Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Saturday, 31 July 2010

Puding Roti

Wah..wah...rajinnya Mak Long iwan ni..sejak2 ni ada jer benda nak buat.
Yo lerrr...!!! yang nak makannya ada..rajin ler..kalau setakat 2 orang yang nak makan erm..baik beli jer ler..
kang buat penat2 tak abiss..maklumlah yang sorang ni kalau dah lepas kul 8 memang tak nak makan.
Haritu buat Piza kali ni buat Puding roti pun cap Mak Long gak muahahaaa..

Memandangkan ada baki roti bai yang beli kelmarin tak abis.. moh ler kita buat puding dari tak abissss
senang jer, resepi ikut suka hati ( ha..ha..aku paling suka ubah2 resepi., ikut suka hati)
Baling-baling dah siap....tada...!!!!!

Roti bai yang tak abisss..tu potong cam empat segi cam ni
sebelum susun dalam bekas

Rendam sat bagi dia dok diam2 sebelum bubuh kismis
& tuang semua bahan2 kuah tadi

Pastu bakar kalau ada microwave masukan dalam microwave

jeng...jeng....siap...
sat lagi bolehlah mamam..
kalau nak sedap boleh buatkan kuah puding roti ni
erm...yummy

Friday, 30 July 2010

Ed Hardy

Fenomena Ed Hardy kuat betul kan skg..Cantik baju ni suka sangat tengok,
tapi banyak sangat pic tengkorak bagai ni. Masa kat Bandung tu ada gak tengok kat FO dia Ed Hardy ni, dalam 220,000 Rupee kalau duit Malaysia dalam Rm 88++ lah.
Mr Hubby aku tak bagi, coz ada tengkorak.  Lagi satu dia tak ksi simpan baju cam ni dalam rumah.
takut malaikat rahmat tak singgah kot nanti... Walaupun hati ni nak sangat.
Lagi satu mungkin aneh plak kan pakai tudung tapi baju gambar tengkorak2, kang buatnya nak solat masa berjalan huk...huk..kenalah salin plak baju. Confirm tak boleh masuk masjid nanti.
Kena tegur ngan tuk Imam adalah...he..he..
Skg lom ada anak adik2 tgk erk..kang dia tanya "along tu ada tengkorak apa ek.." huh apa den nak jawap..
Kalau ada anak..nanti anak tengok Mummy dia pakai cam ni sok dia pakai over then kita apa kita nak jawap plak ek... ni yang dikatakan mak kencing berdiri anak kencing berlari,
kang anak kata..."eh Mummy pakai booleh" budak ni kan cepat jer...nak meniru apa yang dia nampak kan..
Eh...aku taklah salahkan baju ni tau...cuma corak dia cam tak sesuailah walaupun kain dia memang comfort sangat. Ni pendapat akulah. Setiap orang ada pendapat memasingkan..(kang ada yang hentam aku plak..)
(pujuk diri sendiri bila MR Hubby dah tak bagi...huk..huk..)

Hari tu masa kat FO gak aku ada jumpa yang bunga2 ngan gliter2 cantik..tapi budak2 punya..
eeiiii..!!!! cutenya. Kat KLCC ada butik dia. Kot-kot ada yang tak da tengkorak2 bagai sok kan... boleh lah sambar satu he..he..
ada yang minat tak ED HARDY ni..cantikan corak dia kalau tak ada tengkorak tua..
Pink dia very2 soft suka sangat...
Nak tunggu MR Hubby bagi bagi green Light memang tak lah..dia tak akan bagi punya.
Telan air liur jer lah ek...


Contoh
Perasan tak kat mana dok tengkorak ni...
cari perlahan-lahan...

contoh

Thursday, 29 July 2010

Uncle beli Durian

Yeayyyyy...!!! Uncle Nazid beli derian,  Ingat senang ke Uncle Nazid nak beli derian ni. Kang keta nya bau derian busuk katanya, Kalau beli derian sepanjang jalan ler tak buka aircond, cam fobia keta bau derian.
Aku plak kalau keta bau derian mabuk2 lah gitewww..ngengada sungguh muahahhaaa....
 eh..Uncle lupa kot  Iwan tak makan pun derian. Dia tak suka, geli coz lembik2 ni.
Mama Iwan pernah colet sket kat mulut dia apalagi terbuekkkk....lah budak ni.
Lagi Ngengada kan...wakakkakaaaa..!!!!
Memang tak mau dia makan derian..huk..huk..dah Iwan tak nak apalagi Mak Long ngan Mama dia lah yang sakan. Adeii...lately ni berantu jer aku tengok buah ni.
Kalau rasa nak dan..dan tu juga cam orang mengidam..tak boleh tunggu esok-esok.
Tapi kalau dah dibuat bubur ker, serawa ker, lempok ker, dodol ker memang tak lalu nak makan.
Kecuali tempoyak jer...sedap ni wehhhhh..!!!
aku tak suka yang pahit sangat, yang kuning cam emas 916 tu pun tak berapa suka sangat
aku suka yang ala2 jer...

kucing tido ker musang tido..???

Ni Mak Long punya ekkk...

ha...ni tangan Uncle Nazid

sekejap jer...langsai

Ni lah bila tak dengar kata Uncle, Uncle kata jap tunggu dia buka kan...Mak Long tak sabar
pulak tu bukan dia pandai pun bukak derian ni...
adeiiiii....!!! cacat sudah kegebusssannya...
seb baik sket jer...

Ni rambutan dari Kg minggu lepas, tak sedap sangat coz bukan dari pokok sendiri.
Ada orang bagi sebakul besar, Kalau pokok sendiri sekejap jer langsai ni..



Wednesday, 28 July 2010

Pizza cap Mak Long

Pizza cap Mak Long, muahhhaaaa...tadi minum petang aku buat Piza untuk Iwan. Sejak datang sini dia cam tak selera nak makan.  Agaknya abang dia tak ada, tu yang makan pun slow jer, tak ada geng. Kalau tak memang makan jer, Aku pulak suka kalau masak-masak ada yang makan. Tadi bila aku tanya nak Pizza tak dia kata nak...cam excited jer..Mak Long dia pun excited nak masakan..
Erm..jom buat Pizza cap Mak Long..Simple tapi sedap. Ekekekekee..perahsan sungguh kan..???

Ayam yang dipotong nipis-nipis, cendawan butang,bawang
ditumis dengan minyak zaitun & masukan sos cili
(tak letak lada coz yang nak makan ni budak kang pedas plak)

Ha...yang ni dah siap setting  tinggal nak bakar jer..

Taaaa..daaa...!!! siap bakar

satu slice untuk Iwan..

satu lagi untuk mak Long

He..he.. siap sudah Piza Cap mak Long, cepat dimasak sedap dimakan..




DARI HATI KECIL INSAN YANG KERDIL: RANTAI DAUN UBI

DARI HATI KECIL INSAN YANG KERDIL: RANTAI DAUN UBI

Tuesday, 27 July 2010

Happy birthday WAWA

27hb July Birthday Wawa, tapi sambut awal coz semua akak-akak & abang-abang dia ada kat Kampung
so aku ambiklah kesempatan semua ada ni celebrate besday dia.

Happy Birthday WAWA - ke 10 tahun
Adik aku paling chooomeellll.... + manjaaaaa... + yang katanyalah paling chanteeekkk...
erk...???? Wawa kan paling gelap cam aku masa kecik-kecik dulu.
Kalau ikut mak semua kulit kuning langsat..Tak apa Wawa kecik-kecik ireng dah besar gebussss tau kulit
he..he...
Birthday Wawa selalunya dia tak harap sangat hadiah, dia cuma nak kek jer. Kata mak dah seminggu dia dok menyebut..
"ibu..agak-agak nanti along beli kek tak...???"
Muahahahaa....Jumaat petang lepas aku g S'pore umah adik aku yang dok kat Teck Whye Road tu. so sabtu petang baru balik Kampug. meriahhhhhhnyerrrr..coz semua adik-adik aku kumpul.
Ayahlah paling seronok..semua anak-anak dia kumpul ngan cucu-cucu dia.

Sempat beli kek & KFC untuk Wawa, fevret dia KFC tu. Tak dalah nak buat BBQ bagai coz we all sambut lepas Isya' just makan-makan KFC ngan apa yang mak masak jer..

Heppy besday Wawa.
Nama mak pun ada sekali, takut 12/8 tak sempat nak balik ramai-ramai cam ni
so..kira sekali lah Mak ngan Wawa

Tangan Mak ngan Wawa tengah gigih memotong

Ahahhaaaa...masa ni Wawa excited nak tiup lilin
tapi abangnya yang baju hitam tu dari belakang dah serbu dulu
tu yang dia cam bengan tapi still cam control ayu giteww...nyampah..

Bila Wawa buat muka terharu cam menang anugerah...
muahahaaa.....

Apapun Along doakan Wawa jadi anak yang solehah, belajar rajin-rajin ya..
Untuk mak wish kena tunggu 12hb Ogos nantilah

Hadiah dari "Bagus"

4hb July yang lepas besday My Hubby, Masa ni we all nak ke Bandung. So pepagi sebelum flight tu satu-satu adik-adik wish besday tuk Mr Hubby. He..he..naseblah kan..khawen jer ngan aku dapat adik sedozen so sedozen gaklah wish dari adik-adik aku. Eh..taklah..actually dari Nana, Wawa & Bagus jerk.
Memula dulu Mr Hubby terkejut gak, adik-adik aku ingat besday dia. Tapi dah lelama dah tak pelik dah.
Tahun lepas adik dapat gift dari wawa. Tahun ni dapat dari "Bagus" adik aku yang kecik sekali. Actually nama "Bagus" ni "Mohd Raffiuddin" tapi sejak lahir ayah memang dah panggil nama dia "Bagus"
sampai la ni lekat nama "Bagus". "Bagus" pun bahasakan diri dia "Bagus" cam pelik kan kadang-kadang orang dengar, tapi aku pun suka nama "Bagus" ni.

Ada cerita masa dia nak bungkus hadiah tuk 'Abang Nazid' dia ni. Ya lah kan beli hadiah pun kat kedai RM 2 jer, apa lagi kena gelak lah ngan akak-akak dia si Nana &Wawa bla Bagus minta tolong bungkuskan hadiah tuk Abang Nazid dia..dah tak nak menyakat pulak budak dua orang ni...

Kata Nana   : 'tak kanlah Abang Nazid nak hadiah murah cam tu, 
Abang Nazid boleh beli lagi mahal'
Kata Bagus  : 'tak apalah...Abang Nazid kan selalu ingat kita'
(dah nak nangis...)
Kata Wawa :  'eeiiii..!!! nak ke abang Nazid hadiah Bagus ni...'
(yang ni tukang bakar-bakar apa kakak dia cakap..)
(Masa ni Bagus dah menangis-nangis...sedehlah kononnya...)
Kata Bagus  :  'Kan abang Nazid kalau apa-apa mesti ingat kita, belikan apa-apa untuk kita...
biarlah Bagus nak bagi nak bagi, murah pun tak apa...'
(dah nangis-nangis)

Siannya adik aku ni...alah "Bagus" mahal ker murah ker Abang Nazid ambik punya.
Jangan ler sedeh..sedeh ek.. Dah lah si Nana  & Wawa tak nak tolong bungkus kan hadiah tu menyakat si Bagus sampai nangis-nangis si bagus ni, Last-last maklah yang tolong bungkus hadiah Bagus tu..
Erm..masa nak bagi bukan main dia sengeh-sengeh..malu-malu kunun...muahahaaaa.....
he..he...jom skodeng apa lah si Bagus bagi ni ek..

Tulisan depan ni Mak yang tuliskan..

he..he..tangan abang Bagus lah ni
"abang Nazidnya..."

tu dia....!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ohh...buku ngan pen

Ha yang ni "Bagus" yang tulis
untuk Abang Nazidnya
erm...bolehlah buat note apa-apa yang ek buku tu..
Pen tu nanti bolehlah tulis kat card besday saya pulak ek sayang...
Glitter-glitter giteww tak kan nak buat sign cert tuk customer plak kan....

Bagus & Qaseh
Thanks ya Bagus....
Abang Nazid kata ngan Along..dia suka sangat..
(terharu....he..he...)





Sunday, 25 July 2010

Rambut warna koko

Dah lama kau tak jumpa anak sedara aku yang sorang ni,
seingat aku last aku jumpa masa bulan April lepas. So maknanya dekat 3 bulan jugalah aku tak jumpa anak-anak adik yang aku panggil kakak ni,  Iman, Iwan & Qaseh.
Lepas dari Singapore sabtu malam aku balik kg aku kat Segamat. Kebetulan kakak balik kg coz husband dia kursus so dia angkutlah anak-anak dia balik kg..
Ahahaaa...yang kelakarnya masa lepas jer aku bukak tudung si Iman tanya aku.
"Mak Long kenapa rambut Mak Long warna koko"
ahhahaaa.......rambut aku warna koko...lawaknya rasa. Bila Iman tengok aku ketawa cam
tak sedar diri Iman terdiam tapi Iman pandang jer muka aku ni. Adeiii...!!! camna dia boleh kata rambut aku warna koko ek.. Actually rambut aku memang baru lepas aku colourkan warna cheesenut.  Mungkin Iman nak cakap warna cokelat, tapi yang dia tahu cuma koko huk...huk..
Kan rambut aku memang jarang warna hitam..bungkus dengan tudung pun kat rumah aku suka melawo ngan rambut he..he..tak sangka plak mn kata rambut aku warna koko wahahaaaa....!!!!

Iman
Dialah yang kata rambut aku warna koko

Iwan
cam tweety
Qaseh

Rambut Mak Long yang warna koko
he..he..

Saturday, 24 July 2010

Minum MILO anda jadi sihat dan kuat



Pergh...!!! sedapnya kalau dapat MILO ais tabur, tetiba cam teringin plak.
Rasanya sejak dari kecik lagi memang dah kenal MILO ni kan. Yalah dah lebih 60 tahun kat Malaysia & rating tertinggi pilihan ramai. Sejuk ke panas ke memang ramai yang suka. Aku teringat zaman susah-susah dulu, kalau dapat minum MILO dah mewah lah sangat. Maklumlah zaman aku susah dulu mana nak dapat selalu minum MILO, kalau mak ayah beli MILO mau aku curi-curi makan. sedapnya rasa masa tu..maklumlah dulukan tak ada jajan cam skg, so apa mak beli tu lah yang di makan.
Aku tak ingat tin MILO dulu-dulu macamana..yang sekarang cam nilah ghopa dia. Lagi satu ingat tak lagu dia.. "MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT..."



Negara ini juga merupakan tapak kepada kilang MILO® terbesar dunia yang terletak di kompleks pembuatan Nestle di Chembong, Negeri Sembilan. he..he..bangganya kalau jadi orang Nogori nih...Terdapat
Apa yang aku baca dan aku tahu MILO ni banyak membekalkan khasiat pada kita semua.

Antaranya:
1. Kebaikan semula jadi malt, susu dan koko.


2. Hanya MILO® mengandungi Protomalt, ekstrak malt istimewa Nestlé dengan
   campuran pelbagai jenis Karbohidrat yang membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.


3. Hanya MILO® yang mengandungi Actigen-E, gabungan lapan jenis vitamin dan
    empat jenis mineral yang kaya magnesium dan tahap Vitamin B, Vitamin C dan
    Kalsium yang dipertingkatkan bagi mengoptimumkan pengeluaran tenaga dari makanan.


4. Kaya dengan Protein bagi pembinaan dan pembaikan tisu badan. Secawan MILO mengandungi   3.5g       Protein, iaitu 11% dari pengambilan Protein harian yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia antara 7-9 tahun.


5. Kaya dengan Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat; dan Magnesium bagi penyerapan Kalsium ke dalam badan dengan lebih baik.


6. Kaya dengan Zat Besi dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah Vitamin C untuk penyerapan Zat Besi.


7. Khasiat seimbang bagi Protein, Lemak dan Karbohidrat.


8. Disahkan Halal.


9. Warisan MILO® yang dipercayai – khasiat yang boleh anda percayai bila-bila masa, di mana - mana sahaja.


10. Rasa MILO® yang hebat – rasa coklat malt unik yang disukai rakyat Malaysia.


(sumber dari klik disini)

Masa Sukan SEA 1993 di Singapura dulu MILO lah yang memperkenalkan slogan "MALAYSIA BOLEH" ni. Sorakan ni terus digunakan hingga sekarang untuk menaikan semangat semua atlet2 Malaysia.

Kalau tanya aku suka MILO ke tak..memang aku sesangat. Lagi-lagi kalau sejuk memang mengancam. Kalau panas aku yang kurang manis, atau MILO 'O' erm..sedap...
so korang suka tak MILO ni..???

Sup tulang Beach Road

Tetiba rasa tekak nak makan sup tulang merah kat Beach Road lagi. Ngengada betul tekak ni..
Ya lah 2-3 hari ni cam tak berselera nak makan, rasa nak makan sup tulang jerk..
Minggu lepas set nak balik kampung aku kat Segamat, tetiba aku rasa nak ke Spore dulu muahahaaaa...
Kuatnya penangan Sup merah ni.. seperti biasa lerr Mr Hubby aku kalau makan kat luar tak nak makan..
kalau tapau sure makan punya...

Yummy....




Uisshhhhhh....ni lah yang malehh..
pas makan tangan merah....

Friday, 23 July 2010

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru buat anak saudara aku Siti Fatimah Zahrah dan pasangannya Hidayat Abdullah.
Majlis nikah 10hb July, Sanding 11hb July, sebelah lelaki 18 July 2010.
Alhamdulillah selesai semuanya..semoga masjid yang dibina kekal sehingga hujung nyawa...
amin..amin...

Excitednya bila anak sedara khawin ni, actually ni belah Mr Hubby aku, belah aku yang paling tua baru 6 tahun..berjanggut nak tunggu depa khawin. Ahahaaa...kalau ada rezeki jadi Nenek ler aku tahun depan...
Nenek Vouge..muahahaaa..eeiii..tak sabar ler pulok...

Aku terima nikahnya

Semoga bahagia ke akhir hayat
amin...

Alhamdulillah...

kalau ikutkan memang letih sesangat, aku sampai KL kul 8, gedebak gedebuk..kul 10 baru sampai umah.
Tunggu beg punyalah lama..que teksi lagi..cam nak tercabut kepala lutut aku ni, balik aku kuarkan baju-baju kotor basuh terus. Siap jer terus hanyut ngantuk sesangat, seb baik sebelum aku flight hari tu dah siap-siap iron baju tuk majlis esok, penat-penat ni paling malas nak iron baju. Letih sangat kalau ikutkan..

Majlis Sanding seb baik tak berapa panas sangat, tapi kaki aku dah kebas-kebas dah. Semua pakai catering,
siap pelayan so kerja aku cuma jaga beg hadiah cenderahati yang nak beri pada tetamu..
Penatnya...gasak minum air batu jer sepanjang majlis.

Siti Fatimah Zahrah & hidayat Abdullah

Et & yayat

Apapun Alhamdulillah..buat Et & Dayat bik doakan bahagia ke akhir hayat, dugaan dalam perkhawinan tu tak akan putus, cuma kita yang kena bijak menanganinya. Syurga seorang isteri ada pada suami.
Insyaallah...

Renungan bersama :
Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.


Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang

Hari-hari terakhir di Bandung


ahahhaaaa....ni tgh tunggu teksi, terlelap jap..
Maklumlah 5 hari setiap hari bangun pagi terus jer berjalan malam baru balik
mana tak lepak..

Sekejap jerk rasa 6 hari ek. Dah nak balik. Hari Khamis 8hb tu aku habiskan FO kat area Cheamplas.
Setiap FO kat situ ada lambang karektor komik cam Superman, Princess, Batman. Kawasan FO kat sini agak crowded, yang tak bestnya turun jer dari Avanza terus hujan turun selebat-lebatnya..seb baik dah lari masuk Fo cepat. Kalau hujan jer ramailah anak-anak yang datang kat kereta nak payungkan kita..lepas tu bagilah berapa ikhlas. Aku awal-awal dah ready payung so kalau hujan berpayung ler berdua dalam hujan gitew. Opsss..sebelum tu pepagi aku ke Chibaduyut, Elizabet Mall & rumah Tas then baru ke Cheamplas ni..


cam ni lah FO kat jalan cheamplas ni
Ni jerk yang sempat ambik sebelum hujan dengan lebatnya

Hujung-hujung ni baru shopping yang mengirim. Tu pun budget-budget. Tak naklah kang terlebih berat kena bayor plak. Baik duit tu buat shopping muahahaaa...
Semalam dah janji ngan kawan aku  Erick (kawan Mr Hubby gak coz kenal masa Makassar backpackers datang KL Feb lepas) nak jumpa. Alang-alang dah sampai Bandung ni kan..Actually dia kerja kat jakarta, tapi now tengah buat Master kat salah satu Universiti di Bandung. Memang plan jumpa kat Cheamplas.
Kebetulan masa dia datang hujan tgh turun..erm..minum-minum, sembang-sembang..

Kg Daun

Teh panas tanpa gula.
Menghangatkan badan yang sangat-sangat kesejukan
satu teko tu untuk satu orang

Unikan cara penyediaan teh dia

Tak ingat set apa ni..tapi ada ayam bakar, rempeyek, sambal
& salad yang dalam gulung daun pisang tu nasi..
Wangi nasi dia

Yang dalam mangkuk tu sup Iga

No 12 tu pondok makan kita orang,
belakang dia tu yang ada cam terusan dari air terjun

Malam tu aku ajak Eric ikut aku ngan Mr Hubby Dinner kat "Kg Daun" cam yang di suggest kan ngan Pak Surya tu. Tapi kata Erick kalau cuaca baik lagi best ke "Sapu Lidi" makan di tepian bukit boleh tengok Bandung waktu malam, Tapi hari tu cuaca tak memberangsangkan lah..gerimis jer dari kul 5 ptg tu..

Nazid & Eric
Belatar belakangkan air terjun

Sangat-sangat kesejukan

Eric cool jer dia ni..
tgh cari calon ni..

Kg Daun, Bandung

"Kg Daun" best gilerrrr tempat dia. Semuanya penuh tradisional, sejuk sangat dengan geimis + air terjun kat kawasan tu...eeiiiii...!!!! best sangat sorrounding dia cantik sangat. Aku ajak juga pak Surya tapi dia tak nak..mungkin segan kot..apa nak segan dah 5 hari dok kehulu kehilir dengan dia, so ingat nak lah ajak dia sekali...erm..dia tak nak pulak..

Tempat makan cam Pondok beratapkan atap nipah, tu sebelahnya ada cam terusan then makan pun bersila. memula dia akan bagi menu-menu yang ada bila dah siap pilih ketuk jer beduk yang disediakan tu.
Datanglah pelayan dia yang ramah-ramah tu...ramai orang Malaysia masa aku datang malam ni.

Last day tu aku cek out awal pagi gak, flight aku ptg kul 5 so ada banyak masa lagi nak merambu.
Mr Hubby ni tak sudah-sudah pujuk aku gi Muzium alololo...bukan kali ni lah dear ek...
kali ni misinya shopping-shopping...Kalau gi memana Mr Hubby memang suka bebeno ke Muzium. Dulu masa kat Brunei pun semua Muzium kat Brunei dia masuk, kat labuan pun sama....he..he..

Sebab ak nak ke memana Muzium, teman juga Mr Hubby tgk monumen ni
Monumen pun jadilah ek..
tak silap dekat ngan Chibaduyut tempat ni

Aku tumpang beg-beg aku yang sebebak tu kat bilik Eric kat jalan Siliwangi. Dia yang offer..he..he..kalau tak plan asalnya nak lajakan cek out sampai petang or bayar jer for one day, tapi dah di offer yang bagus on je  lah. Di sebab kan hari ni khidmat pak Surya dah abis so aku ke Jalan Siliwangi nek 'Blue cab' jer.

Inilah Angkot
singkatan dari Angkotan Kota

Dalam angkot

me & chenta hatiku....
Dalam angkot..
kat KL tak pernah naik bas berdua kat sini naik angkot lagi..

Yang bangunan pink tu lah bilik-bilik yang disewakan
ada 4 tingkat semua bilik-bilik ni di jaga dengan seorang bibik
merangkap cleaner & tukang cuci baju
bersih gilerr..kawasan penempatan ni

Dari Siliwangi aku ke Pasar baru lagi, yang seronoknya kali ni naik angkot (angkotan kota) kira bas lah cuma bas kat sini macam Van, kalau yang rajin tgk sinitron taulah angkot tu cam na. Aku yang request nak naik angkot ni. teringin sangat. Sebelum ni ajak Mr Hubby dia tak nak. Sebab ada Erick beranilah naik angkot ni.
Woooohooo..manyak syiookkk lorrr..lagi2 bila berenti kat Traffic light, banyak ngamen yang akan menghiburkan penumpang-penumpang angkot tu. (ngamen ni budak-budak jalanan yang main gitar sama nyanyi, Ariel Peterpan pun asalnya Ngamen juga) lepas depa nyanyi bagilah berapa nak bagi. Dah cara tu depa cari rezeki kena ihklas kan jer. 2x ngamen datang kat angkot yang aku naik.
Suara diaorang memang sedap..lagu cipta sendiri rasanya tu... "inilah naseb anak-anak jalanan" tu jer lirik lagu yang aku masih ingat.
Kat Pasar Baru pun abiskan memana yang tak sempat beli..
ada lagi ek..aku beli jer Mr Hubby dok jeling-jeling..alah taulah mana aku nak sumbat ni nanti.
Yang meroyannya bila aku tgk kain lace dia..
memang menyentap jiwa nan raga..cantik-cantik, murah-murah kualiti memang superb..
aku sambar gak satu..atas pujukan Mr Hubby ler.. dia dok pujuk suh beli aku beli lerrr...pas tu tanya sendiri nak pakai bila..tak kan ghaya nak pakai cam pengantin muaahhahaaa...tok de koje plak..

Masa 1st time ke Pasar Baru Pak Surya turunkan betul2 depan pintu kat tingkat 7 tu,
bila naik angkot turun jauh sikit.
Jalan kaki sebelum sampai ke Pasar Baru.

pilih kain lace cam nak sanding lagi sekali he..he..

Lunch, Eric ajak gi makan kat kedai kedai makan yang sedap, Nasi bacakan. Cam nasi campurlah nasi bacakan ni. Punyalah ramai orang. Sedap..banyak pilihan..boleh request minta panaskan balik kalau nak lauk2 yang kita pilih tu. Alhamdulillah kenyang.

Nasi Bacakan

pinggan mangkuk yang digunakan semua dari zink cam zaman dulu-dulu

Jalan kaki terus ke gedung Sate. Bukan tempat jual sate ek..tapi gedung Sate adalah tempat Pusat Kegiatan Pemerintah Propinsi Jawa Barat sejak tahun 1980, Cerita lanjut tentang gedung Satey ni boleh baca kat sini  baca sini nak ceta kang esok pun tak abis entry ni. Kata Erick kalau dah bergambar di Gedung sate ni lengkap lah lawatan ke Bandung ni.

Hadapan gedung sate

With Eric again

Then balik semula ke Eric ambik beg-beg, kemas beg-beg nak ke airport. Bilik yang Eric sewa ni siap ada bibik yang akan kemas bilik, dan cuci baju. Bersih sangat kawasan penempatan kat sini. Yang kelakarnya masa Eric carikan teksi satu teksi pun tak lalu. Hujan pulak dah nak turun..tau aku naik apa gi Airport..?
muahahaa...aku naik angkot. Aku sewa sebijik angkot, dalam 15,000 rupee murah jer. Maknanya sepanjang aku naik angkot ni tak ada orang lain melainkan aku Mr Hubby & Eric. He..he..pengalaman baru sesangat.

Alhamdulillah selamat semuanya...pukul 8 sampai LCCT, belum sampai rumah Mr Hubby dah plan nak datang lagi..he..he.."syioookkk ek yang.." Insyallah ada rezeki ada masa akan ke sini lagi..
Thanks for Eric juga..sebab bawak naik angkot, bawak makan yang sedap, teman jalan-jalan,
tukang snap-snap pic aku ngan Mr Hubby aku.. nanti kamu datang KL calling-calling ya