Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 12 November 2009

Lesung Batu dari mak

Lepas aje aku disahkan jadi isteri orang, Mak hadiahkan aku dengan "batu lesung" he..he..napa ek mak aku x bagi blender je ek.. kan senang..?
Oh..!! rupanya "lesung batu" ni warisan dari Nenek. Nenek aku hadiahkan pada mak selepas mak berkahwin dulu. Sekarang mak pula hadiahkan pada aku, memandangkan aku anak sulung he..he..
Selepas aku berpindah ke rumah sendiri baru aku tau  tak semua bahan masak kita akan gunakan blender..
ada yang kita akan gunakan "batu lesung" ni macam buat sambal belacan..rencah nasi goreng kampung..
kadang-kadang kalau aku masak sup pun aku tumbuk jer bahan2 tu lagi sedap..


   Inilah rupa "Lesung batu" yang mak hadiahkan. Umur dia lebih dari 30 tahun..



No comments: