Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 8 June 2010

Sungai Kilim Geopark, Air Hangat

Memula plan pagi tu nak tgk helang & bagi makan helang, macam seronok kan...
tapi sebab ker makam Mahsuri lama sangat masa pun lari, flight ptg kul 5.45 jadi tak nak terkejar-kejar semua sebulat suara nak menyusur Sg Kilim & terus lunch kat sana.
Selain Lunch di restoren terapung ada axtiviti memberi makan ikan dikolam ternakan ikan yang terdapat di sana. Sangat-sangat teruja dengan aktiviti kali ni.
Bukan itu saja, mereka yang makan direstoren terapung ni juga boleh memilih sendiri ikan-ikan yang hendak di masak. Segar dan menyelerakan. Tapi sebab aku sendiri tengok ikan-ikan tu sebelum di masak aku jadi tak berapa lalu dan kesian sangat nak makan ahahhaaaa...!!!!
teruk kan.
Jom layan gambar...

pintu masuk

Ready nak naik bot

Inilah pemandangan sepanjang menyusur Sungai Kilim

 
Banyak bot-bot persendirian
kalau dapat satu syokkk juga ek...


sampai....ready for lunch..

pintu masuk ke sangkar ikan

Ada banyak sangkar-sangkar ikan,
ada macam-macam jenis ikan
paling besar ikan ikan kerapu yang besarnya dekat 100kg..
besar sangat sampai malas dia nak berenang
ahhaaaaa...

Sesi bagi makan ikan..
geli + takut pun ada,
tangan budak yang bagi makan tu sampai siku
masuk mulut dia.
.kalau di masak pun fikir balik nak makan
he..he...

Yang ni pari terlebih manja, bergurau time dibagi makan..

Ni ikan siakap yang sangat berdisplin.
Bila nak bagi makan ikan-ikan siakap ni akan beratur
dan ikut turn
bila dah dapat makanan terus berenang beratur semula...
bijak kan...

Try gak bagi ikan makan,
tapi geli pakai tisu pegang makanan ikan
yang diperam tu,
 baunya uisss...busuk sesangat...

makan time...sedap..
memang sedap semua yang di 'order' hari tu
paling terangkat kerabu mangga dialah

salah sekor ikan kerapu yang jadi mangsa hari tu,
kerapu bakar.
Tapi aku tak makan sangat pun
sebab baru sat nampak dia
berenang-renang...nak makan cam rasa sedeh jer...

Mr kader yang tak abisss lagi..

Balik time..

Kalau ada rezeki memang nak datang lagi tempat ni..cantik sangat-sangat.
Walaupun sewa bot untuk ke restorent terapung tu agak mahal
tapi berbaloi sangat, selain pemandangan yang cantik makan pun sedap.
Harga pun tak mahal, Next time nak tengok  derang bagi helang makan pulak.
Apa yang diberitahu Helang ni mempunyai banyak spesis dan cantik-cantik..
Lepas bagi ikan makan nak pulak rasa bagi makan helang...


No comments: