Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Saturday, 3 March 2012

Sehari di JB

2 minggu lepas kami ulang alik ke JB seminggu 3x.
MH outstation kat sana. Penat memang penat. Tapi dah rezeki kan... Allhamdulillah.
Dalam 3x tu ada yang kami balik hari , so saya bawak anak sedara saya Azah.
MH meeting saya berjimba-jimba dengan dia.
Ha..ha.. tak tau apa nak tunjuk selain makanan kat JB ni.
KL lagi happening katanya....bluwerkkk...!! ada yang loya ni..

Masa kat KL plan nak makan Seoul garden dengan Azah.
Asyik outstation jer so ke JB saya ambik peluang ni.
Sebelum tu saya ke Jusco tebrau dulu, nak tengok wayang tapi macam ceta semua tak best.
Pusing-pusing la tu juga..
Lepas solat zuhur terus ke City Square.
Sama macam 3 tahun lepas juga, he..he.. dah 3 tahun x pergi sini.
Rimas lah dengan City Square ni, tebuk sana, tebuk sini..
Iskk..!! semua bertutup.
Banyak kedai yang dulu-dulu dah tak ada.
Tapi dah ada Baskin Robbins ha..ha..kemajuan tu..
Apa lagi ada ek, oh Hush puppies ada balik lepas tutup dulu.
Tapi dah hilang serilah City Square ni..
Erm.. maybe CIQ dah buka kot kan..


Hantar MH kesini dulu

Saya nak  sup Ginseng tapi kat JB tak ada...
Tomyam dia pun not bad

Azah anak saudara belah MH

Tak tau apa nama ni, tapi saya suka sangat

Saya tak dibayar untuk promote bubble tea nini ha..ha..
 
Ayam tu perisa Coffee, rasanya..?
Sedap sangat... terasa-rasa kat tekak ni lagi, 
beef tu pun sama perisa Coffee memang sedap
  
Saya pecinta sayur ha..ha..
tak lengkap makan tak ada sayur
 
Muka saya dah semakin boyat

  
Seoul Garden JB kat City Square

Tempat dia selesa nak compare dengan kat KL, maybe tak ramai orang kot.

Hampanya bila masuk toilet City Square ni.
Erm..nak kata apa ek...

Full of Love



Istana bambu

 Klik sini untuk mengetahui selanjutnya Istana Bambu  


Lot 841-842, Jalan Hulu Klang 
68000 Ampang Selangor
(tepi MRR2 sebelum sampai Intai-Intai)

cantik dekorasi dia


  

Telur dadar favorite MH

Kailan garlic Favorite saya

Tomyam seafood

Ikan 3 rasa dia memang umphhhh...!!

Inilah teman saya kalau MH tak ada

Kalau nak tempat yang bersila kena booking awal-awal

Tempat ni mengingatkan saya Kg Daun di Bandung

Sorang ke Vietnam sorang menyelam di Mabul, Sabah
Lepas beberapa hari jumpa MH tak sihat, lepas tu terus ke Labuan.
Ni 1st date lepas beberapa hari tak jumpa yeawww...!!! sila jangan menanah telinga


Friday, 2 March 2012

Cu Chi Tunnel

Hari ke 3 kami semua ke Cu Chi Tunnel yang terletak di Saigon. terowong bawah tanah ciptaan gerila Vietkong semasa peperangan dengan tentera Amerika pada tahun 1968.
Lebih kurang 70km dari Bandar Ho Chi Minh dan terletak didaerah Cu Chi.
Menurut tour guide kami tempat ini antara tempat yang paling digeruni oleh Tentera Amerika kerana seluruh kawasan ini banyak terdapat Jerangkap samar. Ramai tentera Amerika terkorban akibat terkena jerangkap samar ini sehingga membolehkan Vietnam menang dalam peperangan pada tahun 1975.
Lubang tikus, itulah gelaran yang diberi untuk terowong bawah tanah ini

Terowong-terong ini juga berkait satu sama lain. Tour guide kami juga menunjukan bagaimana sistem udara mereka agar tentera-tentera ini tidak kehabisan oksigen selama didalam terowong ini.
Mereka juga bijak menyamarkan asap dari masakan sehingga tidak kelihatan dan mencurigakan.
Kaum perempuan akan memasak diwaktu pagi, asap darimasakan akan kelihatan seperti kabus di waktu pagi. Kental semangat mereka untuk merdeka.

Pintu masuk

Ok sekarang boleh masuk 

Peninggalan sejarah tentera 

Senjata yang digunakan sewaktu berperang 
 

Video tentang sejarah Cu Chi Tunel

Sempat lagi tu he..he..

Kata tour guide kami, terowong ini sudah besar saiznya, kalau masa zaman perang lagi kecik.
kalau saya ada zaman tu dengan saiz saya sekarang agak-agak muat tak...?

Dengan Tini

Disinilah mereka mendapatkan oksigen sepanjang mereka dibawah terowong.
Ia seolah-olah seperti busut sehingga berjaya mengelirukan askar Amerika

Ini lubang tempat mereka menyerang hendap lawan mereka. 

Semua punca air diracun dengan tentera Amerika, mereka membina telaga didalam trowong sebagai punca air mereka

Ini antara terowong yang terdapat di Cu Chi
kecik kan lubang tu...

Tini yang halus lepaslah kalau saya ha..ha..

salah satu perangkap yang dibina..

Tempat rawatan tentera yang cedera

panas, gelap...saya bawak lampu picit he..he..



Ini bilik Mesyuarat mereka
(sebab saiz saya besar terowong kecik baju saya kotor ha..ha..)
  

Lepas penat-penat keluar masuk terowong dijamu dengan ubi rebus dengan cicahnya
kacang gula & garam memang pulun habislah
(sebenarnya mengingatkan kita inilah ruji makanan mereka semasa perang dulu)

Tengok kak Khamisah makan sampai tak terkata..
sedap atau lapar ni he..he..

Selain ubi kami dijamu dengan teh o

Bersama tentera Vietnam 
Yang tengah tu muka sebijik melayu ha..ha..

Boleh beli buat kenangan

kasut ni dibuat dari tayar. Tahan lasak.
Tahan paku dan benda-benda yang tajam

Inilah tayar yang digunakan untuk pembuatan kasut

terowong lagi

Bengkel membaiki alatan yang rosak




Opsss..ini bukan zaman jepun ya... inilah lunch kami haritu yang disediakan oleh katering kami yang beragama islam... sedap nyum..nyum...










Tuesday, 28 February 2012

Sapa yang jawab..??

Malam tadi masa balik dari JB (Pontian) saya singgah di RNR untuk solat.
Tak naklah cakap RNR manakan... nanti kang... he..he.. tak nak teruskan...
sila jawap sendiri..
Masa tu lebih kurang dalam pukul 11 malam.
Sebelum tu kami (saya dan suami) tidur dulu sebelum saya turun solat.

Sudahlah surau wanita dihujung tanjung, pintu tertutup dan gelap.
Saya ambik keputusan tunggu MH solat dulu dan minta dia teman saya
di depan pintu surau.
Masa masuk dah rasa lain macam, saya buka semua lampu dan kipas.
Bagi terang benderang, memang takut-takut. Mata tak nak melingas sangat takut nampak yang bukan-bukan.
Tapi hati ni memang tak keruanlah..

Disebabkan saya jamak magrib dan isya', saya pun solat magriblah dulu.
Saya sembahyang macam biasa, cuma bila salam yang pertama tu saya dengar..
Erm...saya dengar ramai yang jawap salam saya.. bila saya bagi salam kedua saya tak nampak pun orang lain kecuali saya jer dalam surau tu.
Takutnya saya..saya yakin tu bukan mimpi atau khayalan saya.
Saya dengar dengan terang.
Dengan masih bertelekung saya terus keluar dari surau dan panggil MH duduk dalam surau temankan saya.
Saya tak peduli tu surau perempuan..
Saya nak MH temankan juga..
Saya minta MH duduk kat kerusi sebelum tangga, depan tempat ambik wuduk tu.
Terkejutlah Mh tengok saya keluar dengan telekung dan muka cemas tu..
Serius saya takut sangat..

Lepas solat MH belikan teh panas, agaknya dia nak saya cool kot.
Tapi semuanya jadi caca marba, macam-macam ada dalam perasaan ni.
Sampai saya terbawa-bawa dalam mimpi malam tadi he..he..

Biasanya sekejap jer perasaan tu, allhamdulillah pagi tadi bangun tido dah lupa dah.
Sebab saya pernah alami lebih dari tu.
Subhanallah...
Bukan manusia jer penghuni bumi ni, ada mahluk lain yang kita tak nampak
Kalau kita tak kacau Insyallah mereka pun tak kacau kita..

* teringat masa saya mengintai kat tingkap nak tau apa yang bising sangat kat sekolah sebelah ni, pukul 3 pagi dah macam pesta, tapi bila saya jengah sekolah gelap gelita. Masa tu MH tak ada pergi offshore.. *