ada masa ketawa sorang2 he..he.. syiookkklah..
Mula2 Mr Hubby ajak aku ikut projek ni, tapi aku yang tak nak..rasa macam pelik pulak..ikut projek kat kg sendiri, rasa nak jadi tuan rumah jer lah. Biarlah Mr Hubby jadi org kampung jap... Eh boleh ker aku declare kampung aku juga ni, walaupun sebenarnya cuma kampung "MIL" jer..kira boleh lah ek..
Masih terasa seronoknya tengok "MBC" seronok kat kat "Papitusulem" & "Sg Nibung" tu
Tenguk "MBC" sangat2 teruja tenguk sawah teringat pertama kali aku jumpa sawah buat pertama kalinya hampir 10 tahun lepas (masa ni belum khawin lagi & 1st time datang kampung Mr Hubby aku) Padahal masa aku jumpa sawah ni pertama kali bukanlah sawah yang hijau terbentang tu..sawah yang dah di tuai dan jeraminya pula sedang dalam proses pembakaran so bendang tu nampak hitam jer...ada pun tinggal beberapa pokok padi yang tinggal kat tepi palong yang tak dapat dituai dengan "bajak" tu.. Itu dah cukup buat aku terjerit2 riang...jakun pun ya juga..
Bayangkan umur 23 tahun baru nampak sawah bendang & pokok padi teruja lah sangat2. tersenyum2 Mr Hubby tenguk aku masa tu..dia pun tak sangka yang aku ni tak pernah nampak sawah bendang..
macam tak percaya sangat..yang akhirnya hajat aku nak tgk sawah bendang tercapai..
Walaupun Mr hubby kata waktu tu bendang nampak buruk coz tgh proses pembakaran tapi aku tetap kata cantik..untuk pengetahuan semua bila jerami dibakar bendang yang luas tu akan jadi hitam..tanah2 pun hitam..tapi aku tak pduli..pada aku dah cukup cantiklah tu..
Masa aku menyusur tepi parit untuk sampai palong tu..aku nampak banyak anak2 ikan.
anak katak pun ada..geli sangat sebab katak tu katak kembung bulat jerk perut dia..
Geramnya tenguk anak2 ikan tu..rasa nak tangkap bawak balik jer...
Lepas tu aku ambik padi yang berbaki kat tepi2 parit tu..Mr hubby suruh aku try makan..
so aku yang sangat2 teruja ni pun cubalah..rasa macam kopek kuaci pulak..
apa ek rasanya ...???? rasanya manis...maklumlah padi baru..sedaplah pulak...
so aku ambik lah banyak..nak bawak balik Johor, nak tunjuk kat mak & adik2 yang memang nak sangat tenguk padi tu..memasing pun nak rasa padi yang fresh lagi... he..he..
So tak peliklah kalau geng2 "MBC" tenguk sawah bendang yang baru di tuai dah teruja... coz aku sendiripun bukan setakat teruja..rasa jakun sangat...
Inilah pic pertama masa aku datang sawah hampir 10 tahun lepas
Teruja punya pasal...kat tepi2 parit pun kutip gak padi2 tu...
Serius...cantik sangat..aku cakap macam karpet bendang tu.. masa ni lagilah aku teruja...cantiknya semua hijau jer.. lagi2 kalau datang waktu pagi...masa matahari nak naik...lagi cantik..
lepas tu makan nasi lemak bungkus daun pisang kat tepi2 tu...urgh....bestnya..sampai sekarang kalau balik kampung mesti nak tenguk sawah..hampir 10 tahun aku masih tak pernah jemu..malah setiap kali datang aku akan teruja..dan terus teruja..macam dah kewajipan pulak..
cuma aku tak berkesempatan lagi nak masuk bendang sesama bapak mertua aku buang padi2 angin...
(eh dia kasi ker...??? rasanya tak kot takut lagi rosak padi2 dia ahhaaaaa....) cari ikan di bendang bila airnya hampir surut pun aku tak pernah buat..Mr hubby pun aku tak pernah nampak masuk bendang "gogoh" ikan
kalau dapat peluang lagi seronok kan...
"Nasi Lemak" buat bubur pun tak kurang sedapnya..aku banyak kali jugalah berpeluang makan beras baru yang dituai. kadang2 "MIL" memang akan simpankan untuk2 anak2 dia. termasuklah menantu dia yang suka sangat beras baru ni..
Padi yang masih hijau
Semakin menguning
Semakin berisi semakin tunduk
Sayang lah masa geng "MBC" datang kampung hari tu tak jumpa sawah yang luas terbentang menghijau tu kalaulah geng2 "MBC" dapat tenguk betapa indahnya sawah padi yang terbentang hijau tu, aku yakin kenangan tu tak akan padam sampai bebila kan...sure ada yang akan datang balik..Masa majlis sambut menantu sebelah suami, ayah aku sewa bas.. orang2 kampung nak hantar aku
& nak tenguk macamanalah rupa sawah bendang tu..masa ni sawah tengah hijau memang cantik. So orang2 kampung dan saudara mara yang datang hantar pengantin (akulah tu) sangat2 teruja. Sayangnya mereka tak dapat rasa beras baru.Mak mertua aku dah habis stok masa ni. Seronoknya berkongsi apa yang aku rasa dulu dengan keluarga, saudara mara & orang2 kampung yang menghantar aku masa tu..
Kalau aku yang dah bertahun2 masih belum jemu dengan pemandangan sawah padi..apalagi geng "MBC" yang baru sekali menjengah sawah padi.. pasti akan "Terkenang-kenang" sampai bila2 kan...
Aku harap anak -anak aku dan kalau ada rezeki cucu aku akan berpeluang sebagaimana aku mendapat peluang yang sangat indah ni..aku nak anak2 aku tahu dan rasa macamana susah payahnya petani membanting tulang untuk sebutir beras.. semenjak hari pertama aku menjejakan kaki ke bendang aku lebih menghargai nilai "beras & nasi" kalau dulu makan tak habis pun tak rasa bersalah..
sekarang... sebutir beras yang jatuh pun aku kutip..kerana aku semakin mengerti nilai sebutir beras,
ya.. itulah nilai peluh petani yang memberi manfaat kepada kita semua..
he..he...sebutir padi yang belum dituai
No comments:
Post a Comment