Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 7 April 2011

Botol susu punya cerita

Kiddy Palace ni macam wajib jer aku datang kalau pergi Singapore.
banyak yang murah-murah, compare dengan Ringgit Malaysia pun jauh lagi murah kat sini.
Paling aku suka tengok barang-barang baby, botol-botol susu, peralatan baby, baju-baju,
ishh..macam-macamlah. pendekata kalau masuk memang rambang mata ni nengok walaupun hakikatnya aku tak ada anak lagi arghhhh...!!!
Macam-macam jenama yang ada kalau botol susu tu, dari yang kita biasa dengar sampai yang tak biasa kita dengar pun ada
(botol susu paling aku suka tengok ha..ha..) tak tau napa memang suka tengok botol-botol susu ni.
lagi-lagi sejak kerajaan haramkan penggunaan botol susu yang mengandungi BPA ni.
Mesti ramaikan mak-mak yang terpikir botol apa yang bagus untuk anak-anak mereka.
Sekarang kat pasaran memang banyak dah botol-botol yang BPA free ni, Cuma harga yang ditawarkan agak mahal.

Antara jenama yang ada, DR Brown, Aven &  NUK, ada lagi beberapa jenama yang telinga kita tak biasa dengar. harga..??? sangat-sangat murah.. dah convert dengan RM pun jauh murahnya.
Macam DR Brown, selain BPA free, plastic dan medical grade borosilicate glass yang ringannya ada daya tahan yang tinggi terhadap perubahan suhu (masa kita buat susukan mula-mula letak air panas lepas tu campur air suam...) selain tu juga Help redius colic secara lansung membuang tekanan negatif dan gelembung udara untuk mengurangi muntah dan sendawa yang sering terjadi pada bayi. Banyak lagi manfaat botol ni pada bayi.

Avent ni antara jenama yang paling popular kat Malaysia. Cuma harga yang ditawarkan agak mahal sikit.
Banyak juga kelebihan Avent ni. Boleh google jer kat tenet tentang kelebihan Avent ni ya..

Tentang BPA ni boleh google kat sini BPA 


Dr Brown

Beli untuk Chenta hati kecik tu juga


Ada dalam pelbagai saiz

Semua pic ni diceduk dari pakcik Google, aku tak sempat nak snap pic Dr Brown yang aku beli, coz masa entry ni di buat aku ada kat merata tempat, 

My friend kirim 

Belikan untuk Chenta hati kecik tu sekali..
sebab Murah he.he..



NUK kat guardia ada jual
harga tak mahal compare dengan Dr Brown & Avent

Selain dari botol susu yang murah, breast pump dari pelbagai jenama pun ada, dari yang manual sampai yang tinggal petik jer guna elektrik. Trolly baby yang berbagai pattern, serendah Sgd 60, Yang pasti semuanya ringan dan mudah di selenggarakan. Banyak sangat barang-barang baby yang buat aku teruja. 
Kat sini semua barang-barang dijamin dan hanya yang terbaik sahaja..









Tuesday, 5 April 2011

Manusia zaman batu

Ada lagi ek manusia hidup cam zaman batu ek dalam kita dok kejar-kejar kemodenan ni.
Menyampah sangat dengan manusia yang macam ni.
Muka cantik.. tepek make up tak 3 inci tak sah..baju biru eye shadow biru dah mcam mak jarah pun ya..ha..ha..
kereta cantik, berkilat  jer..pantang kotor cepat-cepat cuci..
Tapi akal tak ada bolehh..???
Sebabnya buang sampah merata-rata. Terus hilang sifat mahmudah aku ni..nak memaki jer orang macam tu.
Lagi-lagi kalau buang sampah dari kereta tengah bergerak..
Eeeeiiiii..!!! rasa nak tahan jer kereta tu suh dia kutip balik sampah yang dia buang tu.
tak kiralah apa...selalunya sampah jajan & tisu yang aku selalu nampak..
yang buang tisu tu of coz ler pompuan.. Geram sesangat dengan orang cam ni.
Elok jer bukak tingkap baling..
Hishh...cuba tengok sapa yang selalu menyapu kat tepi-tepi jalan tu, tengok juga sapa yang selalunya kerja dengan Majlis Bandaraya...yang aku selalu nampak pakcik-pakcik, tak pun makcik-makcik..
Dialah yang menyapu, membersihkan sampah-sampah yang korang buang dari kereta tu tau..
lagi-lagi yang merokok..(paling sakit hati..)baling jer putung rokok tu dari kereta..dengan putung masih ada api..
So rude and really no manners ok.. kalau ada anak dalam tu sangat-sangat menunjukan siakap yang tidak baik ok...ini yang dinamakan ketam mengajar anak berjalan tak pun ayah kencing berdiri anak apalagi kencing berlari lah..Geram kan...???
(bersyukur sangat ayah & Chenta hati tidak merokok)
Kenapa kena buang sampah merata-rata..?? kenapa tak kumpul sampah tu dalam kereta, bila berenti kat mana-mana baru buang dalam tong sampah..Kalau rasa nak kereta tu bersih, negara pun kena bersih.
Negara bersih bermula dari sikap kita sendiri, bayangkan kalau 10 kereta buang tisu di jalan yang sama.
Kalau cuma tisu, kalau sampah-sampah lain macamana...??
Apa jadi jalan tu..?? bayangkan tak..?? bayangkan pulak macamana jalan tu kotor dengan sampah..
Masa ni mulalah kita nak kata orang majlis tak buat kerja, kenapa jalan kotor..kenapa kita tak macam negara A tu yang bersih tahap gaban,
Tak pun kita akan kata 'ala biasalah Malaysia mana sama dengan negara B tu rakyat dia bagus...didik jaga kebersihan...'
Komplen pandai..tapi sedar tak semua tu berpunca dari sikap kita sendiri..
Aku kalau jumpa yang buat macam ni aku terus assume mesti orang tu pengotor , mesti rumah dia pun kotor..
naseblah..sapa suruh jadikan aku termengumpatkan....

So Mulai hari ni (kalau ada sesapa yang suka buang apapun dari kereta tu) tanamkan sikap kebersihan
walau dimana kita berada..bukan kat rumah jer..
kesian kat pakcik-pakcik, makcik-makcik yang kerja dengan majlis tu...
Bila negara bersih rakyat juga yang di puji..renung-renungkan lah...

Nampak signboard ni kat Trengganu





Bunga Kangkong lagi

Semakin fanatik dengan Bunga kangkong ni (BK)
hari-hari google kat internet hunting barang baru. Aku ada order dengan satu kakak dari Nilai tu.
Banyak gilerr BK dia, jelesss.... dah bayar pun lom ambik-ambik jer lagi.
Every week plan nak datang Nilai mesti MH ada job kat tempat lain (luar KL)
Tak apalah kak simpan dulu ya, dalam masa simpan tu aku akan order kalau ada koleksi baru ha..ha..
Dengan akak ni murah & berbaloi, ada sesetengah tu jual harga memang cekik darah.
Tak sabar nak tunggu BK semakin membiak .

Tunggu cawan dari Nilai yang ada tangkai

Dari sebijik teko dah ada 6 biji total yang dah beli lom ambik ada 10 yeaaaayyy....!!!
(Mak ada carikan lupa nak ambik semalam kat rumah mak)



Yang ni kat kedai apek tu ada 3 biji jer
pesan kat mak kalau nampak kat kedai apek tu borongkan semua ha..ha..

Semakin membiak koleksi BK ni



nanti mangkuk nasi, pinggan kalau dah sampai buka satu lagi entry ek..
Tengah cari sudu, yang ada ni harga mak aiii...!! mahalnya..
kot ada sesapa nak jual BK ni roger-roger ya...




Kukup Lagi

Ni ceta sebelum April haritu, tak silap dalam 26 March 2011.
Peram sikit punya lama kan. Ha..ha..malas pun ya lately ni.
Macam selalu kalau MH ada job kat JB macam wajib jer ke Kukup ni.
Bukan apa ketam dia tu cam manggil-manggil je ha..ha..
Sedap sangat Butter milk crab dengan crab sweet sour tu..
Menu lain tetap sama dengan sebelum ni.

Kebetulan 29 besday si Nana ni kira Celebrate sekali lah, haritu dah potong cake ya Nana

Yang ni sanggup merentas selat Tebrau, ketam punya cerita ha..ha...

Lepas balik madrasah terus cabut ker JB dengan Ibunya

Cereal prawn yang tak sesedap tempat lain..
Memang mabalesss..budak-budak lagi suka

Teringat-ingat kat tekak sedap dia

yang ni lupa apa nama dia, baby sotong goreng garing sedap..rangup pulak tu

Biasa order kailan, kali ni sebab pengunjung terakhir kailan habis, ganti dengan sawi jepun

Posing jap...teredu ker bagus tu tengok Alongnya ek..???

Wawa & Nana

Nasi yang selalu tak habis coz semua orang banyak meratah dari makan dengan nasi

Ikan 3 Rasa, nak tau sedap kena try datang sini
Butter milk crab tak sempat ambik sebab dah makan baru sampai, dia terlambat sikit coz lepas masak kena steam kan dulu, memang power, sotong goreng rempah pun tak sempat snap dah kena taram ha..ha..

Ni ggoogle kat tenet
lebih kurang ginilah ghopa butter milk crab tu, 1st time makan kat Labuan
Subhanallah...memang sedap..
yang Kukup punya sebijik sejibon rasa dia...
Adeiiii....jap lagi mau roger chenta hatilah...Lunch kat Kukup.
lokasi sekarang ada dio Hotel Pontian, tak sampai setengah jam dah sampai ha..ha..
Seafood lagi yer...






Nina punya cerita

Situasi  1
Lokasi : Dapur rumah mak Long
Mak Long & Nina

Nina:  "em sedapnya mak Long masak"
Mak Long:  " Sedapkan..nanti dah siap kita makan ek.."
Nina:  Ibu Nina pun ada masak cenggini juga, abis Ibu Nina masak pun ada bau gini
abis Nina suka ibu Nina masak, abis Nina pun makan banyak...."
Mak Long: "erk...????" (dalam hati bahasa apa ni..???)

Situasi 2
Lokasi : Meja makan rumah mak Long
Nina, Wawa & Nana
(mak Long tukang dengo jerr..)

Nina: "kakak Wawa nak lagi...???"
Wawa: "nak..."
Nana: "kakak Nana pun nak"
Nina:  "ok.."

Beberapa minit...

Nina:  " eh kakak nana ni kasi abislah ni makan...nanti Mak Long lagi marah tau"
Mak Long:  Mak Long semakin pening ha..ha...


Situasi 3
Lokasi ruang tamu Mak Long
Nina & mak Long

Tv tengah main lagu patriotik nyanyian Siti Nurhaliza - Budi bahasa budaya kita tu.
Nina memang suka lagu ni..dia pun ikut-ikutlah menyanyi.

Mak Long:    "Nina ada budi bahasa tak...????"
Nina        :     " eeiiii...!!! Nina mana ada budi bahasa....!!" dengan marahnya
Mak Long:    " Ohh...Nina dont have manners ek...???"
Nina:             "Nina ada manners lah...!!" sam,bil menagis-nangis..
Mak Long:     Mak Long terus pengsan..ha..ha....

Rasa baru semalam tengok Nina masih baby..skg dah 7 tahun cepatnya masa berlalu

kadang-kadang dia akan buat semua orang diserang darah tinggi ha..ha..

Bijak

Uncle bawak camera dia pun sibuk sama nak snap..snap...

Comel

kadang-kadang sangat garang

Kadang-kadang lucu

smile...

serius..

Opss...

Happy Nina

Camera woman yang busy

Losyen dimana-mana ha..ha..
& baru-baru ni dia balik sekolah cakap...
"please call me Teacher ok...dont call me madam.." adeiiiii..!!!

Latest Nina..






Saturday, 2 April 2011

Trengganu lagi

Bukan pergi lagi ya tapi sekadar nak memori yang kelmarin tu. kan best kalau dapat gi Trengganu tiap-tiap bulan. Memang selalu gi Trengganu kalau MH ada job kat sana, tapi selalunya cuma sampai kerteh tak pun sampai kemamamn jer, kalau Tranung kapong kita lagi gerek kan..

Bazar Warisan, depan Pasar Payang

Tempat favorite beli batik sutera.
Syarifah Yasmin Botique, cantik-cantik, ada harga bisik-bisik, ada harga kaunter ha..ha..
Sampai dia kata, "akak kalau nak beli sepasang jer tak payah datang, call jer cakap nak warna apa nanti saya poskan, kalau tak minat warna & corak tu boleh pulang balik" alamak kalau tak pulang camna dik...

Sales girl dia cantik ha..ha...

Seri Indah Resort Batu Buruk

Seri Indah Resort cafe

Pantai kelulut Marang

Sedapnya keropok lekor ni, siap bungkus makan dalam kereta

Sotong goreng yang rangup

Ini tangan Tuan tanah he..he..
 
Ikan goreng untuk MH

Tinggal tulang jer...




Rambut baru Nina

Sebelum ni dia suka ikut style rambut aku. Pernah masa aku curl kan rambut dia pun nak curl sama.
Tapi aku tak bagi, sayang kecik-kecik nak curl rambut, nanti rambut rosak.
Sudahnya, dia suruh Ibunya buat tocang banyak-banyak kat rambut dia, so bila bangun pagi jadilah curly-curly  rambut dia yang panjang sampai pinggang tu. Tapi baru-baru ni dia buat style baru. Tak terkata mak Longnya..

Before, rambut dia panjang since baby tak pernah potong sampai umur 7 tahun baru tukar style
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dah pendek rambut dia....iskk..isk...!!!

Rambut baru yang senang nak uruskan pepagi kalau nak gi sekolah. 
Kalau tak ambik masa lama nak ikat rambut dia tu. kalau dia rasa ada tak rata jer mulalah tarik muka...
Unclenya terkejut tengok rambut Nina mula-mula he..he..