Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday 12 January 2012

Kunang-kunang

Kalau tanya saya nak datang lagi tak, saya akan jawap jujur tak.
Tak tahulah samada tekak saya yang kata tak sedap atau memang betul-betul tak sedap.
Tempat cantik walaupun tangan saya dok menampo nyamuk jer,
Harga dah dekat sama TGI Friday walaupun rasa dia so-so jer.
Best lagi Ayeem Burger kat Paya Jaras tu kalau setakat nak makan steak kedai biasa.
Actually nak makan lain, rupanya tak ada so orderlah yang ada..

Cantik tempat dia & romantik sikitlah
walaupun bising tepi jalan ha..ha..

RM 8 dengan sepotong roti yang saya dah ngap
Rasa dia, MH kata so berminyak, saya kata bolehlah..

Opsss...tak tau napa gambar blur semua malam tu, bery melajuk macam saya yang
melajuk dengan si Kunang-kunang ni kot

Grilled sirloin steak RM 30
Rasanya..??
Tekak saya kalau boleh geleng-geleng manjang
Ayeem burger grilled lamb chop dihidangkan dalam hot plate.
So memang panas berasap

Cajun chicken chop MH yang order RM 18
Brown sos dia saya MH tak boleh telan.
Habis pun terpaksa kot


Kalau mahal sedap tak apa, berbaloi. Tapi kalau tak sedap rasa rugi bayar 
Tapi terpulanglah kat diri masing-masing. Ini cuma pandangan peribadi saya jer..

Click Kunang-kunang untuk info selanjutnya




2 comments:

munna said...

MMG RASA TAK PUAS HATI KAN BILA KITA MAKAN TAK SEDAP TAPI HARGA CEKIK DARAH... TAK BERBALOI MEMBAYAR RASANYA

Balqis Nazid said...

betul tu.. geram jer rasa...
patutlah ramai yang kata tak sedap...