Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 17 November 2011

Pie tee

1st time buat, macam bisul-bisul kulit pie tee ni, agaknya api panas sangat kot ha..ha..
10 yang pertama reject, salah teknik.. dah tau senanglah juga. Cuma tulah kulit dia cam bisul-bisul tak licin.
Tapi sedap ha..ha.. sendiri masuk sendiri angkat..
(sila abaikan ok...)

Bahan-bahan (kulit pie)

1/2 cawan tepung beras
125 ml air
1/2 biji telur (lebih kurang 2 sudu besar)
secubit garam (agak-agak masin)
1/2 sudu kapur
acuan pie.

Cara-cara:
  • Masukan semua bahan diatas dan satukan hingga sebati
  • Panaskan minyak secukupnya (saya gunakan periuk senang acuan nak tenggelam
  • Panaskan acuan pie juga didalam minyak tadi
  • Celupkan acuan pie dalam adunan, celup jangan sampai penuh nanti susah nak tangga
  • (Pastikan minya sederhana kecil)
  • Setelah agak masak sedikit, tolak dengan perlahan menggunakan garfu, balik-balikan sampai kekuningan dan garing
  • Toskan minyak 
Bahan inti:
  • Sengkuang (disagat)
  • Lobak (disagat)
  • Daging/ayam/udang kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putin (dimayang halus)
  • sedikit sesedap ras
  • lada sula (ikut suka nak pedas mana
cara-cara:
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • Masukan bawang putih dan daging kisar
  • biarkan sebentar sehingga daging masak
  • Masukan sos tiram, sesedap rasa dan lada sulah
  • Masukan lobak dan sengkuang
  • gaul rata dan matikan api
  • Tunggu sejuk sebelum dimasukan kedalam inti pie tadi



1

2

 
3

4
4 gambar diatas ni saya pinjam dari google. 
 No1, panaskan acuan dalam minyak
No 2, celupkan acuan kedalam tepung yang sudah dibancuh tadi, no 3, biarkan ia masak sedikit sebelum di keluarkan dari acuan No.4

Inilah hasilnya.
Kena cuba lagi lepas ni


2 comments:

munna said...

kalau pergi kedai nasi ayam, tu mesti order ni...

Balqis Nazid said...

Munna. sebab suka makan pie tee nasi ayam tu lah belajo buat hi..hi..