Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Monday 25 April 2011

Pesta Buku

Pesta Buku AntarabangsaKuala Lumpur datang lagi dari 22 April hingga 1 Mei 2011.
Bertempat di PWTC Kuala Lumpur
Memang tak pernah lepaskan peluang sejak duduk Johor lagi. Memang tiap-tiap tahun WAJIB datang.
Tak terkata dengan kata-kata seronoknya bila tengok buku-buku ni.
Pelbagai jenis buku semua ada. Masa nilah semua buku ada diskaun, harga pakej dan untung-untung dapat
gift dari penulis buku yang kita beli.

Aku datang pesta buku kali ni hari pertama pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ni.
Kebetulan jumaat u MH tak kerja saja ambik cuti tahun last week yang masih berbaki belas-belas hari tu.
So sebelum MH g ofshore aku ajak dia singgah PWTC ni.
Memandangkan ini hari pertama, dan jatuh hari jumaat maka kesesakan tu kurang sikitlah. Masih lapang lagi.
Masih tenang memilih buku tanpa perlu berebut-rebut.
Macam-macam gelagat orang di sini. Paling aku suka tengok anak-anak kecil sibuk memilih buku.
Ada yang terus bersila  membaca dimana-mana tempat yang dirasakan selesa. Sepupu aku sanggup datang dari Muar semata-mata nak bawak anak-anak dia ke Pesta Buku.
Tak rugi datang, dan rasa sangat rugi kalau tak datang.
Erm..kalau aku ada rezeki satu hari nanti aku akan bawa anak-anak aku ke Pesta Buku ni.
Nak rasa macamanalah gelagat anak aku nanti ya..he..he..
Adib kalau ukhwah kita kukuh nanti aunty bawa ya...Adib suka buku.

Jumaat yang cool 

Adik ni baca sajak pasal Bumi, kagum sebab berani.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Tekun memilih ha..ha.

Ramlee Awang Murshid
Harga pakej yang menarik

Ramlee Awang Murshid lagi
3 buku RM 45.00

Erm..kalau hari-hari datang pun rasanya tetap memborong

Kaunter Alaf 21 kali ni lebih tersusun

Ingat tak dulu-dulu kalau beli buku rujukan mesti Sasbadi

Semuanya sibuk membeli

Ni tak ingat promoter mana, tapi dia suruh MH ambik gambar dia ha..ha..
Ramai yang tanya MH wartawan mana 

Thanks Chenta..sebab setia bersama memilih buku & tolong angkutkan sekali buku-buku tu

Tak sabar nak baca trilogi buku ni, dah terlangkau satu.
Sepatutnya ikut urutan

Untuk Adik yang ambik subject Arab PMR ni

Ini saya punya..
semua buku ada tanda pemiliknya..







2 comments:

rafshila said...

jeles aaa tengok buku2 dari RAM... nak juga sutera bidadari... Murahkan 3 buku rm45.... kalau kat kedai satu buku dah rm19... sutera bidadari dah rege rm22.... huaaaa

Balqis Nazid said...

Shila...semua buku-buku RAM banyak sangat. Pilih jer, harga pakej mana2 ambik 3 buku RM 45.
Kedai satu buku 19.90
kadang2 dah sold out. Tapi kat angsana banyak kan buku2 RAM ni, hari tu g Angsana tengok geram, tapi saborr...sebab tau ada pesta buku ha..ha...