Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 12 January 2012

Fraser Hill

Adik-adik ramai, nak bawak semua tak muat kereta,
 so kena bagi-bagi lah.
Kali ni turn Wawa & Nana.
Pergi Fraser Hill, actually nak pergi tempat lain.
 Tersebut Fraser Hill. 
Dah balik baru perasan yang saya nak pergi lain tempat ha...ha... 
Nak ke Bukit Tinggi menyasau sebut Fraser Hill.
Tak ke aneh tu, patutlah saya asyik kata kat MH lalu jalan nak pergi Pahang.
Eh...kenapa situ.. bukan kat Kuala Kubu ker..ohhh.. Fraser Hill memang lalu sana..
Ayyoo...!!! teruknya...ha..ha.. saya dah semakin tua kot..

Lebih sadis.. MH terdelete semua gambar-gambar dari Nikon dia.
Uwaaaa...!!!!! nak transfer, ingat dah copy paste, terus clearkan kat SD card.
tengok2 tak ada pun...
Sedehnya. Kat sana banyak gambar yang cantik-cantik..
(ha..ha.. perasan jap..)
So tinggallah beberapa keping sipi-sipi jer ni guna compact Canon...

Ni beberapa KM sebelum sampai puncak
                           
Budak si Wawa memang suka gila dengan air terjun

Kalau dapat mandi sure best, tapi sejuknya air dia

Adib takut dengar bunyi air terjun yang kuat tu...

Tak berani lansung si Adib jejak tanah

Mujur tak bawak baju spare, kalau tak dah berendam agaknya

Nana & Wawa

Wawa & Nana

Cuaca sejuk sangat sebab hujan rintik-rintik
Memang perut lapar, dua orang ni dah bedal sorang 2 pinggan laksa, nasi lemak,
Rojak buah dengan apa lagi tu ek..lupalah..
Sedap katanya..alah kalau lapar apapun sedap kan..??


Fraser Hill, atas ni memang tak ada apa sangat. 
Tapi kalau sukakan nature dan nak jungle tracking 
memang bestlah. Untuk budak-budak ada sikit boringlah.
Lagi-lagi hujan.
Nasib baik tak overnight ha..ha..

Allan's Water

Masa ni tasik ni air naik tinggi..
Memang seriau tengok, gambar-gambar dah terdelete harap maklum ya ha..ha..

With Wawa
Tahun ni tak boleh poya-poya dah..
Ada exam besar

Tempat ni cantik

Lomantika diamor he..he..

Tak tau sayur apakah ini, nampak cam kailan..
Err..betul ker..

Strawberi dah habis, so kami tak dapat petik. Sian Wawa
nak sangat dia petik. kat Cameron last year pun tak dapat..

Tengok daun & pokok jer lah dik

Tangan Nana kot ha.ha..

Adalah sebiji dua, penjaga tu suh kami petik rasa jer


Tomato, 1st time nampak pokok tomato..
Ohh..macam ni pokoknya 

Dua orang ni memang suka cactus.
Kat sini murah jer

Abanglah yang bawak kami ronda-ronda kebun ni he..he..

masa ni belum hujan.
Angin kuat, kabus tebal jadi turun macam gerimis

Cool jer Adib ni, ribut taufan apapun tetap Cool
Jalan macam ulau kena palu pun cool jer, tak da pening ke muntah ker
walaupun lepas susu.
Nana, Wawa & saya semua terbeluek..
Silap sebab saya minum teh susu bukan segelas 2 gelas, mana tak pening perut tu
Adussss..malunya..! tak pernah terbeluek, terbeluek.
Padahal risaukan Adib kot-kot dia terbeluek.
Ha..ha.. MH cam tak percaya saya terbeluek.

Nana, lepas gambar terus hujan dengan lebatnya.
Sekian ha..ha..


Adib memang cool, sejuk-sejuk pun tak merengek lansung.

MH, Nana, Wawa & Adib








Wednesday, 11 January 2012

Harian Metro

30hb Dec 2011 ada satu artikel dala Harian Metro berkenaan Beg tangan.
Saya antara 2 orang yang di interview dalam artikel tersebut.
He..he..alah bukan nak eksyen, sebab ni bukan 1st time. Just nak kongsi cerita jer...

Klik sini kalau nak baca artikel ni

Harian Metro 30hb  Dec 2011

2 gambar yang masuk dalam metro tu, saya tak pakai spec sebab pakai lens





JPO

Pergi beberapa minggu yang lepas, senang kata tahun lepas lah, walaupun belum ada sebulan.
Kebetulan MH kerja kat Pontian so balik tu ambik kesempatan singgah.
Erm..tak lah sampai keluar fu yoooo..!! atau hebat giler ar...!!
Biasa-biasa jer. Rasa shopping kat Pavillion lagi best kot. Tapi tu pandangan sayalah.
Lain orangkan lain pandangannya.

Tak semua kedai saya masuk, macam Vincci, Skechers, tu saya tak masuk. Sebab kalau sale pun rasanya sama jer harga JPO dengan outlet kat luar.
Boleh kata saya masuk just nak compare harga betul-betul murah atau gimik jer.
Coach antaranya, katanya ada separuh harga & kena que dalam 30 minit hoccay. Gerimis pulak tu, sian Adib.
Mujur dia tak meragam. Ikut jer apa kami buat.
Memang separuh harga, tapi untuk Coach poppy jer tau & masalahnya tak gojes lansung Coach poppy yang separuh harga tu,
Kalau yang cantik oklah, ni yang pattern ntah apa-apa tu lepas tu bling-bling yang sebatu dah nampak.
rasanya haritu Coach Poppy paling tak bersepah, duduk cantik jer kat rak-rak tu.
Yang lain-lain macam sama jer bila sale kat KL ni, Coach KLCC pun tengah sale Dec tu, saya pergi sebelum ke JPO. So bila compare harga memanglah tak jauh beza pun. Kalau ada pun rasa tak sampai seratus kot..

Levis, sedehnya masuk store dia, macam barang reject pulak tengok baju-baju dia, sorry to say lah ntah apa-apa selain jeans dia jer yang nampak ok, tapi saiz tak banyak. So yang gebus-gebus macam saya better ke butik Levis luar JPO, lagi banyak pilihan dari kat JPO ni.

Guess, Gap, pun sama, tak menarik lansung nak tengok,
Teringat kat Bandung Outlet-Outlet dia kemas jer, tersususn..
MH ajak masuk Adidas, oklah jom kita masuk, Erm..oklah juga.. ayat sekadar penyedap hati.
Timberland, Oh..memang murah lagi-lagi bila boot dia yang RM 699 tu ada sale jadi RM 400++
Susah tau boot tu nak sale, Kali ni memang berbaloilah dia punya sale.
Saya tak ingat outlet apa saya masuk tu, tapi dia dia jual banyak produk makeup Minyak wangi.
Ni pun berbaloi juga, saya sangat extreme dengan Lancome punya gloss,
selain smooth jer rasa bila pakai warna-warna dia taklah mak jarah sangat.
Biasa dalam RM 70, kat JPO dalam RM 40 jer. Lipstik Loreal pun murah kat sini.
Biotherm pun murah, sebab saya guna compact dia, beza harga memang ketara.

Tak mo komlen banyak-banyak, nak tau boleh datang sendiri kat JPO, yang pertama kat Asia Tenggara katanya. Tapi paling frust, banyak lalat kat kawasan ni, sampai we all tak makan pun kat Food Court dia.
saya takut sebab pengalaman lepas kena cherry berry sangat menyeksakan, lagi-lagi saya bawak Adib tak naklah jadi apa-apa kat dia, tapi serius banyak lalat, sampai Adib terbangun masa tengah tidur lalat hinggap kat muka dia, geli kot kalau dah 3, 4 ekor singgah kat muka dia tu.

Parking, masalah juga. Que panjang selain wang kertas tertentu jer yang diterima.
Ingatkan que masa nak bayar jer rupanya nak keluar pintu palang tu pun que, rasanya JPO kena buat sesuatu
untuk elakkan 2 benda ni jadi menu utama dalam list komplen nanti.

Apa pun JPO ni oklah...

lain kali bawak kerusi lipat, kalau kena que panjang tak penat ha..ha..

Kepenatan tunggu kami shopping, tapi sekejap jer tidonya, muka kena kerumun lalat.
Mujur Adib ni kalau dengan tuala kecik tu macam kembar, boleh tutup muka nak elak lalat

Lepas hujan

Nilah boot Timberland yang lebih murah dari harga asal kat JPO tu

Dalam dok komplen-komplen pun sempat ek...?? ha..ha..







Terima kasih

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menyumbang pada anak-anak Teratak Rahmat. Sumbangan anda telah pun kami sampaikan.
Mudah-mudahan allah memberikan kekayaan dan kesenangan sahabat-sahabat saya ini dunia akhirat amin..amin..

Pada 30hb Dec 2011 sahabat-sahabat saya sekali lagi ke Teratak Rahmat. Sedikit terkilan kerana tidak dapat menyertai mereka ke Teratak Rahmat ini, kerana ada beberapa urusan. Insyallah jika ada kelapangan saya ingin kesana semula.

Allhamdulillah, wlaupun sasaran kami lebih tapi tetap bersyukur sebab ada yang sudi berkongsi kesenangan dengan anak-anak disini.

Dibawah saya copy dari Blog kak Blog Norhayati Berahim

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, kami sampai semula ke Teratak Rahmat untuk menyampaikan sedikit sumbangan untuk anak-anak bersekolah. Selama sebulan kami berjaya mengumpul lebih kurang RM8820 untuk anak-anak. Walau target kami mahu mengumpul sebanyak RM24,000. Tetapi tidak mengapa, kami akan usahakan lagi tidak lama lagi.

Kumpulan kami sangat kecil tapi Alhamdulilah dengan niat  yang baik, perjalanan kami dipermudahkan.

Kedatangan kami di sambut oleh anak-anak teratak Rahmat.

Sedikit penganan juadah untuk anak-anak ini.

Nurul warden asrama dan juga ibu kepada anak-anak di Teratak ini.

Pak Seyit juga turut memberikan sokongan dan sangat seronok berada di Perlis.

Ini anak-anak perempuan yang berlindung di sini.

Setiausaha kami Kusyi Hirdan memberikan sedikit ucapan kepada anak-anak Teratak.


Derma ikhlas yang diberikan teman-teman dan sudah selamat sampai ke tangan si penerima. Terima kasih banyak-banyak sahabat yang menderma. Didoakan kalian semua dipermudahkan segala urusan dan sayang semua...

Kami kemudian melawat perpustakaan yang projeknya diusahakan oleh drbubbles atau Iskandar Syah Ismail. Kami mengambil peluang merasmikan sekali lagi. (ha ha ha perasan)


Sedang mendengar cerita Mak Wan (ibu kepada pelakon Intan Ladyana). Di belakangnya Dr Hazman, lelaki bujang yang banyak menghabiskan wang ringgit dan tenaga di Teratak tersebut. Saya sangat kagum!

Khusyuk mendengar mengenai perjalanan perpustakaan yang sangat cantik dan kemas ini.

Selepas melawat perpustakaan, anak-anak teratak ini mengadakan sedikit persembahan. Kisah seorang lelaki yang menyerahkan segala hartanya untuk ke jalan kebajikan. Alangkah bagusnya kalau saya mampu melakukan begitu.

Sempat kami bergambar beramai-ramai.


Selepas melihat persembahan, sedikit makanan untuk menjamu selera..


Sedih melihat anak-anak yang menikmati KFC dengan sangat berselera. KFC ini sumbangan salah seorang penderma yang berhajat sangat untuk melihat anak-anak ini makan KFC.


Anak-anak ini menunjukkan jam kiriman seorang pelakon tanah air iaitu Irma Hasmie.

Kedatangan kami kali ini tampak lebih dekat di hati. Sempat berbual dengan Mak Wan dan Dr Hazman mengenai anak-anak di sini. Di hati sangat sedih mengenangkan anak-anak yang kebanyakkannya hilang ibu atau bapa. Kerap kali saya berangan untuk membuka pusat seperti ini tetapi saya tahu, saya masih belum mempunyai kekuataan yang antap untuk melakukkan. Apa yang saya dapat lakukan hanya membantu apa yang terdaya.

Berharap kami akan datang lagi....