Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 15 December 2009

Mengecat lah pulak....

Rabu lepas 9hb Dec terajin plak nak cat rumah..
actually dah  lama habis mengecat satu rumah..
still konsep zen..
tapi bahagian yang cat merah nampak x sekata..
*Mr hubby yang cat bahagian ni....:p *
dia ingat nak touch up balik..
sehari ke sehari..macam xada masa nak buat..
lagipun wekend banyak sangat axtivitinya... ha..ha..
so terbengkalai ler...
Tunggu Mr hubby tak buat2 aku plan nak settlekan hari tu juga..
*kalau minta permission Mr Hubby confirm dia x bagi buat sendiri*
so aku pakat nak buat kerja ni songsorang jer ...
Berbekalkan pengalaman seorang "kontraktor cat" selama 5 tahun sebelum ni ceh..ceh..ceh...
gerenti beresssssss......!!!!!!
"Dont worrylah darling...  :p"

Ni lah bahagian yang terpaksa di touch-up semula..sebab cat yang pertama nampak tak sekata..
Kemudian bahagian dapur plak..mula2 ingat nak buat buat "english garden" tapi perabut2 tu x sesuai plak, terpaksalah samakan konsep satu rumah...
 Apartment aku ni dapur dia xada kitchen kabinet..
So aku kenalah pandai susun barang2 supaya x serabut..merah pun x bley banyak layer
nanti dapur nampak semakin sempit..

Masih bersepah... Dapur aku ni actually ada yard..ingat nak masak kat yard..
tapi yard tu aku jadikan store..memandangkan dapur xada kitchen kabinet
*ada rupa store ker..????* erm..boleh lepak lagi bersih lerrrr..
memang xada ghupa store....

selepas habis mengecat...
kena tunggu sampai kering baru buka masking tape tang kat tepi2 tu..

tadaaaaaa...!!!!! selepas siap ginilah ghupanya...
Tgh plan nak letak partition ke tak..
sebab ni konsep "open Kitchen" sebab tu kena bersih sokmo...

Opsssss...!!!bahagian kiri atas tu nampak macam tercomot sikitlah...
masa ni dah penat mendongak..gayat pun ya gak panjat tangga tak ada orang pegang kat bawah...he..he...

Ruang ni tak ada idea nak cat colour apa..
ingat nak cat hitam..tapi Mr Hubby x nak plak..
rasa kalau cat Hitam ruang ni cantiklah..pernah nampak kat satu magazine tu cat merah kombinasi hitam cantik sangat....

Keseluruhan bahagian ni aku ler yang cat...:p

Ruang makan..
kalau aku lalu sure aku singgah
tgk muka ker..tgk keseluruh hall dari cermin ni pun aku suka...

Semestinya "DULUX" pentalite..
kalau ada tangan2 yang gatal dok conteng just lap jer..

cool....

Monday, 14 December 2009

I'm so hot...?????

Wekend balik "Kampung" Mr Hubby..macam lama tak balik gitu...
ceh...!!!!         *padahal Raya Haji baru balik
Panasnya "Kampung" kali ni.. rasa sangat bahang angin laut tu..
maklumlah belakang rumah "mak mertua" aku tu laut..
cuaca memang panas..so makin menjadi2lah panasnya..
rasa berdenyut2 dah kepala ni..
lepas tu merayap2 kat sawah mana ler
tqk makin menjadi2 panasnya...
Ingat malam nak hujan tak juga hujan..
Semalam balik "KL" kepala semakin menjadi2 sakitnya..
 * Actually I have a Maigrain*
macam nak pejam jer mata ni..bukan tdo tapi just nak pejam mata
bagi cool kan sakit ni..
lama x kena maigrain yang teruk macam ni..
lepas mandi, magrib, makan malam, jemur baju..
& isya'...
baring2 kat sofa teman MR Hubby tgk TV
on aircond bagi sejuk..
erm..hanyutttttttt.....
sedar2 "CSI Miami" dah habisss...
sapa yang bunuh "stewardess" tu..???
sempat lagi tanya masa MR Hubby masa nak dia kejut masuk bilik
ahahaaaa.... Mr Hubby siap ceta balik yang aku ter "miss" tadi..

*Alhamdulillah pagi ni bangun rasa lega sangat..
cuma mata sembab & bengkak sebab maigrain semalam..
erm..aku ni memang tak boleh panas sangat..
panas yang bahang, memang tangkap kat kepala..
seb baik tak pitam...
cuma rasa nak sambung tdo balik ler... :p
lepas makan ubat ni mata melayu balik....grrrrrrrrr....*

Wednesday, 9 December 2009

mErDeKa...MeRdEka...

Eh ..eh..."Merdeka" lagi ker...he..he..dah lama ler "Merdeka"..dah dekat 4 bulan lepas.
walaupun masa "Merdeka" tu puasa..tapi 'ayah' tetap semangat sambut "Merdeka"
Sehari sebelum "Merdeka" kalau call 'mak' tanya buat apa..????
mesti 'mak' kata tolong ayah "pasang bendera". Macam dah jadi tradisi dalam keluarga kami
kalau "Merdeka" memang ayah akan pasang banyak bendera keliling rumah..selain lampu he..he..
Kitaorang pun lagi seronok sangat..
Rasa macam raya pulak. Tapi tahun ni lagi banyak 'ayah' pasang
Dekat rumah kitaorang dah jadi macam dataran pulak..
Tgh2 dataran tu 'ayah' letak "bendera"
Malam "merdeka" memang meriah kat mak kat halam rumah kitaorang tu.
ramai budak2 kumpul tunggu detik 12 malam..
"Ayah" tak kisah..janji jangan ada yang merokok..yang merempit..
Rasa rugi plak masa tu aku  tak balik..
kalau tak merasa juga "MERDEKA" kat "DATARAN" sendiri...
he..he...

MERDEKA 2009

Morning & Breakfast

Hari ni bangun rasa "Fresh" sangat walaupun semalam tido lewat..teman Mr Hubby tgk DVD, kan semalam rasa nak demam..asyik bersin jer..ingat nak selsema & demam..
alhamdulillah badan ok pagi ni
 * We all memang masuk tdo sesama since 6 years ago*
Seronok bila tgk matahari pagi2 ni..kan dah lama "KL hujan" jer..buka semua tingkap bagi matahari masuk..
Orang tua2 kata kalau nak rezeki masuk buka semua tingkap pagi2, Bagi anak ikan makan..kemas2 apa yang patut..
Time to Breakfast.... ~~Ngee...
Sebelum tu makan oat dulu...suka tak suka kena makan juga...
*sumbat je lah *
Lepas tu baru makan "Flossy Signature Bread" hi..hi.. roti ler..yang atas dia ada serunding tu..
beli kat "Bread Story" Mid Valley & Tea cino perisa Vanilla...
erm....sedap..betul2 menikmati.. 


                       MORNING KUALA LUMPUR....!!!!!




Tuesday, 8 December 2009

Pha Pha garden

Mula2 ingat sebutnya  "Peha Peha Garden"
ya lah mana tau si "Adha" ni pakai shortcut
Rupanya "Pha Pha Garden" kat Melawati, Ulu Klang
bawa Rombongan Cik Kiah Diner kat "Pha Pha Garden"
ada 5 keluarga termasuk :Mak & Bapa" mertua ku... :))
Seronok makan ramai2 ni..macam2 ragam..

plan awal nak ke "Tanjung Harapan Klang"
tapi semua dah lapar ke "Uu Kk"  jerlah...he..he..
Sedap...lagi2 "siakap Stim" & "kailan ikan masin" memang power..
*Siakap Stim  & kailan ikan masin ~~ My fevret*
Yang gagal "sotong tepung" kerasssssss....
sian "MIL" aku keras dia nak makan sotong tu....
apap pun "DINNER" malam tadi memang best..
Thanks MR Hubby sponsor our dinner..
len kali g lagi ek..

*tunggu ada org nak belanja High tea kt Concord KL ni ~~ :p*




Siakap Stim "Pha-Pha Garden






Guna jari pun boleh ~~ Ngeee....

Lately ni rambut memang luar biasa gugurnya..
Mr hubby kata rambut aku makin nipis,
padahal sbelum ni rambut aku tebal dan lebat..
kalau lepas mandi memang banyak lah rambut nak kutip dalam bilik air..
kalau kat bilik hari2 kena sapu..memang banyak..
luar biasa ni..
macam2 syampoo aku try, tapi x jalan ler..
cuma ada satu syampoo dulu aku pernah pakai memang berkesan..
bulan lepas cari kat"JB" tak ada pulak
siap rekmen kat kawan lagi dia pun kirim nak juga..
jenuh ler kesana sini cari tak ada pulak..
biasanya salon jer yang jual syampoo tu
so kalau nak cari kat Giant ker..Carefour ker Jusco ker memang ler tak ada.. 

*so untuk kawan aku tu kalau ada nanti I bagi tau kay*

2 minggu lepas try "pantene" "hair fall Control" alhamdulillah ada perubahan
kurang banyak rambut yang gugur..
lembut pun lembut..
cuma aku tak suka bau dia..bau youghart..manissss...
tu yang guna jari pun boleh....~~ ngeeee




Pantene set

Terlebey syudahhhh...

Penat..penat sangat aku rasa hari ni..
Dari pagi ada jerr....benda nak buat..
nak kata umah ni bersepah sangat, tak adalah sangat.
tapi ntah apa yang aku asyik dok nak mengemas jer..
macam "addict" plak..
aduh...!!! gawat  nih..
Mr Hubby aku pun dah start komplen..
dia kata aku asyik mengemas jerkk..
ade jer benda bergalih kalau dia balik rumah..
ya lah dia memang "sangat bising" kalau aku angkat mengangkat
berat2 ni..
He..he..bukan apa..sakitlah mata tgk umah bersepah..
lagipun aku memang seronok dengan apa yang aku buat sekarang..
Tapi bila semua settle baru rasa penat semacam aku hari ni..
Badan rasa menggigil, kepala pening..erm..macam nak demam
kepala berat jer.. aduh...janganlah demam... :p
apapun pas ni kena masak..
semalam Mr hubbr request nak makan " asam pedas ayam ala Johor"
Mr hubby jarang request jadi bila dia request rasa membuak2 nak masakan.
So menu hari ni "asam pedas ayam ala Johor" & sayur "kacang buncis goreng"
dah seminggu makan ikan so hari ni ayam pulak..

Monday, 7 December 2009

Johor & JB...????

Ada beza ker...??
ada  lorrr... :D
Kalau org tanya "dok mana".. kena jawap betul2
Kalau jawap "Dok JB" sure orang akan tanya balik "JB kat mana...??"
masa ni jangan plak kata "JB kat Batu Pahat" mau kena gelakan..
kalau nak jawap dok "Batu Pahat"
kena jawap "Dok Johor" baru betul..bukan kata dok "JB" salah lagi pelik bagi orang2 JB
silap2 ada yang "nganga" pelik pulak..
sejak bila "Batu Pahat" area "JB" plak  ni...hi..hi..
bagi orang Johor..kalau JB tu kat Bandar..
Macam Area BBU (Bandar Baru Uda, Tampoi..Pelangi..Stulang & etc..)
Kalau Pasir Gudang, Ulu Tiram..Kota Tinggi...Kulai..tu dikira Johor bukan JB
Contohnya Kalau orang "Pasir Gudang" kata..
"Wekend nak turun JB lah"
(maksudnya  "g JB tu pegi town dia" (betul2 bandar JB ~ area City Square or tempat yang disebut tadi ~
kalau kata nak g Pasir Gudang  kata nak g Pasir Gudang jangan plak kata nak g Jb
walaupun Pasir Gudang tu dalam JB..pada diaorang JB tu cuma Town  & yang sekitarnya jer...
diaorang tak akan kata Pasir Gudang tu "JB" atau Tiram tu "JB" 
diaorang akan kata Pasir Gudang & Tiram tu "Johor" macam pelik kan..
Erm..tapi orang KL lain semua dibelasahnya "KL"...
contoh bila orang tanya " dok mana"
 jawap "dok KL"
padahal KL yang dimaksudkan tu kadang2 "puchung"   still nak juga kata dok KL he..he.. 
kalau dok Sungai Buluh...Puchung..Bangi. & sebagainya.pun jawap dok "KL"
Confius jap...:p
dan bila orang tanya aku dulu "dok mana" aku akan jawap "dok JB"
Kenapa.....????? (Walaupun sebenarnya aku dok area Tampoi)
(10 minit ke Plaza Angsana ~kalau jalan kakilah)
sebab "Tampoi" tu kan dekat sangat ngan "JB" dekat ngan "town" orang kata..
so kenalah kata "dok JB"  tak kan aku nak kata dok "Johor" nanti kena gelak plak...
ahahhaaaaaa.....
almaklum lah dok Johor lebih dari 10 tahun dok "Tampoi" jer padahal...
nak juga kata dok JB... tapi Orang2 yang dok Johor dah biasa dengan dengan jawapan yang membezakan |
"Johor & JB...."

Thursday, 3 December 2009

Bandar Begawan

View dari "flight" watu ni dah nak senja

1st time ke "Brunei" memang mengujakan.. bila Mr Hubby ajak memang excited sangat..bila Mr Hubby tanya nak ikut tak..aku cuma tersengih2 jerk tak kan nak melompat2 plak depan dia..hi..hi... malu lerrrr...
dalam hati tuhan jer yang tahu..
Teruja sebab nak tgk sejauh mana "Brunei" islamiknya negara yang kaya dengan minyak tu.

31st aku bertolak dari LCCT dengan Air Asia. FlightDelay sejam..tapi sebab teruja sejam tu rasa kejap sangat. Pukul 9 malam selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei yang terletak berhampiran dengan Ibu Negaranya iaitu Bandar Seri Begawan. Semua panduan kat sini menggunakan bahasa Jawi dan bahasa "Brunei" jer.

Lepas settle cop "pasport" ambik beg Mr hubby terus cari kereta sewa. Nasib baik ada satu tempat yang belum tutup. Kat "Brunei" pukul 9 suasana dia dah cool, senyap jer..kalau kat KL pukul 9 barulah nak kuar cari makan hi..hi.. Mr Huby sewa kereta dengan company "HERTZ" Mr hubby ambik compact car - Nissan Sentra sehari $ 95 "Dollar Brunei" lepas dapat kereta isi perut dulu...  :p
tak susah cari makanan halal kat "Brunei" ni..tapi malam tu we all beli makanan kat "Delifrance" jer..

Mr Hubby tgh deal nak sewa kereta

Meneruskan perjalanan ke Kuala Belait, the second largest city in the country after Bandar Seri Begawan.
Kuala Belait" literally means "the mouth of the Belait River". Its name comes from "Kuala" meaning either confluence of two rivers or the mouth of a river, and Belait, the name of the river and district. It is also known locally as "Belait". When needed to distinguish it from the district of the same name, it is known as "Belait town" in English or "Pekan Belait" in Malay.

Kuala Belait is located close to the western border of Brunei with the Malaysian State of Sarawak at 114.18ºE longtitude and 4.59ºN latitude. The town center is bounded by the South China Sea to the north, the Belait River to the west and south and the suburbs of Kampong Sungai Pandan and Kampong Mumong to the east and south-east respectively.

The historic administrative capital of the Belait district, Kuala Balai is located to the south and is linked to Kuala Belait by both road and river, and the oil town of Seria is located about 10 miles (16km) east. Bandar Seri Begawan is about 120km to the north-east. The Malaysian city of Miri is located about the same distance to the south-west
Ada juga yang panggil "Kuala Belait" bandar minyak. Mr hubby cek in kat Hotel Sea View Resort hotel & Apartments. Lepas cek in kemas2 barang..pas tu iron baju Mr Hubby baru dapat rest..
Leganya dapat baring...

Dari Begawan ke Kuala Belait

Mr Hubby kerja hari pertama tu, So pagi tu tak ada apa yang seronok sangat.
Lepas breakfast terus sambung tdo..Tghari baru Mr Hubby balik ajak makan..makan dekat2 kawasan tu jer..sebab dia break tak lama..

Nasi Lemak wif Curry

Ptg lepas Mr Hubby balik kerja baru pusing2 "Kuala Belait" & "Seria"
Rasa seronok sangat sebab tak ada jem, "Kuala Belait" tak ada "traffic Light" yang peliknya tak ada pulak xcident, semua kereta ikut peraturan..kereta kat Brunei ni x anyak macam kat "KL" so kat "Kuala Belait" lagilah tak bayak kendereaan. Kereta kat sini semua besar2 kalau ada "wira" sesat pun orang dari "Miri" yang datang ke "Brunei"



 
Inilah Ghupe Bandar "Kuala Belait"

Ptg kami Ke "Seria" seronok juga sana..ada banyak monument sejarah..singgah kat beach dia tgk matahari terbenam..

"antara sejarah Seria"
Seria is the heart of the oil industry in Brunei, and also the site of the first commercial onshore oilfield discovered in Brunei. The town sits atop the Seria Field, which was discovered in 1929 and has been continuously in production since then with the exception of short periods after the Japanese invasion and Allied liberation of Brunei in the Second World War. There are numerous nodding donkeys in and around the town and this has become the unofficial symbol of the town.

Reports circulate of a major oil well blowout in 1953, which resulted in well liquids flowing out of fissures in the ground. (Cited in Tingay 'et al.', "Present-day Stress orientation in Brunei...", Jnl.Geol.Soc.Lond. vol. 162 pp39–49, 2005) This has led to inevitable comparisons with the LUSI mud volcano in Java, which has been flowing from 2006 to the time of writing.
The Brunei Shell Petroleum (BSP) Company Limited is headquartered in Panaga and has various facilities related to the oil and gas industry in Seria. The Seria Refinery is the only refinery in Brunei and is located in the Sungai Bera area together with the Seria Crude Oil Terminal(SCOT), the New Gas Compression Plant(NGCP) and the New Industrial Area(NIA). The open-air oil water treatment facility at the Sungai Bera Holding Basin has since been discontinued due to environmental reasons

And lagi....

The first commercial oil well [2] was spudded in 1929 in Padang Berawa on the west bank of the Seria river (Sungai Seria) [3].

Seria area was gazetted as municipal area in 1936. The town came under the authority of the Kuala Belait Sanitary Board[4] which also had responsibility for the municipal area of Kuala Belait.
The first landing of the Japanese invasion force during WW2 in Borneo was at Seria where the Left Flank of the "Kawaguchi Brigade" came ashore about 04.40 on the 16th December 1941, nine days after Pearl Harbor. They were faced with a scene of devastation of the oilfields due to "Operation Denial" carried out by employees of the British Malayan Petroleum Company (now Brunei Shell Petroleum) and the 2nd Battalion, 15th Punjab Regiment, and British Army Royal Engineers. The invasion force continued oil drilling units and restoration of the oilfields began immediately under Sato, Chief Engineer. Over the next three years the Japanese restored production to nearly pre-war levels, the activity being hectic as other sources of supply to the Japanese war machine were closed off, so much so that most of the oil fuelling the Japanese in the last 6 months of the war came from Seria. Operation "Ha-Go 2", the Japanese denial exercise commenced on 10 June 1945, the day of the Australian liberation forces landing at Muara. The fires could be seen 100 km out to sea. When the Australian 9th Division eventually entered Seria on the 29th June, the situation was chaotic, with 38 oil well fires, demolished buildings and wrecked installations. By the 17th August, when American Fire fighting teams (Patton and son) arrived, 26 of the fires had been put out by oilfield staff assisted by a Detachment of the Australian Royal Engineers. By November, production was restored, albeit stored in temporary tanks, and oil export to Lutong recommenced on the 11th December 1945.
Seria was also one of the centres of a small rebellion against the monarchy on December 8, 1962, which was suppressed by the British Army. This event became known as the Brunei Revolt[5].
Under the rule of His Majesty the late Sultan Omar Ali Saifuddin, the town blossomed as commercial buildings such as the current shophouses along Jalan Sultan Omar Ali.







*Ceta ni x abis lagi..nanti senang upload pic & sambung lagi okieeeee.....*

Tuesday, 1 December 2009

Raya..raya..raya lagi..

Malam raya nak balik Sekinchan jalan dah jammed dari Sungai Buluh sampai Sekinchan..
tension sangat..
gerak dari Sri damansara pukul 9.45 malam samapi Kampung pukul 1 pagi. itu pun nasib baik sampai Parit 4 Sg Burung Hubby lalu jalan dalam (jalan sawah) kalau x sure kul 1 pagi tu x sampai lagi..

Ptg Raya lepas sembahyang Jumaat gerak ke Segamat pulak...alhamdulillah perjalanan lancar..x jammed cuma sepanjang jalan hujan jer..Sampai Pagoh baru stop Hujan..
Call mak, mak kat Kg Senggarang..erm..balik kglah..
turun Highway Yongpeng masuk Parit Ya'ani keluar Sri Bengkal masuk Parit Karjo dah sampai Senggarang..
dari Yong Peng 1/2 jam jer.. Kalau lalu Ayer Hitam..jauh sangat..
buang masa pas tu jalan mak aiiiii...!! Ayer Hitam tu silap2 Jammed..pas tu Jalan Parit Botak macam ular kena palu...erm...better lalu Parit Ya'ani.. :p

Raya Kurban ke3 pukul 4 ptg jalan balik ke KL dari Segamat. Budget time x jem..coz last year gerak malam kul 12 malam jalan pun jammed gilerrrrr.... hampeh..
So ingat ni time cun lah nak kuar...hi..hi..
last2 jammed sangat kat Senawang tu...pas tu banyak plak org lalu lorong kecemasan..kurang sopanlah tu..
seb baik ada "abang traffic" bagi surat cinta kat derang yang lalu lorong kecemasan tu ahahaaaa....
saman jangan x saman..
kalau ada scandal ngan abang traffic tu dijamin lepas....wakakakaaaa..!!!!!!!!!!!!..
belajar dari kesilapan lalu awal2 dah stanby air..kudapan buat hilang ngantuk..mak siap bungkuskan nasi ayam takut anak dia kelaparan kut..
masa aku G Penang raya Cina dulu..jalan Jammed dari Rawang sampai Ipoh..
pulak tu air ada sebotol jer..kununya nanti singah memana RNR beli ler...last2 adeiiiii...!!!
parking kat setiap RNR sampai kat tepi highway..
punyalah ramai manusia..siap ada RELA yang jaga..camna nak berenti..
tekak haus..perut lapar...nampak lori bawak labu air sampai telan air liur terbayang sedapnya buat sup..ada sambal belacan..ada ikan pekasam...meleleh air liur beb..
Nampak pokok petai kecik2 tepi2 jalan tu pun boleh kecur...sedapnya buat sambal hijau...
adeiii...!!!! lapar tak bley blah time ni..
Tu yang kali ni standby awal..minyak pun sama..sampai RNR jejantas Ayer Keroh misi mengisi minyak...
mak aiiiiiiii...!!!!! sini pun kena Que ker....walllau weeh....semua orang standby nak tempuh jemmm...
erm..biasa dari Segamat 2 jam 1/2 jer sampai Damansara kali ni 5 jam..jenuh dalam kereta ni..
macam2 acara aku buat..menyanyi..membaca..bercakap..main teka teki..paling aku suka nak bagi hilang ngantuk menyanyi lagi " pisang apa..pisang apa..pisang apa sekarang.." ahahhaaaa....aku soal Hubby jawap..
teringat zaman tadika dulu lagu ni femeskan... sapa kalah kena belanja makan selalunya aku yang menang  :))

Jammed..Jammed pun ok lah lagi..kalau Jb - Pasir Gudang Jammed tayar x bergerak..
so kalau rasa nak tempuh jammed tu prepare ler awal2 ek.... :))



Adeiiii....!!! pening dah kepala Mr Hubby Jammed tak abis2 lagi...


Bowling Time....

Masa aku kecik2 tau main batu seremban..pondok2 (eh...??? aku main ker permainan ni..rasa x kot...:p)..main pistol..(dulu aku tomboy sangat) main polis entry..
x pernah pun dengar bowling bagai ni..
La ni...budak umur 9 tahun pun dah pandai request ajak main bowling.. Zaman dah berubah budak2 pun dah moden..tak adalah nak main batu seremban, main ceper (tutup botol), main galah panjang..
agaknya tanya pun tak tau main apa tuh...???

Ptg Raya Haji ke2 budak2 ngan anak sedara ajak g main bowling kat BP Mall. kalau ikutkan malasnya nak keluar..penat. tapi kesian plak..tgk wawa yang beria2 ajak, pegilah juga...

Nina.. awal2 dia nangis coz semua orang pakai kasut bowling
dia tak ada size..pujuk2 last2 dia bisik2 kat Hubby
" Uncle I want sport shoes ek.."
ahhaaaaa...!!!  Nina...Nina...




ahahhaaaa..!!! aku bley kalah ngan wawa ni..
sajer bagi dia can menang kang nangis plak..





laparlah ni...



Raya Haji lagi...

Dah macam acara wajib plak asal kumpul ramai2 adalah yang minta buat BBQ resepi Kak Long dia..
hi..hi..sedap kot resepi aku.. masa Raya AidilFitri yang lepas buat BBQ kepak ayam jer sampai 15kg.
Kebetulan memang adik beradik mak kumpul kat rumah aku masa tu..semua yang datang tanya resepi hi...hi..alahai resepi tu pun aku copy dari akak ipar aku..cuma aku "ubah suai" sikit2 hi..hi..
Kalau buat BBQ kepak jer yang laku..
yang lain2 x berapa jalan.. so tiap kali buat BBQ buat BBQ kepak ayam jer...ahahaaaaa....!!!
Ni BBQ masa Raya Kurban semalam.. 10 Zulhijjah 1430


perap dulu sebelum bakar


Bakar...

Bakar lagi...


Actually ada menu lain..tapi x sempat nak snap..snap..sibuk membakar jer.. biasa tukang bakarnya ada geng yang sabar sangat dalam bab bakar2 ni...Tahun ni Lukman x balik sibuk ngan studynya...
so Mr hubby sorang yang bakar...yang makannya ramai...ayooooo... :p
he..he..xapa Luke nanti abis blaja kita Pulun abihhhhh ek...

Aidil Adha 10 Zulhijah 1430

Salam Aidiladha.. 27 Dec 2009 bersamaan 10 Zulhijah 1430

Tahun lepas Mak tak ada (mak g Haji), kurang seronok..ya lah kan apa2 mak itu mak ini..
bila mak tak ada rasa kurang meriah.. adik2 pun bila mak xada asyik tanya jer "Long Ibu mana"
"Long Ibu ingat kita tak" adeeeiiiii..!!! aku plak yang sedeh...


Tahun ni dalam perjalanan balik segamat tergerak dalam hati nak buat korban, tak kisahlah kambing ker lembu ker biri2 ker.. tapi mana nak cari lembu/kambing/biri2  last minit ni ek "Dear"... erm..kambing pun bolehlah...  kalau kambing korban untuk diri sendirilah...
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan walaupun di lakukan Raya kedua.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”     Riwayat at- Tirmidzi




Dari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin”.

Proses pemilihan Kambing..
Kena cukup sifat..dan berumur 2 tahun keatas

Inilah kambing yang dikorbankan

Sebelum kambing disembelih..Ayah, Mr Hubby & Pak Long bertakbir..masa ni teringat kisah yang ayah pernah ceritakan masa aku kecik2 dulu...

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.



Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.


Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya". Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.


Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:
"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."


Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah".
Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.


Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. "Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.


Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan". Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.






 Kambing yang siap di dibuang kulinya..


Alhamdulillah..selesai semuanya..semoga semuanya diberkati dan dirahmati Allah..amin..amin..amin..yarobballamin... alhamdulillah...
semoga dipanjangkan umur agar bertemu lagi di Zulhijjah 1431


Hadith :   Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat.
(al-Baihaqi)