awal2 dah..sangat gayat. Sampai semua isi perut ni bergelora kat dalam ni ahahhaaa...masa nak ke kawasan ni laju jer aku jalan.. tiba kat menara tinjau tu aku dah pening2 lalat sebab tgk bawah semua kecik2 dan rasa sangat berayun-ayun..
teringat masa muda2 dulu daki gunung ledang steady jer..tgk panorama dari puncak pun cool jer. Tapi kali ni gayat aku sangat menjadi2 ho...ho...sampai semua isi perut tunggang terbalik pening...


Inilah tempat yang buat perut jadi pening akibat gayat
sebabnya.....

Tempat ni tinggi sesangat..
pulak tu tergantung..
bertambah2 pening perut ni hi..hi..

Ni lah punca sebenarnya perut ni pening...
aku dok perati jer benda ni selain pemandangan bawah pelantar tu..
apa yang aku nampak..?????
aku nampak batang ni  bergerak-gerak, berayun-ayun..
ahahaaaa...!!!! seramnya..dah lah pelantar ni tiang bawah tak ada cuma dikukuhkan
dengan batang2 ni jer mana lah tak pening perut aku ni...
perut aku memang cepat sakit, pening kalau gayat ni...

Turun jer dari Gunung mat Chinchang tu memang pusing ar jap kepala ni...tapi enjoy tetap enjoy.
Cuma bila memikirkan tahap gayat ni semakin menjadi-jadi sedeh pun ada. Sebab dulu aku sangat-sangat berani orangnya..berkayak kat Sg Muar, Panjant Gunung Ledang, ikut latihan bomba terjun dari bangunan 3 tingkat, paling ingat naoik roller coster kat Sunway Lagon 2 minggu sebelum ada kematian akibat tercampak dari roleer coster yang terpanjang dan terlaju kat Asia waktu tu..steady jer...sekarang..bila umur meningkat semua jadi lesu wahahaaaaa......



No comments: