Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 10 June 2010

My friend kempas, JB

Dah jadi kelaziman kalau job kat Pontian ni ada makan-makan sebelum semua panassss..he..he..
Kali ni destinasinya luar dari Pontian, so 29 hb tu cam biasalah acara makan-makan ngan geng2 Mr Hubby. Ajak depa semua try My friend  kat Jalan kempas tu.
Ni memang fevret kita orang dulu-dulu masa dok JB, memang sedap, service pun cepat.
Bila dia ambik order kita dia pakai walkie talkie terus direct ke bar tender so order makan tak abis lagi air dah sampai. Tapi lama dah tak datang sini tak taulah kali ni cam na...

Disebabkan semua dah lapar maka gambar diambil selepas semua selesai makan he..he....
jom tengok apa yang ada jer lah ek....

Yang atas tu sebenarnya Pari bakar.
Rasanya selama ni makan pari bakar kat mana-mana
pari bakar kat Johor juga yang tersedap.
Yang pinggan bawah tu siakap stim sangat-sangat fevret.

Yang ini sotong tepung

Udang tepung

Tinggal sisa jer telur bungkus ni

kerabu mangga

Rasanya kat sini jer yang jumpa tomyam ada mentarang

Sayur cap cai & udang tepung

ha..ha..ketawa besar Nomi..
kenyang ek...

Restoren My freind Kempas, Johor

Erk...alhamdulillah kenyang sesangat, paling sedap kerabu mangga & pari bakar tu, maybe sambal dia kot yang sedap banget tu. Alhamdulillah lagi rezeki dari allah dapat makan sedap-sedap hari ni....
amin...


gedik-gedik suka hati

Ketawa dulu sebelum menggedik lagi...ahhahaaaa...wahahahaa..ekekeee...hu...hu...he..he...
baru senyum senang hati yerr....apasal ler suka hati sangat ni ek...
suka suki suka suka....wooohooo...

cari..susun cantum..
cam puzzle plak..

Akhirnya aku balik kat rumah aku kat JB ni balik.. lepas penyewa habis kontrak kerja kat JB dia pun bagi tau nak pindah KL balik, so kebetulan we all ada kat Pontian ni, apalagi aku merengek lah kat Mr Hubby nak balik JB, nak dok sana. Bosan dok bilik jer...walaupun memalam kitaorang jalan gak ke JB tapi bosan tetap ada.. ya lah...bilik mana ada dapur..mana ada ruang tamu, mana ada bilik-bilik lain  kan...???
Kalau dok umah bosan bilik g depan...bosan depan g dapur..bosan dapur g bilik sembahyang...bosan sofa sana..baring sofa sini he..he..alahai...ni kes rindu tahap gaban lah ni...

Punyalah excited nak balik umah tu balik aku siap beli rice coker baru, beli cerek letrik baru, beli baldi baru...semua baru..umah ni masih bersih lagi..sebab penyewa lama panggil maid bersihkan umah last day dia
nak keluar..so masuk tinggal sapu jer habuk 3 hari yang ditinggalkan tu..
siap pasang langsir lagi..cam nak raya pulak...seronok nyerrr

Yang tak syiookkknya..daun-daun pokok yang kat tepi tingkap tu dah menutup tingkap kat ruang tamu..kata penyewa lama dah lama buat repot kat management tapi  tak ada respon...
ayoooo..!! ini sudah lebeh...sebulan Maintenance dia jer aku bayar RM 200++ tau sebulan
tapi aduan penduduk pun take time kerr??..
tak apa sat lagi siang aku g office dia komplen.. + marah-marah sikit..
(eh..jap...jap..aku tau marah2 orang kerr...kan aku ni suka ker tak suka simpan jer lah dalam hati ni.....)marah-marah manja kott...nak suh derang tebang gak..nak tgk pemandangan yang saujana ni hu...hu..
seronok + excited sangat...sampai berangan nak penuhkan rumah ni balik...maklumlah masa nak pindah dulu barang2 banyak kawan2 beli..ramai plak yang suka sofa & meja makan aku ni he..he..
mesin basuh pun ada yang nak beli..peti ice pun di sale..memang masa ke KL tu tak bawak apa pun semua letak umah mak...ada yang jual..sayang pun ya sebab meja makan tu paling suka..sebab mahal satu hi...hi...
lepas tu nampak exslusive sangat..so far aku cari design tu dah tak ada dah..menyesal pun ada jual meja makan tu..tapi teringat si pembelinya tu kawan aku gak...merayu2 nak meja makan aku he..he..cantik banget katanya...wahahaaaa....aku jual dengan harga aku beli..dia pun tak banyak komen..ok jer..ya lah dah suka..lagi pun baru lagi aku pakai barang2 tu..kena pulak aku ni cermat sesangat... memang nampak baru..
Akhirnya bila balik sini umah kosong..yang ada dapur jerrr...erm..tak apalah slowly...sikit-sikt masukan barang sebab lom terniat nak sewakan balik. nak duduk sesekali kat rumah sendiri..

bukan tak suka daun yang menghijau ni..
tapi sangat-sangat menganggu pemandangan
banyak semut pun ya..

merah juga..sama cam rumah KL

Penyewa lama tak pernah masak tu yang dapur
masih putih dan bersih

Wardrobe
abaikan kotak tu...he..he..
kotak penyewa masa pindah barang kelmarin..

Nak jual jauh sekali...lom terpikir coz kawasan ni dekat dengan town, dekat ngan shopping complex banyak jalan boleh lalu...kiri kanan depan belakang semua boleh... rumah dah complete..kitchen kabinet, wadrobe, memang besar wadrobe aku ni kalau 10 orang masuk pun lebih sesangat, econd (pemasangan dia mahal coz tak boleh letak compresor dia suka-suka hati kena letak kat yard..bayangkan dari master nak g yard berapa jauh..nak buat bagi tak nampak tu yang kos mahal) , water heater, lepas tu lot aku ni International lot bukan bumi lot so harga memang tinggi sikit dari bumi lot, tu yang lagi sayang nak jual..
market memang tinggi..
Dalam area kondo ni je pun dah cukup lengkap..
ada mini market yang serba lengkap, ada dobi, ada gym, ada cafe yang memang yummy sangat makanan dia, ada childcare, semua lengkap lah..bas..teksi pun senang depan blok jer tak yah jalan jauh2..

Kali ni nak santai kat umah puas-puas before balik umah KL..
nak lepaskan rindu puas-puas juga.. nak hang out ngan kengkawan..
nak makan-makan...erm....

Tuesday, 8 June 2010

Sungai Kilim Geopark, Air Hangat

Memula plan pagi tu nak tgk helang & bagi makan helang, macam seronok kan...
tapi sebab ker makam Mahsuri lama sangat masa pun lari, flight ptg kul 5.45 jadi tak nak terkejar-kejar semua sebulat suara nak menyusur Sg Kilim & terus lunch kat sana.
Selain Lunch di restoren terapung ada axtiviti memberi makan ikan dikolam ternakan ikan yang terdapat di sana. Sangat-sangat teruja dengan aktiviti kali ni.
Bukan itu saja, mereka yang makan direstoren terapung ni juga boleh memilih sendiri ikan-ikan yang hendak di masak. Segar dan menyelerakan. Tapi sebab aku sendiri tengok ikan-ikan tu sebelum di masak aku jadi tak berapa lalu dan kesian sangat nak makan ahahhaaaa...!!!!
teruk kan.
Jom layan gambar...

pintu masuk

Ready nak naik bot

Inilah pemandangan sepanjang menyusur Sungai Kilim

 
Banyak bot-bot persendirian
kalau dapat satu syokkk juga ek...


sampai....ready for lunch..

pintu masuk ke sangkar ikan

Ada banyak sangkar-sangkar ikan,
ada macam-macam jenis ikan
paling besar ikan ikan kerapu yang besarnya dekat 100kg..
besar sangat sampai malas dia nak berenang
ahhaaaaa...

Sesi bagi makan ikan..
geli + takut pun ada,
tangan budak yang bagi makan tu sampai siku
masuk mulut dia.
.kalau di masak pun fikir balik nak makan
he..he...

Yang ni pari terlebih manja, bergurau time dibagi makan..

Ni ikan siakap yang sangat berdisplin.
Bila nak bagi makan ikan-ikan siakap ni akan beratur
dan ikut turn
bila dah dapat makanan terus berenang beratur semula...
bijak kan...

Try gak bagi ikan makan,
tapi geli pakai tisu pegang makanan ikan
yang diperam tu,
 baunya uisss...busuk sesangat...

makan time...sedap..
memang sedap semua yang di 'order' hari tu
paling terangkat kerabu mangga dialah

salah sekor ikan kerapu yang jadi mangsa hari tu,
kerapu bakar.
Tapi aku tak makan sangat pun
sebab baru sat nampak dia
berenang-renang...nak makan cam rasa sedeh jer...

Mr kader yang tak abisss lagi..

Balik time..

Kalau ada rezeki memang nak datang lagi tempat ni..cantik sangat-sangat.
Walaupun sewa bot untuk ke restorent terapung tu agak mahal
tapi berbaloi sangat, selain pemandangan yang cantik makan pun sedap.
Harga pun tak mahal, Next time nak tengok  derang bagi helang makan pulak.
Apa yang diberitahu Helang ni mempunyai banyak spesis dan cantik-cantik..
Lepas bagi ikan makan nak pulak rasa bagi makan helang...


Monday, 7 June 2010

Kereta kabel Langkawi - Gunung Mat Chinchang


Lepas Lunch kat Pantai Chenang & sewa kereta plan seterusnya ke Gunung Mat Chinchang yang terletak di Barat Laut Pulau Langkawi. Nak naik kereta kabel ke Puncak Mat Chinchang, nak tengok panorama  puncak gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 tahun ini yang sangat menarik .
Gayat...sebab aku memang gayat sejak umur dah semakin tua ni..walaupun dulu tak kisah pun tinggi mana..
sekarang semakin tua semakin gayat hu..hu..

Langkawi Cable car

Aras pertama

Dari apa yang aku tau kawasan ni dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysia Book of Record. Untuk ke puncak pulak kena naik kereta kabel Langkawi sejauh 2.2 km dan terpanjang dan tertinggi di dunia. Kalah kereta kabel kat Switzerland tu.
yang tingginya 713 dari aras laut. Gunung Mat Chinchang ni 30 minit kalau dari Pekan Kuah. Tiket untuk ke puncak cuma RM 15 dengan my kad. Dari jauh lagi dah dapat tgk kereta kabel kelihatan terapung-apung tinggi di udara. Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Lepas tu perjalanan disambung lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang..aduh memang gayat sesangat...

Steady lagi masa ni...

Bukan takut, tapi gayat...seriusss gayat sangat...

Puncak Mat Chinchang

View dari cable car



Di pelantar tinjau aku dah surrender awal2 dah..sangat gayat. Sampai semua isi perut ni bergelora kat dalam ni ahahhaaa...masa nak ke kawasan ni laju jer aku jalan.. tiba kat menara tinjau tu aku dah pening2 lalat sebab tgk bawah semua kecik2 dan rasa sangat berayun-ayun..
teringat masa muda2 dulu daki gunung ledang steady jer..tgk panorama dari puncak pun cool jer. Tapi kali ni gayat aku sangat menjadi2 ho...ho...sampai semua isi perut tunggang terbalik pening...


Inilah tempat yang buat perut jadi pening akibat gayat
sebabnya.....

Tempat ni tinggi sesangat..
pulak tu tergantung..
bertambah2 pening perut ni hi..hi..

Ni lah punca sebenarnya perut ni pening...
aku dok perati jer benda ni selain pemandangan bawah pelantar tu..
apa yang aku nampak..?????
aku nampak batang ni  bergerak-gerak, berayun-ayun..
ahahaaaa...!!!! seramnya..dah lah pelantar ni tiang bawah tak ada cuma dikukuhkan
dengan batang2 ni jer mana lah tak pening perut aku ni...
perut aku memang cepat sakit, pening kalau gayat ni...

Turun jer dari Gunung mat Chinchang tu memang pusing ar jap kepala ni...tapi enjoy tetap enjoy.
Cuma bila memikirkan tahap gayat ni semakin menjadi-jadi sedeh pun ada. Sebab dulu aku sangat-sangat berani orangnya..berkayak kat Sg Muar, Panjant Gunung Ledang, ikut latihan bomba terjun dari bangunan 3 tingkat, paling ingat naoik roller coster kat Sunway Lagon 2 minggu sebelum ada kematian akibat tercampak dari roleer coster yang terpanjang dan terlaju kat Asia waktu tu..steady jer...sekarang..bila umur meningkat semua jadi lesu wahahaaaaa......



Friday, 4 June 2010

Underwater World Langkawi

2nd Day kat Langkawi, semua orang dibawa ke Underwater Word Langkawi.
Seronoknya sebab aku tak pernah ke sini, walaupun pernah sampai ke Langkawi sebelum ni.
Selalunya dengar jer orang cerita, tak pun tgk kat TV jer. Macam best jer kan..
Tiket masuk untuk yang ada My kad RM 28 seorang, kanak-kanak 3-12 tahun dengan My kid RM 18 sahaja.
Untuk warga emas 55 tahun keatas RM 22 sahaja.

Underwater World Langkawi mempamerkan pelbagai koleksi hidupan laut lebih dari 200 spesis.
Selain itu terdapat lebih 5000 spesis ikan dan hidupan laut lain, yang mana hanya dipamerkan dalam lebih
dari 117 tanki yang direka khas yang diatur sepanjang lorong pengunjung yang melawat tempat tersebut

Ok..jom layan antara gambar yang sempat di snap..snap..

ha..ha..yang baju merah ni bukan spesis yang terdapat kat sana hoccay...

Antara spesis yang dipamerkan..

Antara spesis pari

Ini juga spesis pari yang ada di Underwater World langkawi

jerung putih

Tak ingat ikan apa ni...tapi besarrr...

Timun laut
@ Gamat

Ini juga spesis bawah laut
nama tak ingat...

Spesis adik beradik udang,
agak-agak ada tak yang lalu nak makan ek..???

Antara karangan laut

Ikan batu..
kalau tengok betul2 baru nampak ini sebenarnya ikan..


Lepas dari Underwater World, acara makan tengahari. Semua di jemput makan kat satu kedai area Pantai Chenang, memang sedap. Macam-macam ada. Paling sedap ikan bakar dia..ahhaaaa..perut tengah lapar rasa semua sedap bangetlah..
Lepas makan baru Mr Hubby sewa kereta. memandangkan pagi tadi acara berkumpulan maka semua naik bas, cam rombongan sekolah ahahaaaa...!!!
Acara berkumpulan cuma pagi ni jer so lepas tu semua bebasssss...
kemana petang ni...?????
Tungggu....!!!!!!!!



Tuesday, 1 June 2010

Langkawi

21 May yang lepas aku ke Langkawi selama 5 hari. Mr Hubby aku ambik course Diving so dia angkut aku sekali. Hari ke 2 tu tak mula lagi pun kelas dive dia, actually kat Langkawi ni cuma nak completekan
course dia jer..nak dive bawah laut kat Pulau Payar tu, sebelum tu dah sebulan course kat KL.

Congratulation My dear...


Petang Jumaat tu flight kul 4.30 dari LCCT Kuala Lumpur.
Aku sebenarnya tak berapa suka sangat naik flight. Rasa sangat2 kurang seronok. Beza dengan naik kereta ker naik keretapi aku rasa lagi seronok, kalau naik kereta rasa nak berenti boleh berenti..makan ker..
nak g toilet dengan selesa ker...nak tido ker..sesuka hatilah..
tapi kalau naik flight banyak rule yang nak kena follow, ke toilet kena ikut arahan..kalau masa2 kecemasan tak boleh ke toilet, nak makan kena tunggu stewerdess datang, lepas tu kerusi tak boleh sesuka hati nak turun naik, kang tak pasal2 marah orang belakang..tak boleh calling2, tak boleh dengar muzik kuat...
huh..banyak sangat peraturan yang buat aku pening kepala lah...
Yang aku tau aku cuma suka 20 minit pertama dari sebelum dia berlepas jer..lepas tu mulalah itu tak kena..begini tak tak kena..sakit telinga lain..kepala lain..wahahaaaa....
pemandangan biru jer kat atas tu...kalau naik train nampak macam2..paling suka kalau nampak sarang burung tempua...cantik-cantiknya, suka sangat. Kalau naik keta plak..jumpa macam-macam
kereta, besar kecik, maha murah semua ada..he..he..teruknya aku sampai macam ni sekali
ek komplen pasal naik flight ni..
aku selalu terpikir yang bukan2 kalaulah tetiba aku nampak orang berjalan kat atas tu cam na ek...
aduiii...!!! kadang2 takut juga tgk kat atas tu biru semacam jerr...
awal2 dulu naik flight aku lansung tak boleh nak membaca..kalau baca jer turun flight macm org mabuk todi..
ambik masa plak tu nak baik...
kalau ada pilihan aku lebih suka naik train / kereta jer..
eh..eh..merepek sudah..wahahaaa...larik tajuk ni...

LCCT to Langkawi
21 May 2010 - 25 May 2010

Actually ke Langkawi ikut company trip Mr Hubby, diaorang nak completekan kelas scuba.
so after ni boleh lah Mr Hubby g Scuba kat Kapalai or Mabul yang di idam2 kan tu ek...
turn aku tahun depan kot he..he..

Selama 5 hari 4 malam tu aku dok kat Kondo Istana - Kuah, dekat sangat kalau nak ke Kuah tu..
Dok kat kondo 3 bilik, dok ngan satu family officemate Mr Hubby. Oklah..walaupun dia bukan dari Malaysia, still boleh masuk jugalah..he..he..
Seronoknya Kondo Istana ni dekat ngan kawasan shopping kat Kuah tu..
Bolehlah kalau nak jalan-jalan..cuci mata..cucilah poket tu sekali he..he..
Tak boleh shopping over2 sangat..tau lah naik flight ni..kang banyak2 extra payment lah pulak.
Budget2 pun terlebih gak...terlebih cokelat kot...

Inilah family yang satu rmah dengan aku
Mr Kader Family from India.
Mr Kader ni one of engineer at DNV tu

Oklah trip ni walaupun tak sepenuhnya dengan Mr Hubby coz dia ada scuba 2 hari full.
Next entry baru sambung ceta pegi mana ya kat Langkawi ni...
he..he..