Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 26 October 2010

Kemaruk ais

Akhir-akhir ni asyik nak minum ais jer tekak ni..Kalau sebelum ni minum air sejuk dalam esbok tu.
Buat sirap ker, buat rebena ker..tapi tak ler nak letak ais. Semenjak dua menjak ni..
aduhai..kalau buat rebena tu nak juga letak seketul dua ais. Nak-nak lagi tengahari.
Panas-panas pulak tu eeiii..!!!tak boleh control lansung. Kalau minum kat luar pun sama.
Sebelum ni boleh kontrol lagi..kalau pagi dalam kul 10 tu order lah teh o panas..pas tu kalau kuar malam milo o tarik kerr..tak pun teh o suam. La ni..kalau kuar kul 10 mesti nak teh o ais...
Huk..huk..camna nak buang habit ni ek. Hubby bising kalau asyik ais jer..kadang-kadang dia bagi aku order & minum dulu, pas abis baru dia tanya, napa ais..???? ha..ha...sengeh jer ler..tak pun kata "dahaga sangatlah"
Kalau hubby yang order kan air memang tak dan nak minum ais ni.
Memanglah tak elok kan asyik ais jerr....Bangun pagi badan rasa nyilu-nyilu jerkan..
perut pun senang jer nak membuncit. Ake jeles tengok adik aku nih..dah ada anak..tapi perut leper gila..
dia memang sangat-sangat jarang minum ais. Kalau minum pun air sejuk dari esbok tu jer..
Tu pun sesekali..katanya badan dia sakit-sakit bangun tido kalau minum ais banyak.
Uish..lagilah aku kan yang hampir 24 jam ni dok dalam econ..minum ais plak...
mana tak nyilu-nyilu jer badan ni kan..???
kena ubah ni suka ke tak suka..
Bila..???tunggu cuaca sejuk kot...
huk..huk..

Sampai berbotol-botol air sejuk dalam esbox mana tak tergoda kan..???

Ni lagu satu sangat-sangat fevret..
tengok pun terliur..
(pic Google dari tenet. Credit tuk tuan tanah)

2 comments:

farra8979 said...

cantik nye botol tu.. ^_^yne

Balqis Nazid said...

he..he..cap Jusco jerk...huk...huk...