Takziah pada mangsa korban dalam tragedi kemalangan maut bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi. Alfatihah juga pada semua mangsa yang beragama islam.
Sebenarnya aku adalah ribuan yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas masa kemalangan tu berlaku.
Masa ni aku dalam perjalanan dari Johor Bahru - Kuala Lumpur. Dalam pukul 7-30 lebih kurang 20km dari tempat kejadian kesesakan dah pun berlaku dan lebih kurang 30 minit selepas kejadian kemalangan berlaku. Ingat masa ni kesesakan biasa jer..sebab memang banyak kenderaan semalam dari 2-2 arah. Lepas setengah jam rasa kesesakan ni lain macam jer. Sebab dari arah Kuala Lumpur - Johor Bahru tak ada satu pun kenderaan yang lalu, masa ni suasana macam senyap jer..ada pun sesekali bunyi motor. Tergerak hati nak call PLUS 1800 88 0000. Pihak PLUS bagitahu ada kemalangan jiwa di KM 223 yang terlibat 2 bus 1 van dan 3 kereta yang di beritahu pihak PLUS, katanya kemalangan tu mengorbankan banyak nyawa.
Pihak PLUS minta kami bersabar, katanya kesesakan dari Kuala Lumpur - Johor Bahru lebih teruk berbanding dari Johor Bahru - Kuala Lumpur. Ya Allah..tu jer yang terucap. Dalam masa tak sampai satu jam 13 ambulance dari arah Johor - Kuala Lumpur.
Yang menyakitkan hati masa ni sikap pengguna yang sangat-sangat mementingkan diri sendiri.
Sikap pemandu yang sangat biadap pada aku menyusahkan pihak lain. Bayangkan masa ambulance nak ke tempat kejadian dari arah Johor Bahru - Kuala Lumpur menggunakan lorong kecemasan tersekat beberapa kali dek sikap buruk pemandu yang menggunakan laluan tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Kononnya bila mereka menggunakan laluan tersebut laluan lancar berbanding kesesakan 3 lorong yang sangat teruk. Sampaikan pihak ambulance meminta pengguna tidak melalui lorong tersebut.
Malangnya selepas semua ambulance berlalu lorong tersebut kembali dipenuhi dengan pemandu-pemandu yang pada aku sangat-sangat biadap. Bukan menyusahkan pihak ambulance jer, tapi bomba, JPA, dan pihak PLUs sendiri.
Begitupun masih ada pemandu yang bertanggungjawap. Ada satu treller besar yang duduk ditengah2 lorong kecemasan ni menghalang kenderaan lain menggunakan laluan ni, jadi bila ada siren ambulance atau bomba treller ni akan halakan kepalanya ke arah kanan, untuk memberi ruang pada ambulance atau bomba menuju ke tempat kejadian. Emm..tak pahamlah tengok atittude orang Malaysia ni. Susah sangat ker nak bersabar.
Sikap kurang sabar ni jugalah menyusahkan orang lain..
Alhamdulillah..jem macamana sekalipun Mr Hubby tak akan sesekali ambik lalauan kecemasan atau potong que sesuka hati, suka ke tak suka bila dah terlibat dengan kesesakan ni reda jerlah, kalau ada exit boleh exit tapi bukanlah gunakan laluan kecemasan macam orang kurang akal sampai menyusahkan pihak lain ni.. Tolonglah..pada semua pemandu-pemandu, kalau rasa nak cepat orang lain pun nak cepat juga, kalau rasa bosan dengan kesesakan orang lain pun bosan sama juga..
tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain ya.
2 Jam untuk 20km, memang sesak, sampai kat tempat kejadian suasana seperti pesta, ramai yang berenti di bahu jalan, tak tahulah samada melihat, membantu atau menyibuk. Tapi suasana memang agak tegang & kecoh. Kebetulan kami di lorong pertama jadi jelas apa yang aku nampak sebab laluan sangat perlahan, aku nampak kereta yang terlibat dalam kemalangan tu dah kemek, bus yang menghempap kereta, tapi kereta yang dibawah bus tu aku tak nampak. Ya Allah..menggigil kepala lutut aku. Tak putus-putus aku baca
al fatihah. Mr Hubby tak bagi aku tengok takut terperanjat katanya. Sedehnya.. masa ni aku rasa ramai melayu yang terlibat, sebab kat kawasan tu ramai sangat orang yang berkopiah, bertudung dalam keadaan cemas. Dalam hati aku cuma berdoa semoga tak ramai yang maut. Subhanallah...
Lepas dari kawasan kemalangan, arah Kuala Lumpur ke Johor lebih sesak keadaannya..ribuan kenderaan yang ada mematikan lampu dan enjin kereta. Masing-masing keluar dari kereta, berborak sesama sendiri mungkin untuk menghilangkan kebosanan. Ada yang memanjat treller dan mengambil gambar kesesakan yang sangat-sangat luar biasa. Tiba-tiba aku nampak seorang ayah tengah mendukung anaknya yang lebih kurang 6, 7 bulan tengah menangis dan hanya memakai pampers. Kesiannya yang mana ada anak-anak kecik atau orang tua dalam kesesakan ni..Macamana ya kalau yanga da anak-anak kecik ni nak ke tandas ker..lapar ker..sakit ker.. Masa kesesakan ni arah Kuala Lumpur - Johor Bahru gelap jer..bila semua kenderaan matikan enjin.
Pihak PLUS membuka jalan di laluan bertentangan untuk kenderaan membuat pusingan dek kesesakan yang sangat-sangat luar biasa ni. Selepas tol Linggi pihak polis mengarahkan semua kenderaan berpatah balik atau melalui jalan alternatif lain untuk ke destinasi mereka bagi mengelakan kesesakan bertambah teruk.
Alhamdulillah kami sampai rumah lebih kurang jam 11 malam. Tapi apa yang aku nampak tadi memang susah nak lupakan. Kaki aku amsih menggigil. Sedeh...kesian...takut semua ada..
Masa lepas kawasan kejadian tu dengar berita di radio kemalangan ni melibatkan 12 yang maut setakat berita tu di keudarakan. Masyallah...
Malam tadi aku betul-betul rasa nak demam, sedehnya..bila ingat keluarga yang terlibat ni kehilangan orang-orang yang disayang. Mungkin ini pertama kali berlaku depan mata, selalunya tengok dalam berita jer. Apapun ajal maut tu ketentuan tuhan. cara bagaimana kita diambil nyawanya dan bila hanya allah yang mengetahui..
Berhati-hati juga pada semua pemandu-pemandu dijalan raya, sikap kurang sabar dan tergesa tu akan membuat semua pihak susah. Apapun Ingatlah orang tersayang.
Al fatihah pada semua mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
amin...
(aku tak ambik gambar sebab sangat-sangat tak sampai hati)
1 comment:
sya dh tgk gambar2 dari page kwn2..mcm2 gmbr..smpai xlalu nk tgk.... ngeri btul kalo tgk gmbar2 tu...hmm..al-fatihah..
Post a Comment