Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 31 March 2011

Senibong, Permas Jaya

Actually ni masa cuti sekolah haritu, MH ada job kat JB.
Dari Khamis sampai selasa next weeknya. Sabtu Ahad tu standby.
Kot-kot ada terlajak kerja ker..
Disebabkan isnin selasa tu kerja kat JB lagi so Sabtu ahad tak balik KL.
Penat wooo..!!! ulang alik. Minyak tol memang tak kisah sebab claime
tapi tenaga tu nak claime kat mana kak jahh..???
Lagipun time ni aku bawak Adib balik kampung..
Macam roti canai budak ni kena uli..lepas sorang, sorang lagi dok gomol budak ni.
So derang tak bagi aku balik awal-awal ha..ha..
Aku pun tak ikut MH ke JB dok rumah mak aku kat Segamat Nun.

Petang sabtu aku plan nak bawak Adib gi Klinik, kesian  dia selsema tak baik-baik.
Nak bawak gi klinik Yong Peng, Dr Mokhtar.
sampai Yong peng adik aku call ajak makan kat senibung ngidam gitu katanya..
ha..ha..dia ni ngidam sepanjang tahun.
Terus shoot ke JB, Adib pun aku bawak gi klinik kat Taman Sri Bahagia jer.

Senibung...
Erm..oklah tapi not my tastelah..tak tau ngape..
Masa dok JB dulu-dulu pun sangat-sangat jarang ke Senibung ni.
Harga dia agak mencekik compare ngan tempat lain. Maybe Singaporean banyak fevret sini kot.
Dah macam pasar malam dah kat sini macam-macam orang niaga sepanjang jalan tu.
Jom tengok apa kita orang order

Semua pic MH ngan Adib ni sangat-sangat meruntun perasaan

Bagusnya Adib ni tak pernah mengamuk-mengamuk kalau penat.
Bagi susu tepuk-tepuk tidurlah dia

Yang tak beberapa biji ni RM 3 hoccay

Ketam nipah ada yang panggil ketam bangkang

Siakap sweet sour, ikan jer yang panas, kuah sweet sour dah sejuk beku buat sekali banyak kot

Watermelon juice

sweet sour yang tak best lansung

Cereal prawn, tak rasa pun tengok minyak berlinang-linang

Tuan tanah yang open table haritu
Ma kasih je lerrrr...

Rasanya....bolehlah ha..ha...Kukup still the best hoccay..

Sebab Tuan Tanah nilah kita orang berkampung kat JB malam tu
tanpa prepare apa-apa

Lala masak lada kering, wow..!!! memang terangkat
Tak malu ngaku saya makan banyak hi..hi..
Kalau datang lagi pun order ni jer kut

Malam tu lepas makan si Zali Ipar aku sibuk baju dia kena percikan sambal ketam. Malu nak nek bus balik Singapore katanya. Rombongan kita pun ke pasar Borong Pandan sebab si Zali ni sibuk nak beli baju kununnya...Last-last semua sakan dalam tu cuci mata, tengok-tengok dah dekat kul 1 pagi.
Tau apa jadi..?? ha..ha..semua check in kat Hotel Pandan City tu.
RM 110 untuk satu bilik, ambik 2 bilik. Cantik & besar bilik dia. Bilik air dia cantik sangat & besar.
Tak sempat nak snap-snap gambar bery2 aku abis batery. 
Nasib baik dalam kereta we all memang ada satu beg yang ada macam-macam kot-kot kita orang terpegi memana. Cuma pencuci muka tak ada warghhhh...!!!! dah lah muka aku sensitif kalau tak dibersihkan sebelum tidur.
Ha..ha..naseb baik bini si Zali beli boleh share together-gether jer.
Malam tu pulak aku pakai lens tak pakai spec, dah lah tak bawak casing & pencucinya..
Pusing-pusing pandan cari tak jumpa kedai cermin mata. Naseb baik dah nak expired aku burnkan jer.
Baju, susu & botol-botol Adib sentiasa bawak kalau gi memana. Susu memang banyak stock so tak ada masalah.
Masalahnya aku dah penat tahap gaban, masuk jer bilik terus bum..bum...
Gitu ler ceciternya ha...ha..






Pulau Kapas lagi

Lepas settle majlis bertunang tu, plan asal nak naik Kelantan.
Tapi Pulau Kapas tu cam panggil-panggil jer.
Masa packing tu memang larung sekali barang-barang kot-kot terpergi Pulau Kapas ni.
Sudahnya kelantan kemana apa kemana ke Pulau Kapas lagi ler kita.

Ni kali ke 3 aku datang sini, memang best. Kalau tak, tak kan sampai 3x yer dak..??
Tak ada booking-booking semua main terjun botol jer.
Macam biasa check in kat Makcik Gemuk Resort.
Mahal tak mahal murah tak murah tapi service memang best.

Masa ni memang seriau gilerrr..air tengah pasang, ombak tinggi.
Dalam bot tu cuma ada 5 orang jer termasuk pilot bot tu.
Punyalah tinggi ombak, lebih tinggi dari bot yang kami naik, naseb baik pilot kami 
sangat cekap. Mujur situasi cemas tu cuma 10 minit pertama lepas tu sngat cool...

Cafe di Makcik Gemuk Resort.
Biasanya kalau we all datang memang tak ambik pakej, 
kalau lapar order jer kat cafe ni, semua menu dia memang sedap-sedap.
Mahal..?? biasalah pulau mana yang tak mahal kan tapi berbaloi sangat coz satu order
boleh kongsi makan, banyak sangat kuantiti dia.

We all ambik bilik kipas jer, sebab sini kalau malam mak aiii....sejuknya..

View dari cafe

My Chenta Hati (MH) Love u forever dear..hugss

Paaaanaaassss sangat time ni

Dah 3x tapi ada hati nak datang lagi sebab besttt sangat..!!

Chalet yang simple but nice
Masa we all datang cuma kami je kat resort ni..ha..ha..

Bersih sesangat

Snorkling pun ada, tapi sebab kepanasan melampau Mh sengsorang jer yang snorkling

Rindu nak mengayuh lagi..
Teringat jaman-jaman berkayak kat Sungai Muar dulu.
Sekarang skill dah kelaut ha..ha..

Opsss...!!! show off ler pulak

Lepas mandi naik darat jerr...ayoooo....!!!!
So tinted lah darling..Thats why I tak mandi, lama wooo nak hilang burn tu

Makcik Gemuk Resort

Dah nak balik dah...




Selamat BERTUNANG

Sorang lagi anak sedara belah MH aku bertunang,
(he..he..semakin terasa tuanya diri ni)
Dulu masa mauk keluarga MH semua masih kecik-kecik & comot-comot jer,
la ni semua dah nak kawen, cepatnya masa kan.
Kali ni hantar jauh sikit, Kuala Berang Trengganu.
Last minit plan sebenarnya. Ikut plan asal we all tak dapat pergi.
MH kena standby ke ofshore, tu yang tak decide lansung nak pergi.
Last minit ofshore tunda terus packing baju he..he..

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.
Dijangka majlisnya bulan 3 next year.
Pejam celik, pejam celik dah nak 3orang anak sedara MH nak berkeluarga.
Yang paling tak caya tak lama lagi juga we all akan jadi atuk & nenek
Isshhhh...tak sabar...nak timang cucu ha..ha...

Tahniah Syafik & Naliza

anak-anak sedara belah MH

Rombongan kami dari banyak tempat, perak, Penang, Johor, Kuala Lumpur, 
Keluarga dari Batam pun ada

Sesi berbalas pantun

Cincin merisik

Cincin bertunang

Alhamdulillah...semoga semuanya diberkati allah

Alamak termemori plak time bertunang dolu-dolu

Amin....

Kedua-dua belah keluarga




Friday, 25 March 2011

Dihambat masa

Rasa dah bersawang blog aku ni kan..
Dah penuh ngan sawang dah, kena ambik vacum bagi clear sikit ha..ha..
Bukan tak nak update, tapi masa sangat-sangat terhad.
Cuti sekolah aku dapat ambik Adib lebih seminggu, jadi masa tu sangat-sangat berharga bagi aku.
Masa yang ada banyak aku habiskan dengan Adib.
Rasa rugi kalau aku kat depan PC ni lelama, baik aku hadap muka dia.
Keletah dia sangat-sangat menghiburkan..
lagi-lagi sekarang dia dah pandai buat kelakar, lagilah rugi kalau terlepas pandang.
Sangat-sangat comel..
6 hari aku bawak Adib balik kampung kat Segamat, coz MH aku ada job kat JB.
Seronok sangat..si Wawa sampai demam-demam rindukn Adib,
Si Adib pulak balik jer Kl pagi-pagi masuk semua bilik cari Wawa..
adeiiii..!!! syahdunya rasa

Lepas jer dengan aku 8 hari, hanta jer dia malam tu terus ke Trengganu.
Anak sedara belah MH aku bertunang. At least aku tak melalui kesedehan terlampau lepas
Adib tak ada..kalau tak nampak jer barang-barang dia sedeh  sesangat,
Air mata jangan cakaplah...lagi-lagi kalau bau bedak dia
rasa nak meraung jer...bedak cuticura tu sedap sangat bau dia...bau Adib.

Lepas balik dari Trengganu kat rumah 2 hari, kemas semua barang-barang Adib,
barang we all yang berkampung kat Trengganu, MH terus ajak ke JB. Dia ada kerja kat JB.
Tapi awal-awal aku dah bagi tau aku nak ke Singapore rumah adik aku.
Ha..ha..sudahnya sehari-ke sehari semakin bersawang blog ni..

Inilah isteri sepanjang jalan namanya..
Anytime lokasi sentiasa berubah-ubah. Sentiasa kena ready.
Sebab kalau nak outstation selalunya short notice.

Apapun aku happy dengan life aku. Amin...atas kurniaan rezeki yang Allah berikan..











Sunday, 20 March 2011

Pulau Kapas

Pulau dah tak ada orang.. Sunyi jer..
Rasa cuma aku ngan MH jer kat resort ni..
Campur tolak bagi dengan chalet-chalet sebelah adalah tak sampai
20 orang..kalau tak memang sesak dengan manusia Pulau ni.

Ha..ha..rasa macam sesat kat Pulau dah..
Cool jer rasa..bestlah pulak rasa..
Panas melenting rasa..Sampai la ni tak jejak lagi air
Adeiii..dia punya burn tu lama kang nak hilang.
Lumurlah sunblock banyak mana tak jalan punya ..
Nanti balik KL buka entry detail ek..
Kat Pulau ni rajin lelama kat bery ni ha...ha...

Thursday, 10 March 2011

Kari ayam

Kari...kari...kari..ni salah satu fevret aku. tapi masa ni buat tak makan dengan nasi.
Jemput-jemput cicah kari, kan dah bagi tau yang we all tak makan nasi hari-hari.
Petang ni for dinner kita makan jemput-jemput je ek..

Kari ayam ready for dinner
Bahan-bahan:

- Ayam (saya guna kepak 3 ketul, poton 2)
- bawang putih 3 ulas * 
- bawang merah 4 ulas *
- halia 1 inci *
- bunga lawang + kayu manis
- halba campur
- daun kari
- asam keping
-serbuk kari daging/ayam (dibancuh dengan sedikit air)
- bawang besar dimayang
- Lobak / kentang
(Bahan yang bertanda * di kisar halus)

Cara-cara:

- Tumis bawang besar yang dimayang, halba campur, kayu manis & bunga lawang sampai naik bau
- Masukkan bahan yang dikisar tadi tumis lagi sampai kekuning-kuningan
- masukan juga daun kari
- Masukan kari tunggu agak-agak kering dan masukan sedikit air
- Masukan ayam, garam dan sesedap rasa (saya tak guna ajinamoto dalam masakan 
  saya dan tambah air  sehingga menutupi separuh ayam tadi, tutup periuk dan tunggu hingga 
  ayam empuk
- Bila ayam dah empuk, masukan air lagi (ikut banyak mana nak kuah kari) 
- Masukan lobak dan asam keping
- Tunggu sampai mendidih, rasa dan angkat 
(saya tak gunakan santan dalam kari ni)

 Resepi jemput-jemput ni bolehkat sini  jemput-jemput





Wednesday, 9 March 2011

Sup spagethi

We all tak hari-hari makan nasi, dalam seminggu tu, ikut apa MH requestlah. Selalunya masak apa yang MH sukalah. Spagethi pun antara yang paling MH suka, buatlah apapun memang dia suka sangat.
Kali ni aku buat sup, tapi sup melayu jer he..he..

Spagethi yang masih togel, belum tuang kuah lagi

siap...dengan bawang goreng home made hoccay bagi bau dan aroma dia lagi nyum..nyum..
&
Makan dengan sambal kicap memang yummy...


Bahan-bahan

- Rebus spagethi untuk 2 orang (ikut suka hati banyak mana)
  (rebus sampai lembut, angkat dan toskan)
- Bawang kecil 3 ulas *
- Bawang putih 4 ulas *
- Halia seinci *
- Lada putih (ikut nak pedas mana)
- Bungan lawang
- Kayu manis
- Daun sup
- Bawang goreng
- Ayam (bahagian daging dipotong nipis-nipis)

Cara-cara

- Bahan yang bertanda * di kisar halus
- Tumis bunga lawang & kayu manis sampai naik bau
- Masukan bahan-bahan yang dah dikisar tumis sampai kekuningan
- Masukan ayam yang dipotong nipis dengan sedikit air tutup & tunggu sampai ayam lembut
- Setelah lembut masukan garam, sesedap rasa (saya tak guna ajinomoto dalam masakan saya)
  & lada putih
- Masukan air dan tunggu hingga mendidih.
- Setelah mendidih angkat dan hidangkan
- Taburkan daun sup & bawang goreng

Sambal Kicap 

- Cili (saya guna cili merah) buang tangkainya 
- 3 ulas bawang putih
- Kicap manis

Cara-caranya

Gorengkan lada & bawang putih jangan sampai garing agak-agak lembab jer
(kalau tak nak cili meletop bila di goreng, cili di potong dua)
Kemuadian blender cili dan bawang putih dengan kicap manis tadi.
Siap untuk dimakan bersama sup spagethi









Tuesday, 8 March 2011

Nasi Ayam

Hujung minggu memang jarang sangat-sangat masak, tapi last wekend tergerak nak masak nasi ayam.

Nasi ayam
 (Untuk 2 orang makan)
- beras 2 cawan di basuh bersih dan di toskan (cawan kecil yang free kalau beli rice cooker tu)
- 3 cawan air (dari kuah sup) 
- Kayu manis
- 2 sudu besar oren sanquick
- serai sebatang
- halba (campuran)

*campurkan semua bahan diatas dan masak *

Kuah Sup

- bawang besar (1 labu)
- halia (1inci)
- bawang putih (5 ulas)
*Di kisar halus*
- kayu manis
- sup bunjut

*tumis semua bahan-bahan diatas, saya masukan kaki ayam, leher dalam sup ni*


Ayam bakar

- halia
- serai
- bawang putih
- gula merah (saya gantikan madu dengan gula merah, kalau madu keras sikit)
- garam
- kunyit 
*mesin semua bahan-bahan diatas dan perap ayam selama 1 jam- 2 jam*
(saya gunakan kepak)
- kemudian bakar dalam oven 200'C selama 40 minit



Sambal 

- bawang putih
- halia
- lada kering
*mesin hingga halus dan masak dalam api yang keil sampai mendidih*



















Monday, 7 March 2011

Monday ~ Cool

Alhamdulillah Isnin datang lagi..
Aku tau ramai yang tak suka Isnin.
He..he....termasuk aku juga kadang-kadang.
Yer lah kan.. dah 2 hari berkepit jer dgn MH mana tak best.

Yang kerja tu jangan boring-boring sangat ok...
Pejam celik, pejam celik dah nak Jumaat balik kan..
Lately ni memang terasa cepat sangat masa ni..
Dah semakin tua kah aku... he..he...yer...!!! aku dah semakin tua.
Tapi apalah sangat angka kan...cuma nombor yang meningkat setiap tahun jerrrr... (Pujuk diri sendiri ni namanya.... boleh...?????)

Insyallah, Isnin permulaan yang baik untuk kita semua.
Isnin yang akan menjanjikan kerahmatan buat kita umat Muhammad...
Doa yang baik-baik untuk kita semua.. diri sendiri, keluarga, ibu bapa kita, jiran-jiran kita dan semua yang kita sayang..
Al-Fatihah untuk kita semua...

Sentiasa berdoa agar dapat bersama




Sunday, 6 March 2011

Spring potato

Wahhh...!!! dah lama tak makan spring potato ni. 
Last makan masa bulan puasa, tu pun jumpa kat Singapore.
Semalam masa nak cari burger stall kat SD ni nampak ada 
orang jual spring potato ni, macam nak terkam rasa ha..ha...
Dah terliur sesangat rasa, last-last burger kemana sambar spring roll dua batang
Perisa BBQ & perisa Cheese yummy

Rangup kalau dimakan panas-panas

Sebatang RM 2.50



Jemput-jemput resepi mak

Jemput-jemput mak antara yang MH sangat-sangat fevret.
Kalau balik kampung aku macam wajib mak buat,
sebab dia tau menantu dia sangat-sangat fevret
 jemput-jemput dia.

Last week ada buat jemput-jemput style mak ni.
he..he..sedap katanya sebijik cam mak buat.

Jemput-jemput Mak

- Tepung (ikut suka nak banyak mana)
- Nasi
  (tak kisahlah belen semalam punya pun boleh, blender dengan air sampai halus)
- bawan potong dadu
- kentang potong dadu
- daun sup (saya guna daun parsley mccormick)
-sedikit garam
- sedikit pati ayam
- bilis (tapi saya tak letak sebab tak suka)

Cara-cara

Gaul semua bahan diatas hingga sebati dan goreng dalam minyak yang panas

Jemput-jemput resepi mak

Bila letak nasi rasa dia lebih rangup dan sedap
tak percaya cubalah he..he...




Cream Puff

Jom buat cream puff, senang & simple jer resepi dia.

Bahan-bahan ( 10 biji )
100 ml air
45 gm butter (potong kecil-kecil)
60 gm tepung gandum (diayak)
2 biji telur( Dipukul biar kuning & putih bercampur)

Cara-Cara
- Masukan air dan butter ke dalam periuk. 
- Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. 
- Bila mendidih tutupkan api dan masukkan tepung dan kacau segera
- panaskan semula adunan dengan api sederhana 
- Masukan telur dan kacau lagi sehingga kental
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. 
  Pipe kan ke atas dulang
  (Gunakan    nozzle bentuk bintang)
- Spray permukaan cream puff dengan air.
    Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.
    Kemudian turunkan suhu kepada 180c 
    dan bakar selama 25 minit. 
    Kalau nak nampak lagi perang             
    biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit
    sebelum dikeluarkan
- Sejukkan cream puff sebelum dipotong 2 dan 
   letakan kastad krim  ditengah-tengah
   (Cream puff jika dipotong memang nampak rompong 
   tengah-tengahnya)

Custard cream
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula (saya guna 2 sudu besar jer untuk kurangkan manis)
200cc  susu segar
(saya guna 2 kotak susu Dutch lady kotak paling kecil 100cc setiap satu)
1 biji telur gred A
1 sudu besar mentega

Cara-cara
- Masukkan tepung, tepung jagung gula kedalam periuk 
   bersama-sama susu segar
   kacau dalam api yang kecil hingga larut dan tidak 
   berketul-ketul
- Masukkan telur dan kacau lagi sehingga menjadi pekat
- setelah pekat matikan api dan boleh dimakan
  bersama cream puff

Nozzle bukan bentuk star jadi tak berapa nak nampak pusarnya

Sedap kalau dimakan masa panas-panas






Friday, 4 March 2011

Cepatnya masa

Sejak-sejak masuk tiga series ni rasa masa tu sangat-sangat cepat.
Baru rasa semalam Isnin tup..tup..dah Jumaat.
Rasa kejap sangat seminggu tu.
Kata orang kalau jadi suri rumah ni masa lambat.
Ya kerr....???
3 tahun ni aku rasa cepat sangat.
Kadang-kadang kerja rumah tak siap lagi dah petang,
MH dah msg bagi tau dah balik.
Kadang-kadang tak terkejar masa ni.
Erm..aku yang dah semakin tu atau memang masa tu yang tak menunggu kita ya..

Hari ni melalui Jumaat sekali lagi, penghulu segala hari.
Insyallah Jummat kita akan diberkati allah.
Amin..amin...

Thursday, 3 March 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah, hari ni rasa sihat sepenuhnya, selepas buat nebuliser kat klinik petang kelmarin.
Itu pun selepas di paksa dengan MH, syaratnya aku nak ke klinik tak mau ke hospital.
Tak nak macam dulu, malam-malam buta ke Damansara Specialist, kena tahan, masuk air, ambik darah.
Masa tu pulak tengah heboh H1N1,
So Dr decide ambik cecair dari hidung aku nak tau sama ada aku H1N1 ke tak.
Caranya..?? dia masukkan cutton bud lebih kurang sejengkal panjangnya dalam hidung,
sampai hujung hidung tu dia colek sikit, sakit sangat, pedass..jer rasa hidung ni.
So kali ni aku decide nak buat kat Klinik yang biasa aku pegi jer.
Tak nak kena yang macam-macam tu lagi.

Nebuliser yang aku ambil kelmarin dosnya mungkin agak tinggi,
Jadi lepas dari nebuliser tu menggigil satu badan.
Sedehnya MH akan ke JB, tak da sapa nak jaga aku malan ni, sapukan vick bila aku batuk,
Bagi minum bila aku tersedak, sedeh sangat...tapi tuntutan kerja aku tak boleh tahan dia.
nasib baik dua hari jer, kalau lelama mau meroyan aku he..he..
Bukan tak nak ikut, tengah lelah macam ni memang malas nak ikut, lagi-lagi pasir Gudang tu panas sangat.

Lega bila malam tadi dah tak batuk-batuk, Alhamdulillah.
Alhamdulillah juga kerana allah memberi aku peluang merasa nikmatnya sakit.
Mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik untuk kita semua, Insyallah...




Tuesday, 1 March 2011

Apa untungnya memfitnah

Fitnah, dalam kata lain mengata atau menceritakan keburukan orang lain atau menuduh orang lain secara umum.
Surah Al-Baqarah ayat 191 menjelaskan


والفتنة أشد من القتل


Bermaksud: Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya dari membunuh


Dan Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu cuma kesalahan kecil,
hakikatnya fitnah itu ibarat api dan dosa.
Membuat Fitnah juga menjauhkan diri dari syurga
Rasullulah bersabda ,
tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah

Masyallah, tentu kita takut kan bila kita dengar betapa besarnya dosa memfitnah kan,
tapi kenapa ya masih ramai yang senang-sennag menceritakan keburukan orang lain tanpa kesahihannya.
Seronokkah kita mereka cerita tentang orang lain.
Fitnah bukan sekadar dalam masyarakat sahaja,
sebaliknya dalam keluarga pun sering kita dengar adengan fitnah memfitnah ni,
Isteri memfitnah suami, abang memfitnah adik dan banyak lagilah kalau nak cerita.
sapa fitnah sapa ni kan.
Dah jelas dalam Al-Quran di sebut dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh.
Tapi kenapa ya masih ramai yang senang-senang memfitnah orang lain tanpa takut dosa yang allah janjikan.

Kenapa Allah melarang perbuatan fitnah...??
Sifat iblis dan syaitan wujud dalam diri manusia,
mereka ini tidak senang hati apabila ada diantara saudara mereka mendapat kesenangan, sebaliknya mereka rasa senang apabila mereka ini ditimpa musibah
dan mereka ini bukan saja terkutuk malah tergamak melakukan perbuatan fitnha
hanya disebabkan rasa iri hati dan hasad dengki
(sifat syaitan laknatullah) yang melampau terhadap kelebihan orang lain
Mereka ini juga pengecut untuk bersaing dalam menghadapi cabaran hidupdan halangan,
mereka rasa hanya mereka yang layak berada diatas.

Akibat dari perbuatan fitnah akan menyebabkan hubungan silaturahim akan terputus,
masyarakat kucar kacir, negara tidak akan makmur,
perbuatan  memutuskan silaturahim akan menyebabkan kita tidak dapat masuk syurga.
Sedar tak dengan memfitnah juga akan berlaku permusuhan dan huru hara,
hidup akan menjadi derita
didunia apatah lagi azab neraka yang amat pedih diakhirat nanti.
Tidak kah kita takut dengan balasan allah..????
Kalau tak takut dengan tuan punya badan yang difitnah takutlah balasan allah.

Rasanya semua ada pengalaman difitnah kan...????
Eh...!! ada ker yang berpengalaman yang jadi pemfitnah,
kalau ada cepat-cepatlah bertaubat ya,
Minta maaf pada orang yang anda tabur fitnah tu,
kalau betul tak apa, kalau tak betul bersoal jawaplah kita kat Masyar nanti.
Siapa yang pernah rasa sakit difitnah tentu tahu macamana perasaan tu kan,
emosi bercampur-baur.
Lagi-lagi kalau memang tak terlibat lansung dalam hal yang melibatkan kita dengan fitnah ni.
Nak marah pun tak guna, paling-paling tidak berdoa supaya allah memberikan hidayah pada si pemfitnah tu.
Mudah-mudahan terbuka hati si pemfitnah tu untuk bertaubat.

Ingat lagi bila seorang hamba allah yang dikasihi ni melemparkan fitnah terhadap aku.
Terkejut sangat-sangat.
Bayangkan dah bertahun-tahun (hampir 5 tahun) aku tak jumpa seseorang ni
Tup-tup dia kata aku buat cerita pasal dia,
adalah hamba allah yang dikasihi ni dah sampaikan macam-macam dekat orang tu
kononya cerita tu dari aku.
Masyallah, macam aku cakap tadi jumpa pun tak macamana aku nak cerita pasal orang lain ya.
Tapi tak apa, allah tu maha mengetahui, maha mengasihani.
Doa orang teraniaya ni Insyallah mustajab.
Sampai hari ni fitnah terhadap dirinya tak henti-henti melanda dirinya,
yang mana datangnya dari kaum keluarga dan orang-orang kelilingnya sendiri yang memfitnahnya.
Adilkan..?? hari ni kita buat orang esok tuhan bayar cash.
Tak payah tunggu lama Allah dah bayar semula, adilkan..???

Aku selalu berdoa agar tuhan melembutkan hati aku,
memaafkan dosa-dosa orang yang dah membuat fitnah terhadap aku.
Memang betul sedangkan Nabi ampunkan umatnya.
Tapi aku cuma manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan.
Ini mungkin kelemahan aku, susah untuk memaafkan jika terlalu disakiti.
Kesiankan mereka yang tak aku ampunkan dosanya..
Insyallah satu hari nanti hilang rasa sakit hati akan aku maafkan..
Cuma masa yang tentukan..
Bila..?? Insyallah satu hari nanti.
Terseksa rasanya kan bila kita tahu ada orang yang tak memaafkan dosa-dosa kita.
Tentu kita rasa tak tenang.
Begitulah rasanya bila difitnah dengan perkara yang kita tak tahu.

Sekarang aku ambil pendekatan mudah, nak fitnah ker,
nak mengata ker, nak menghina ker,
nak merendah-rendahkan aku ker, nak memalukan aku ker.
Aku dah tak kisah pun.
Sebanyak mana pun fitnah dan cerita tak benar di jaja terhadap aku, tak akan jadi kudis buat aku.
Tak terkesan lansung kat hati ni, tu yang agaknya lagi sakit hati kot.
Tengok aku senang hati jer.
Erm...alahai kesian kan..
Orang yang suka memfitnah ni berjiwa miskin, padahal yang difitnah tu tak jadi miskin pun.
Mudah-mudahan kita semua akan diberkati allah, dikasihi allah, disayangi allah...
Dibukakan pintu hati kepada pemfitnah-pemfitnah tu agar bartaubat dan ingat balasan allah di Masyar itu pasti...

Subhanaallah