Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Sunday, 16 October 2011

Cheese cake

Buat petang tadi, Ingat nak minum petang dengan MH. Tapi MH masih sibuk dengan
report yang tak siap-siap tu. malas anak kacau. So layan perasaan sorang-sorang ahaks...
Mood tengah rajin & mood tengah nak makan. Tapi cheese cake saya memang kurang manis.
Kalau yang pemanis tu sure tak suka sangat kan...
Saya memang kurangkan gula dalam resepi ni...
resepi ni pun saya google kat tenet :p




Bahan-bahan A:

  • 250 gm biskut digestive
  • 125 gm mentega tanpa garam
Bahan-bahan B:
  • 200 ml krim putar (whiping cream)
  • 250 gm krim keju  ( phildelphia)
  • 165 gm gula kastor (saya letak 130 gm jer)
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C:
  • 15 gm gelatin halal 
  •  100 ml air - campurkan dengan gelatin dan buat double boiler (Saya campurkan dengan air panas dan sejukan)
Topping: 
  • Saya gunakan jem strawberi yang saya buat sendiri 

Cara-cara:
  • Biskut dihancurkan hingga menjadi serbuk (gunakan loyang 8 inci)
  • Cairkan mentega & tuangkan mentega kedalam bekas berisi biskut tadi. kacau rata & tekan biskut dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.
  • Sejukan kedalam peti sejuk lebih kurang 30 minit
  • kemudian pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan
  • Dalam bekas lain pukul krim keju bersama-sama gula akstor dan jus lemon tadi.
  • kemudian masukan gelatin dan gaul hingga rata
  • Campurkan krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk
  • Keluarkan adunan biskut tadi dan tuangkan adunan kedalamnya
  • Sejukan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam
  • Tuangkan topping (ikut suka, saya buat strawberi) diatas cheese kek tadi
  • Atur buah strawberi diatasnya 
  • iap untuk dihidangkan

Jemput semua...




4 comments:

shida said...

arghh...
sedapnyer..~~~
rasa cm nak belajar wat kek jugak..hu3

Balqis Nazid said...

senang jer yang ni boleh lah try...

munna said...

sedapnya nampak cheese cake tu...munna blm pernah lagi buat cheese cake sendiri

Balqis Nazid said...

Shida: sila belajar sangat senang he..he..