Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Saturday, 18 June 2011

emak..Ayah..



1st time tengok nasyid ni rasa sedeh sangat. Menangis..??? tipulah tak nangiskan..
Nina yang masa tu baru 5 tahun pun nangis tengok video ni. Dia peluk jer Ibu dia.
Mak Nina lagilah he..he..
Tapi serius sedeh masa mula-mula tengok video ni. Sampai la ni masih sedeh kalau tengok.
Nak..nak masa tu teringat mak ayah memang melelehlah air mata ni.
Teringat mak & ayah..teringat kalau-kalau kita dah sakitkan hati mereka tanpa kita sedar. Teringat pengorbanan mereka yang besarkan kita sejak kecil sampailah tanggung jawap tu diambil alih oleh suami kita.
sebesar zarah sekalipun kita kecilkan hati mak kita dosanya hanya terampun kalau mak dah ampunkan..
Apabila anak adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara
salah satunya doa dari anak yang soleh/solehah.
diingatkan juga doa anak yang fasik tidak akan sampai kepada kedua ibu bapanya.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. 
” Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ? “.
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. 
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. 
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. 
Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. 
Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. 
Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. 
Babi itu didukungnya dengan cermat. 
Nabi Musa terkejut melihatnya.
”Apa hal ini ?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. 
Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium,
kemudian dihantar semula ke dalam bilik. 
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. 
Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. 
Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. 
“Wahai saudara ! Apa agama kamu ? “. 
”Aku agama Tauhid “, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. 
”Habis, mengapa kamu membela babi ? Kita tidak boleh berbuat begitu.”
Kata Nabi Musa.
”Wahai tuan hamba “, kata pemuda itu. 
”Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku.
Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah. 
Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari – hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. 
“Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. 
Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.“,
Tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 
”Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, 
hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.
Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. 
Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”





Friday, 17 June 2011

Tengok wayang lagi

Beberapa hari lepas MH ada job kat JB. Selalunya kalau ada job kat memana aku senang dok bilik atau hang out dengan kawan-kawan kalau ada kawan kat tempat tu lah.
Kali ni aku rasa nak ukur jalan kat Jusco Tebrau tu. 
Sampai-sampai macam biasa masuk dulu kedai buku Harris tu. Kalau sorang-sorang lagi lama dalam kedai buku ni. Sempatlah sambar buku baru Ramlee Awang Mursyid (padahal ada 2 lagi buku dia tak mula baca lagi)
2 jam dalam ni rasa macam kejap jer..abis pusing-pusing tergerak nak tengok wayang pulak.
Ha..ha.. sorang-sorang pun jadi juga aku ni ya..
Cerita melayu - KL Gengster. Kali ni memang lain dari yang lain arahan Syamsul Yusuf ni. last aku tengok cerita dari keluarga Haslam ni cerita Sembelit dulu..
Kali ni lari sangat dari yang dulu-dulu 4.5 bintang dari 5 bintang.
Watak-wataknya semua bagus. Paling aku suka Ady putra, selamba je jadi jahat.
Sedeh pun ada gak..lagi-lagi mas dia tunjuk mak malek yang jual kerepek nak menyara hidup..
Banyak message yang ada dalam KL - gengster ni. Walaupun ada yang macam tak logik

Apapun cerita ni memang best.. yang rasa nak tengok cerita melayu tapi takut rugi..
Dijamin cerita ni tak rugi tengok.




Tuesday, 14 June 2011

Sung-Bong Choi

Sedeh pulak tengok video ni. Bayangkan kalau kita kat tempat Sung-Bong Choi tu.
Yatim piatu sejak kecil. Muka dia pun dah nampak saratnya kehidupan dia kan..


Harap-harap dia berjaya dengan cita-citanya. Teringat Aril dari kumpulan Peterpan. Asalnya dia cuma
ngamen (penyanyi jalanan) di sekitar Bandung dulu. Berkat kesungguhan dia, Aril berjaya membuktikan 
yang dia memang berbakat. 


Monday, 13 June 2011

Lepas bowling tengok wayang

Ni masa Nina ngan Wawa kat rumah aku cuti sekolah hari tu.
Plan ngan kakak ipar aku kak Lin, Ain, harith (anak kak Lin) & adha.
Main kat Wangsa Walk tempat feveret. Best gak main ngan budak-budak kecik ni.
Muncung jer muka bila bola masuk longkang.
kalau pin jatuh bersorak sakan walaupun satu jer jatuhnya he..he..

Lepas bowling layan wayang pulak. Walaupun berat hati nak bawak Nina masuk tengok "KARAK"
tapi dia nak juga.. dia kata dia berani.. Last-last dia tutup telinga, wawa tutup mata, aku tutup muka dengan tisu ha..ha..

Nina dengan popcornnya

Wawa suka dapat tengok wayang
last dia tengok Upin dengan Ipin the movie

Ni makcik dengan anak sedara tapi si Nina panggil Kak Wawa jer

belakang tu Harith yang baling asyik masuk longkang jer
Masa Ni Nina baru lepas baling jatuh 1 pin  tak silap ha..ha..

Jaga-jaga harith jangan sampai bola jatuh

Coach tengah mengajar cara pegang bola dengan betul

Nina rasa comel bila dia buat muka cam ni
ha..ha.. tak boleh angkat seh..

Hari yang tak luck buat wawa.. bila bola asyik ke longkang jer 

Ini dia coach terbaik
Siapa yang baling ke longkang ni..???

Alamak Harith ke longkang lagi lah..

Hidayat datang lepas we all main 3 set game pertama

Score Nina, Harith & Wawa

Bersungguh si Nina ni

Nak  juga ambik gambar sebelum balik depan Wangsa Walk

lepas tengok wayang nak balik lapar, makan roti boy dulu

Tetiba (masa tulis entry ni) nak sangat makan roti boy ha..ha...
sedapnya si Wawa makan

Lepas makan malam, kami semua bersiap-siap MH kena ke Johor 2 hari. So dalam pukul 10 baru jalan dari 
KL.







Selamat pengantin baru Nisa & Fikri

Betullah cuti sekolah kali ni ternak lemak banyak-banyak.
ha..ha..macamana tak membiak lemak-lemak ni.
Sebelum cuti lagi dah mula majlis khawen.
Sampai last week cuti sekolah. Penuh jadual.

4 Jun yang lepas anak sedara Mh sorang lagi selamat jadi suami orang.
(masa ni terasa tuanya aku..sebab anak-anak sedara dah mula berkhawin jap lagi jadi nenek)
Tahniah buat Fikri & Nisa.
Semoga berbahagia ke akhir hayat.
jangan gaduh-gaduh..semua masalah boleh dibawa berbincang.
Insyallah manis jer rumah tangga ni sampai ke akhir hayat.
Amin... Amin...

4hb Jun 2011 rumah perempuan, Nikah & sanding
dekat jer sebelah taman - Selayang 

5hb Jun 2011 rumah lelaki - Taman Permata, Ulu Klang

(Pic ni aku ambik dari Album Nisa, pic dari camera aku masih dalam sd card lom copy lagi)

Terima Kasih

Terima kasih pada Majalah 3 yang keluarkan segmen Sejarah kampung Desa Temu Jodoh.
Terima kasih juga pada crew yang terlibat.
Walaupun singkat tapi puas hati. Kalau dapat segmen awal lagi bagus, 30 minit.
Akan lagi banyak info dan cerita dari mak-mak dan ayah-ayah kita orang.
Apapun terima kasih sekali lagi.

Lepas je rancangan ni habis aku sms crew yang terlibat untuk ucap terima kasih.
Dari pihak dia pun minta maaf  sebab interview dengan aku tu tak dapat dimasukan. Sebab tak cukup masa.
Ya lah kan beria aku kata aku nampak gugup bila di interview...
Pheww...tak keluar pun he..he.. tak apalah.
Ada hikmah sebab akan nampak aku lagi besar bila dalam TV nanti ha..ha..

He..he.. Apapun segmen mak dengan ayah tu sangat mencuit hati.
Untuk pengetahuan semua mak aku memang khawin muda masa umur dia 16 tahun.
Dan mereka juga bercinta selepas khawin.
Alhamdulillah walaupun banyak rintangan dan dugaan mereka sangat bahagia
Semoga berkekalan Mohd Sharkawi & Saminah sayuti
Amin....

Aku, mak, ayah, adik-adik dapat banyak sms pasal segmen ni.
Lagi-lagi ayah. Toplah sekejap.  He..he..


Desa Temu Jodoh, memang kebanggaan semua penduduknya.
Selain sejarah perkhawinan beramai-ramai.  kesenangan yang kami dapat hari ini adalah
keringat ayah-ayah kita orang dahulu. Perit jerih mereka membangunkan kampung ini
sangat-sangat dihargai. Susah payah mereka untuk generasi kami sangat kami hargai.
Apapun terima kasih sekali lagi pada semua yang terlibat.

Inilah pelamin untuk 24 pasang pengantin

Artikel ni keluar pada tahun 1977 di majalah apa ya...  .? Tak ingat. Lupa nak tanya Mak
Masih dalam simpanan mak

Dua dari kiri yang baju merah tu emak 

Pengantin lelaki sebelum nikah
No 2 dari kiri itu ayah s

34 tahun yang lepas

Selepas 34 thun 
Allhamdulillah

Sebelum majlis perkhawinan beramai-ramai

Ayah dengan cik kasmuni

Mak yang dukung adik no 2 aku dengan anak-anak angkat masa program 
anak angkat dari salah satu universiti kat malaysia ni










Friday, 10 June 2011

Kami di Majalah 3

Ingat tak kelmarin aku ada buat entry pasal TV 3 nak shooting kat rumah mak aku untuk segmen Majalah 3.
Baca sini  Allhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
Promo siaran tu dah pun keluar mulai pagi tadi. Siaran ni akan keluar untuk Majalah 3 11/6/2011
pukul 9 malam di TV3.
Sebagai generasi pertama aku pun sama di interview. Isk..!! malu sungguh masa ni.
Rasa nak tutup muka..atau nak suruh cameraman tu kaburkan muka aku bila keluar Tv nanti atau
letak angle yang aku nampak kuruss..boleh..??? Ha..ha.. gugup &
Aku rasa jawapan aku nampak aku sedang gugup sangat.
Tau tak aku dah siapkan sepasang baju kurung bila tau dia orang nak inerview  aku sebagai generasi pertama.
Rupanya aku kena pakai baju biasa jer yang aku pakai kat rumah tanpa ada makeup. Derang nak nampak natural jer...Ha..ha..pakailah aku t-shirt ngan track suit tu...hampeh...

Terima kasih pada crew yang buat research pasal segmen ni. Dia baca dalam blog aku pasal sejarah kampung Desa Temu Jodoh ni. Sekurang-kurangnya taklah sampah sangat blog aku ni atau blog syok sendiri ha..ha..
Buat satu entry tapi gambar tak ada kena mengena dengan entry..tu blog syok sendiri  dan aku  pun bukan bloger tegar aku cuma bloger suka hati jer, Sekadar isi masa lapang.

Jom kawan-kawan tengok sejarah kampung aku yang sangat havoc masa tu...

Start shooting

Masa ni nak ambil shoot ayah pergi kebun dengan mak

Kami adik beradik duduk belakang tengok ayah

Ready nak ke kebun

Rasanya mak dah lama tak naik motor he..he..



Wednesday, 8 June 2011

Antara JB & KL

Macam biasa short notice, semalam kan we all (Nina & wawa) gi main bowling & tengok wayang kat Wangsa Walk, Wangsa Maju. Petang lepas tengok wayang MH bagi tau kalau jadi malam tu nak gerak ke JB tapi belum
confirm, lepas dinner balik aku masih lagi lenggang mak jarah.. tau2 tau kena pcking ke JB.
Aku kerah ler budak berdua ni kemas barang derang ha..ha.. Alhamdulillah Nina ni boleh buat sendiri.
Lipat baju sendiri, susun sendiri. Tak ada yang tertinggal kecuali pasport dia, wawa punya pasport pun tertinggal.
(cam na tah boleh lupa)

Pukul Sepuluh baru gerak ke JB, Alhamdulillah perjalan lancar dan selamat walaupun sangat mengantuk.
Aku sejak MH asyik travel 3 tahun kebelakangan ni memang jarang tido dalam kereta kecuali sakit kepala
yang teramat sangat. Last tido masa travel last year nak ke Legend Resort  Family Day company MH.
Dari segamat sampai Cherating memang aku tido lepas makan ubat, masa MH breakfast aku tak turun tido dalam kereta juga. Kalau tak memang tak tido, Kalau mengantuk pun biasanya terlelap paling lama sepuluh minit. Kesian kalau aku tido MH drive sorang-sorang. Kalau siang aku membaca..tak pun kami akan berbual.
So perjalanan jauh ni dah biasa untuk aku, short notice juga belum buat jantung ni tercabut lagi lah ha..ha..

JB, sebelum rumah JB disewakan awal tahun haritu, kalau balik JB mesti teruja. Sebab nak golek-golek kat rumah JB. nak masak ker nak terlentang ker...nak apa ker memang memang syiookk...tak ada house keping kacau nak kemas katil. Lepas tu kalau berhari-hari MH kat JB pun tak kisah.
Tapi bila dok hotel semua terbatas. Tak boleh masak, tgh sedap tgk tv jap lagi house keeping dah bell.
Kejap lagi lapar room service pulak anta makan...
Haishh....!! apa pun tak boleh..

Apapun memang teruja kalau MH kena outstation kat JB. Tempat jatuh lagi di kenang lagilah tempat bermain.
Jauh mana aku pergi JB memang tetap dihati. Kat JB sejak bujang sampai berkhawin tentulah banyak pahit manisnya kan... Melalui kehidupan dari bawah sampai apa yang kami ada sekarang buat aku sangat bersyukur Alhamdulillah..rezeki kami melimpah ruah..bersyukur sangat-sangat.

Masa duduk JB kerap juga aku ngan MH ke KL selain balik kampung MH kami nakan shopping di KL.
Selain harga, pilihan juga lebih banyak di KL. Ikea tak ada kat JB. Ada kat Singapore tapi lagi best yang KL punya he..he.. Ada sekali tu we all ke JB naik flight awal pagi balik petang, sebab aku nak g beli kasut & perfume ha..ha... Tapi bila duduk KL 6 bulan pertama sangat menguji mental aku. Sedeh..rindu rumah JB
rindu kawan-kawan,
rindu customer-customer aku....sedeh sangat.
Masa ni kesian sangat MH yang terpaksa pandang muka sedeh aku berbulan-bulan.
Asyik fikir nak balik JB jer. Sekarang dah mula terima kenyataan yang aku akan menetap kat KL sampai bila-bila. Insyallah...

Sebab tu bila dapat balik JB aku sangat-sangat teruja, kalau lalu depan Kipmart Tampoi MH selalu kata
Kipmart paling dia rindu, sebab itulah tempat we all belanja lauk tiap-tiap minggu, nak apa semua ada.
Dari sayur kampung sampai sayur yang pelik-pelik pun ada. Kadang-kadang sayur-sayur hijau dia jual satu plastik selagi boleh penuh RM 2. Ikan, ayam semua fresh-fresh. Ada harga bisik-bisik lagi kalau ayam..
Iskk..rindunya nak beli kepala ikan merah kat Kipmart lagi ha..ha..

Paling rindu bab makanan ni nasi ambeng. Lagi-lagi kalau yang kat Uda tu punya pheww...!! mak aiii... buat aku meleleh air liur malam-malam ni lah.. Esok harus aku meneroka Uda nak makan nasi ambeng ha..ha.
Pisang goreng JB aku rasa paling sedap. Lagi-lagi yang kat Mawar, kat pak Wan Taman Cempaka, kat Jalan Camar Perling tu...alahai..cicah pulak sambal kicap dia. Memang gojess...
Kat KL tak ada sambal kicap..kalau minta sambal dia bagi sos jer.. lontong kering pun nyaman bah...
Nak-nak lagi yang kat Medan selera Taman Cempaka tu.. wallah...sedapnya..
Setakat ni aku dok KL memang tak penah jumpa lagi lontong kering. Tak taulah kalau esok-esok jumpa kan..

Tapi apapun aku tetap besyukur..kat mana sekalipun aku. Ini rezeki yang allah beri pada kami.
Sejauh manapun aku pergi memang JB tetap di hati.


Hasil Nina melipat baju









Sunday, 5 June 2011

Desa Water Park lagi

Pergi hari Khamis bawak  Nina, Aisyah (anak sedara)  & Wawa (adik),
pernah pergi dulu tu yang diaorang suka kat sini. lagi pun kalau u tuk budak-budak sesuai kat sini dari kat Sunway tu. Sakan derang dari mula buka sampai tutup memang santak.

Aisyah, Nina & Wawa

Letih dengar dia memujuk sehari ke sehari nak ke Desa Water park ni

Syiookkk kalau dapat main air..

Mak Long tak mandi, layan kek lapis Sarawak yang di seludup masuk ha..ha..

Sekali sewa deposit RM 12, RM 5 return back before 5 pm

Ni lunch tengahari, semua macam tak lalu nak makan.
Panas melenting mana nak makan sangat...habis-habis minum air jer

Teringin nak mandi tapi punyalah panas
macam tak sanggup sangat

Desa Water Park ni besar & macam-macam jenis permainan ada

Semua dah tinted..tapi tetap nak main air

Wawa peace


Ada beberapa kategori gelungsor air ni. 
Dari yang bisa sampai yang extreme

Belum balik dah cakap nak datang lagi...
Actually ada beratus pic derang. sekejap-sekejap nak posing..sekejap-sekejap nak gambar.
ha..ha..cukuplah ni jer..


Saturday, 4 June 2011

Satay station

Malam kelmarin ingat nak port kat menara Tinjau Ampang, bawak si Nina ngan Wawa.
Kononnya nak tengok KL waktu malamlah.
Tup..tup.. naik-naik banyak gerai-gerai tak ada. 
Dengan gelap & ramai manusia bercintun (sangat tak bagus untuk pandangan budak-budak ok..)
terus decide turun. cakap kat Mh nak try kat satay station yang kita orang nampak tadi.. 
Rasanya tempat ni baru juga, coz bulan bila ntah lalu tak ada lagi..
Tempat dia luas & sangat-sangat sesuai kalau bawak anak-anak. Selain luas tempat ni sangat tenang

Jiwa klasik 
Suka sangat lagu-lagu dondang sayang, zapin, joget melayu macam ni
Rasa sangat cool

Satay dia besar-besar, kalau berdua 10 batang tu dah kira banyaklah

Satay dia memang superb

Nina makan banyak

Satay station - Ampang

Dah licin tinggal lidi jer

Wawa & Nina