Ada sesapa yang berminat nak bercuti di Homestay..??
Manalah tau sesekali nak rasa suasana kampung. Nak tengok sawah padi, nak rasa jadi orang kampung.
Nak makan, makanan kampung, Nak rasa berkubang kat bendang, nak tengok matahari tebenam dari laut bila senja..
Dengar pun cam terujakan..??? camtulah aku dulu sangat-sangat teruja bila dapat tengok sawah depan mata. Selalu tengok jer dalam TV tak pun tengok gambar jer..kali ni dapat tengok depan mata.
Cantiknya...nak-nak bila sawah tengah hijau..rasa kagum betul lah masa ni..
Walaupun dah 10 tahun rasa teruja tengok sawah tiap kali balik kampung Mertua tetap tak hilang.
He..he...Mr Hubby pernah tanya bila nak bosan tengok sawah...
Tak ada jawapan untuk soalan itu he..he...
Semua maklumat tentang Homestay di Sekincan,Selangor ada dalam link dibawah ni..
Jom cuti-cuti Malaysia
Homestay Papitusulem
No comments:
Post a Comment