Seronoknya sebab aku tak pernah ke sini, walaupun pernah sampai ke Langkawi sebelum ni.
Selalunya dengar jer orang cerita, tak pun tgk kat TV jer. Macam best jer kan..
Tiket masuk untuk yang ada My kad RM 28 seorang, kanak-kanak 3-12 tahun dengan My kid RM 18 sahaja.
Untuk warga emas 55 tahun keatas RM 22 sahaja.
Underwater World Langkawi mempamerkan pelbagai koleksi hidupan laut lebih dari 200 spesis.
Selain itu terdapat lebih 5000 spesis ikan dan hidupan laut lain, yang mana hanya dipamerkan dalam lebih
dari 117 tanki yang direka khas yang diatur sepanjang lorong pengunjung yang melawat tempat tersebut
Ok..jom layan antara gambar yang sempat di snap..snap..
ha..ha..yang baju merah ni bukan spesis yang terdapat kat sana hoccay...
Antara spesis yang dipamerkan..
Antara spesis pari
Ini juga spesis pari yang ada di Underwater World langkawi
jerung putih
Tak ingat ikan apa ni...tapi besarrr...
Timun laut
@ Gamat
Ini juga spesis bawah laut
nama tak ingat...
Spesis adik beradik udang,
agak-agak ada tak yang lalu nak makan ek..???
Antara karangan laut
Ikan batu..
kalau tengok betul2 baru nampak ini sebenarnya ikan..
Lepas dari Underwater World, acara makan tengahari. Semua di jemput makan kat satu kedai area Pantai Chenang, memang sedap. Macam-macam ada. Paling sedap ikan bakar dia..ahhaaaa..perut tengah lapar rasa semua sedap bangetlah..
Lepas makan baru Mr Hubby sewa kereta. memandangkan pagi tadi acara berkumpulan maka semua naik bas, cam rombongan sekolah ahahaaaa...!!!
Acara berkumpulan cuma pagi ni jer so lepas tu semua bebasssss...
kemana petang ni...?????
Tungggu....!!!!!!!!
1 comment:
bestnya! macam lagi best dp aquaria jek.
dulu pegi tak dapat masuk sbb dah tutup. takpe rezeki lain kali la pulak...
Post a Comment