Dari Jeli ke Grik
Ni masa perjalanan balik
Cantik sangat pemandangan dari Jeli ke Grik ni
Jeli waktu petang, sayang tak ada chalet kat sini
Tak ingat apa nama kampung ni, tapi dekat sangat dengan Thailand, seberang sungai tu jer
Rantau Panjang, pergi dah petang.
Balik tengok pengantin terus ke sini, lebih kurang 40 minit jer dari Tanah Merah
Malam ke 3, stay Tanah Merah balik, Jebak Inn
Sedap, walaupun tak boleh lawan buatan Trengganu
Nasi kerabu Jeli & mee goreng basah memang superb
Ni masa breakfast kat Tanah Merah, Nasi kerabu ayam MH punya nasi kerabu Daging goreng kunyit saya punya
Rantau Panjang
Patung Budha, alamk tak ingatlah kampung ni apa nama dia
he..he..
Dalam kawasan ni ada perkampungan siam
Seronok menyusur perkampungan yang bersempadankan Thailand ni
Gambar atas: Tengah tunggu bakal pengantin lelaki nak ke rumah bakal pengantin perempuan
Bawah: Guest house ni besar & cantik sungguh, keluarga pengantin lelaki duduk sini
Pasar siti Khadijah, ikutkan nak sangat borong sayur-sayur kampung yang segar-segar tu, tapi sebabkan malam tu juga kena gerak ke JB tengok jer lah sayur-sayur yang menggoda tu..
Lagi perjalanan dari Jeli ke Grik
Tugu peringatan untuk mereka yang terkorban semasa pembikinan jalan di zaman darurat dulu
terletak di antara Jeli - Grik
Tasik Banding, Insyallah nak sangat bercuti kat sini
Laksam Pasar Siti Khadijah & ice cream Baba Rantau Panjang. Terbaik..!!!
pasar Siti Khadijah, saya suka tempat ni
Ingat tak oren tu dulu-dulu kita panggil oren bodoh...
Saya beli cendawan kukur, teringat masa kecik-kecik dulu, kalau ada pokok getah tumbang saya
akan kutip cendawan ni, sedap sangat masak tumis pedas
Petai..ha..ha..sejak reti makan petai..kalau nampak memang nak beli
bulat-bulat petai dia
tak payah ke Bandung nak cari telekung, kat pasar Siti Khadijah cantik-cantik setanding Bandung. Murah pun murah
Saya tak beli pun, tengok jer sutera ni, sebab saya rasa kualiti sutera Trengganu lagi bagus.
Ini antara Gambar-gambar saya masa di Kelantan, tak ikut turutan, main upload jer ha..ha..
Serius saya nak datang lagi. Saya jatuh cinta dengan Kelantan he..he..
6 comments:
wah...berjalan sokmo ko yer....takde ole2 utk aku ker..??? hehehhehe...
munna tak pernah jemu ke kelantan..plg suka tgk makanan kat sana yg bermacam-macam dan murah2... sutera kelantan mmg agak kurang sikit kualitinya berbanding sutera terengganu
wahhhhhh bestttnya jalan jalan sekitar kelantan =)
Juli: kalau dekat dah campak sebijik dua yang aku beli ha..ha..
Muna: memang murah kan makanan kat sana, sedap-sedap pulak tu, betul kelantan punya sutera tak boleh lawan trengganu lagi..
Adza: pergi masa Yusuf & zet Khawin tu hari..
Post a Comment