Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday, 29 April 2011

Adib...esok Aunty sunyi..

Malam terakhir untuk kali ni dengan Adib. Esok malam cuma kenangan yang tinggal.
Tak terasa untuk lelap kan mata. Biar masa terhenti seketika saat hati sedang galau dilanda duka.
Kalau bisa aku hentikan masa tanpa berganjak, pasti aku lakukan demimu.
Tapi semakin aku cuba menahan waktu semakin pantas dia pergi bersama kenangan.
Yang tinggal cuma cebisan rindu bersama hati yang kesedihan.

Ya allah benarkan kasih sayang ini hingga keakhir hayat kami.
Benarkah ruang hatinya tersemat kasih sayang antara kami.
Berikan ingatannya sentiasa pada kami, jadikan dia seorang anak yang Soleh, beriman kepada agama dan rasulmu, jadikan juga dia seorang yang berjaya Ukhrawi dan Duniawinya..
Ya Rahman, kasih sayang ini sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui.
Amin..amin..amin...

Sembang dengan atuk..
Suka betul kalau atuk timang dia, lepas dapat timang dia muah..muah..atuk

Suka sebab kak Wawa ambik gambar

Sembang dengan aunty pulak, lately ni mulut dia mengomel jer
Comel jer tengok budak berbual

Mana gigi Adib..?? dan-dan dia buka mulut tunjuk gigi dia

Adib..jangan lupa uncle dengan aunty ya sayang....



Thursday, 28 April 2011

Sedeh dalam gembira.

 Hari ni khamis, macam -macam perasaan dalam wujud dalam diri ni.
Suka, sedeh, gembira, rindu dan paling tak tertahan rasa sayu sangat.
Sayu...esok malam dah pulangkan Adib semula. Kalau boleh nak lagi berlama-lama dengan dia, dan kalau bisa aku hentikan masa tanpa berputar rasanya dah lama aku buat since aku ambik dia last week tu.
Tapi dalam masa yang sama aku nak cepat minggu ni berlalu, rindu sangat pada Chenta hati.
Ini antara detik paling sukar aku rasakan.
Selalunya jauh-jauh macamana sekalipun sekerap mungkin we all akan bertukar-tukar SMS atau Chenta hati akan call aku. Kali ni sunyi jer, aku pun tak adalah nak usung bery ni kemana-mana.
Kalau tak memang sentiasa dalam poket ha..ha..

Pagi tadi bangun jer tidur Adib minta aku baringkan atas dada aku. macam selalu aku buat kalau dia ngantuk.
Dia cakap muah..muah..maksudnya dia nak cium muka kita.
Masa ni tak terkata apa..cuma sebak sangat. manja dia menjadi-jadi kalau dia tahu esok dia nak balik.
Biasa dia tak kisah pun kalau aku kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju. Kali ni bila dia tak nampak je bayang aku terus dia jerit  "ma....!!!!"
Nampak jer aku terus kejar, terus muah..muah...
Ya allah...kuatkanlah perasaan aku , sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang akan terjadi antara kami

Dua lelaki yang buat hari-hari aku gembira, walaupun Adib datang dan pergi tapi dia berjaya buka pintu hati chenta hati aku, Adib juga dah ubah persepsi Chenta, sekarang chenta rasa seronoknya ada anak, rasa seronoknya bermain dengan anak, seronoknya bila tengok anak tidur dengan kenyang, seronok tengok anak tersenyum...erm...seronokkan yang ...

Doa dan harapan aku jauh mana pun aku pergi aku harap Adib tetap dalam hati aku, dan selama manapun kami terpisah kasih sayang aku dan Chenta tetap mengalir dalam rindunya..

Pertama kali bawa Adib ke klinik.
Demam, nebuliser untuk athma sekali
masa ni Adib baru 5 bulan

Dengan kak Wawa, bangun tidur lepas muah..muah terus masuk bilik kak Wawa
Cari Kak Wawa, dia ingat kak Wawa menyorok padahal orang tu ke sekolah.
Bila balik jer wawa ketawa besar dia.

Ha..ha..macam gedik sikit gambar ni, tak tau apa ditengoknya kat lappy atuk dengan kak wawa

Adib selagi kak wawa ada selagi tulah berkepit jer

Baru bangun tidur, syusu..syusu..

Dialah Chenta hati saya, mudah-mudahan kita dipertemukan dijannah nanti.
Woman was made from the rib of man
She was not created from his head to top him
Not for his feet to be stepped upon
She was made from his side to be close to him
From beneath his arm to be protected by him
Near his heart to be love by him.....



Pelangi Petang By Sudirman Hj Arshad
Seolah0olah luahan hati aku untuk Adib, bila dengar lagu ni sayu sangat..
Adib..satu hari nanti kalau Adib pergi dari kami, aunty kena reda. Mungkin sampai sini jodoh kita
Tapi sesungguhnya hanya allah yang maha mengetahui yang kami sangat sayang kan Adib..






Wednesday, 27 April 2011

Dari Hati BalQis

Kasihan budak hitam tu, bila disuruh pergi beli ikan dengan berhutang dengan maknya.
Budak hitam tu sedeh kalau tokey ikan tu halau  dia balik tanpa bagi berhutang. lagi malu kalau ada orang kampung yang nampak. Mana nak sorok muka..??
Termenung budak hitam tu sekejap. Tapi bila terpandang muka adik-adik dia terus capai basikal
makcik Milah yang belum dipulangkan sejak semalam.
Dalam dia berkayuh ligat otaknya berfikir macamana nak bagi tau tokey ikan tu nanti.
Dia juga berharap agar tiada sesiapa disitu nanti.

Terkaku sekejap budak hitam di simpang jalan. Van tokey ikan dipenuhi orang-orang kampung yang sibuk memilih ikan. Basikal disorong perlahan. Budak hitam bersembunyi dibelakang pohon pisang. Menunggu sehingga orang-orang itu segera pulang, dia tak mahu ada sisapa yang tahu yang dia mahu berhutang.
Nanti kecoh sekampung.

Tiga langkah dia mara ke arah tokey ikan, tokey sudah bertanya apa yang dia mahu.
Budak hitam cuma diam. Cuma bahasa mata yang berkata saat ini.
"ikan apa nak..?"
"saya nak ikan ni 2 ringgit" Budak hitam menunjukan ikan yg dihujung sekali.
"tapi saya tak ada duit, mak suruh hutang dulu..." amat perlahan tapi jelas
Tokey ikan tersenyum..bukan ikan yang dibesen hujung yang dibungkusnya, tapi ikan kembong 7 ekor semuanya.
"Pakcik bagi ikhlas.." Tidak terkata budak hitam melihat ikan kembong sudah bertukar tangan.
Saat ini cuma wajah emak yang terbayang.
Mesti mak suka...berkali-kali hatinya berbisik riang.

                       ************************************************
Setiap cuti sekolah pukul 8 pagi Budak hitam dah mula mengopek pisang dan keledek 2 besen besar dengan upah RM 2 setiap hari. Selepas zuhor budak hitam akan membantu jirannya beniaga goreng pisang dengan upah RM 1, Budak hitam selalu termenung..kalau cuma RM 3 sehari mana sempat nak beli baskal baru naik sekolah nanti. Kadang-kadang dengan upah itulah budak hitam gunakan untuk beli ikan dan sayur.
Pokok koko yang tak sampai 20 pokok itu lah sasaran terakhirnya. Hari-hari dia akan merayau-ayau mencari kalau-kalau ada buah yang dah masak, boleh di kopek dan di keringkan.
Memang tak banyak dan terpaksa tunggu lama. tapi sekali jual kadang-kadang boleh dapat RM 50 satu jumlah yang sangat banyak waktu itu. Walaupun bau koko separah basah kurang menyenangkan budak hitam tak ada pilihan. Demi basikal baru apapun dia sanggup.
Dia tak boleh memaksa si ayah membeli baikal baru untuknya, gaji ayah cukup-cukup waktu itu. Adik-adik pulak ramai. mana mungkin impian budak hitam itu akan terlaksana begitu cepat

                    ****************************************************

Parit Ya'ani, Batu Pahat 25 tahun yang lalu
Tersenyum-senyum budak hitam bila basikal idaman depan mata. Akhirnya impian budak hitam nak dapat basikal baru tercapai juga,meskipun terpaksa menunggu lama.
Bukan tu jer separuh dari harga basikal tu dibayar dengan syiling emas RM 1 hasil upah mengopek pisang dan keledek. Bangg budak hitam..akhirnya dia dapat apa yang dia impikan selama ni.
Basikal baru untuk pergi sekolah. Basikal lama dah uzur betul, tayar dah botak, selalu tayarnya bocor,
belum kira lagi rantai nya selalu putus.
Basikal ni ibarat nyawa budak hitam tu. Basikal yang akan berbakti mengendong sibudak hitam mencari ilmu.
Yang pasti basikal ini kan berbakti selama budak hitam bersekolah.

                      *****************************************************



*Budak hitam itu adalah penulis dan tuan punya blog ni*












Tuesday, 26 April 2011

Adib, Nazid & me

Ni 2nd time aku balik kampung Segamat naik keretapi. Biasakan balik dengan MH.
MH outstation seminggu. So aku decide balik kampung. Kali ni tak boleh ikut.
Kalau boleh ikut tak nak ikut pun diangkut juga ha..ha..
Kebetulan Adib dengan aku. Rasa teruja sangat sebab ada kawan selain orang-orang kampung dah rindu
dengan keletah dia.
Dalam sedeh ada suka, dalam suka ada sedeh. Yalah nak jauh-jauh dari MH.
No calling-calling,
No video call, no sms setiap minit...sedehnya..
Rasanya sesapa yang Hubbynya pergi Ofshore akan melalui apa yang aku rasa..
Selain risau..sentiasa doakan cuaca dalam keadaan baik. Helikopter tak akan ikut jadual kalau hujan,
So macamana nak balik darat on time kan.
Ok, berbalik cerita balik kampung. Aku naik keretapi dari KL Central.
Disebabkan balik naik sinaran petang tak ada kelas pertama, cuma ada kelas kelas kedua dengan kelas ekonomi. Aku ambik dua seat, satu aku satu Adib kelas kedua. Oklah kelas kedua ni, seat selesa,
Cuma ramai sikit dari kelas pertama. Kalau kelas pertama dapat air & biskut.
Kelas kedua sila beli sendiri ya...tunggu pramugara KTM lalu jual makanan nanti.
Kalau Adib nak tido just jatuhkan kerusi jer dia boleh baring.
Ha..ha..selain aku teruja rupanya Adib pun sama. Cuma aku kurang faham apa yang dia cakapkan.
Belum berapa jelas. Dia tunjuk-tunjuk luar, tarik muka aku tengok luar sama..
Manisnya moment ni, rasa nak geget jer dia geramm..
Mulut dia tak berenti bercakap sampai makcik belakang aku bangun, nak tengok Adib.
"Abang comelnya budak ni bang..." he..he..makcik tu bagitau suami dia.
Alhamdulillah rezeki Adib makcik tu bagi duit pada Adib. Makcik tu baru balik Umrah, dia usap-usap kepala botak Adib, dia kata Adib ni cerdik, bijak..
Alhamdulillah ya sayang..moga-moga doa semua orang jadikan Adib anak yang berjaya...
Bila penat baru dia minta susu terus tidur. Aku tak tidur, aku nak tengok muka Adib puas-puas.
Lagi satu aku takut kalau jadi apa-apa kat Adib, biasa dia tido tempat nak luas. kot-kot dia berkalih nanti terantuk dinding ker...uissshh...!! sayang anak ni. Nyamuk pun aku tak bagi gigit lagi nak benjol bagai.

MH tolong bawak bawak masuk, masa turun budak KTM yang tolong bawak turun

Air panas, air sejuk nak buat susu Adib

Standby 2 botol, Avent  tak tau tutup dia cicir mana. Cari-cari tak jumpa

Sebelum naik keretapi, we all lunch kat BK. Adib suka betul dengan kentang goreng.
Tapi tak boleh makan banyak-banyak, ni masin dan berminyak.

Lepas makan tunggu keretapi tak sampai-sampai, delay 1 jam. 
Nama pun KTM
KETIBAAN TAK MENENTU 
Kesian my baby ni..sampai tertidur tunggu lama. Ada cerita masa ni.
Adib tidur nyenyak sangat. Dia nak MH pegang tangan dia & tengok jer muka dia.
Bila dia tidur MH pun sembanglah ngan satu pakcik yang duduk sebelah we all.
Cerita yang MH nak ke Kerteh, kerja sana seminggu. 
Taklah kuat dia sembang.
Tetiba Adib bangun & menangis. 
Dia tunjuk MH dia nak MH.
Dah pesan dah jangan cerita nak kerja jauh depan Adib, dia macam tau jer.. 
MH pujuk dia cakap.."ok..ok..uncle ada sini, uncle tak work, uncle dengan Adib jer"
Adib terus muah..muah..muka MH. 
Masa ni rasa emosional sangat. Kalaulah Adib anak kami...
Sedeh...sedeh sangat..

Lepas keretapi jalan dia cari Uncle dia. Dia tunjuk-tunjuk keluar. 
Awal-awal dah pesan lepas letak kitaorang kat dalam terus balik jangan tunggu tak nak Adib sedeh.
Dalam Adib teruja, dia lupa sekejap.
Minta susu terus nak tidur. Alhamdulillah..baiknya Adib tak meragam lansung, Apa ya yang MH bisik-bisik kat Adib tadi ya..???

Kadang-kadang terfikir apa akan jadi akan datang antara kami...

Puas tidur, perut kenyang, dia minta buku bila tengok aunty dia baca buku.
comel jer bila mulut dia asyik bercakap tu..

Dengan kakak Wawa, kakak Wawa sampai demam-demam rindukan Adib.
mentang-mentang MH tak ada menyelit dia dalam bilik sebelah Adib ha..ha..
Mudah jaga Adib ni, malam-malam pun tak menangis, kalau haus dia cuma merengek manja
cakap susu..susu..
Susu pun nak pegang sendiri. Lepas susu dia sambung tidur balik.
Paling comel bila Adib cakap dia sejuk..
"cejuk..cejuk.." he..he..bila slowkan aircond berpeluh pulak. 



Ya allah jodohkan kami untuk hari-hari seterusnya..
Letakkan kami dalam hatinya..jatuhkan kasih sayang kami dalam dirinya..
Panjangkan percintaan dan kasih sayang ini...










Monday, 25 April 2011

I Love Norhayati Berahim

Memang suka sangat gaya bahasa, penyampaian, tema, tersirat dan tersurat di setiap tulisannya.
Secara tak lansung mendidik kita kearah kebaikan. Kita dibawa bawa mengembara ke satu-satu negara di setiap tulisannya. Sampai satu tahap membuak-buak keinginan nak kenegara yang diceritakan.
Kadang-kadang bila membaca buku tulisannya secara tak lansung kita pelajari sosial, ekonomi, tamadun dan cara hidup masyarakat dinegara luar.
Bestkan bila kita membaca satu-satu Novel tu sampai jauh disudut hati kita.
Paling suka aku baca Sentuhan kasihmu. Wargghhhhh....!!! rasa nak ke Norway la ni juga.
Tiba-tiba jatuh Cinta degan Norway, tiba-tiba memujuk Encik suami kalau-kalau ada peluang kesana,
tiba-tiba juga terasa suami Inas itu Chenta hati saya ha...ha...

Since 2005 kalau ke Pesta Buku mesti cari penulis Norhayati Berahim ni.
Nak jumpa dia, nak salam dia, nak tandatangan dia, tapi segan nak ambil gambar ha..ha..
Tahun ni baru kesempatan ambik gambar dengan dia,
Hari pertama lagi penulis Norhayati Berahim dah diserbu dengan peminat-peminat yang fanatik cam aku ni.
Rasanya hanya beberapa orang penulis yang ada hari pertama ni.
Sangat-sangat respect dengan penulis yang sanggup turun padang hari perama lagi.

B62, kali ni tak ada seberang-seberang sungai macam tahun lepas.
Tahun lepas berpusing-pusing cari rupa-rupanya seberang sungai ha..ha..

Semua peminat jadi kawan

Tunggu turn, nak otogerap he..he..

Seriusnya muka kak Yati, sebab seriuslah tahun-tahun yang sudah segan sangat nak bergambar dengan 
kak Yati ha..ha.. padahal kak yati sangat peramah


Sangat-sangat menghargai persaudaraan ini

Lama mencari Dari Kerana Mata ni.
Kalau beli terus dari NB Kara tak thrill.
Sejam RM 2.50, tak sabar nak mulakan baca dan mengembara

Semoga ukhwah ini selamanya amin..amin...

















Pesta Buku

Pesta Buku AntarabangsaKuala Lumpur datang lagi dari 22 April hingga 1 Mei 2011.
Bertempat di PWTC Kuala Lumpur
Memang tak pernah lepaskan peluang sejak duduk Johor lagi. Memang tiap-tiap tahun WAJIB datang.
Tak terkata dengan kata-kata seronoknya bila tengok buku-buku ni.
Pelbagai jenis buku semua ada. Masa nilah semua buku ada diskaun, harga pakej dan untung-untung dapat
gift dari penulis buku yang kita beli.

Aku datang pesta buku kali ni hari pertama pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ni.
Kebetulan jumaat u MH tak kerja saja ambik cuti tahun last week yang masih berbaki belas-belas hari tu.
So sebelum MH g ofshore aku ajak dia singgah PWTC ni.
Memandangkan ini hari pertama, dan jatuh hari jumaat maka kesesakan tu kurang sikitlah. Masih lapang lagi.
Masih tenang memilih buku tanpa perlu berebut-rebut.
Macam-macam gelagat orang di sini. Paling aku suka tengok anak-anak kecil sibuk memilih buku.
Ada yang terus bersila  membaca dimana-mana tempat yang dirasakan selesa. Sepupu aku sanggup datang dari Muar semata-mata nak bawak anak-anak dia ke Pesta Buku.
Tak rugi datang, dan rasa sangat rugi kalau tak datang.
Erm..kalau aku ada rezeki satu hari nanti aku akan bawa anak-anak aku ke Pesta Buku ni.
Nak rasa macamanalah gelagat anak aku nanti ya..he..he..
Adib kalau ukhwah kita kukuh nanti aunty bawa ya...Adib suka buku.

Jumaat yang cool 

Adik ni baca sajak pasal Bumi, kagum sebab berani.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Tekun memilih ha..ha.

Ramlee Awang Murshid
Harga pakej yang menarik

Ramlee Awang Murshid lagi
3 buku RM 45.00

Erm..kalau hari-hari datang pun rasanya tetap memborong

Kaunter Alaf 21 kali ni lebih tersusun

Ingat tak dulu-dulu kalau beli buku rujukan mesti Sasbadi

Semuanya sibuk membeli

Ni tak ingat promoter mana, tapi dia suruh MH ambik gambar dia ha..ha..
Ramai yang tanya MH wartawan mana 

Thanks Chenta..sebab setia bersama memilih buku & tolong angkutkan sekali buku-buku tu

Tak sabar nak baca trilogi buku ni, dah terlangkau satu.
Sepatutnya ikut urutan

Untuk Adik yang ambik subject Arab PMR ni

Ini saya punya..
semua buku ada tanda pemiliknya..







Saturday, 23 April 2011

Bila ada yang rindu

Sebaknya hati bila ada yang rindu, lagi-lagi rindu yang datangnya dari orang yang kita sayang.
Mau senyum sepanjang hari. Hari ni dapat call yang tak disangka-sangka.
Si pemanggil bagi tau ada yang sedang merindui aku.
Ya allah syukur ku panjatkan padamu, rupanya harapan aku serta doa agar dia tak melupakan aku Allah makbulkan...Alhamdulillah.
Untuk seminggu ni sangat-sangat beharga dan akan di manfaatkan sebaiknya...






Thursday, 21 April 2011

Makan lagi

Kali ni dinner kat Hadramawt Restaurant yang terletak di Chulan Square.
Mood ala-ala Arab sekejap he..he..
Kalau memang peminat masakan Arab atau nak try makan Yemeni bolehlah datang
makan kat sini.
Ada pelbagai menu yang disediakan disini, dari cold appetizersnya sampailah ke Yemeni dessert semuanya cukup. Service pulak cepat, lepas dia bagi menu dia bagi kita masa untuk pilih food kat sini, ya lah kalau 1st time datang terkial-kial juga nak sebut menu-menu yang ada ni. Tengok gambar kadang-kadang
tak seindah yang di sangkakan.. So take time tak perlu rushing. Derang pun tak paksa kita nak ambik order cepat-cepat. Suasana dalam Restaurant ni sangat cool. kalau nak buat apa-apa discussion memang sangat sesuai. Muzik pun tak bingit, Rasa memang betul-betul kat Timur Tengah sekejap . Ha..ha..

Hadramawt Restaurant
7 & 7A, Block B,
Chulan Square,
92, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala lumpur

Kalau yang duduk JB & Singapore jangan risau ada juga branch dia kat JB. Dalam Puteri Pan Pacific Hotel
The Puteri Pan Pacific,
Jalan Abdullah Ibrahim
80730,
Johor Bahru

Hummus with lamb

Datang dengan 4 keping roti...sedap sangat rasa dia.
Masih terasa sedapnya kat tekak ni

MH yang order, boleh 3 orang makan 
Lamb Madghout
Lamb dia sedapnya, macam biasa akan menyudu pinggan MH untuk merasa

Lamb Mendy
Nasi dia kalau makan kosong pun sedap, tapi lamb dia tu kering sangat.
Buat tersangkut kat tekakmjer ha..ha..
Lamb madghout lagi umphh.....

Tak banyak yang we all order, berdua jer kan. Nak menghabiskan satu masalah pulak, coz dia datang dengan king saiz ha..ha.. macam roti yang makan dengan hummus with lamb tu ada 4 keping roti. tapi sekeping jer yang habis, order we all memasing cuma dapat makan separuh jer, memang banyak.
Next time we all plan nak share jer. Tak taulah kalau minta extra pinggan dia charge ke tak. kalau kat Bumbu Bali satu pinggan RM 2. 

Love this place sangat-sangat

Hadramawt Restaurant Klik sini untuk lebih lanjut