Di satu sudut aku terpandang betapa asyiknya gadis manis berusia 18 tahun itu menelaah sebuah majalah yang berkaitan 'wanita'
amat kusyuk sekali hingga tak tersedar aku sudah kembali.. aku tersenyum sendiri, comel sungguh bila dia tekun begitu dan aku berfikir sendiri agaknya apalah topik yang dibacanya hingga tak tersedar yang aku juga turut tekun memerhatikannya.
Lama berfikir apa yang dibacanya aku jadi bosan, aku pun menyambung kerja2 yang terbengkalai tanpa mahu menganggu penghayatannya.
Tiba-tiba dia datang padaku dengan majalah masih ditangannya..
"akaaaak...." dengan suara manja dia bertanya..
"Syah nak tanya akak boleh..." sambil tersenyum manis dan senyum yang manis itulah yang bisa mencairkan ramai jejaka, ya dia memang manis jika tersenyum.
"tanyalah apa dia" aku menjawap tanpa memandang padanya
"erm...Syah nak tau apa makna Mono paus kak" (disebut olehnya mo no pa us)
"ha...??? mono paus..."
" ha ah mono paus..." dia mengulang dan sedikit menekan dengan pertanyaannya semula...
saat itu mindaku diterjah dengan seribu persoalan..dalam hati aku menyoal diri ku sendiri...
kenapa setelah aku hampir 24 tahun aku tak pernah dengar perkataan 'mono paus' ek..
aku ketinggalan zaman kot..ya lah sejak2 akhir ni aku amat jarang membaca..
tugas2 dipejabat amat membataskan aku untuk membaca.. ditambah tugas di butik lagi memang amat sibuk
ada pun yang hari-hari aku baca surat khabar. Itupun yang penting2 saja
Keliru sungguh aku..
"akak tau tak" soalnya kembali..
Menghentikan lamunan aku yang keliru tadi.
"Syah baca kat mana...??? akak tak pernah dengarlah perkataan tu..?" jujur aku memberitahu
"Syah baca dalam majalah ni..." tanpa izin darinya aku terus menarik majalah yang ditangannya lantas membaca apa yang menjadi persoalannya..
Tiba-tiba aku tersenyum mengawal diri agar tidak meledak tawaku. Sungguh aku tak mahu dirinya tersinggung dengan perilaku ku itu.. iyalah baru sebentar tadi aku jadi kagum betapa kusyuknya dia membaca sampai aku pun dia tak sedar akan kewujudannya tiba-tiba dia datang dengan soalan yang aku rasa lucu sangat..
"akak faham...????" soalnya lagi
"faham.." cuma itu yang mampu aku katakan waktu itu.
Aku jadi tersenyum..aku rasa soalan yang ditanyakan amat jujur. Soalan yang datang dari hatinya luhur, membuktikan dia tidak malu bertanya.
Walaupun apa yang ditanya boleh mengudang tawa yang teramat sangat.
Barangkali boleh jadi bahan berlawak juga..
"bukan mono paus tapi monopause (monopos)" aku membetulkan sebutan yang salah
aku menyambung lagi
"maksudnya kat sini..perempuan yang dah putus haid dan dah tak subur lagi, waktu ni perempuan ni dah boleh mengandungkan lagi...dan dia juga kekurangan hormon estrogen.." aku cuba menjelaskan satu persatu apa yang aku faham..
"oh..." cuma itu yang aku dengar..sedikit mengangguk-anggukan kepalanya tanda faham
aku membiarkan dia berfikir semula kata2 ku tadi, walaupun aku yakin dia sendiri tak mengerti akan estrogen itu apa...dan mungkin juga dia sendiri keliru dengan apa yang dibacanya tadi,
atau barangkali dia sendiri tidak pernah terfikir yang perempuan akan melalui saat-saat pengakhiran kesuburan.
"jadi Syah pun sama jugalah nanti..monopause"
" ha ah semua wanita akan monopause..lambat atau cepat jer.." aku menyambung lagi
oklah kak Syah nak baca lagi" dia meninggalkan aku dengan senyum tawar.
Itu kisah 10 tahun yang lalu..namun ianya masih basah dalam ingatan aku. Mana mungkin aku lupakan gadis manis dan soalan yang sering buat aku tersenyum sendirian kala teringat akan dirinya.
Kini dia seorang ibu pada 2 putera dan 1 puteri yang comel dan bijak. kedewasaannya seiring akan usiannya, 27 tahun.. Namun aku dapat rasakan yang dia semakin dewasa dan matang.
Amat berbeza dengan 'Syah' yang dulu ku kenali..jarak dan waktu yang memisahkan kami rupa-rupanya menjadikan dia semakin dewasa, ditambah dengan status ibu dan isteri.
Kala teringat hampir saja memuntah tawa ku dihadapannya, saat dia bertanyakan apa itu 'mono pause'
sudahlah menyebut pun salah..apa yang dibacanya pun dia tak paham. Padahal penerangan di perenggan pertama lagi sudah diberi. Itulah nama peringkat pembelajaran walaupun soalan yang ditanyanya amat remeh.
Aku tak sesekali menyalahkannya..
Mungkin lain orang lain cara dewasanya dan pemahaman tentang sesuatu perkara. Ada yang lambat ada yang cepat dan ada yang teramat bijak. Mungkin juga cara didikan dari keluarga yang masih tebal sikap "taboo" maka ibu malu untuk menerangkan dengan anak2 perkara yang simple begini..
Pada aku dia tidak bersalah dan tidak juga bodoh, sebab itulah aku tidak mentertawakannya saat dia bertanyakan soalan dengan menyebut "mono paus"
Anak yang dulunya kecil dan melucukan kini sudah menjadi ibu dan isteri yang aku kira jauh meninggalkan aku dengan kematangan dan kedewasaannya. Aku pula yang tersipu sendiri..Serasa akulah adik ketika ini, dan dia kakak yang melindungi aku dengan kata-katanya.
Bagus sekali didikan dari seorang suami yang telah berjaya mengubah anak kecil yang manja dan cengeng ini menjadi seorang isteri dan ibu yang matang dalam hidup dan berkata-kata.
Tentu banyak kekangannya tika sang suami mendidik isteri yang kala itu baru belasan tahun..
Berkat kesabaran dan kekangan itu kini...nah...dia semakin dewasa dan aku kagum dengan itu....
No comments:
Post a Comment