Satu perangai aku, suka sangat ubah suai resepi ikut teka aku sendiri. kalau rasa nak tambah apa yang sedap aku cubalah. Kalau sedap boleh teruskan..kalau cuma tekak aku jer yang kata sedap next time tak buat lagi lah ha..ha..Sejak pandai makan petai ni, aku adjustlah resepi arwah nenek aku ni. Kalau nak makan mentah-mentah memang tak berapa masuk. Biasa sambal petai udang kan..eh..jap..jap aku pernah tgk pic kawan aku kat California tu masak sambal sotong ngan petai, aku try gak..tapi cam tak ngam jer..ha..ha..sorry ek Lela
huk..huk..aku rasa sotong tu jadi pahit sangat ha..ha..gagal kot resepi yang aku try tu.
Jom try resepi ni..
Ni resepi dari arwah nenek aku yang aku dah adjust
Bahan-bahan
Bawang merah - 5 biji
Bawang putih - 4 ulas
Halia - 1 inci
Kunyit - 1 inci
Bilis - ikut suka banyak mana nak letak
Cili - ikut juga banyak mana nak pedas
Semua bahan diatas di kisar halus kecuali ikan bilis, ikan bilis masukan bila semua nahan yang dikisar dah sebati. Ikan bilis cuma diblender dengan kasar sahaja
Petai - dipotong nipis / atau potong dua
Bawang besar - di potong nipis
Asam gelugor - 2 keping
* Tumiskan bawang besar hingga naik bau
* Masukan bahan yang di kisar tadi tumiskan hingga garing, letak sedikit air dan biarkan lagi
* Masukan garam, sesedap rasa (yang pakai ajinomoto boleh masukan) dan sedikit jer gula
* Masukan asam gelugor
*Masukan petai
*Rasa ok, boleh lah angkat
Tumis cili bagi garing sikit, kang tak sakit perut
Petai ni bagus untuk kesihatan
Potong dua, kalau ada haiwan yang tak diperlukan kita nampak,
kalau sebijik-sebijik tak nampak apa isi dalam
pas tu kunyah...ayooohh..!! tak boleh bayangkan..
Siap dah, sambal petai ikan bilis
No comments:
Post a Comment