Lebih kurang 70km dari Bandar Ho Chi Minh dan terletak didaerah Cu Chi.
Menurut tour guide kami tempat ini antara tempat yang paling digeruni oleh Tentera Amerika kerana seluruh kawasan ini banyak terdapat Jerangkap samar. Ramai tentera Amerika terkorban akibat terkena jerangkap samar ini sehingga membolehkan Vietnam menang dalam peperangan pada tahun 1975.
Lubang tikus, itulah gelaran yang diberi untuk terowong bawah tanah ini
Terowong-terong ini juga berkait satu sama lain. Tour guide kami juga menunjukan bagaimana sistem udara mereka agar tentera-tentera ini tidak kehabisan oksigen selama didalam terowong ini.
Mereka juga bijak menyamarkan asap dari masakan sehingga tidak kelihatan dan mencurigakan.
Kaum perempuan akan memasak diwaktu pagi, asap darimasakan akan kelihatan seperti kabus di waktu pagi. Kental semangat mereka untuk merdeka.
Pintu masuk
Ok sekarang boleh masuk
Peninggalan sejarah tentera
Senjata yang digunakan sewaktu berperang
Video tentang sejarah Cu Chi Tunel
Sempat lagi tu he..he..
Kata tour guide kami, terowong ini sudah besar saiznya, kalau masa zaman perang lagi kecik.
kalau saya ada zaman tu dengan saiz saya sekarang agak-agak muat tak...?
Dengan Tini
Disinilah mereka mendapatkan oksigen sepanjang mereka dibawah terowong.
Ia seolah-olah seperti busut sehingga berjaya mengelirukan askar Amerika
Ini lubang tempat mereka menyerang hendap lawan mereka.
Semua punca air diracun dengan tentera Amerika, mereka membina telaga didalam trowong sebagai punca air mereka
Ini antara terowong yang terdapat di Cu Chi
kecik kan lubang tu...
Tini yang halus lepaslah kalau saya ha..ha..
salah satu perangkap yang dibina..
Tempat rawatan tentera yang cedera
panas, gelap...saya bawak lampu picit he..he..
Ini bilik Mesyuarat mereka
(sebab saiz saya besar terowong kecik baju saya kotor ha..ha..)
Lepas penat-penat keluar masuk terowong dijamu dengan ubi rebus dengan cicahnya
kacang gula & garam memang pulun habislah
(sebenarnya mengingatkan kita inilah ruji makanan mereka semasa perang dulu)
Tengok kak Khamisah makan sampai tak terkata..
sedap atau lapar ni he..he..
Selain ubi kami dijamu dengan teh o
Bersama tentera Vietnam
Yang tengah tu muka sebijik melayu ha..ha..
Boleh beli buat kenangan
kasut ni dibuat dari tayar. Tahan lasak.
Tahan paku dan benda-benda yang tajam
Inilah tayar yang digunakan untuk pembuatan kasut
terowong lagi
Bengkel membaiki alatan yang rosak
Opsss..ini bukan zaman jepun ya... inilah lunch kami haritu yang disediakan oleh katering kami yang beragama islam... sedap nyum..nyum...
No comments:
Post a Comment