Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Sunday, 3 January 2010

Johor ~ T'ganu part II

Pagi ni kul 5 dah bangun..aku kalau berjalan ni seawalnya bangun..
sembang2 ngan Mr Hubby sementara tunggu subuh plan apa nak buat lepas ni..
harap2 hari ni tak hujan..Mr Hubby kata ptg nak balik KL tgk budak2 kesian macam tak fun..
ya lah Tganu kan fun tuk aku jerk...hi..hi..
dia kata kalau g Kl banyak aktiviti tuk budak2 aku ikut jer...
lepas subuh dalam kul 6.00 pagi hujan turun ngan lebatnya...
alahai...tak terkata den....
tawakal jer lah..

Last2 aku plak tertido balik hujan + aircond yang sejuk x sedar tertido..
sedar2 dah kul 7
ahahhaaaa...bila aku buka tingkap aku nampak matahari.... ~~ngeeeee....
lerr adik2 aku semua dah ready nak jalan lah....

memula kita g breakfast dulu..Nasi kerabu lagi kat batu buruk plak...hi..hi..budak2 xnak makan nasi kerabu makan nasi lemak..

Nasi Kerabu, Batu Buruk Kuala Terengganu

Lepas makan budak2 ajak g Batu Buruk lagi..seronok kot tgk pantai ngan ombak..lepas tu panas..lagilah excited....

Pantai Batu Buruk..






Lepas dari lepak2 kat Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, terus ke Pasar payang & bazar warisan.. Nak beli keropok, nak cari T-shirt Terengganu untuk adik2 & nak cari sutera kat Bazar Warisan kedai fevret...Marisa yasmin & Danish Haikal...
                                          
 



Layan adik2 pilih2 apa dia orang nak...

Arfa Batik
 


   


 
  
Masa ni semua pekerja2 rehat, so dapatlah tengok demontrasi mencanting batik...
tapi dulu masa bangunan lama aku dah pernah tgk budak2 "Arfah" mencanting batik...
yang melukis2 melukis jer...yang colour, akan colour kain2 yang dah siap di lukis..
Di "arfah" ada kelas untuk budak2 untuk mereka menajamkan skill lagi dalam bidang masing2..
kalau tengok mereka mewarna memang rasa kagum sangat..
kalau melukis tu tak jadi boleh adjust lagi...tapi kalau mewarna salah...
kena gunakan kreativiti untuk tutup silap tu...

Aku sempat tanya budak2 kat "Arfah" tu pernah tak buat silap...
diaorang kata kalau kain mahal macam silk kalau salah tu tak boleh adjust kenalah ganti kain tu..
tapi kalau salah tu setakat kain untuk kaften diaorang buat sampai nampak natural..
Kagumnya aku masa ni...ya lah aku kan tangan keras..x pandai lansung melukis...orang lidi boleh lerrrr.... so bila tgk budak2 kat "arfah" muda2 comel2 pandai melukis...mewarna..rasa kagum sangat...

Area butik xboleh ambik gambar..so tak adalah pic baju2 yang sales tu,

murah2 memanglah murah...
silk pun murah2 tapi banyak baju ready made kain amatlah sikitnya masa sales ni...
baju2 tu pulak saiz mat2 salleh..apa yang aku dengar ni baju2 yang tah habis jual masa kat oversea tu yang dia buat crazy sales sampai 80 %,
Ada yang baju aku berkenan tapi saiznya pulak tak ngam..saiz "S" tapi macam saiz "L" kualiti "Arfah"
sama macam batik2 lain cum nama "Arfah" ni dah establish tu jerk.. tapi amat berbaloi...

Lepas abis "window shopping" kat "Arfah Batik" , mula gerak balik.. Ingat nak g Losong beli keropok..tapi tgk budak2 dah penat kesian plak..keropok beli kat marang jer masa jalan balik..sempat gak singgah Pantai Kelulut makan ikan goreng, sotong goreng & keropok goreng..specialnya ..masa kita order tu baru dia goreng apa yang kita nak....panas....panas....






                                                                                     

Lebeh kurang dalam pukul 4.00 petang gerak balik ke KL...cuaca mendumg ..
Tanda2 nak hujan tuh, oklah 2 hari 1 malam..coz percutian selanjutnya kat KL tuk adik2 ni...
Erm...esok harap-harap cuaca ok baik, kesianlah budak2, kalau asyik hujan jerk...








                                            

















                   

                             

                              

                              





                                                        
                                  

                                                                




New Year With M.nasir

2nd Jan  2010

New year with M.Nasir...
kenapa...??? x percaya ker...ahhahaaaa... ya lah aku date ngan M.Nasir
erm..tipu jer...tgk Konsert "Bagaikan Sakti" M.Nasir & Siti Nurhaliza at Esplanade, singapore tapi aku tgk depan TV jer hi..hi..
Semalam masa kat Kedah ingat nak tgk tapi sibuk berjalan kesana sini takut x sempat..malam penat sure tdo awal...
So tadi baru berkesempatan tgk.. Adusss..!!!! aku ngan MR Hubby memang minat gilosss kat mamat ni..
Mula2 siti perform.. oklah lagu2 dia..ada yang aku minat ada yang biasa2 jer..
tapi lagu "Rindu" tetap menjadi fevret MR Hubby...ala2 padang pasir skit...

11/2 hour after siti perfomed,  my idola come & start with his Concerts
tapi sebelum tu dia duet ngan Siti untuk lagu "Mawarku & Ghazal Untuk Rabiah"
dulu aku ingat xada sapa yang boleh ganti tempat Jamal duet with M.Nasir ni..
xsangka sedap sangat Siti bawak lagu ni...terangkat seh...
Lagu "Mawarku tu buat teringat jaman muda2 ler...masa tu lagu ni Siti ngan 2BY2 duet..
meletop gilosssss....
1st Song  solo M.Nasir nyanyi lagu "Hati Emas"
x silap lagu ni masa dia dengan kumpulan kembara dulu
Syooknya..tenaga dia masih maintain, muka still nampak young..tak meleret2 terpesona sekejap...

"Kembara

Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya

Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui"


"Sahabat Gua" for the 2nd song..masa M.Nasir nyanyi lagu ni dia dah mula naik sheh dah..
biasalah kalau dia buat konsert dia akan joget yang macam bersilat tu...M.Nasir kata joget tu dia belajar ngan Mak dia...ahahhaaaa....satu Esplanade ketawa..lawak juga dia nih..
Erm...satu2 lagu tu dia jadikan panjang sampai ambik masa lebih dari 5 minit...tapi syokkkk woooo...ni kalau "Mohram" ada lagi gerek beb...

"Berapa banyak bintang di langit

Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati
Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali
Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran" 

He..he..lagu yang aku tunggu2.. " Srikandi Cintaku"
Dulu kumpulan "Bloodshed" yang nyanyi..seingat aku lagu ni dah lama sangat..
masa umur aku 11 tahun aku dah dengar lagu ni..skg umur aku dah angka 3+ lamakan...???
tapi still menyengat lagi.. Masa "Bloodshed" yang nyanyi versi Rock jiwang
then bila M.Nasir yang bawak dia masukan element Keroncong sikit...
Sedapnya lagu ni...
“perutusan berdarah kuterima…gugur kuntum di tengah halaman
medan ini kurasakan sepi terpaku pilu”
ku semaikan pepohon kemboja dan bunganya adalah hatiku..
semadilah dalam kedamaian semangatmu tetap bersamaku”

"Sentuhan Listrikmu.."
Erm...tak tau nak kata apa...lagu2 M.Nasir ni memang best2 lerrr....
cuma lirik2 lagu dia agak susah skit nak faham..kalau x betul2 memahami
Bisakah aku bertanya padamu


"Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra
Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya untukmu saja
Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai de javu
Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah
Hanya sentuhanmu..."

Lagu ni paling femes hujung tahun 80an..penyanyi asalnya "Allahyarham Sudirman Hj Arshad"
Malam ni baru aku tahu yang pencipta lagu “milik siapa gadis ini” nyanyian "Allahyarham Sudirman" tu
Ciptaan M.Nasir..
Erm.. bila Pencipta M.Nasir, Nyanyian M.Nasir..  terbuai2 perasaan ni sekejap..
"milik siapakah gadis ini

wajah lembut bagaikan sutera
ingin hatinya kumiliki
apakan terdaya
adakah kan terdaya
milik siapakah hati ini
bagai berkurun lama kesepian
ingin aku mencurahkan kasih
kepada yang sudi
adakah ia sudi"
Masa Allahyarham Sudirman nyanyi lagu ni kat Muzik2 tahun berapa ntah aku x ingat masa tu aku kecik lagi..dia bawak lighter..

Lepas tu dia nyanyi lagu "Juwita" M.nasir kata lagu ni ntuk pompuan jer… Terus teringat kat Rozita Che wan model kat video klip lagu ni..aku rasa masa ni Rozita tu cantik sangat… pheewiiitttt...!!!!!
"Bagaimanakah aku gambarkan

Rasa yang membakar jiwaku
Tiada kata yang tak cliche
Bagai habis bahasa bermutu
sedang engkau teristimewa buat diriku
Ilham tugu taj mahal
Didirikan...."

Next song  "Mentera Semerah Padi"  lagu semangat ni.. cuba dengar betul2
"Hei! kersani mengalir lah dikau

menjadi raksa
mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
dimana bumi dipijak disitu langit di junjung…
alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan…
oh….oh…”



Raikan cinta ~ lagu fevret MR Hubby, dia suka sangat lagu nih..
"Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku
Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua...
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?
Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail
Mari mawarku raikan cinta
tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi
mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi..."


and....akhirnya lagu fevret aku M.Nasir nyanyi juga...ntah ek..aku rasa lagu ni sedap sangat..
"ADA"
"Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua
Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah
Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan
Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua...."

Bagaikan sakti duet siti & M.nasir.. lagu dari filem Puteri Gunung Ledang, Masa ni aku ngan MR Hubby tgk wayang cerita "Puteri Gunung Ledang" ni, selepas cerita "Embun" ni cerita Melayu yang aku tgk kat wayang..sebab....????? sebab ada M.Nasir hi...hi...

Duet wif siti again
"Dua insan..."
Lagu lama M.Nasir ngan Yunizar Hussin..
tapi ngan Siti pun not bad juga...

Lagu baru ciptaan M.Nasir lirik By Siti Nurhaliza “ Hanya Semalam..
Catcthy lagu ni..sedap juga..ala2 lagu lama.. eh..makin lama makin sedaplah lagu ni..
lagu penutup..
3 jam jerk konsert derang ni…

Hi..hi…kena layan lagi sampai 10hb ni, nak tgk M.Nasir lagi...
tapi rasa dah banyak kena Potong,  erm..oklah..bayar RM 10 untuk berkali2 tgk
lagi berbaloi kalau dapat tgk Live..
Lama daaa...tunggu "konsert 1 wajah M.Nasir" yang tertangguh tu..

Saturday, 2 January 2010

Home Sweet Home ♥♥...

2hb Jan 2010

Yearghhhhhh...leganya sampai umah.. lepas berhari2 kat tempat orang syyoook lagi umah.. sendiri ahhahaaa.... :))  sampai kul 4.30 pm tadi dari Jitra..
Alhamdulillah jalan cool jer tadi.. cuma dari Juru nak sampai Sg Bakap ada skit Jem..
Derang betulkan divider jalan maybe pas xcident semalam..

Sampai jer umah mandi dulu baru kemas barang2 :))
Mr hubby seperti biasa tolong keluarkan baju2 kotor & masukan baju dalam washing machine..
tukang sidainya aku lerrr....Mr hubby kata aku sidai baju pun nak perfect...
hi...hi..ya lah..padahal sidai jer pas tu angkat..tapi aku still nak perfect..
kalau baju, baju jer...seluar...seluar jer..x nak rojak sakit mata..

Erm...rasa nak masak..
tgk barang dalam peti sejuk...ayam...?? tak dak... ikan...?? tak dak..daging...?? pun tak dak
yang ada cuma daging kisar, telur...daun selasih.. tomato..
erm..nasi pakapau lerrr ptg ni punya dinner..
Mr hubby kata x payah masak dia nak tapau jerk... kesian aku penant nanti
tapi lamalah aku x pegang kuali
alah..masak x lamalah.. he..he..pejam mata jer...(perasan tuuuuuu.....)

Oraiiitttt....siap2 kul 8 nanti nak tgk Konsert M.nasir (aku ngan Mr hubby minat gilerrrrr... ngan dia nih...) ngan Dato' Siti kat Chanell 955 hi..hi..
pas tu nak sambung tulis blog masa holiday haritu...


Wednesday, 30 December 2009

Johor ~ T'ganu

18 Dec 2009

Na...na...na..na..na..na.. Ganu kiterrrr..... ♥ ♥

Trip kali ni bawak adik2 ngan anak sedara..
wawa, nana, angah & anak dia Nina..
biasa jalan berdua kali ni saja bawa rombongan cik Kiah sekali..
erm..si wawa ngan si nana dari aku balik semalam x sudah dok mengemas
ntah apa2 nak di angkutnya..
pas tu x tdo2..
aku dah sound kalau kul 6 pagi x siap aku tinggal..
jap lai senyap..
jap lagi ketawa2..
kata Mr hubby biasalah budak excited nak jalan..
he..he.. dulu aku pun masa nak g rombongan x bley tdo malam..

Kul 6 pagi gerak dari Chaah..
kalau dari Segamat nak ker Trengganu jalan memang mencabar sikit..
dengan tak ada highwaynya..
banyak lori balak plak tu...
Pagi sepanjang jalan dariChaah ke Muadzam hujan jer..
alahai baru nak bersuka ria janganlah hujan..
nanti mood spoil..
ni pun dah spoil gak.. plan sakan nak ke Pulau Kapas
nak snokling...lerrrr bulan doblas kan Pulau tutup...tengkujuh lah..
erm..tapi still nak ker Ganu..

The journey begin from Chaah Segamat to Trengganu

Cool..

Rainbow in the morning...♥ ♥




Singgah breakfast kat Kerteh,
Kedai fevret aku...
hi..hi..
"Nasi Kerabu" lerrr
rasa dia.... perghhhhhh...memang berbaloi..



Nana & Nasi lemaknya

Terlentuk dah si Wawa & Nana

Sampai ker Chalet Su dalam kul 12 tghari..
standard time lah tu.. tapi kata Nana jauhnya...
dah 3x tdo x sampai2....oh nana 1st time g Tganu ek..
tu yang rasa jauh...
berenti 2x jerk.. breakfast & g toilet
semua lepak..
tapi Mr hubby kena g semayang Jumaat..


sementara Mr hubby semayang kita org mandi & siap2
Wawa, Nana, Angah & nina sebilik..
aku ngan Mr Hubby aku jerk..
tapi lagu mana g jalang2 ni ujang dok tughun semedang jerk...


Memula plan nak G pasar payang..tapi jumaat banyak kedai x buka..dengan hujan lebatnya.... eeeiiii...hujan rahmat lorrr...cancell dulu pasar payang..x syok kedai x banyak buka..tunggu esok ler. Pas tu ker Taman Tamadun Islam..Hujan ler..camna na nak round..Nana dah excited..coz dia suka sejarah2 ni.. tapi wawa kata "alah hujan lerrrr..."


Hujan...hujan..memang terbatas ler nak g memana.. hujan2 ni perut pun lapar ler.. so cari makan dulu.. kena air panas sejuk2 ni sodap..so kita orang makan kat 1st Station kat Kuala Trengganu


Teh tarik MH yang punya
Sandwich -adik-adik yang punya

Garlic bread kakak adik-adik yang punya


alhamdulillah pas makan ujan stop..hi..hi..senyum lebar ler Nana & Wawa tu..
ptg ni ptg ni plan nak g Batu Buruk..kali ni travell bagi bebudak enjoy dulu nanti derang dah enjoy baru kita orang plak...ahahhaaaa.... :))
seronok lerrr..sesekali dapat main lelayang & menikmati angin pantai...tgk ombak,
tgk laut hiiiii.....geram jer
si Wawa tu nak mandi..ooopppsss..!! mana bley dik..x ada oragng mandi pung kat sini tau...
Baru nak enjoy sekali ujan balik daaaaaaa.....
larikkkkkkk..!!! masuk keta semua...
hi..hi...

Batu Buruk beach
                                                                              
Nina dengan layang-layangnya


KL ~ JB

16 Dec 2009
Lepas magrib memulakan perjalanan ker Johor,
sebelum tu g Bandar Sunway dulu tapau kan mak
"Nasi Ayam penyet"
kali ni tak stay "hotel" kat JB.
Balik segamat...
( actually x sampai pun bandar Segamat just 20 minit drive dari exit Yong Peng)
coz Mr Hubby keja x lama sok..
tak sampai setengah hari pun so malam ni tdo umah mak..
sok dalam kul 8 baru gerak ker JB - satu jam perjalanan..

Plan banyak nak buat, tapi alih2 buat plan lain..
paling syiooookkk..dapat jumpa my "best Friend" ~ kak Zie
wah..!!!! pheeewit...bestnyerrrrrr...
ya lah dah hari tu dia cancell nak date ngan aku kat KL
dapat jumpa kali ni banyak nak gossip ni hi..hi...

Tapi sebelum tu tghari lunch kat "Secret Recepie" - "Jusco Permas Jaya"
Menyempat lagi tu jumpa "Ayu"
kuruslah dia sekarang.. "Ayu" kata dia rindu arwah suami dia tu yang kurus..
sedehnya..... :((
(Arwah tu kawan aku, aku yang rekmen kat "Ayu")
tapi anak dia so cute..
comel sangat...

Dalam kul 4 baru ke "Plaza Angsana"
jumpa "kak Zie"
tapi boleh lupa kan nak snap snap..kalau tak boleh post kat sini
apa taknya lupa...sampai2 jer..berebut nak bercakap, tapi cool...
lamanya kami tak jumpa
dulu ni lah kawan aku berpoya2
Umur memang jauh beza tapi dia blues..
hi..hi..akak aku ni...slang Ganu pekat dok hilang lagi ek..
pas tu plak campur ngan BI adeiiiii...!!! ni lah yang selalu aku ingat kat dia..
khawin mat salleh pun Ganu dok pekat lagi, dok Brunei berbelas tahun pun Ganu dok pekat lagi..
eeeiiiii...!!!! love u lah kak...

Malam sebelum balik, tapau lagi "sup gear Box" paling sedap kat JB
-mak mesti suka..
Dia kata tgh x sedap makan..ya lah baru pas demam makan apa pun rasa pahit..
tapi pas makan "nasi ayam penyet" semalam dia kata sedap sangat.

Sampai jer umah, terus kemas2 barang...
sok nak g Ganu plak...
Ganu....here I come...
eh salah...
Ganu...!!! Maghi kami datang eh....!!!!

Holllaaaaaaaaaaa.....!!!!!

~~ngeeeeee....  :)) x tau nak mula kat mana ni..
rasa banyak sangat nak tulis, baru ni ada masa. Ni pun mata
dah "melayu" jerk..hi...hi...

Harini kat Penang..Malam tadi sampai..
Letihlah rasa..coz malam semalam baru sampai dari Kedah
Macam nak nek Flight jer Penang kali ni..
tapi nanti x syok plak...x bley jalan2 ahahaaa...
Last year "New Year" kat Legend Resort Cherating
this year kat Penang,  cuma kali ni stay kat
"Seri Malaysia" my 1st time..
cam tak syok jer..
pagi tadi breakfast pun dah failed..
best lagi kat "Pontian Hotel" tu..
erm...layan jer lah Jahhhh...

ok sat lagi nak ceta last week yang panjang....
tgh kumpul2 idea dulu...hi..hi..

Sunday, 20 December 2009

Perjalan yang panjang..

Start dari Rabu travel non stop..

KL - JB -
JB - Trengganu
Trengganu - KL

Penat, memang penat..tapi enjoy & fun..
belum sempat nak tulis satu2 story tiap tempat ni..
nantilah bila free.. sebab masih ada berbaki lagi
perjalanan yang lom habis ni..
Sebelum tahun baru Masihi, kena habiskan..

Esok..
KL - JB
JB - Melaka

Khamis
KL  - Ipoh

Jumaat - Isnin
KL - Penang
Penang - Kedah
Kedah - Perlis
Perlis - KL

Yeayyyyyy.....alhamdulillah, separuh  dari trip dah settle..
tinggal Isnin, Rabu & Jumaat
x sabar nak bercuti lagi..
Actually Isnin & Rabu tu Mr Hubby ada job kat Melaka & Ipoh
tak declare pun bercuti.. walaupun kadang2
sakan berjalan lepas Mr Hubby abis kerja
yang Jumaat tu memang bercuti sakan..sampai Isnin..

He..he...penat dari Trenganu x abis lagi..
dah sakan ngan cuti ke Utara noooooo...
best..
Tunggu "Bandung" asyik tunda jer...
Hari tu dah nak pegi..
tapi ada plak "swepping Malaysia" cancel..
pas tu nak pegi lagi MR hubby ke Ofshore..
tunda lagi... ~~ngeeeee...
bila ni..
Hope "Bali" my friend jadilah next year..
hangout gang pompuan2 jerk..
hi...hi..
sok ada masa ceta satu2 ek...

Tuesday, 15 December 2009

Mengecat lah pulak....

Rabu lepas 9hb Dec terajin plak nak cat rumah..
actually dah  lama habis mengecat satu rumah..
still konsep zen..
tapi bahagian yang cat merah nampak x sekata..
*Mr hubby yang cat bahagian ni....:p *
dia ingat nak touch up balik..
sehari ke sehari..macam xada masa nak buat..
lagipun wekend banyak sangat axtivitinya... ha..ha..
so terbengkalai ler...
Tunggu Mr hubby tak buat2 aku plan nak settlekan hari tu juga..
*kalau minta permission Mr Hubby confirm dia x bagi buat sendiri*
so aku pakat nak buat kerja ni songsorang jer ...
Berbekalkan pengalaman seorang "kontraktor cat" selama 5 tahun sebelum ni ceh..ceh..ceh...
gerenti beresssssss......!!!!!!
"Dont worrylah darling...  :p"

Ni lah bahagian yang terpaksa di touch-up semula..sebab cat yang pertama nampak tak sekata..
Kemudian bahagian dapur plak..mula2 ingat nak buat buat "english garden" tapi perabut2 tu x sesuai plak, terpaksalah samakan konsep satu rumah...
 Apartment aku ni dapur dia xada kitchen kabinet..
So aku kenalah pandai susun barang2 supaya x serabut..merah pun x bley banyak layer
nanti dapur nampak semakin sempit..

Masih bersepah... Dapur aku ni actually ada yard..ingat nak masak kat yard..
tapi yard tu aku jadikan store..memandangkan dapur xada kitchen kabinet
*ada rupa store ker..????* erm..boleh lepak lagi bersih lerrrr..
memang xada ghupa store....

selepas habis mengecat...
kena tunggu sampai kering baru buka masking tape tang kat tepi2 tu..

tadaaaaaa...!!!!! selepas siap ginilah ghupanya...
Tgh plan nak letak partition ke tak..
sebab ni konsep "open Kitchen" sebab tu kena bersih sokmo...

Opsssss...!!!bahagian kiri atas tu nampak macam tercomot sikitlah...
masa ni dah penat mendongak..gayat pun ya gak panjat tangga tak ada orang pegang kat bawah...he..he...

Ruang ni tak ada idea nak cat colour apa..
ingat nak cat hitam..tapi Mr Hubby x nak plak..
rasa kalau cat Hitam ruang ni cantiklah..pernah nampak kat satu magazine tu cat merah kombinasi hitam cantik sangat....

Keseluruhan bahagian ni aku ler yang cat...:p

Ruang makan..
kalau aku lalu sure aku singgah
tgk muka ker..tgk keseluruh hall dari cermin ni pun aku suka...

Semestinya "DULUX" pentalite..
kalau ada tangan2 yang gatal dok conteng just lap jer..

cool....

Monday, 14 December 2009

I'm so hot...?????

Wekend balik "Kampung" Mr Hubby..macam lama tak balik gitu...
ceh...!!!!         *padahal Raya Haji baru balik
Panasnya "Kampung" kali ni.. rasa sangat bahang angin laut tu..
maklumlah belakang rumah "mak mertua" aku tu laut..
cuaca memang panas..so makin menjadi2lah panasnya..
rasa berdenyut2 dah kepala ni..
lepas tu merayap2 kat sawah mana ler
tqk makin menjadi2 panasnya...
Ingat malam nak hujan tak juga hujan..
Semalam balik "KL" kepala semakin menjadi2 sakitnya..
 * Actually I have a Maigrain*
macam nak pejam jer mata ni..bukan tdo tapi just nak pejam mata
bagi cool kan sakit ni..
lama x kena maigrain yang teruk macam ni..
lepas mandi, magrib, makan malam, jemur baju..
& isya'...
baring2 kat sofa teman MR Hubby tgk TV
on aircond bagi sejuk..
erm..hanyutttttttt.....
sedar2 "CSI Miami" dah habisss...
sapa yang bunuh "stewardess" tu..???
sempat lagi tanya masa MR Hubby masa nak dia kejut masuk bilik
ahahaaaa.... Mr Hubby siap ceta balik yang aku ter "miss" tadi..

*Alhamdulillah pagi ni bangun rasa lega sangat..
cuma mata sembab & bengkak sebab maigrain semalam..
erm..aku ni memang tak boleh panas sangat..
panas yang bahang, memang tangkap kat kepala..
seb baik tak pitam...
cuma rasa nak sambung tdo balik ler... :p
lepas makan ubat ni mata melayu balik....grrrrrrrrr....*

Wednesday, 9 December 2009

mErDeKa...MeRdEka...

Eh ..eh..."Merdeka" lagi ker...he..he..dah lama ler "Merdeka"..dah dekat 4 bulan lepas.
walaupun masa "Merdeka" tu puasa..tapi 'ayah' tetap semangat sambut "Merdeka"
Sehari sebelum "Merdeka" kalau call 'mak' tanya buat apa..????
mesti 'mak' kata tolong ayah "pasang bendera". Macam dah jadi tradisi dalam keluarga kami
kalau "Merdeka" memang ayah akan pasang banyak bendera keliling rumah..selain lampu he..he..
Kitaorang pun lagi seronok sangat..
Rasa macam raya pulak. Tapi tahun ni lagi banyak 'ayah' pasang
Dekat rumah kitaorang dah jadi macam dataran pulak..
Tgh2 dataran tu 'ayah' letak "bendera"
Malam "merdeka" memang meriah kat mak kat halam rumah kitaorang tu.
ramai budak2 kumpul tunggu detik 12 malam..
"Ayah" tak kisah..janji jangan ada yang merokok..yang merempit..
Rasa rugi plak masa tu aku  tak balik..
kalau tak merasa juga "MERDEKA" kat "DATARAN" sendiri...
he..he...

MERDEKA 2009

Morning & Breakfast

Hari ni bangun rasa "Fresh" sangat walaupun semalam tido lewat..teman Mr Hubby tgk DVD, kan semalam rasa nak demam..asyik bersin jer..ingat nak selsema & demam..
alhamdulillah badan ok pagi ni
 * We all memang masuk tdo sesama since 6 years ago*
Seronok bila tgk matahari pagi2 ni..kan dah lama "KL hujan" jer..buka semua tingkap bagi matahari masuk..
Orang tua2 kata kalau nak rezeki masuk buka semua tingkap pagi2, Bagi anak ikan makan..kemas2 apa yang patut..
Time to Breakfast.... ~~Ngee...
Sebelum tu makan oat dulu...suka tak suka kena makan juga...
*sumbat je lah *
Lepas tu baru makan "Flossy Signature Bread" hi..hi.. roti ler..yang atas dia ada serunding tu..
beli kat "Bread Story" Mid Valley & Tea cino perisa Vanilla...
erm....sedap..betul2 menikmati.. 


                       MORNING KUALA LUMPUR....!!!!!




Tuesday, 8 December 2009

Pha Pha garden

Mula2 ingat sebutnya  "Peha Peha Garden"
ya lah mana tau si "Adha" ni pakai shortcut
Rupanya "Pha Pha Garden" kat Melawati, Ulu Klang
bawa Rombongan Cik Kiah Diner kat "Pha Pha Garden"
ada 5 keluarga termasuk :Mak & Bapa" mertua ku... :))
Seronok makan ramai2 ni..macam2 ragam..

plan awal nak ke "Tanjung Harapan Klang"
tapi semua dah lapar ke "Uu Kk"  jerlah...he..he..
Sedap...lagi2 "siakap Stim" & "kailan ikan masin" memang power..
*Siakap Stim  & kailan ikan masin ~~ My fevret*
Yang gagal "sotong tepung" kerasssssss....
sian "MIL" aku keras dia nak makan sotong tu....
apap pun "DINNER" malam tadi memang best..
Thanks MR Hubby sponsor our dinner..
len kali g lagi ek..

*tunggu ada org nak belanja High tea kt Concord KL ni ~~ :p*




Siakap Stim "Pha-Pha Garden






Guna jari pun boleh ~~ Ngeee....

Lately ni rambut memang luar biasa gugurnya..
Mr hubby kata rambut aku makin nipis,
padahal sbelum ni rambut aku tebal dan lebat..
kalau lepas mandi memang banyak lah rambut nak kutip dalam bilik air..
kalau kat bilik hari2 kena sapu..memang banyak..
luar biasa ni..
macam2 syampoo aku try, tapi x jalan ler..
cuma ada satu syampoo dulu aku pernah pakai memang berkesan..
bulan lepas cari kat"JB" tak ada pulak
siap rekmen kat kawan lagi dia pun kirim nak juga..
jenuh ler kesana sini cari tak ada pulak..
biasanya salon jer yang jual syampoo tu
so kalau nak cari kat Giant ker..Carefour ker Jusco ker memang ler tak ada.. 

*so untuk kawan aku tu kalau ada nanti I bagi tau kay*

2 minggu lepas try "pantene" "hair fall Control" alhamdulillah ada perubahan
kurang banyak rambut yang gugur..
lembut pun lembut..
cuma aku tak suka bau dia..bau youghart..manissss...
tu yang guna jari pun boleh....~~ ngeeee




Pantene set

Terlebey syudahhhh...

Penat..penat sangat aku rasa hari ni..
Dari pagi ada jerr....benda nak buat..
nak kata umah ni bersepah sangat, tak adalah sangat.
tapi ntah apa yang aku asyik dok nak mengemas jer..
macam "addict" plak..
aduh...!!! gawat  nih..
Mr Hubby aku pun dah start komplen..
dia kata aku asyik mengemas jerkk..
ade jer benda bergalih kalau dia balik rumah..
ya lah dia memang "sangat bising" kalau aku angkat mengangkat
berat2 ni..
He..he..bukan apa..sakitlah mata tgk umah bersepah..
lagipun aku memang seronok dengan apa yang aku buat sekarang..
Tapi bila semua settle baru rasa penat semacam aku hari ni..
Badan rasa menggigil, kepala pening..erm..macam nak demam
kepala berat jer.. aduh...janganlah demam... :p
apapun pas ni kena masak..
semalam Mr hubbr request nak makan " asam pedas ayam ala Johor"
Mr hubby jarang request jadi bila dia request rasa membuak2 nak masakan.
So menu hari ni "asam pedas ayam ala Johor" & sayur "kacang buncis goreng"
dah seminggu makan ikan so hari ni ayam pulak..

Monday, 7 December 2009

Johor & JB...????

Ada beza ker...??
ada  lorrr... :D
Kalau org tanya "dok mana".. kena jawap betul2
Kalau jawap "Dok JB" sure orang akan tanya balik "JB kat mana...??"
masa ni jangan plak kata "JB kat Batu Pahat" mau kena gelakan..
kalau nak jawap dok "Batu Pahat"
kena jawap "Dok Johor" baru betul..bukan kata dok "JB" salah lagi pelik bagi orang2 JB
silap2 ada yang "nganga" pelik pulak..
sejak bila "Batu Pahat" area "JB" plak  ni...hi..hi..
bagi orang Johor..kalau JB tu kat Bandar..
Macam Area BBU (Bandar Baru Uda, Tampoi..Pelangi..Stulang & etc..)
Kalau Pasir Gudang, Ulu Tiram..Kota Tinggi...Kulai..tu dikira Johor bukan JB
Contohnya Kalau orang "Pasir Gudang" kata..
"Wekend nak turun JB lah"
(maksudnya  "g JB tu pegi town dia" (betul2 bandar JB ~ area City Square or tempat yang disebut tadi ~
kalau kata nak g Pasir Gudang  kata nak g Pasir Gudang jangan plak kata nak g Jb
walaupun Pasir Gudang tu dalam JB..pada diaorang JB tu cuma Town  & yang sekitarnya jer...
diaorang tak akan kata Pasir Gudang tu "JB" atau Tiram tu "JB" 
diaorang akan kata Pasir Gudang & Tiram tu "Johor" macam pelik kan..
Erm..tapi orang KL lain semua dibelasahnya "KL"...
contoh bila orang tanya " dok mana"
 jawap "dok KL"
padahal KL yang dimaksudkan tu kadang2 "puchung"   still nak juga kata dok KL he..he.. 
kalau dok Sungai Buluh...Puchung..Bangi. & sebagainya.pun jawap dok "KL"
Confius jap...:p
dan bila orang tanya aku dulu "dok mana" aku akan jawap "dok JB"
Kenapa.....????? (Walaupun sebenarnya aku dok area Tampoi)
(10 minit ke Plaza Angsana ~kalau jalan kakilah)
sebab "Tampoi" tu kan dekat sangat ngan "JB" dekat ngan "town" orang kata..
so kenalah kata "dok JB"  tak kan aku nak kata dok "Johor" nanti kena gelak plak...
ahahhaaaaaa.....
almaklum lah dok Johor lebih dari 10 tahun dok "Tampoi" jer padahal...
nak juga kata dok JB... tapi Orang2 yang dok Johor dah biasa dengan dengan jawapan yang membezakan |
"Johor & JB...."