Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 14 October 2010

Janganlah aibkan si mati

Banyak betul gambar pasal excident haritu, lagi-lagi kat laman sesawang "muka buku" tu.
Yang tengok pun syokkk...jer tag sana, tag sini, lepas tu sebarkan lagi. Tak nafikan aku pun tengok gambar-gambar tu, tapi sekadar tengok. Sebenarnya ada baik dan buruknya bila kita tengok gambar-gambar ni.
Secara tak lansung ia akan memberi peringatan pada kita betapa perlunya berhati-hati di jalan raya. Disebabkan kelalaian kita banyak nyawa yang melayang..
Sedehkan... bila dengar si emak yang mengandungkan si anak 9 bulan 10 hari tiba-tiba hilang sekelip mata dengan cara tragis macam ni,  keluarga yang hilang ketua keluarga yang selama ni menyara seluruh keluarga,
paling sedeh sepatutnya esok salah seorang mangsa bakal menerima segulung Ijazah. Tentu si emak terasa sangat-sangat kehilangan kan...????

Erm..bila tengok gambar-gambar sedeh sesangat. Ada yang sangat-sangat mengaibkan, kesiannya si mati.
Tentu rohnya menangiskan bila tengok gambarnya tersebar dalam keadaan yanng mengaibkan..
Yang paling tak best bila ada komen-komen nakal...erm..janganlah komen macam-macam...kesian pulak pada keluarga si mati kalau terbaca komen-komen tu..

Ada satu komen yang aku baca tu menyalahkan pemandu kereta yang mengakibatkan kesesakan jalan yang sangat teruk pada hari kejadian.  Kalau merujuk komen tu gambar menunjukan dari arah selatan ke utara, katanya inilah skap pemandu Malaysia yang menjadi punca kesesakan semakin teruk. Banyak kenderaan yang memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kejadian. Katanya kalau semua kenderaan meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan kejadian tentu kesesakan tidak berlaku....
Biar aku terangkan ya...sebab aku salah seorang dari  mangsa yang terlibat dalam kesesakan yang maha dasyat tu ..Beberapa kilometer sebelum dan selepas tempat kejadian banyak ambulance, JPA, Bomba, polis dan Plus memberhentikan kenderaan disekitar kejadian. Disebabkan ambulance dari arah selatan maka mereka terpaksa meletakan kenderaan di bahu-bahu jalan dan di laluan lorong kanan lebuhraya.
Bayangkan masa ni jer ada 12 buah ambulance, tentu kiri kanan lebuhraya terhad laluannya.
Jadi pemandu yang melalui kawasan tersebut memang terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing. Bukan sebab semuanya nak tengok kemalangan tu. Tak nafikan memang ada juga yang ambik kesempatan nak tengok, tapi mereka berhenti di bahu jalan..sepanjang bahu jalan beberapa kilometer memang banyak kenderaan yang berhenti. So tak semualah orang Malaysia ni mempunyai sikap negatif kan.
Apapun semuanya bergantung pada sikap kita.

So, tentang penyebaran gambar-gambar tu pun terpulanglah pada pemikiran kita. Cuma tempatkan kita di tempat keluarga mangsa itu sendiri, suka atau tak kalau ia terjadi pada kita.
Kesedihan hilang yang tersayang semakin tercalar dek ketaksuban orang lain...fikir fikirkan lah....

Al-Fatihah sekali lagi buat semua mangsa...
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman amin..amin...

No comments: