Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday 7 April 2011

Botol susu punya cerita

Kiddy Palace ni macam wajib jer aku datang kalau pergi Singapore.
banyak yang murah-murah, compare dengan Ringgit Malaysia pun jauh lagi murah kat sini.
Paling aku suka tengok barang-barang baby, botol-botol susu, peralatan baby, baju-baju,
ishh..macam-macamlah. pendekata kalau masuk memang rambang mata ni nengok walaupun hakikatnya aku tak ada anak lagi arghhhh...!!!
Macam-macam jenama yang ada kalau botol susu tu, dari yang kita biasa dengar sampai yang tak biasa kita dengar pun ada
(botol susu paling aku suka tengok ha..ha..) tak tau napa memang suka tengok botol-botol susu ni.
lagi-lagi sejak kerajaan haramkan penggunaan botol susu yang mengandungi BPA ni.
Mesti ramaikan mak-mak yang terpikir botol apa yang bagus untuk anak-anak mereka.
Sekarang kat pasaran memang banyak dah botol-botol yang BPA free ni, Cuma harga yang ditawarkan agak mahal.

Antara jenama yang ada, DR Brown, Aven &  NUK, ada lagi beberapa jenama yang telinga kita tak biasa dengar. harga..??? sangat-sangat murah.. dah convert dengan RM pun jauh murahnya.
Macam DR Brown, selain BPA free, plastic dan medical grade borosilicate glass yang ringannya ada daya tahan yang tinggi terhadap perubahan suhu (masa kita buat susukan mula-mula letak air panas lepas tu campur air suam...) selain tu juga Help redius colic secara lansung membuang tekanan negatif dan gelembung udara untuk mengurangi muntah dan sendawa yang sering terjadi pada bayi. Banyak lagi manfaat botol ni pada bayi.

Avent ni antara jenama yang paling popular kat Malaysia. Cuma harga yang ditawarkan agak mahal sikit.
Banyak juga kelebihan Avent ni. Boleh google jer kat tenet tentang kelebihan Avent ni ya..

Tentang BPA ni boleh google kat sini BPA 


Dr Brown

Beli untuk Chenta hati kecik tu juga


Ada dalam pelbagai saiz

Semua pic ni diceduk dari pakcik Google, aku tak sempat nak snap pic Dr Brown yang aku beli, coz masa entry ni di buat aku ada kat merata tempat, 

My friend kirim 

Belikan untuk Chenta hati kecik tu sekali..
sebab Murah he.he..



NUK kat guardia ada jual
harga tak mahal compare dengan Dr Brown & Avent

Selain dari botol susu yang murah, breast pump dari pelbagai jenama pun ada, dari yang manual sampai yang tinggal petik jer guna elektrik. Trolly baby yang berbagai pattern, serendah Sgd 60, Yang pasti semuanya ringan dan mudah di selenggarakan. Banyak sangat barang-barang baby yang buat aku teruja. 
Kat sini semua barang-barang dijamin dan hanya yang terbaik sahaja..









1 comment:

munna said...

InsyaALLAH suatu hari nanti pasti ada rezeki buat BALQIS...

SIL munna pun takde anak dah 6 thn kahwin.. tapi dia mmg suka belikan anak buah dia brg2 baby... kalau pergi mana2 mesti nak masuk kedai yg jual brg baby...