Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday, 25 March 2011

Dihambat masa

Rasa dah bersawang blog aku ni kan..
Dah penuh ngan sawang dah, kena ambik vacum bagi clear sikit ha..ha..
Bukan tak nak update, tapi masa sangat-sangat terhad.
Cuti sekolah aku dapat ambik Adib lebih seminggu, jadi masa tu sangat-sangat berharga bagi aku.
Masa yang ada banyak aku habiskan dengan Adib.
Rasa rugi kalau aku kat depan PC ni lelama, baik aku hadap muka dia.
Keletah dia sangat-sangat menghiburkan..
lagi-lagi sekarang dia dah pandai buat kelakar, lagilah rugi kalau terlepas pandang.
Sangat-sangat comel..
6 hari aku bawak Adib balik kampung kat Segamat, coz MH aku ada job kat JB.
Seronok sangat..si Wawa sampai demam-demam rindukn Adib,
Si Adib pulak balik jer Kl pagi-pagi masuk semua bilik cari Wawa..
adeiiii..!!! syahdunya rasa

Lepas jer dengan aku 8 hari, hanta jer dia malam tu terus ke Trengganu.
Anak sedara belah MH aku bertunang. At least aku tak melalui kesedehan terlampau lepas
Adib tak ada..kalau tak nampak jer barang-barang dia sedeh  sesangat,
Air mata jangan cakaplah...lagi-lagi kalau bau bedak dia
rasa nak meraung jer...bedak cuticura tu sedap sangat bau dia...bau Adib.

Lepas balik dari Trengganu kat rumah 2 hari, kemas semua barang-barang Adib,
barang we all yang berkampung kat Trengganu, MH terus ajak ke JB. Dia ada kerja kat JB.
Tapi awal-awal aku dah bagi tau aku nak ke Singapore rumah adik aku.
Ha..ha..sudahnya sehari-ke sehari semakin bersawang blog ni..

Inilah isteri sepanjang jalan namanya..
Anytime lokasi sentiasa berubah-ubah. Sentiasa kena ready.
Sebab kalau nak outstation selalunya short notice.

Apapun aku happy dengan life aku. Amin...atas kurniaan rezeki yang Allah berikan..











4 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

isteri mithali namanya tu.. amin.. =)

munna said...

wah! sibuknya... walaupun housewife tapi sentiasa keluar outstation ye... Adib ni siapa ye Balqis?

Balqis Nazid said...

Mak dara: Insyallah amin...
(dengan muka palingb tawaduk sekali ha..ha...)

Balqis Nazid said...

Munna.. Hubby kerjanya memang banyak out station..
Adib anak yatim yang saya angkat jadi anak angkat, walaupun x jaga sepenuhnya