Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 22 July 2010

Ke Jakarta

muahahaaa...sebelum pergi sengehhhh manjang...
lom macet...lom penat..lom segalanyalah...
pas tu ambik ko...benyek muka tak hengat...
bak kata Mr Hubby muncung boleh sangut hanger muahahaaa....

Rabu 7hb July aku plan ke Jakarta. Memula plan nak stay kat sana. Tapi last minit cancel. So pergi pagi balik petang..seawal 8 pagi kita oang dah bertolak ke Jakarta. Sepatutnya 2 jam dah boleh sampai tapi punyalah Jem...ya allah jem, jem sesangat..tak bergerak tayar kereta tu..diam tak diam 5 jam baru sampai. Tensionnya... Ada pelebaran jalan tu yang jem sesangat


Aku suka baca semua sign board atas jalan kalau gi memana
pas tu ambik semua pic sign board muahahaaa...

macet...macet...macet...

Rel keretapi dari Bandung ke Jakarta..
antara peninggalan Belanda

Rehat & rawat
R&R lah....

Pelebaran Jalan

Eeeeiii..!!!! betulah kata si kawan aku Jakarta tu sesak, macet, panas..ramai sangat orang kat Jakarta.
Sepanjang highway Bandung Jakarta tu kiri kanan ada sawah bukit, ada ladang teh..tapi yang paling banyak rumah-rumah orang..he..he..Nampak dapur jer. Jarak dari highway dekat sesangat. Masuk jer kawasan Jakarta (menuju ke Mangga 2) sepanjang tepi jalan tu ada rel keretapi, tepi-tepi rel tu banyak sangat setinggan... Rumah yang di bina atas tanah pemerintah) rumahnya rapat sangat dengan rel ada yang tak sampai 2 kaki jaraknya dari rel. bayangkan anak-anak kecil bebas lari-lari kat rel keretapi tu..
seriau seh tengok..tapi diaorang tu cool jerk.. lepas tu ada pulak warung makan yang kerusi mejanya dekat sangat ngan rel tu eeeiiii....ngerilah tengok. Sepanjang tepi jalan tu banyak sangat orang berniaga..ada yang jual buah, jual makanan, jual sayur, jual macam-macamlah. Ada yang jual air, kerepek, kuih muih pun ada, macam-macam jenis yang di dagangkan.  Pulak tu jalan tengah jem tu lah dia ofer air, kuih muihlah..kerepek lah..kalau tengah2 lapar ke haus ke senang kan buka jer tingkap hulur..kalau kat KL ada yang buat cam tu time jem-jem mau bercarton-carton mineral orang beli he..he..
Menurut Pak Surya, kawasan inilah yang memeningkan pemerintah, ada ura-ura untuk membangunkan kawasan ni..tetapi mereka yang bermastautin di setinggan ni membantah...
"sudahlah ditanah pemerintah, di usir malah memberontak pula, kan aneh tu.." itulah omelan Pak Surya kala bercerita tentang penempatan sepanjang rel keretapi di tengah2 kota Jakarta yang menyesakan mata.


rel keretapi, Jakarta

Kalau perasan ini juga rel keretapi
tak sampai 2 kaki dah ada kedai runcit

Ahahaaa...sampai jer Mangga Dua, aku dah buat muka benyek dah..tak best. seb baik tak cancel nak stay Jakarta, memang tensionlah Jakarta. baru sampai Mangga Dua, lom jalan kat Town lagi ni.
Panas sangat...tak best lansung. Lagi satu aku rasa takut sikit nak kemana-mana kat sini. Nak ke tandas pun aku takut. Lagi satu orang-orang sini tak sama cam masyarakat kat Bandung. Tulusnya orang-orang Bandung sangat-sangat memikat..Perempuan kat Jakarta so daring. Masa kat Mangga dua lepas aku beli something kat satu kedai tu sales girl dia dengan selamba minta no tepon si Mr Hubby aku..ayooohhh..!!!! so terkejut sesangat.. aku berdiri depan dia tau...boleh selamba jerr kan.. lepas tu dia cam perasan plak yang aku ada terus dia kata " diminta wang Malaysianya buat kenang-kenangan" ahahaa..nak tergelak aku..
Tak bagi pun Mr Hubby aku..aku yang bagi RM 1 jerk cukuplah tu.

Terus set nak balik cepat...ahhaaaa...lom 2 jam wehh..!! dah nak balik..aku cakap kat Mr Hubby
tau cam ni memang tak nak ke Jakarta...tak best lansung..pada akulah..pada orang lain aku tak taulah..
seb baik tak merepek nak ke Tanah Abang..kata Pak Surya Tanah Abang lagi macet...
Nak snap-snap pic tak minat sangat..tak berapa nak excited...

Last-last pukul 3 terus ajak Mr Hubby balik Bandung, Mr Hubby terus kata..kalau sampai awal nanti kita gi Jalan Riau gi FO lagi...muahahaaa...nampak sangat dia pun tak minat...

WTC Mangga Dua


Mangga Dua Jakarta

Mangga Dua

Mangga Dua jakarta

Mangga Dua Jakarta

Kat Jakarta kotanya sesak, kota yang menjanjikan keindahan..sayangnya keindahan tu ibarat menanam tebu di bibir jer..lain dengan realiti. Kemiskinan sangat menyedihkan..yang kaya memang kaya...yang miskin..
anak-anak yang jadi gelandangan sangat-sangat menyedihkan..tapi kesusahan tu menjadikan mereka sangat kreatif..macam  yang aku kata tadi bawak bekalan air yang digendung dan dijual masa jalan jem..aku rasa cara mereka sangat efisyen..walaupun kadang-kadang aku rimas sangat sebab banyak sangat peniaga-peniaga dijalanan.

Satu hari kalau aku ke Bandung semula aku tak akan ke Jakarta lagi. cukuplah sekali pengalaman tu. Cuma kalau hati berubah sapa tau kan...

Betul kata Benjamin S "SEKEJAM-KEJAM IBU TIRI ITU KEJAM LAGI IBU KOTA"

Lagi satu tak banyak sangat pun aku snap kat sini....moodnya cam hampeh..

Friday, 16 July 2010

Factory Outlet

Ya Allah banyaknya Factoray Outlet (FO) kat Bandung ni, berpinar mata memilih. Jauh beza ngan FO yang ada kat Kl ni, dari segi kualiti dan juga harga memang jauh beza. Kualiti baju Rm 6 kat sana sama cam kualiti baju kat Esprit kat KL yang lebih dari RM 50 tu. Kualiti sana kalau kita tgk memang tak nampak mana yang reject. Kalau mana-mana yang saiz S ker XS tu memang untung lah sesangat. Banyak betul baju yang cantik-cantik..geram..geram sesangat.

Lepas balik dari Tangkuban Perahu memang plan nak ker semua FO yang ada kat Bandung ni. Mr Hubby dah buat list semua FO yang ada. 
1st FO ke Jalan Riau dulu.
He..he..dia bagi pulak tu green light kat semua FO boleh beli something muahahahaaa...!!!! best...best...
tapi bab bayar memang aku surrender tak suka..sebab banyak sangat
00.00 kat duit dia tu..pening kepala aku. Adalah beberapa kali aku gi bayar menggago jap bila nak kuar kan duit..ish..lepas tu dah tak mo dah..senang jer kalau nak convert Ruppie ni ke RM.
Biasanya aku jadikan dia USD dulu contohnya cam 150,000 rupee tu akan jadi 15 USD x 3.2
(harga USD masa aku pg haritu lah) so dapatlah total dia RM 48.00 senang kan...

Antara FO yang aku pergi hari tu, Jalan Setia Budi (Rumah Mode, Zenith, Mode Plus & Donatello)
Jalan Riau (The Secret, Branded Club, The Oasis, Heritage, Stamp, The Summit, Terminal Tas and Formen)
Jalan Dago (The level, Blossom, Victoria, Glamour, Raffles City, Carla, Grande dan Episode)
Jalan Cheamplas yang ni memang tak ingat nama-nama FO dia. Tapi memang banyak sangat FO kat sini.
Pasar Baru, yang ni bukan FO tapi cam kat Pasar Payang Trengganu, cuma dia lebih tersusun dan besar, ada aircond & 7 tingkat. Besar sangat tempat tu. Kata pak Surya pernah dia bawak orang Malaysia datang Pasar Baru dari pukul 9 pagi keluar dari Pasar Baru pukul 5 petang. Huh....aku baru sampai tingkat 3 dah tak larat nak tarik kaki. Kat Pasar Baru ada yang ambik duit RM. kena pandai menawar, lagi satu kalau tengok semua sales assistant kat Bandung ni tulus-tulus, ikhlas sangat bila dia melayan kita. Chomel2 pun ya muahahaaa...

Depan Zenith, tengah tunggu Pak Surya ambik balik hotel,
Hujan lebat sangat masa ni

Rumah Mode dua kali ngulang..he..he..

Toko Tiga, kalau nak cari jeans yang berkualiti & brands memang sinilah tempatnya

Jet Set Jalan Riau

sakan ek....

Depan FO Episode

Level

Oasis

Pilih dear pilih....

Budak ni minta sedekah...
Comel-comel macam ni jadi gelandangan
sedeh sangat aku tengok..bila aku bagi dia asyik cakap
"ma kasih ya mbak...ma kasih.."
berulang-ulang kali..

Branded Club ni pun 2x pergi. Suka sesangat kat sini

OMG...tempat ni cantik sangat..
sayangnya baju2 dia banyak saiz S kalau saiz L pun cam saiz M jer kecik cutting dia

Ni Jalan Cheamplas..
Kawasan ni banyak jual baju-baju cam Batman, Superman, Ultraman..

FO kat sini ada lambang kartun cam ni

Pasar Baru...
Now baru aku faham napa semua yang nak khawin banyak ke Bandung cari barang-barang kawin
Dah lah murah-murah, barang2 cenderahatinya sangat unik-unik..
Kain-kainnya woo..!!! dengan kualiti yang terbaik dan termurah..
napalah masa aku khawin dulu tak kesini ek...
ahaksss...

Pasar Baru lagi..
kesini pun 2x..hari terakhir kat Bandung pagi tu sempat lagi kesini
kali ni dengan kawan kami "Eric" dia bawak naik angkot
muahahaaa.....best wooooo..!!!

Pasar Baru

Raffless City

Sexsimo

He..he.. 1st time tgk Mr Hubby sakan masa shopping..
so cute he...he...

Heritage

Pic kat mana aku pegi jer ek..apa yang aku beli tak yah lah tengok, tapi masa aku ke Bandung tu memang bawak baju 3 helai jer, tu pun satu baju tido malam. Memang agenda utama gi Bandung nak shopping.
So kenalah bawak seminimum yang mungkin. Masa pergi tu aku bawak 2 beg satu bagasi yang paling besar satu yang sedang. Yang sedang masukan dalam yang paling besar...beg dukung belakang bawak 2. yang dukung belakang tu aku bawak naik flight. kalau tak confirm kena extra charge. Yang 2 beg tu dah
ngam-ngam 30kg. Yang dukung belakang baik naik flight tu sumbat selagi boleh..
kat FO ni kalau shopping dapat paper bag, aku memang suka collection paper beg. Semua Fo yang aku pergi paper beg dia cantik-cantik. Tu semua aku sumbat bawak balik...muahahaaa...tak kira lerrrr...
walaupun Mr Hubby aku dok jeling-jeling. Erm..pandai-pandailah aku nak sumbat kat mana,
coz aku yang packing barang2 yang di Shopping selama seminggu kat sini he..he...
Tapi memang sangat berbaloi...baloi...cam plan nak kesini lagilah next year huk..huk...

satu Mr Hubby bawak, satu aku bawak..
satu beg kamera..
Lappy, aku sumbat dalam H/beg aku..

Gara-gara banayak berjalan juga kaki aku tersangatlah sakit. Rasa cramp bila nak jalan. Hari ke 3 masa ni.
Bila aku dah main seret je kaki Mr Hubby suh gi urut.. Esok kan plan nak ker Jakarta, kalau kaki sakit camna nak jalan ek..Pak Surya rekmen gi Spa Mariaty kat Jalan Setia Budi dekat ngan Rumah Mode. Ayoooooo...!!!! memang best dah tu murah pulak tu 60,000 ribu jer duit kita dalam RM 19.00 jer. 1jam 1/2 plak tu dari lutut ker tapak kaki. Bestnya Spa Mariaty ni.. uisss..!! rasa nak tertdolah sangat...
lepas kena urut memang best. Baru ringan jer kaki ni..

ouch....!! masa ni memang dah tak boleh menapak dah..main seret jer kaki..
masa lepak kat satu cafe ni dengan tak malunya aku melunjurkan kaki...
rasa darah kat kaki tu dah beku dah tak jalan...

Nama yang urut kaki aku ni Lilis,
umur dia 32 tahun...kulit dia mulus sangat

lepas urut dia bungkus guna tuala herba suam
cam nak pergi lagi lah esok urut kaki wakakkaaaa..

Mariaty Spa, ramai orang Malaysia yang datang sini.




Tuesday, 13 July 2010

Cerita Tangkuban perahu

5hb July 2nd day kat Bandung aku ke Tangkuban Perahu, lebih kurang 30km dari Daerah Bandung.
Memula nak ke Kawah Putih, tapi masa search kat internet ramai yang sugestkan gi Tangkuban Perahu dulu, so we all pun pakat ke Gunung Tangkuban Perahu.
Gunung ini menjadi salah satu tempat pelancungan yang terkenal di Kota Bandung, wisata Indonesia yang menarik di Jawa Barat. Lingkungan alam Tangkuban Perahu Bandung yang sejuk, dan sumber mata air panas di kaki-kaki gunungnya. Deretan kawah yang memanjang, menjadi daya tarik objek wisata itu tersendiri.
Sepanjang perjalanan mata dihidangkan dengan poko2 teh dan strabery di kiri dan kanan jalan.
Pokok-pokok yang ada di sepanjang perjalanan ke Gunung Tangkuban memang cantik-cantik.
Terpesona betul sepanjang perjalanan ni.
Sejarah Gunung Tangkuban Perahu ni menurut yang dibagitau oleh Pak Suria (supir kami) adalah lagenda antara Dayang Sumbi dan anaknya Sangkuriang. Panjang pulak nak ceritakan so kalau nak baca klik kat sini
Sejarah Tangkuban Perahu  lengkap cerita antara Dayang Sumbi dengan anaknya Sangkuriang tu..


Akhirnya sampai gak kat Tangkuban perahu ni..

On the way ke Tangkuban perahu

Masih berasap tapi tak aktif lagi

Pendangan dari atas

Yang bumbung hitam tu semua gerai-gerai
Tapi oklah yang  ni dia ta paksa pun kita beli. Just panggil jer kita suh beli
tapi tak adalah nak follow cam peniaga yang pikul-pikul tu

Fokus picture ni bukan aku hoccay..
aku nak tunjuk brother belakang tu yang kena kerumun ngan peniaga-peniaga kat sana
2 brother tu dari Malaysia juga.
Yang lain semua tu peniaga..galakan derang tu..
sian brother tu yang kepeningan...ahahaaaa...
aku pun kena gak sebelum tu..tak boleh nak elak beb...

Tetiba je Bapak ni mengekor kitaorang..ingatkan suka rela..
aku pun sukalah bila dia cerita pasal sejarah Tangkuban Perahu ni
alih-alih dia minta bayaran muahahaaaa....
250,00 rupeee tu..banyak  hu..hu...

Pokok-pokok ni masa kecik-kecik dulu kena sulfur gunung berapi
tu yang jadi merah-merah tu - kata bapak tadilah

 
katanya dulu boleh turun ke kawasan ni..
Tapi sekarang tengok jerlah dari atas ek..

Muahahhaaaa...gigih sungguh ek..

Ni tahu sumedang, rasa dia cam biasa jer..

its me....he..he...

Next Time kalau datang Bandung lagi rasanya nak ke Kawah Putih pulak..
Disebabkan peniaga2 yang so extrem tu aku jadi sangat2 Fobia dengan orang-orang yang
datang kat aku untuk jual barang ni.. Bayangkan dari aras bawah masa kami sampai lagi dia dah pujuk-pujuk suh beli barang, ingatkan makin jauh aku berjalan dia giveup...last-last aku yang give up. Rimaslah asyik mengekor jer mana aku pergi. Kita ni datang nak tengok pemandangan kat situ dia dok follow kita jerr...
silapnya aku tak masuk gerai-gerai yang banyak tu dulu kalau tak surelah tau berapa harga barang-barang yang terpaksa aku beli tu...Tapi aku pujuk diri sendiri. Mungkin ini ujian tuhan. Mungkin juga dengan cara ini aku dapat tolong mereka yang ditakdirkan mencari rezeki dengan cara begitu... walllah hualam..
Apapun aku dah halalkan semuanya....cuma lepas ni kena lebih cekal ha...ha....