tapi last2 "cancel" coz Mr Hubby aku ada urgent "job" sabtu tu..
tak boleh nak komplen coz bukan selalu..adalah 3 , 4 bulan sekali..
its ok dear...
So plan yang sebelum ni kenalah ditukar..
nak pegi mana ek..yang boleh pegi pagi balik petang
He..he.. tetiba aku teringat satu pic kawan kat Fb dia g Kuala Gandah
kat Lanchang, Pahang.
Macam best jer tempat tu.. so aku puan sugesstion kat Mr Hubby tentang apa yang
terlintas kat kepala ni... Mr Hubby kata dia pun terfikir benda yang sama
cuma takut aku tak nak..maklumlah tempat tu panas katanya..
he..he..kalau ikutkan memang tak nak..
muka ngan tangan ni baru nak putih balik...
penat menyental (scrub, lulur) nak bagi hilang sunburn hi..hi...
tapi aku tak kisahlah...sebab nak tengok "gajah" punya pasal..
Sebelum ke Kuala Gandah sempat ke 1 Utama lagi...
Mr Hubby nak cari kasut katanya.. & nak breakfast sekali
Hari tu beriya minta aku belanja kasut...pilih punya pilih kat Camel tu
tak ada yang berkenan, kali ni datang lagi nak cari yang dia tak berkenan hari tu..
he..he..tak ada saiz lah pulak..try cari kat Jusco pun tak ada..
"alahai syiannya..." so aku sugestkan dia yang sama pattern cuma bukan ankle shoes jer
setakat Camel bolehlah belanja..kalau nak Timberland....sendiri ek dear... :p
Perjalanan di teruskan
Kalau dari Kuala Lumpur nak ke kuala Gandah ni, exit kat tol "Lanchang"
kemudia beluk ke Kanan dalam 20 minit memandu dah sampai ke "santuari" tu
memula ingat sesat...coz jalan dia makin lama semakin kecil..lalu pulak kat perkampungan
orang2 asli...cute2 rumah yang kat kawasan ni...dibuat dari kulit2 kayu dan atap daun.
Teruja sangat tenguk kehidupan diaorang yang sangat "survival" ni..
We all sampai awal, memandangkan hari tu hari "Jumaat" Mr Hubby ajak makan dulu
takut2 nanti lapar..lepas makan yang sangat sedap tu ( mungkin sebab lama tak makan nasi kot)
Mr hubby kata dia nak pegi sembahyang Jumaat, dekat pekan Lanchang memang ada masjid..
so sementara aku tunggu Mr Hubby siap Jumaat aku lepak dalam kereta baca paper..
Lunch..nasi suku jer , patin masak lemak tempoyak, rebung masak lemak & sambal belacan yang memang superb & pedassssss....
Lepas Mr hubby siap solat Jumaat, terus ke Kuala Gandah, buat pendaftaran sebelum masuk ke 'santuari gajah ni' tiada pembayaran dikenakan cuma ikhlas berapa nak derma jer.
We all tak dapat stiker kuning, dapat stiker merah. Stiker kuning tu terhad 120 orang sehari jer..
So tak dapatlah ikut aktiviti bersama gajah macam, menunggang gajah & mandikan gajah.
Stiker merah cuma untu lawatan
Pukul 2 ptg baru 'gajah-gajah' tu keluar..seram juga sebab 'gajah-gajah' tu lalu..ada yang besar, ada yang cute, ada yang nampak tua sangat. Mula-mula
'gajah-gajah' ni di bawa ke anak sungai untuk dimandikan..
tengok 'gajah-gajah' tu mandi rasa nak mandi sama jer...panas yang teramat panas...tak tahan.
Gajah-gajah yang baru di lepaskan
Akak ni panik sangat bila gajah ni lalu depan dia..dia tutup mulut anak dia tak nak bagi nangis...takut gajah naik minyak kot dengar budak menangis..
Syokk...tengok gajah-gajah ni mandi..
Yang ni cute sangat...masih baby lagi
Penerangan di berikan tentang 'gajah-gajah' yang ada di situ. Gajah2 ni ada yang berasal dari Myanmar, Thailand dan Malaysia sendiri. Gajah yang paling tua berumur 72 tahun dari Myanmar & yang paling muda
6 bulan dari Kelantan, Malaysia. Semua gajah-gajah ni ada nama masing, tapi yang aku ingat 2 nama jer..Abu & Tapis.
Lepas penerangan dibuat semua di beri kesempatan untuk memberi 'gajah-gajah' ni makan, buah-buahan.
Aku tak cuba pun..sebab aku geli, Mr Hubby pun nampak geli tapi still try juga..aku tukang snap2 jerk.
Masa ni seronok sangat, semua berebut2 nak bagi 'gajah-gajah' ni makan. Macam2 ragam masa ni..
yang budak2 ada yang nangis2 takut tgk gajah2 ni, ada yang excited snap2 picture non stop..
& ramai gak yang takut2 geli macam aku ni he..he..
kenapa aku asyik nampak ulat gonggok yang sangat besar tiap kali aku nampak belalai dia
ahahahaaa....
Ada sekor 'gajah' yang masih baby, baru 6 bulan, Tapis namanya. Nama ni diberikan sempena nama sebuah Kg di Kelantan dimanaTapis ni ditinggalkan ibunya. Barangkali habitat gajah telah musnah, maka 'gajah-gajah' ni berkeliaran mencari habitat baru.. yang sedehnya Tapis ditinggalkan setelah mak Tapis ni rasa terancam dengan penduduk kampung...
Tapis..baru 6 bulan ditinggalkan ibu..
minum susu anlene + Dumex, yang dicampurkan nasi dan sayur-sayuran
Tapis...agak pemalu dan manja..dia asyik nak hisap jari dengan penjaga tu jer...
Yang ni Abu. Patuh sangat dengan arahan tuan dia. Pakcik ni soft sangat bila bercakap dengan Abu ni..penuh kasih sayang sangat. Cute sangat bila pakcik tu suruh Abu kiss & hug
Abu yang comel..
Lepas tu, sesapa yang pakai stiker kuning boleh ikut aktiviti menunggang gajah...sayang aku tak dapat
rasa pengalaman tu..tak dapat bayangkan kalau aku naik dengan gajah tu bergerak2 takut2 gajah tu naik minyak dengar aku terjerit2 takut wakakaaa....
Acara mandi bersama 'gajah' acara yang sangat ditunggu2 oleh pengunjung-pengunjung..masa ni memang havoc abisss..seronok kot dapat terjun dalam anak sungai tu...
Kalau ada peluang aku nak datang lagi..panas memang panas tapi seronok..next trip aku nak join axtiviti dia.
Boleh bawak adik2, bawak Nina & Zati pun ok juga...coz Nina suka kan 'elephant' ni.. banyak yang boleh belajar..salah satunya tunjukan kat kat adik2 ni yang 'gajah' ni cuma seekor haiwan tapi bila tuan dia bagi arahan dan dia ikut dan patuh.. apatah lagi kita yang berakal ni kan... Haiwan ni juga penuh kasih sayang sangat suka disayangi dan amat menyayangi tuannya..
Pukul 5 semua acara habis.. sebelum balik Mr hubbya ajak masuk Muzium 'gajah' ni, aku malas nak masuk..coz kena buka kasut... takut kasut hilang pun ya gak....ahahaaaa...
sayang woooo....dah buka satu hal pulak nak pakai...leceh..
Lepas tu dari "Kuala Gandah" plan nak ke Deerland dekat2 dengan 'Santuari gajah' ni juga..
malangnya tempat tu dah tutup...hampeh...
Dalam perjalanan balik hujan turun dengan lebatnya..perut pun jadi lapar..kalau dapat hot choc sedap juga ni..so Mr hubby ajak makan sebelum sampai rumah...dekat kawasan rumah jer...
aku oder hot choc & meetiaw sup Ipoh.. Mr Hubby Roti bakar & telur separuh masak..
erm..satu lagi masa yang sangat "berkualiti" dengan yang tersayang....
No comments:
Post a Comment