Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 2 December 2010

Cameron Highland

Kali ni ke Cameron Highland (CH) dengan adik-adik & anak sedara si Nina tu.
Tak bermalam kat sana, gi pepagi balik lewat petang.
Sebelum pergi memang semua excited maklumlah derang tak pernah pergi. 
Aku dah beberapa kali ke sini... Ntah apa yang depa pikirkan ghupa CH tu agaknya ek..Budak-budak ni kurang suka kat sini. Lainlah kat Genting nun sana memang tahan dari pagi ke petang.
Lepas breakfast kat Lata Iskandar perjalanan agak terganggu sikit. Si Nana,
si Wawa ngan Nina terbeluwek  sampai 5x.
Huk..huk. naseb baik Mr Hubby awal-awal dah standbykan plastik.
Tak cukup bekal plastik dari rumah, siap beli satu bundle lagi.
Aku memang sangat-sangat allergic ngan orang terbeluwek ni.
Dengar orang beluwek pun dah boleh terbeluwek lagilah kalau tengok.
Naseb baiklah semua layan diri hi..hi.. Paling naseb baik taklah depa terbeluwek
dalam kereta..semua sempat keluar dari kereta.
Cuma Nina jer beluwek sikit dalam plastik dua tiga kali juga.
Kalau tak tak boleh bayangkan bau keta cam na...
Semua ngadu pening-pening lalat, si Wawa kata insaf sangat tak nak datang lagi.
Ha...!!! nak sangat kan gi CH kan ambik ko...
Disebabkan cuaca tak menentu ada aktiviti kitaorang yang terganggu..
Tak dapat petik strawberi, banyak tempat tak buka untuk orang awam.
Ada yang tak ada buah. Tak dapat nak tunjuk adik-adik petik strawberi ni. Apapun we all enjoy...

Masa ni masih comel dengan tudung semuanya
posing pun bukan main lagi

Lepas tuuuu.......terkulai jer semua

Akhirnya sampai gak kat atas ni

Mamai-mamai kena plak teh panas
memang ada ummmpphhhh...

Macam rombongan sekolah he..he..

Jom tengok orang buat teh

Tempat wajib bergambar

Wajib beli buah ni he..he..

Waffle ni sedap tahap gaban..

Memasing bila hilang cinoneng ketawa besar ek..

Tengok lepas terbeluwek tadi tudungnya ntah kemana..
seb baik budak-budak

Monday, 29 November 2010

Bau kasih sayang

Tak ingat minggu bila, lokasi dalam kereta nak ke satu tempat lepas makan tengahari.
Habit Mr Hubby ni suka cium tangan aku dalam keta. Then dia suruh kita cium tangan dia balik.
Kebetulan masa ni lepas makan tengahari. Bau sambal belacan tu memang lekat kat tangan aku nih.  Sebab aku makan dgn tangan he..he.. Dah basuh sental pun tak hilang gak. Dah sapu losyen pun sama..
Belacan cap apalah dia pakai ek...
Masa aku cium tangan Mr Hubby aku kata tangan dia bau belacan.
(padahal tak pun dia tak ambik sambal pun ha..ha.saja gurau-gurau)
lepas tu dia cium tangan aku balik..aku tanyalah..bau belacan tak... 
Mr Hubby jawap tangan aku bau "KASIH SAYANG" 
terdiam jap...sebab aku memang sayang sangat-sangat ngan Mr Hubby so bila dia rasa Sayang aku ada kat mana sangat terharu sangat...he..he...                                     

I-City Shah Alam

I-CTY Shah Alam..1st time kesana dulu free jer masuk, Lepas tu RM 2 lepas tu RM 5 lepas tu semalam kesana RM 10 alasannya cuti sekolah. Masuk rumah sejuk pun dah kena charge sorang RM 2 tapi benda yang sama juga tengok dalam tu. Memandangkan bawak adik-adik heret juga kaki ni kesana..


Rasa tak berbaloi pulak kali ni. Sampai-sampai hujan pulak..aisey…spoil mood budak-budak nak berjimba jer. Memula hujan tu jap-jap jer lepas tu kasar-kasar. Risau kat Mr Hubby jer..
Kalau kena hujan memang cepat demam. Budak-budak ni daya tahan dia lagi kuat. Janganlah chenta hati aku ni demam..beberapa hari lagi nak gi offshore kalau demam siannya dia.

Berbalik ceta I-CITY tadi, ada satu tempat kat dalam tu pun kena charge juga. Safari wild kea pa nama tempat tu. Erm..rasanya sat lagi nak masuk pun dia charge per/person. Semakin kuranglah tempat beriadah yang percuma kat KL ni kan…???? Tapi semalam ada 2, 3 bas yang dating kat I-CITY ni. Rombongan cik kiah dari mana lah ek.
Gerimis-gerimis pun nampaknya budak-budak enjoy. Suka depa tengok banyak lampu-lampu macam-macam gaya. Sebab dah beberakali pergi teruja tu dah hilang sikitlah…pas tu plak masuk-masuk kena charge RM 10, cam tak berbaloi lah pulak.

Jom layan gambar lah…

Tak pasti sapa yang ambik pic blurrr ni

Masih sama seperti sebelumnya..

Tempat ni nak masuk kena bayar
Tak masuk pun jengah-jengah dari luar jer..

Wawa & Nana

Nina & Mimi
Rumah sejuk ni pun kena bayar hoccay

Nina

Wednesday, 24 November 2010

Sakit kepala

Dah dekat 3 minggu sakit kepala jer, maigrain.
Dah lama tak kena sakit kepala macam ni, bila kena rasa nak terbaring jer.
Paling teruk masa lepas raya Haji tuh..eeiiii..!!!! sakitnya...
Dah lah malam tu melantak gear box kambing cam tak hengat..
Esoknya hambik ko...sepanjang perjalanan dari Segamat ke Cherating
aku tido, tak boleh buka mata lansung..sakit sangat kepala belah kanan ni..
panik jap Mr Hubby tengok miniknya tido jer sepanjang jalan, tak pernah dibuat tau..
Takut kot aku tak bangun-bangun...he..he..
Tapi serius sakit sangat kepala ni...
Masa ni rasa tobat sangat nak makan kambing.
Overdose kot..makan daging kan masa raya haji tu umah mertua buat korban.
Tambah-tambah sebelum tu memang asyik maigrain jer...
Lepas ni kena diet over2 sikit..

Bila sakit kepala buat apa pun tak kena. Nak baring dalam gelap pasang econ sejuk-sejuk
tenangkan fikiran...huk...huk..

Monday, 22 November 2010

Dari Nuffang

Lama tak cek berapa total  RM dari Nuffang. Hari ni tergerak nak cek.
Isk..isk..dalam malas-malas buat entry pun, RM dari dah meningkat lebih dari yang di jangkakan.
Thanks banyak-banyak ya Nuffang.
Ni pun just suka-suka..bila kawan kata dengan blog boleh buat duit.
So ambiklah kesempatan...

Lepas ni join Chup-Chup pulak ya..

Exhausted sangat-sangat

Dua, tiga minggu ni memang sangat-sangat meletihkan...
Hampir 3 minggu ni asyik berulang alik ke JB. Naik kebas punggung ni dok kat keta.
Lepas tu sambut Aidiladha. Macam tahun lepas Aidiladha sambut kat rumah mertua.
Selain buat korban kali ni sangat-sangat ramai tetamu yang datang.
Alhamdulillah..setiap tetamu yang datang bawak rahmat kepasa tuan rumah Insyallah...
Penat memang penat..tapi penat travell lagi penat.
Packing...then balik kemas balik...huk..huk..rasa nak jer biar beg tu bila nak travell lagi tambah jer mana yang patut..tapi mata ni sakit jer kalau tgk tak berkemas. Suka tak suka kena lah kemas.
Walaupun lusanya kena packing balik..huk..huk...cam nak pakai baju yang pakai buang jer rasa waktu ni..
Lepas Aidiladha terus ke JB, dari JB terus ke Cherating (Legend Resort) - Family day Mr Hubby.
Tema Retro night. Semua last minit prepare..

Semalam Baru sampai dari Cherating, dengan jem, dengan panasnnya...dengan sakit kepalanya...
eeiiiii..!!!! sangat-sangat tension..
Hari ni kena berkemas semula coz petang ni ke JB..
Ada yang membayangkan betapa letihnya aku...
serius...sangat-sangat meletihkan...tak sempat nak pikir nak bercuti kat mana
Nama jer full time house wife tapi kerja aku sangat banyak...
Semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik...
amin...

Friday, 12 November 2010

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..
"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..


Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.


Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.


Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah..

" Ni aku jumpa kat satu FB kawan-kawan aku. Nak kata kesian kat si isteri pun tak, kesian kat laki pun tak juga..kenapa..??? ya lah suami dah tau tak suka penampilan isteri kenapa tak nak berterus terang jer,
kesian isteri dah susah payah jaga segala kebajikan suami, tanggung bersama ekonomi rumah alih-alih ditinggalkan sedeh kan...
Alasan perut tebal..ha...ha..tak logik sedangkan dah lahirkan zuriat tuk suami juga.
Tapi napa isteri pun tak nak jaga penampilan kat rumah ek..bukanlah nak suh make up memanjang tapi sekurang-kurangnya jagalah penampilan sikit. Ada tu kat rumah berkelambu dengan baju kelawar yang dah koyak-koyak...dah tetas jahitannya, dah terabur benangnya.. tak pun dengan t-shirt besar dengan kain batik dari pagi ke malam...tapi peliknya kalau keluar boleh pulak cantik, pakai baju lawa-lawa, siap bergosok lagi tu..sedondon atas ke bawah..
Sebab aku tengok mak yang dah 11 anak tu kat rumah suka pakai lawa. dulu-dulu masa kecik-kecik nampak pelik bila nampak mak lepas mandi mak suka pakai lipstik (tak lah merah cam mak jarah tu) lepas tu pakai bedak..pakai cantik-cantik.
Sekarang paling suka tengok mak pakai t-shirt ngan suar labuh 3 suku. rasa mak saya masih muda sampai sekaranag..kata orang we all cam adik beradik yeaayyyyy..!!! (sebab mak tak pakai seluar bila keluar selain kat rumah, sebab kitaorang tak bagi...ha..ha...)
Bila tengik isteri-isteri tak jaga penampilan bila kat rumah erm.... sekali pandang cam bibik...
Bibik sekarang pun lagi vouge tau..

Kadang-kadang isteri-isteri basuh rambut pepagi, pastu bungkus dengan tudung rambut basah-basah...boleh agak tak bau dia. erm...pengalaman aku mem"facial" mak-mak orang yang balik kerja ni...
Ya allah..bukan nak aibkan sesapa..tapi sampai satu tahap rambutnya masih lembab, bau sangat..masa derang lom buka tudung dengan jarak yang dekat pun dah bau..kadang2 terpaksalah aku buat facial tu dengan jarak yang tak munasabah...sebab..memang busuk...
Kalau kita pun dah bau, suami apa lagi kan...nak dekat-dekat, nak meleser-leser pun malas.
TAPI....
Kenapa lepas bercerai baru nak jaga kebersihan...baru nak jaga kuku..???
bukan ker setiap masa memang kena jaga kebersihan. Mak aku yang dok kampung tu kalau tgk kuku kaki anak-anaknya berkeladak memang dia tegur. Dia kata biar kuku tak cantik janji tak berkeladak kat  tepi-tepi kuku tu. Mungkin bila tengok isteri macamni tak teransang nafsu suami, mana kita tau kan... ???
Tak semestinya kena kurus lansing baru nak jaga penampilan, gemuk ke kurus ker memang kena jaga
Erm...tapi suami pun janganlah ambik kesempatan pulak..apa salahnya berbincang dengan isteri.
Macam aku...suami memang tak suka kalau aku pakai baju kelawar (walaupun baju kelawar aku tak ada rupa kain buruk  ya he..he...) katanya rimas..
Kalau suami tak suka tgk isteri selekeh kat rumah, isteri pun sama tau..tak suka tgk suami asyik ngan kain gombang jer...pas tu tak pakai baju plak..alamak bang cover sket peyut tu ek... hi..hi...
I pun tak selera u
..ha...ha...

Apapun terpulanglah kat diri memasing...kalau suami/isteri suka dengan penampilan memasing
tepuk dada tanya selera. Sebab aku pun bukan sempurna sangat..
tapi sesamalah kita renung-renungkan...

Wednesday, 10 November 2010

Nak jadi budak balik boleh...???

Terjumpa pic ni kat rumah mak. Senyum sengsorang jer tengok pic ni..
Tak berapa ingat tahun berapa, tapi rasanya dalam umur 5 tahun kot.
He..he..aku memang dari kecik agak tomboy sikit. Ni pic raya.
Yang pakai spec tu ayah, yang baju merah tudung ala-ala jambul tu mak, yang lain, mak ngah, mak teh,
sikin, nana, ajid.
Rindunya zaman bebudak dulu. Main pondok-pondok, teng-teng, main tembak-tembak,
main polis-polis...uis..!!! termemori pulak yang lama-lama
Rasa nak sangat jadi budak balik...boleh...????
Boleh kot....jadi mak budak ha...ha...

Budak-budak dalam pic ni semua dah jadi mak-mak budak..
aku jer yang belummm..
teka yang mana aku...???

Monday, 8 November 2010

Busy seorang isteri

2 minggu ni agak busy, selain berulang alik ke JB ada beberapa benda yang nak di buat.
Letih berulang alik ke JB. Sangat-sangat memenatkan. lain-lain tu light-light jer.
Biasalah buat kerja rumah penat memang penat.
My friend yang datang dari Bandung pun datang 2 minggu lepas. Macam kunjungan balas pulak he..he..
kan July hari tu we all ke Bandung, Masa kat sana sempatlah jumpa my friend ni. Yang bestnya dia bawak we all naik angkot. Ada kat entry mana ntah lupa dah...
Last wekend plak my sis yang study kat Kedah balik sambut Depavali kat sini..he..he..
Rasa meriah sangat..tiap-tiap minggu ada orang datang rumah.

Bila free nanti buat entry by entry ya..
Now ni rasa nak menjahit sarung bantal sofa. Mood menjahit dah mari noks...
Entry ni sekadar nak buang-buang habuk yang dah mula banyak kat Blog ni..
he..he... boleh...?????

Wednesday, 27 October 2010

My new TISSOT ehem...ehem..

Dapat masa sebelum raya haritu.
Thanks to my Dear Nazid.
Hadiah raya katanya...
Maknanya hadiah besday lain lah ek....
Tweeet....ahahhaaa....

Thanks Dear...

I love it so much...





Tuesday, 26 October 2010

Because u are so dear..





Lagu cute ni ringtone HP aku sekian lama..
rasa cute sangat..comel..jer kan..
Tau dari Nina..sebab dia sangat-sangat-sangat sukakan lagu ni..
masa tu umur dia 2 tahun...bila debgar dia nyanyi
mak long pun teruja sama...
Love u sangat Nina...

Kemaruk ais

Akhir-akhir ni asyik nak minum ais jer tekak ni..Kalau sebelum ni minum air sejuk dalam esbok tu.
Buat sirap ker, buat rebena ker..tapi tak ler nak letak ais. Semenjak dua menjak ni..
aduhai..kalau buat rebena tu nak juga letak seketul dua ais. Nak-nak lagi tengahari.
Panas-panas pulak tu eeiii..!!!tak boleh control lansung. Kalau minum kat luar pun sama.
Sebelum ni boleh kontrol lagi..kalau pagi dalam kul 10 tu order lah teh o panas..pas tu kalau kuar malam milo o tarik kerr..tak pun teh o suam. La ni..kalau kuar kul 10 mesti nak teh o ais...
Huk..huk..camna nak buang habit ni ek. Hubby bising kalau asyik ais jer..kadang-kadang dia bagi aku order & minum dulu, pas abis baru dia tanya, napa ais..???? ha..ha...sengeh jer ler..tak pun kata "dahaga sangatlah"
Kalau hubby yang order kan air memang tak dan nak minum ais ni.
Memanglah tak elok kan asyik ais jerr....Bangun pagi badan rasa nyilu-nyilu jerkan..
perut pun senang jer nak membuncit. Ake jeles tengok adik aku nih..dah ada anak..tapi perut leper gila..
dia memang sangat-sangat jarang minum ais. Kalau minum pun air sejuk dari esbok tu jer..
Tu pun sesekali..katanya badan dia sakit-sakit bangun tido kalau minum ais banyak.
Uish..lagilah aku kan yang hampir 24 jam ni dok dalam econ..minum ais plak...
mana tak nyilu-nyilu jer badan ni kan..???
kena ubah ni suka ke tak suka..
Bila..???tunggu cuaca sejuk kot...
huk..huk..

Sampai berbotol-botol air sejuk dalam esbox mana tak tergoda kan..???

Ni lagu satu sangat-sangat fevret..
tengok pun terliur..
(pic Google dari tenet. Credit tuk tuan tanah)

Monday, 25 October 2010

Monday as a wife..


Jangan ingat korang jer tau monday blues. Housewife (HW) pun ada monday blues tau.
Kalau korang monday ni cam malas-malas jer nak buat kerja kat opis tu,
HW pun sama tau. Kalau monday ni cam malas jer nak mulakan kerja-kerja kat umah ni.
Moday blues uolls ha..ha..
Tau jer lah kan dah 2 hari dok berkepit jer ngan Hubby, tetiba monday sorang balik huk..huk..
bohsan tahap gaban tak da kawan nak sembang-sembang pepagi..kawan bekfes, kawan lunch, kawan merajuk, kawan jenjalan, kawan shopping he..he..segala-galanyalah.
Bila Monday sorang balik, weh...rasa nak dok kocek Hubby jer ikut dia gi keja boleh gitewww....
Monday biasa busy, lambat buka lappy, banyak keja nak buat, Coz sabtu Ahad aku cuti dari segala-galanya
Cuti mengemas, cuti mendobi, cuti mengosok baju,  cuti melipat, cuti masak (kadang-kadang jer masak wekend) sebab apa..??? sebab..sabtu ahad full time ngan chenta hatiku itu. Tak akan ada job-job HW untuk 2 hari ni yee...

Tapi sebelum Jumaat tu make sure dah settle lah semua keja sebelum nak berjimba hore-hore sabtu ahad tu nokss..jangan ko berjimba hore-hore tapi rumah cam kapal karam..tuh hampeh namanya..
Selalunya Isnin memang buat segala-galanyalah...dari mengemop, menyapu pastu vakum lagi, mendobi, buang semua abuk yang melekat 2 hari tu, menyental tandas, kemas dapur pendek kata Isnin memang buat segalanya lah. Ada orang tanya kat aku...umah aku ni nak kemas apa lagi..hari-hari memang nampak tip top..
Ye ker..??? ma kasih atas puji-pujian tu ya...tapi tu mungkin mata orang, mata aku ni lain sikit, sejak dok umah sepenuh masa ni sehelai rambut pun aku nampak, seebiji habuk pun nak kutip ha..ha..

Teringat mak aku kata dulu, umah kalau kecik buruk pun tak apa, janji kemas & bersih.
Mungkin sikap mak turun kat aku, sebab masa aku kecik-kecik aku selalu merungut sebab kena kemaskan meja belajar hari-hari, tak boleh sepah-sepah, kalau balik sekolah rendah dulu tak letak botol air dalam sink memang kena. Sekarang bila aku balik kampung adik-adik dah tau perangai aku..
Nak-nak sink..memang cam pantang jer sink ada pinggan kotor walaupun sebiji cawan..iskk..tak sukalah.
Bila rumah bersih rasa kewl jer kan..??

Ceta pasal monday blues ni tadi, erm...hari ni rasa bagus jer mood taklah blues sangat huk..huk..
Tido awal kot malam tadi. sao bangun pun freshhhh jer mood pun ok jer..
So siap awal sesangat hari ni punya job...tinggal pk nak masak apa tuk petang ni..

So korang jangan blues-blues sangat hari ni, malam tadi sebelum korang tido ke set kot mind korang pagi ni ada date paling best sekali, tido awal, bangun-bangun senyum dulu jangan terus fikir malas...memang malatop monday korang tau hari ni....yeayyyy...!!!!

Sunday, 24 October 2010

Dengan Nina..

Bulan lepas masa kat JB we all plan nak mengecat bilik-bilik kat umah JB tuh. Lepas penyewa keluar dulu memang tak sempat nak cat bilik-bilik yang agak comot tu. Maybe masa penyewa angkat barang-barang masa pindah dulu kot..tu yang banyak calar balar dindingnya..
Balik JB kali ni memang plan nak cat semua bilik..

He..he..aku ada pembantu tau, sibuk lah sangat nak tolong aku mengecat.
Biarlah dia rasa camna mengecat tu, kang budak ni lagi kita tak bagi
lagilah nak menyibuk kan....tapi taulah nama pun budak..
buat pun ala-ala jerlah..suka hati nak cat lagu mana..
bila rambut dia yang panjang dah kena cat baru dia berenti. Takut rambut kena potong
ha..ha...tapi dia cermat buat kerja..suka plak aku bagi dia pengalaman baru..


Bancuh dulu

Yang comel ni tangan Nina

Bagi Nina line tepi-tepi dulu

Sampai berpeluh-peluh si Nina mengecat
tapi tang tu jugak..

Lepas rambut kena cat terus tak mo cat lagi..
takut rambutnya kena potong...
(pic ni dia ambik sendiri..ha..ha..tak boleh angkat seh..)

Ni petang sebelum projek mengecat he..he..

dari hati balQis

Memaafkan memang mudah, semudah melafazkan.
Tapi untuk melupakan sangat-sangat sukar.
Mungkin aku kena lebih memujuk hati yang sangat mudah memaafkan tapi
sangat-sangat sukar untuk melupakan..kenapa...????
aku tak punya jawapan untuk itu..
Kerna aku cuma manusia biasa..aku bukan malaikat.
Dan...
Kekhilafan itu wujud dalam diri aku...


"FORGIVE...AND DONT FORGET TO FORGET"

Bisakah...??????

Friday, 22 October 2010

Homestay

Ada sesapa yang berminat nak bercuti di Homestay..??
Manalah tau sesekali nak rasa suasana kampung. Nak tengok sawah padi, nak rasa jadi orang kampung.
Nak makan, makanan kampung, Nak rasa berkubang kat bendang, nak tengok matahari tebenam dari laut bila senja..
Dengar pun cam terujakan..??? camtulah aku dulu sangat-sangat teruja bila dapat tengok sawah depan mata. Selalu tengok jer dalam TV tak pun tengok gambar jer..kali ni dapat tengok depan mata.
Cantiknya...nak-nak bila sawah tengah hijau..rasa kagum betul lah masa ni..
Walaupun dah 10 tahun rasa teruja tengok sawah tiap kali balik kampung Mertua tetap tak hilang.
He..he...Mr Hubby pernah tanya bila nak bosan tengok sawah...
Tak ada jawapan untuk soalan itu he..he...

Semua maklumat tentang Homestay di Sekincan,Selangor ada dalam link dibawah ni..
Jom cuti-cuti Malaysia

Homestay Papitusulem

Wednesday, 20 October 2010

Adib

Tadi petang ambik Adib, hari ni dia tak dema & selsema...
so sangat-sangat aktif.
Dah pandai ajak kita cakap-cakap...pandai cakap tak nak kalau kita buat benda yang dia tak suka.
Dah tumbuh gigi satu..comel sangat-sangat.
Paling-paling geram pandai dah kenakan kita balik.
Ishh...geram sungguh..rasa nak geget jer..
Beberapa hari ni riuhlah suara kami berlumb-lumba cakap..
he..he...

Thursday, 14 October 2010

Janganlah aibkan si mati

Banyak betul gambar pasal excident haritu, lagi-lagi kat laman sesawang "muka buku" tu.
Yang tengok pun syokkk...jer tag sana, tag sini, lepas tu sebarkan lagi. Tak nafikan aku pun tengok gambar-gambar tu, tapi sekadar tengok. Sebenarnya ada baik dan buruknya bila kita tengok gambar-gambar ni.
Secara tak lansung ia akan memberi peringatan pada kita betapa perlunya berhati-hati di jalan raya. Disebabkan kelalaian kita banyak nyawa yang melayang..
Sedehkan... bila dengar si emak yang mengandungkan si anak 9 bulan 10 hari tiba-tiba hilang sekelip mata dengan cara tragis macam ni,  keluarga yang hilang ketua keluarga yang selama ni menyara seluruh keluarga,
paling sedeh sepatutnya esok salah seorang mangsa bakal menerima segulung Ijazah. Tentu si emak terasa sangat-sangat kehilangan kan...????

Erm..bila tengok gambar-gambar sedeh sesangat. Ada yang sangat-sangat mengaibkan, kesiannya si mati.
Tentu rohnya menangiskan bila tengok gambarnya tersebar dalam keadaan yanng mengaibkan..
Yang paling tak best bila ada komen-komen nakal...erm..janganlah komen macam-macam...kesian pulak pada keluarga si mati kalau terbaca komen-komen tu..

Ada satu komen yang aku baca tu menyalahkan pemandu kereta yang mengakibatkan kesesakan jalan yang sangat teruk pada hari kejadian.  Kalau merujuk komen tu gambar menunjukan dari arah selatan ke utara, katanya inilah skap pemandu Malaysia yang menjadi punca kesesakan semakin teruk. Banyak kenderaan yang memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kejadian. Katanya kalau semua kenderaan meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan kejadian tentu kesesakan tidak berlaku....
Biar aku terangkan ya...sebab aku salah seorang dari  mangsa yang terlibat dalam kesesakan yang maha dasyat tu ..Beberapa kilometer sebelum dan selepas tempat kejadian banyak ambulance, JPA, Bomba, polis dan Plus memberhentikan kenderaan disekitar kejadian. Disebabkan ambulance dari arah selatan maka mereka terpaksa meletakan kenderaan di bahu-bahu jalan dan di laluan lorong kanan lebuhraya.
Bayangkan masa ni jer ada 12 buah ambulance, tentu kiri kanan lebuhraya terhad laluannya.
Jadi pemandu yang melalui kawasan tersebut memang terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing. Bukan sebab semuanya nak tengok kemalangan tu. Tak nafikan memang ada juga yang ambik kesempatan nak tengok, tapi mereka berhenti di bahu jalan..sepanjang bahu jalan beberapa kilometer memang banyak kenderaan yang berhenti. So tak semualah orang Malaysia ni mempunyai sikap negatif kan.
Apapun semuanya bergantung pada sikap kita.

So, tentang penyebaran gambar-gambar tu pun terpulanglah pada pemikiran kita. Cuma tempatkan kita di tempat keluarga mangsa itu sendiri, suka atau tak kalau ia terjadi pada kita.
Kesedihan hilang yang tersayang semakin tercalar dek ketaksuban orang lain...fikir fikirkan lah....

Al-Fatihah sekali lagi buat semua mangsa...
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman amin..amin...

Monday, 11 October 2010

Al- Fatihah & Takziah

Takziah pada mangsa korban dalam tragedi kemalangan maut bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi. Alfatihah juga pada semua mangsa yang beragama islam.

Sebenarnya aku adalah ribuan yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas masa kemalangan tu berlaku.
Masa ni aku dalam perjalanan dari Johor Bahru - Kuala Lumpur. Dalam pukul 7-30 lebih kurang 20km dari tempat kejadian kesesakan dah pun berlaku dan lebih kurang 30 minit selepas kejadian kemalangan berlaku. Ingat masa ni kesesakan biasa jer..sebab memang banyak kenderaan semalam dari 2-2 arah. Lepas setengah jam rasa kesesakan ni lain macam jer. Sebab dari arah Kuala Lumpur - Johor Bahru tak ada satu pun kenderaan yang lalu, masa ni suasana macam senyap jer..ada pun sesekali bunyi motor. Tergerak hati nak call PLUS 1800 88 0000. Pihak PLUS bagitahu ada kemalangan jiwa di KM 223 yang terlibat 2 bus 1 van dan 3 kereta yang di beritahu pihak PLUS,  katanya kemalangan tu mengorbankan banyak nyawa.
Pihak PLUS minta kami bersabar, katanya kesesakan dari Kuala Lumpur  - Johor Bahru lebih teruk berbanding dari Johor Bahru  - Kuala Lumpur. Ya Allah..tu jer yang terucap. Dalam masa tak sampai satu jam 13 ambulance dari arah Johor - Kuala Lumpur.

Yang menyakitkan hati masa ni sikap pengguna yang sangat-sangat mementingkan diri sendiri.
Sikap pemandu yang sangat biadap pada aku menyusahkan pihak lain. Bayangkan masa ambulance nak ke tempat kejadian dari arah Johor Bahru - Kuala Lumpur menggunakan lorong kecemasan tersekat beberapa kali dek sikap buruk pemandu yang menggunakan laluan tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Kononnya bila mereka menggunakan laluan tersebut laluan lancar berbanding kesesakan 3 lorong yang sangat teruk. Sampaikan pihak ambulance meminta pengguna tidak melalui lorong tersebut.
Malangnya selepas semua ambulance berlalu lorong tersebut kembali dipenuhi dengan pemandu-pemandu yang pada aku sangat-sangat biadap. Bukan menyusahkan pihak ambulance jer, tapi bomba, JPA, dan pihak PLUs sendiri.
Begitupun masih ada pemandu yang bertanggungjawap. Ada satu treller besar yang duduk ditengah2 lorong kecemasan ni menghalang kenderaan lain menggunakan laluan ni, jadi bila ada siren ambulance atau bomba treller ni akan halakan kepalanya ke arah kanan, untuk memberi ruang pada ambulance atau bomba menuju ke tempat kejadian. Emm..tak pahamlah tengok atittude orang Malaysia ni. Susah sangat ker nak bersabar.
Sikap kurang sabar ni jugalah menyusahkan orang lain..
Alhamdulillah..jem macamana sekalipun Mr Hubby tak akan sesekali ambik lalauan kecemasan atau potong que sesuka hati, suka ke tak suka bila dah terlibat dengan kesesakan ni reda jerlah, kalau ada exit boleh exit tapi bukanlah gunakan laluan kecemasan macam orang kurang akal sampai  menyusahkan pihak lain ni.. Tolonglah..pada semua pemandu-pemandu, kalau rasa nak cepat orang lain pun nak cepat juga, kalau rasa bosan dengan kesesakan orang lain pun bosan sama juga..
tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain ya.

2 Jam untuk 20km, memang sesak, sampai kat tempat kejadian suasana seperti pesta, ramai yang berenti di bahu jalan, tak tahulah samada melihat, membantu atau menyibuk. Tapi suasana memang agak tegang & kecoh. Kebetulan kami di lorong pertama jadi jelas apa yang aku nampak sebab laluan sangat perlahan, aku nampak kereta yang terlibat dalam kemalangan tu dah kemek, bus yang menghempap kereta, tapi kereta yang dibawah bus tu aku tak nampak. Ya Allah..menggigil kepala lutut aku. Tak putus-putus aku baca
al fatihah. Mr Hubby tak bagi aku tengok takut terperanjat katanya. Sedehnya.. masa ni aku rasa ramai melayu  yang terlibat, sebab kat kawasan tu ramai sangat orang yang berkopiah, bertudung dalam keadaan cemas. Dalam hati aku cuma berdoa semoga tak ramai yang maut. Subhanallah...

Lepas dari kawasan kemalangan, arah Kuala Lumpur ke Johor lebih sesak keadaannya..ribuan kenderaan yang ada mematikan lampu dan enjin kereta. Masing-masing keluar dari kereta, berborak sesama sendiri mungkin untuk menghilangkan kebosanan. Ada yang memanjat treller dan mengambil gambar kesesakan yang sangat-sangat luar biasa. Tiba-tiba aku nampak seorang ayah tengah mendukung anaknya yang lebih kurang 6, 7 bulan tengah menangis dan hanya memakai pampers. Kesiannya yang mana ada anak-anak kecik atau orang tua dalam kesesakan ni..Macamana ya kalau yanga da anak-anak kecik ni nak ke tandas ker..lapar ker..sakit ker.. Masa kesesakan ni arah Kuala Lumpur - Johor Bahru gelap jer..bila semua kenderaan matikan enjin.

Pihak PLUS membuka jalan di laluan bertentangan untuk kenderaan membuat pusingan dek kesesakan yang sangat-sangat luar biasa ni. Selepas tol Linggi pihak polis mengarahkan semua kenderaan berpatah balik atau melalui jalan alternatif lain untuk ke destinasi mereka bagi mengelakan kesesakan bertambah teruk.

Alhamdulillah kami sampai  rumah lebih kurang jam 11 malam. Tapi apa yang aku nampak tadi memang susah nak lupakan. Kaki aku amsih menggigil. Sedeh...kesian...takut semua ada..
Masa lepas kawasan kejadian tu dengar berita di radio kemalangan ni melibatkan 12 yang maut setakat berita tu di keudarakan. Masyallah...
Malam tadi aku betul-betul rasa nak demam, sedehnya..bila ingat keluarga yang terlibat ni kehilangan orang-orang yang disayang. Mungkin ini pertama kali berlaku depan mata, selalunya tengok dalam berita jer. Apapun ajal maut tu ketentuan tuhan. cara bagaimana kita diambil nyawanya dan bila hanya allah yang mengetahui..
Berhati-hati juga pada semua pemandu-pemandu dijalan raya, sikap kurang sabar dan tergesa tu akan membuat semua pihak susah. Apapun Ingatlah orang tersayang.

Al fatihah pada semua mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
amin...

(aku tak ambik gambar sebab sangat-sangat tak sampai hati)

Thursday, 7 October 2010

susah tidur

Alhamdulillh.. sampai Jb tadi kul 11 malam. Biasa travell camni jarang aku terlelap.
Tapi tadi baru masuk tol Sungai Besi aku dah ngantuk tahap gaban.terlelap lah sekejap..tau-tau sampai RNR Seremban dah.
Sebabnya....??? malam tadi aku tak boleh tidurlah, tak tau napa. Dekat kul 6 pagi baru terlelap, tu pun 6.30 dah bangun..nak sambung tdur balik pas Mr Hubby gi kerja tak boleh plak..
Tak tau napa ntah tak boleh tido malam tadi. Macam-macam dah buat bagi mata ngantuk..
Biasanya kalau baca jauh-jauh malam ni matga cepat layu..ni tak dah habis atu metro aku baca tak jalan gak, baca magazine pun tak jalan gak..nak kata tidur siang..erm..aku memang tak tidur siang. Sebab takut malam tak boleh tidur, tu yang tak mo tidur siang. Biasanya masuk tidur kul 12 paling lewat pun 12.30.
Hari ni pun sama,  rasa susah nak tidur. Tadi Mr Hubby siap kata sebelim dia tidur,
jangan tidur jauh malam..dia tak nak aku tak boleh tidur cam semalam..tapi bila dia dah zzzzzzzz..aku masih tak boleh tidur gak..

napa ek...???
apa ek aku fikir 2,3 hari ni...????
masaalah...??? rasanya tak ada..
erm..tak taulah napa ek..
isk...!!! mata kelat, tapi still tak boleh tidur..
Semakin tua ker aku ni..sampai susah nak tidur ni..???
ha..ha..memang tua pun dah 3 series kan..ha...ha..
trylah lelap kan mata...
orait..selamat malam guys....

Wednesday, 6 October 2010

Bukan salah aku...!!!!!

Tak sampai 24 jam entry pasal aku berjanji tak nak beli kasut sampai May 2011 tu dah terbatal dah...
Ahhahaaa..dah habaq dah..yang tekanan nak beli kasut lepas berjanji tu lagi kuat...
Eh..jap..jap..bukan salah aku hoccay..aku masih setia dengan janji tuh...
Actually cetanya gini.. ( macam tegakan benang yang dah basah & nak putus plak ek...huk..huk..)
Semalam petang we all ke 1 utama, memang kesana nak cari somting.
tetiba kasut merah yang aku nampak 2 minggu lepas betul depan mata ni..alahai...tergodanya..
kasut tu cantik sesangat, lagi-lagi kalau masuk kat kaki aku ni huk..huk..
memang cantik..2 minggu lepas sebab dah ikrar janji tak nak beli kasut aku pun kental kan ler semangat ni..
Tapi petang semalam since dari rumah memang sesangat teruja nak dapatkan kasut tu..tapi camna ek nak cakap...
Sampai-sampai 1utama, aku pun ajak ler Mr hubby yang chomel iteww..masuk kedai yang aku budget nak kasut Merah ni, he..he..tak da teori-teori terus praktikal...tau tak apa jadi....
hu..hu...kasut tu dah tak ada...wargh...!!!!!!sedehnya..yang ada merah yang lain. Mr Hubby kata dia suka yang cam marron2 sket..aku tak suka...coz nanti nak matchkan ngan handbeg susah..
rasa nak menangisss...sangat. sebab aku dah bayangkan kalau pakai kasut merah tu menyerlah kaki ni...
Sedehnya..longlai jer kuar ko.. Selalu cenggini tau, kalau MR Hubby cam tak berkenan dari awal mesti, dah abis stoklah, takda saizlah,tak pun tinggal display lah...(kalau display jangan harap Mr Hubby nak bagi)
tak teruslah misi nak cari barang tu..muka..??? monyok sikitlah tapi taklah sampai bad mood...
lepas kuar dari Jusco, Mr Hubby tanya.."ayang dah tak ada sandal ek..?" laju seh aku geleng...
kan sandal camel aku yang bila pakai sedap gilerrr tu tertinggal kat kg aku since raya lagi..
So aku taramlah kasut sandal hush puppies biru tu...ghupanya Mr Hubby tak suka..coz kalernya biru ha..ha..
katanya tak match lansung...he..he..tetiba dia kata nak belikan kasut cuma syaratnya bukan merah...
he..he..yeayyya..yeayya..kasut baru..
terus ke butik camel tu Jusco tu..Walaupun kasut dia pattern tak berapa cantek..tapi sangat comfort bila dipakai..nilah yang aku lenjan kalau malas nak berwedges-wedges ni..
Ni pilihan Mr Hubby aku..dia yang beria nak belikan..Walaupun yang merah itewww...sangat cantik (Camel gak ) MR hubby tetap tak bagi, katanya kalau kasut yang tak ada match ngan h/beg dia aku akan pakai kejap jer...ha...ha....yo lah tu..
So kesimpulannya aku masih berpegang pada janji ek...yang ni Mr Hubby yang belikan..
he..he...

Suka brand ni walaupun tak cun tapi sangat-sangat sedap bila dipakai

kali ni ambik brown more to red
yang hari tu dark brown
kasut cap unta

Kasut ni yang Mr Hubby tak suka sangat bila aku pakai..
ha..ha..biru katanya...


Tuesday, 5 October 2010

terJANJI pulak

Aisey...dah terjanji plak...
camnalah mulut ni boleh terjanji ek..??? senang jer janji, ntah boleh buat ntah tak..
Warghh..!!!! cam ni ni dah terJANJI, tak boleh tarik balik
Mr Hubby suka sangat ler bila miniknya tetiba terJANJI.
huk..huk...boleh ker..8 bulan tuh...
lamanya...eeeii..!!! kena tarik baliklah Janji ni..
Aku terJANJI yang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku tak nak beli kasut sampai May 2011 nanti...
Gara-gara nak raya aku beli kasut 3 pasang tapi pakai 2 pasang jer..
lepas tu ada 4 pasang lagi yang tak terpakai...
boleh ker..????
m
e
n
y
e
s
a
l
p
u
l
a
k
t
e
r
j
a
n
j
i
........











Saturday, 2 October 2010

Sambal petai ikan bilis

Sambal petai ikan bilis, makan ngan nasi panas-panas, ada tempoyak, ada ikan masin huk-huk mau makan berpinggan-pinggan. Actually sambal ikan bilis ni dari arwah nenek. Sambal dia memang power pedas. masa kecik2 aku suka makan ngan biskut tawar tak pun roti he..he..masa ni bebudak lagi. kalau makan air kena seteko..pedas memang tak hengat. Cam terbakar bibir jap. Tapi memang sedap.

Satu perangai aku, suka sangat ubah suai resepi ikut teka aku sendiri. kalau rasa nak tambah apa yang sedap aku cubalah. Kalau sedap boleh teruskan..kalau cuma tekak aku jer yang kata sedap next time tak buat lagi lah ha..ha..Sejak pandai makan petai ni, aku adjustlah resepi arwah nenek aku ni. Kalau nak makan mentah-mentah memang tak berapa masuk. Biasa sambal petai udang kan..eh..jap..jap aku pernah tgk pic kawan aku kat California tu masak sambal sotong ngan petai, aku try gak..tapi cam tak ngam jer..ha..ha..sorry ek Lela
huk..huk..aku rasa sotong tu jadi pahit sangat ha..ha..gagal kot resepi yang aku try tu.
Jom try resepi ni..

Ni resepi dari arwah nenek aku yang aku dah adjust

Bahan-bahan

Bawang merah - 5 biji
Bawang putih  -  4 ulas
Halia               - 1 inci
Kunyit             - 1 inci
Bilis                 - ikut suka banyak mana nak letak
Cili                  - ikut juga banyak mana nak pedas

Semua bahan diatas di kisar halus kecuali ikan bilis, ikan bilis masukan bila semua nahan yang dikisar dah sebati. Ikan bilis cuma diblender dengan kasar sahaja

Petai - dipotong nipis / atau potong dua
Bawang besar - di potong nipis
Asam gelugor - 2 keping

* Tumiskan bawang besar hingga naik bau
* Masukan bahan yang di kisar tadi tumiskan hingga garing, letak sedikit air dan biarkan lagi
* Masukan garam, sesedap rasa (yang pakai ajinomoto boleh masukan) dan sedikit jer gula
* Masukan asam gelugor
*Masukan petai
*Rasa ok, boleh lah angkat

Tumis cili bagi garing sikit, kang tak sakit perut

Petai ni bagus untuk kesihatan

Potong dua, kalau ada haiwan yang tak diperlukan kita nampak,
kalau sebijik-sebijik tak nampak apa isi dalam
pas tu kunyah...ayooohh..!! tak boleh bayangkan..

Siap dah, sambal petai ikan bilis


Wednesday, 29 September 2010

Sambal jawa + terung

Sambal jawa..ni yang kawan aku bagi nama bila dia makan sambal belacan (padahal tak ada belacan pun)
aku dulu. Sambal belacan a.k.a sambal jawa aku memang tak pakai belacan. Aku tak suka letak belacan kang tangan bau belacan sampai kesudah tak hilang. Sambal jawa ni sebijik sambal belacan cuma tak ada belacan jerk.. biasanya aku gantikan ngan terung ker, pelam muda ker, nenas ker, tomato ker...suka hatilah nak letak apa...hasilnya ..pergh...memang mabelesss....  (ha..ha..bukan aku cakap orang yang dah makan lah cakap.. kalau ada tempoyak huk...huk...mak mertua lalu pun tak sedar tau..


Bahan-bahan:

Terung sederhana besar di bakar / di kukus / di goreng dengan minyak yang sedikit
(boleh ganti ngan pelam muda, tomato, nenas atau belimbing buluh)
separuh labu bawang besar - di goreng
2 biji bawang putih - di goreng
sedikit bilis - di goreng
cili padi (ikut suka nak pedas mana) - di goreng
limau kasturi

* Tumbuk bawang bersama cili hingga separa lumat, kemudian masukan terung & bilis tumbuk secara kasar
* Gaulkan semua kemudian perahkan limau kasturi
* Kalau suka boleh gaulkan dengan tempoyak


Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua, tak terlambatkan nak ucap "Selamat Hari Raya" pada semua yang singgah kat  blog ni. Mana tau kalau ada yang tersinggung pas baca entry-entry kat blog aku ni. So kalau aku ada salah silap..yang menyinggung perasaan maff sangat-sangat ya...Aku cuma manusia yang tak lepas dari salah dan khilaf. Harap-harap apa-apa salah silap aku di maafkan, diampunkan, dihalalkan,dan diredakan ya...
Insyaallah..

Lamakan tak update blog ni, cam dah banyak sawang, kasi vakum  sat baru ler nampak entry baru huk..huk..

Raya kali ni kat kampung aku, ni 2nd time raya kampung sendiri. Sebelum ni memang tak ada sistem giliran ikut suka hati..so jadilah 6x raya umah mertua. Buat pengetahuan korang 6x ni pun aku yang request ek..
Best wehh..raya umah mertua aku...exactly kampung sejati. memang meriah. Bukan lah kata kampung aku tak meriah tapi  dah more to cam bandar dah..semua balik kampung huk..huk..Marhaban pun after seminggu raya. Tapi sejak dok KL memang dah buat sistem giliran. Tetiba jer kan buat sistem giliran..
Seronoknya kali ni adik beradik semua kumpul (adik aku yang kat Singapore malam raya pertama baru sampai, raya ngan mak mertua dulu kat sana). Kuarga besar memang meriah. Dengan macam-macam ragam lagi, huk..huk..cam nak runtuh umah tu.


Pagi raya jumaat tu hujan, hujan rahmat alhamdulillah. Sebelum balik umah nyai (nenek) aku kat Senggarang.
Mak ngan ayah terus ke kubur arwah Yai (datuk), aku tak ikut coz tak sampai hati nak ikut
(masih bersedih sesangat lepas dia pergi dulu, lagi satu aku takut tak boleh kawal perasaan) macam yang aku pernah kata dulu segala moment2 yang manis masih basah dalam ingatan aku. Tak melawat kubur tak bermakna aku tak ingat... ~~AL FATIHAH~~
Lepas tu baru aku round satu kampung he..he.. biasalah umah sedara mara belah mak aku, belah ayah aku yang ada kat Parit Raja. Kalau tak raya tak jumpa, alih-alih semua dah membiak ha..ha..
Selalunya aku tertinggal keta api coz raya kat Sekinchan dulu, kali ni dapat jumpa semer yang jarang jumpa.

Petang aku ke Singapore, beraya umah adik aku yang kat sana. Meriahnya kat sini yang aku nampak semua sedondon sekayu, dari mak ayah anak-anak, maknya ngan bapaknya semua sama jer baju. Memang glamour. Tapi dah tak ada yang nek lorry pick up pakai glamer2 gi beraya kat sini, dengar2 dah x boleh erm..tak taulah tak ambik port sangat.

Raya ke 2 baru gerak ke Muar saudara mara belah ayah, arwah atuk ngan nenek dah tak ada. Yang ada adik beradik ayah. Kat belah ayah memang ramai sepupu2 yang umur lebih kurang aku, ha..ha..cam aku cakap tadi memasing dah membiak..berderet handbeg, ngeh..ngeh....kecoh memasing nak ceta.
Kalau buat reunion kuarga ayah ni cucu jer lebih dekat 100, cicit dah nak khawin..memang ada yang tak kenal lah jawapnya ramai sangat. Dari Muar ke Batu Pahat lagi then terus ker Simpang Renggam.

Seronok raya kali ni, sampai raya ke 5 adik beradik masih sama2 beraya. Alhamdulillah...
Harap-harap tahun depan bertambah lagi keluarga kitaorang ek...

Ni adik beradik + menantu + cucu-cucu
2nd day raya

Masa ni 1st day raya, tak cukup satu family

Taaa...daaa...!!!! ni lah kami 11 beradik
ngan mak & ayah


Pada kawan-kawan aku mohon maaflah kiranya ada salah & silap kata atau perbuatan selama kita bersahabat baik realiti atau alam maya.  Kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita dah menyakiti hati orang lain..kita cuma manusia biasa...yang tak lepas dari kekhilafan...
Ada rezeki ada umur yang panjang jumpa kita di lebaran akan datang InsyaAllah...

Tuesday, 7 September 2010

Ke Geylang Serai


  Actually gi Geylang Serai masa minggu ke 2 pose hari tu, masa tu Mr Hubby ada job kat JB. Macam aku cakap haritulah kalau ke JB memang biasa terus ke Singapore.
Dah berapa kali nak buat entry ni asyik tak da masa jer.. Sejak bulan pose ni memang jarang on9 baik pesbuk ker, buka blog. Macam masa tu cepat sangat. Tak dan nak tunggu-tunggu.
Tapi lepas khatam haritu, and off day rasa lapang sikitlah, kalau tak rasa rugi sangat lepaskan masa cam tu jer. Macam yang kita tau Ramadan menjanjikan seribu rahmat dan keberkatan, segala amalan kita direward berkali-kali ganda. Kejar selagi kita boleh kejar. Belum tentu tahun depan kita dapat jumpa Ramadan lagi. Insyallah...

Geylang Serai, memang havoc sangat kalau Ramadan. Ni kira tempat shopping kalau nak rayalah. Macam-macam bazar, macam-macam gelagat, macam-macam barang yang dijual, dari sebesar-besar sampai seciput-ciput barang, kira cam jalan TAR @ Masjid Indialah, cuma kat Geylang perabot, kereta, motor semua ada ha...ha...

Punyalah sesak masa ni, cari parking jer dekat sejam. Aiiyooohhh....tarak parking lah.. last-last kita orang pakat parking kat area Paya Lebar, tapi kena nek bus dalam 2 bus soplah nak ke Geylang tuh...
Ha..ha...sukanya sebab aku dah lama tak nek bus awam nih..lagi-lagi nek berdua ngan Mr hubby..
Rasanya dah bertahun-tahun kot tak nek bus awam ngan Mr Hubby ni..tak ingat dah jaman bila..
eh..jap..jap..ada ker nek bus berdua ni muhaaaaa.....entah ek tak ingat.
Tapi nek bus dari Paya Lebar tu memang tak jauhlah..kalau jalan pun boleh cuma semua malas nak jalan.

Kat Geylang aku tak membeli pun, cuma galak tol tengok makanan kat sana...macam-macam sangat. Mr Hubby aku pun excited sama lorrr....
Macam-macam weehhh..we all beli yang tarak & jarang yang ada kat KL.
Punyalah ramai umat kat sini, memang meriah sesangat...kiri kanan bazar, dengan lampu yang warna warni.
Dengan bau macam-macam makanan muahahaaa....

Pic yang aku ambik ni just gunakan camera cap Sony jerk, tu pun HP Mr Hubby aku. Jadi pic nya ada yang sikit mereng ha..ha....

Bazar kat sini semua ada bumbung, kalau hujan memang tak kelam kelibutlah

Macam yang di bagitau tadi Camera dari hp goyang-goyang picnya...

Yang ni Mr Hubby yang beli, piza apa ntah..
sedap gak...ngendeng sikit he..he..

Yang ni tak ingat sapa yang beli...

Bazar kiri kanan

bukak sampai pagi

Tak banyak sangat ambik pic, sebab aku memang malas nak snap2. Ni pun harap Mr Hubby jerk..
Sesaklah ngan orang nak snap..snap.. ni...
ha..ha...tahun depanlah kalau rajin aku snap2 lagi ek..

Friday, 3 September 2010

Entry rojak

Entry rojak kali ni, tak ada tajuk khusus. Sejak pose ni cam malas sangat nak bukak lappy. Masa full jer hari-hari. Tau-tau dah petang. Mood nak masak memang hari-hari..
So far baru sekali buka kat luar tu pun kat Soul Garden IOI jer, tahun ni macam malas nak gi buka kat Hotel, tapi tak taulah kalau ujung-ujung nanti ter'pergi' kan..
Last year ke Concord berbaloi gak lah dengan harga dia tu, tahun sebelum tu pun ke Concord gak.
Paling hampeh masa gi JW Marriot, aku tak rasa sedap pun makanan dia, dengan tempat yang so sesak barak tu, makanan plak jauh-jauh, pas tu mahallah rasa tak berbaloi pergi.
Tahun ni memang tak da mood nak buka luar sangat he..he..

Shopping raya...muahhaaaa....caya tak pose kali ni memang malas sesangat nak jalan. Kat KL ni baru
malam semalam aku kuar gi Mid Valley, tu pun puas dipujuk oleh Mr Hubby he..he..
Eh..jap..jap..minggu lepas pun kebetulan Mr Hubby ada job kat Jb so masa ni ambik peluang ke Plaza Angsana, kat Plaza Angsana ni memang meriah gilerr kalau bulan pose both yang ada kat situ lebih dari 100 rasanya, meriah,  padat....aku cam biasalah kalau ke Angsana ni gi tempat yang aku suka, Butik Astana.
Tengok-tengok collection baru sampai, aku memang suka kain linen, memang mahal sket tapi tahan lama.

Dah sampai Jb tu cam biasalah sure nyeberang punya, sempat gak ke Geylang Serai, lagi havoc & meriah.
Sepanjang kawasan Geylang tu penuh lampu & bazar-bazar yang jual macam-macam.
Paling best bazar makanan dia, pelbagai ada. Rambang mata jap...eh bukan aku ek...Mr Hubby aku tau..

Sunday Mr Hubby ada urgent job kat Bahau sampai Isnin, aku malas nak ikut jadi aku stay umah mak aku.
Erm..meriah nya masa buka. Adik aku yang kat Kedah ngan 3 anaknya tu pun balik makin meriahlah umah mak aku ngan cucunya itewww...he..he..
Lepas magrib semua tadaruss...semua nak khatam bulan pose ni..tapi mak dah masuk 2nd trip nak khatam..
aku..???patutnya dah lama khatam since pose ke 15 tu tapi tu lah...makin lama makin sikit pagenya...
Tapi Alhamdulillah pose ke 20 aku berjaya khatamkan. Tunggu sapa khatam dulu Wawa ke Nana..
Kalau Wawa..awwww...!!!! tak boleh bayangkan muka menang anugerah dia tu ekekkekee...!!!!

Balik KL selasa malam, wah merasa tol LDP free lagi...walaupun cuma singgit nam posen rasa gak free ko..
Sampai KL Mr hubby demam, aku plak Flu, iskk..kalau aku kena flu ni sakit hidung sampai nak tanggal rasa.
Masa nilah maigrain datang, sampai la ni still flu lagi walaupun dah makan obat..

Meneruskan perjuangan yang belum selesai...ha..ha...meh buat kuih sesama meh..
Hari ni nak buat kuih crumble blueberi, ermmm..yummmy...bluebery aku beli yang dah siap jerk..dah tak rajin nak buat jem cam memuda dolu2 lagipun yang dalm botol tu lagi murah dari nak beli beri yang fresh tu..
mahal lah...nanti kalau rajin aku post entry kuih crumble blueberi tu ek..

Rancak2 buat kuih, shopping raya jangan lupa ambik kesempatan 10 malam terakhir ni ek..
tapi masa nilah dugaan banyak kan...nak buat itulah..nak buat inilah...
kalau selalu buat terawih nak tinggal memang sayang, kalau tak gi masjid pun boleh buat kat umah at least 8 rakaat, Insyaallah berkat perjalanan kita amin...