Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 11 September 2012

Dari KL ker Korea

Flight tak delay..tu dah kira sangat bersyukur he..he..
Lepas menempuh perjalanan selama hampir 10 jam darat dan udara,
sampai akhirnya ke Busan, Korea.

Memang penat sebab kami pilih jalan darat nak ke Busan.
Sepatutnya dari Seoul boleh ambik flight ke Busan.
Tapi saya dan MH nak merasa perjalanan darat.
Kalau ingat-ingat ha..ha..berjaya juga kami tempuh perjalanan yang menyeronokkan ni.
Dengan bagasi yang berat. Dengan saya yang tak cukup tidur.
Letihnya rasa.

  

Cari mood nak tidur, macam biasa kalau dalam flight memang kepala saya akan sakit sepanjang penerbangan, 2 jam pertama kepala sakit yang teramat, 2 jam kedua dapat tidur-tidur ayam,
selebihnya saya berjaga sampai landing ha..ha..

Pukul 5 pagi kat atas dah nampak matahari, suka sangat view masa ni cantik sangat
Subhanallah

Pukul 6 pagi kat atas dah terang benderang

Allhamdulillah...lebih kurang pukul 8.00 am waktu Korea
sampai di Incheon International Airport.
Untuk ke KTX station kami menggunakan AREX.
AREX menghubungkan kami dari Airport ke Seoul Station lebih kurang sejam perjalanan.
Tiket 2 orang 8700 Won  / $ 8.5 Usd

No paparazi please ha..ha..

Ni baru sikit kalau betul-betul mau kacau jiwa nak baca.
Sesetengahnya semua dalam bahasa korea.
kami berpandukan nombor utuk kesatu-satu destinasi

 Kami ke Busan degan KTX lebih kurang 2jam setengah dengan kelajuan maksima 300km/h
Seoul ke Busan $50 Usd seorang
Selain KTX ada flight & bas untuk ke Busan

KTX Station Seoul

KTX kami pukul 12.55pm
lane no 9



Konon-konon nak menikmati pemandangan yang cantik dari Seoul ke Busan.
Banyak sangat padi ditanah tinggi yang menarik perhatian saya.
Belum 30 minit saya tertidur.
Mengantuknya saya masa ni.

Akhirnya kami sampai ke Busan.
Untuk ke Hotel, kami kena naik metro dalam 20 minit lagi.

Lepas solat Magrib baru kami keluar merayap dikawasan sekitar hotel.
Tak ada gangnam atau k-pop pun kat sini yang saya jumpa semuanya biasa aja ha..ha..


Sila jangan muntah berjemaah ya ha..ha..
Mood nak lomantik sesekali

Hari ke 2 ready nak ke Busan Tower
nanti saya cerita kat entry selanjutnya ya


Apa yang saya nampak pertama kali sampai Korea/Busan ni tempat mereka bersih sangat.
Lagi satu pengunaan plastik sangat-sangat terhad kat sini.
Tong sampah pun tak ada plastik bag.
Mereka nak menjaga alam sekitar dengan mengurangkan plastik bag.
(saya bawak beberapa keping plastik bag untuk kegunaan sendiri he..he..)























Friday, 7 September 2012

Raya 2012

Raya kalini tak sakan sangat, selain saya sendiri kurang sihat,
Nenek saya jatuh masa malam raya, sedeh sangat.
Sekarang pun Nenek saya belum baik sepenuhnya.
Ikut xray yang dibuat kena buat operation.
Aduhai sedehnya kalau ingat..

Tak banyak sangat gambar Raya kali ni,
Maklumlah Raya kedua pagi-pagi saya dah ke klinik buat nebuliser.
So sepanjang hari rasa lesu betul.
Biasa lepas Nebuliser baik ni sejam dua jer lepas tu lesu sangat..
Macamana nak pulun beraya he..he..
Jom tengok gambar masa raya pertama ni..

Mak sedeh sangat masa video call dengan adik

Sebab saya anak sulong jadi kami orang pertama yang minta maaf dengan mak & ayah

Chenta hati saya dengan mak

Turn keluarga adik saya

Kalau dia tau saya upload gambar ni sure dia menjerit ha..ha..

Ni 7 dari 11 beradik, 3 tak balik beraya sorang kat kampung beraya dengan Nenek

masa ni MH kata kenapa Wawa dalam gambar tinted sangat keh..keh...

saya & Chenta dengan Mak & Ayah

Ehh..mana Bagus ek..

Dengan Mimi

Nak tau kenapa saya ketawa..?
Bila part minta maaf mestilah semua sedehkan..
Tapi adik saya "Bagus" ni kalau part minta maaf dia akan sungguh-sungguh sedeh.
Bersungguh-sungguh juga minta maaf.
Sampai kadang-kadang sangat emosional.
Saya ketawa sebab dia masih nangis sampai batuk-batuk.
Tapi serius saya suka dengan kesungguhan dia

Ni gambar sehari lepas saya discharge
sambung beraya rumah makcik-makcik kat Muar

Adohai Mimi..Mimi entah gaya apalah dia posing masa ni ha..ha..

Belakang tu Jambatan dari Bukit kepong nak ke tangkak,
masa perang Jepun dulu jambatan tu di bom dengan kominis.
Ni jeti Balai polis Bukit Kepung
Ingat tak sejarah Bukit Kepung...?

Raya ke 9 masa ni mood nak beraya lagi.
Baju ni dengan baju raya pertama seakan-akan warnanya he..he..
 
Rumah Mak Ngah, dengan sepupu Sikin

 Ni jer antara gambar saya yang ada.
Memang tak beraya sangat tahun ni.
Tak apalah Allah dah bagi peluang bertahun-tahun beraya sakan cuma tahun ni
Allah tarik sikit nikmatnya.

Apapun Allhamdulillah
Selamat Hari raya untuk semua sahabat-sahabat saya










Saturday, 25 August 2012

Salam Syawal

Salam Syawal buat semua sahabat-sahabat.
Walaupun agak terlambat, saya dengan rendah dirinya 
mohon ampun maaf kalau-kalau ada salah silap.
Insyallah umur panjang jumpa kita di Syawal akan datang.

Mohon sahabat-sahabat doakan kesihatan saya.
Hari ni hari ke 5 saya di hospital.
Sangat-sangat berharap dapat keluar hari ni..
Amin....

Thursday, 16 August 2012

Spagethi hailam

Semakin hujung-hujung dah tak beria-ia masak.
Masak yang simple-simple jer.
Errr..sebenarnya masak ikut apa ada dalam esbok.
Kes nak menghabiskan stok makanan sebelum balik kampung lah ni he..he..

Saya kurang suka mee kuning, selain susah nak cari melayu buat kat KL ni.
Spagethi rebus sampai lembut anggaran dalam 15 minit
Angkat toskan.
Gaul dengan minyak zaitun dan parsley 

Nak pergh....potongkan limau dan cili bagi berasap telinga

Potong daging nipis-nipis, kalau suka boleh letak udang, sotong atau ayam.
Bawang besar satu labu
Sayur ikut suka nak letak apa
(saya letak tomato cery, sawi, brocholi, lobak & kobis bunga)
Bawang putih 4 ulas 
Cili kering blender 5 sudu besar
Sos cili 3 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Kicap manis 5 sudu besar
2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan air masak)
2 cawan air
Garam secukup rasa (sikit jer sebab masin dah datang dari sos tiram)
Kiub ayam (saya tak pakai ajinomoto)

Tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu
masukan cili kering, sos cili, sos tomato, masakan sampai mesra
kemudian masukan daging dan biarkan sampai daging lembut.
Masukan air dan sos tiram & kicap manis
masukan sayur kobis bunga  dan lobak
masukan garam, dan kiub ayam
bila dah didih masukan sayur sawi, brocholi dan tomato ceri
Tutup api
&
masukan juga bancuhan tepung jagung 
 Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup dan bawang goreng

Ini buat kelmarin sebelum puasa

Dessert lepas terawih memang pergh he..he..









Tuesday, 14 August 2012

Ice cream goreng

Tengok Blog  Kak Noor
  kelmarin dia buat ice cream goreng.
Tergoda betul tengok ice cream kat celah-celah roti tu.
Nak-nak bulan puasa ni, kadang-kadang bahang siang tu buat kita nak makan yang sejuk-sejuk jer.
Minggu lepas tergerak nak buat, pertama kali makan terus jatuh cinta.
Sedap sangat. Lagi-lagi kalau ice cream tu favorite kita.
memang perghlah...!! ha..ha..



Saya buat ice cream rasberry salah satu favorite saya
Memang sedap..
Rangup diluar sejuk didalam
Tak percaya cubalah

Sorry ya kak Noor kita pinjam gambar akak..
Tak sempat nak belah-belah macam ni.
Lepas goreng, masa buka terus ngap.
He..he..


Monday, 13 August 2012

Roti jala kak Jee

Menu last week. Belum sempat buat kuah kari MH dah msg suruh packing.
Wah..!! macam lipas kudung saya buat kerja.
Macam biasa kerja MH selalunya short notice

Siap menjala terus buat kuah kari daging kisar + lobak + kentang
Tak sempat nak ambik gambar sebab dah rushing nak packing baju 

Acuan roti jala ni beli dari Dapur Kak Jee tu yang nama roti jala Kak Jee he..he..
Senang tak comot roti jala pun cantik jer 

Nampak sangat kuali saya berkarat ha..ha..

Roti jala pink saya ha..ha..



Tak sempat nak makan kat rumah, buka tengah jalan masa nak ke JB
tak menikmati sangat macam makan kat rumah he..he..
(alasan nak buat lagi..)








Wednesday, 8 August 2012

Tiket free

Tetiba dapat tiket free dari anak saudara.
Taklah minat sangat dengan Manchester City ni.
Tapi nak lah juga tengok sebab orang dah bagi tiket free he..he..
Kami tak rushing pun walaupun last minit dapat tahu.. gerak lepas isya sebab games start lambat



Malaysia Tanah tumpahnya darahku


Dia tak peduli pun sekeliling

Budak bam-bam ni tayang tiket kat  saya ha..ha..

Peace walaupun 3-1 

Games dah habis 





Tuesday, 7 August 2012

Asam pedas madu 3

Asam Pedas Madu 3.
Walaupun sedikit mahal untuk warung biasa, tapi sebab rasanya yang wallah memang tak terasa mahalnya.
Ikan yang fresh kita pilih sendiri ikut selera masing-masing,
dan dimasak bila ada order.
Selain ikan yang fresh, masakannya juga fresh.

2 lauk asam pedas, kailan goreng sorang makan
& telur dadar 2 orang makan RM 56.00




Pari tuka pilihan saya

Ini MH yang punya
Kenapa Madu 3..?
Sebab ada 3 isteri menurut yang saya baca di sebuah magazine.
Dan semua isteri-isterinya bersama-sama mengusahakan gerai makan ni.

Ni alamat Gerai yang mabeles tu.
Kalau dari JB sebelum sampai Pekan Nenas sebelah kiri.
Gerai dia dekat kawasan perindustrian Pekan Nenasa 
& agak tersorok sikit.





Monday, 6 August 2012

Dadih Chenta


Wah...tak menahan tajuk Dadih Chenta ha..ha... 
Macam best jer kan padahal Dadih jer.. 
 Dadih pun beli yang segera punya jer.
Tak rajin nak buat sendiri macam bloger-bloger masak yang hebat-hebat tu.
Saya guna dadid segera cap giant.
Cara-cara nak buat dadih ada tulis di belakang paket tu.
Jom men Dadih buka nanti.




Strawberi + Cokelat = sedap makan sejuk-sejuk lepas buka